Showing posts with label Bersama Hishamuddin. Show all posts
Showing posts with label Bersama Hishamuddin. Show all posts

Monday, May 28, 2018

Jumpa Hishamuddin sebelum menang

MUSAFIR PIRAUM (2)

Bersama Hishamuddin Rais.
RAMAI orang seronok dan bergembira dengan kejatuhan Najib Razak dan tumbangnya Umno. Ada yang menyembunyikan keseronokan itu atau merainya dengan anak isteri dan keluarga sahaja. Ada yang tidak dapat melindunginya dan diwara-warakan sebagai menunjukkan mereka berpuas hati kerana impian mereka selama ini berjaya.


Macam-macam pula gaya orang menzahirkan keseronokan itu. Ada yang mengolengkan (membotakkan) kepala, ada yang membelanja kawan makan, ada yang bersujud syukur dan macam-macam lagi. Bagaimana pun tidak ada yang merai kejayaan itu dengan membayar hutang lapok. Kalau yang bayar hutang lapok suka lebihlah saya...