Showing posts with label Bual Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bual Bicara. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Forum PR Pasca PRU-13: Pemimpin Lama Harus Bersara

PANDANGAN                                                                                          

Malam tadi saya jadi ahli panel satu Bualbicara di Taman Melawar, Gombak. Majlis itu anjuran PAS Kawasan Batu. Sebenarnya sdr Tarmizi Mohd Jam yang juga Timbalan YDP PAS kawasan itu sudah kerap mengundang saya untuk ikut sama berpartisipasi dalam program politik di kawasannya dengan memberi pandangan dan ulasan perkembangan politik semasa. Tetapi beberapa undangan terpaksa ditolak kerana tidak kebetulan dengan masa saya lapang.

Perlu saya sebut kerajinan Tarmizi dan YDPnya Cikgu Ishak Surin boleh dipuji. Mereka kerap mengadakan aktiviti kepartian. Kandatipun mereka tahu tidak akan dapat bertanding kerana parlimen Batu dikhaskan kepada PKR, namun mereka tidak jemu menganjurkan program. Sikap seperti inilah wajar dipuji oleh penggerak atau aktvis lain.

Kita mengadakan program atau aktiviti bukan mengharap untuk bertanding dalam pilihan raya tetapi satu kewajiban dan komitmen kepada parti. Syabas. Wajar juga kalau PAS kawasan Batu diberikan hadiah?