Bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam malam tadi membetulkan fakta mengenai peristiwa Memali yang berlaku 28 tahun lalu sekaligus memberi maklumat baru yang sungguh mengejutkan mengenai pengkaitan dirinya dengan kejadian tersebut. Ada orang beranggapan kecelakaan nasibnya dalam politik adalah disebabkan hukum karma ke atas pembabitan beliau dalam tragedi berdarah yang meragut 14 nyawa dan puluhan lain yang cedera itu.
![]() |
| Musa sebagai veteran politik diraikan. |
Posisinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu menyebab secara automatik beliau dianggap sebagai orang bertanggungjawab atas kejadian berdarah itu. Untuk kesekian lama beliau dipersalahkan dan dicemuhi berhubung kejadian itu. Kalau disatukan segala maki hamun dan sumpah seranah ke atasnya mungkin sudah ribuan bakul. Mengapa tidak kejadian Memali itu merupakan tindakan politik paling sadis di negara ini.
