Benarlah perjuangan yang dibangkit atas semangat dan roh akidah Islamiyah tidak mudah untuk dicabar dan dinafikan. Makin ianya ditekan, ia akan bangkit dan terus bangkit. Perjuangan Islam seperti Pas itu juga tidak pernah gerun dengan tekanan dan kejahatan ke atasnya. Ia akan merebak dan tumbuh subur seperti rerumput selepas dibakar hangus oleh sekawan api yang lahap.
Rumput persis lalalng, boleh dibakar hangus dan sisa-sisanya menjadi puing tetapi akar tunjang (Islamnya) tidak akan ikut sama hangus. Selepas semuanya menjadi abu dan setelah hujan turun menyiram bumi ia akan bangkit kembali, malahan daya suburnya makin tinggi. Nah, begitulah juga dengan sunnah dan fitrah perjuangan Islam.
Kehebatan Pas kini ternyata tidak terlawan oleh parti sekular Umno yang menjadikannya sebagai musuh tradisi. Hingga kapan pun Umno tidak akan menang! Barang kali di sinilah menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tegak dan teguh dengan pegangan dan keyakinannya, bahawa Pas jauh lebih benar dari Umno.
![]() |
| Sehelai bendera Pas dicelah-celah ribuan bendera Hamas. |
![]() |
| Kibaran bendera Pas lebih jelas dan terang. |
Tokoh dimaksudkan itu Khaleed Mashaal berada di Mesir sejak tahun 1975.
Ikhlas, mula-mula saya terpandang bendera itu yang diposkan dalam facebook, saya mengira ianya adalah satu permainan super impose saja sebagai menunjukkan simpati dan sokongan Pas kepada Hammas. Saya tidak begitu mempedulikannya kerana memang saya alergik kepada kreativiti super impose . Tetapi selepas Subuh tadi saya mengamati sekali lagi gambar-gambar diposkan itu, dan mendapat penjelasan insan yang cekap merakam gambar itu, jurufoto muslimat Shahrina Ahmad Sharkawi, baru saya merasakan ia sesuatu yang amat berharga.
Sharina kini sedang bertugas dan berjihad di Ghozzah bersama ratusan rakyat Malaysia yang lain dalam usaha untuk memerdekakan Palestin dari cengkaman kekejaman Zionis Israel.
![]() |
| Lagi jelas dan terang, sahih bendera Pas. |
![]() |
| Ratusan ribu rakyat Palestin keluar meraikan HUT Hamas. |
Di dalam negara ini usah dikira lagi, di mana-mana saja bendera Pas dikibar dan berkibar megah hatta di bumbung rumah orang Umno? Paling merujakan lagi bukan saja di lokasi-lokasi politik tetapi di dalam stadium juga bendera Pas turut sama dibawa dan dikibarkan.
Hebat.. itulah kata-kata yang tumpah dari dalam diri saya untuk Pas mengenai hal ini. Timbul juga persoalan apakah parti lain khasnya Umno tidak terliur dengan apa dicapai Pas? Mungkin para pemimpin mereka jelous dengan kewujudan itu namun apa boleh buat pendokong dan ahlinya tidak sekental pendokong dan ahli Pas. Atau bendera Umno atau BN memang ada dibawa tetapi ia tidak tergamak atau malu untuk dikibarkan oleh sang pembawanya atas sebab-sebab tertentu.
Syabas kepada pendokong Pas yang membawa panji perjuangan mereka ke mana-mana saja. Dan syabas dan terima kasih juga kepada jurufoto muslimat terulang negara, Shahrina Ahmad Sharkawi kerana kecekapan anda serta keprihatinan yang tinggi dalam menghasilkan seni foto. Sesungguhnya foto anda itu adalah termahal dan penyuntik semangat buat pendokong Pas dan Islam di sini.
Sangat wajar kalau mana-mana pihak di dalam Pas terutamanya Dewan Muslimat menghulurkan anugerah khas di atas 'kejayaan' Shahrina ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan atas jasa yang kita tetapi besar ertinya. [wm.kl.7:24 am 09/12/12]



