Showing posts with label Emas Tapak Tuan. Show all posts
Showing posts with label Emas Tapak Tuan. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Meninjau Emas di Tapak Tuan Aceh Selatan

CATATAN PERJALANAN                                                                                               

Semasa mengunjungi kota Tapak Tuan di Aceh Selatan dua minggu sebelum pilihan raya lepas saya sempat singgah di sebuah perkampungan yang kini menjadi sebutan ramai kerana kawasan itu kaya dengan bahan galian (mineral) terutamanya emas, biji besi, kuprom dan lain-lain. Kampung dimaksudkan itu ialah Sawang.

Kiri kanan adalah bangsal kilang emas di Sawang.
Sawang terletak kira-kira 30 km dari bandar Tapak Tuan yang dikenali dengan Kota Singa. Adapun ia disebut Tapak Tuan sempena dengan seorang pertapa yang alim. Nama pertapa itu tidak diketahui. Kesan tapak kakinya ada tertinggal di atas sebongkah batu di sebuah telok di pantai Aceh Selatan, maka itu bandar itu dinamakan "Tapak Tuan". Saya percaya kesan tapak kaki itu adalah replika atau pun bukan yang original.