Seberakhirnya pilihan raya umum ke-13 khidmat Ismail Omar selaku Ketua Polis Negara (KPN) juga akan berakhir. Beliau akan bersara wajib Jumaat ini. Ekoran itu siapa pengganti beliau sudah menjadi sebutan dan spekulasi.
![]() |
| Mohd Bakri Zinin |
Kalau mengikut tradisi timbalannya Khalid Abu Bakar akan automatik diangkat menjadi penggantinya. Namun itu bukan kemestian, perlantikan KPN perlu mendapat restu dan perkenan Yang diPertua Agong.
Selain Khalid antara yang layak dan boleh dipertimbangkan ialah Mohd Bakri Zinin yang kini memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohamad Fuzi Harun yang merupakan pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) dan Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.
