Showing posts with label Harapan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Harapan Rakyat. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

ULAS ISU

Para pemimpin UBN terus mempertikai dan mengkritik pembentuk kepimpinan Harapan. Ketiadaan Lim Kit Siang dalam saf kepimpinan itu menjadi isu utama yang diperolok-olokkan. Pemimpin UBN cuba menimbulkan tanggapan buruk bahawa pemimpin "kerohanian" DAP itu diketepikan atau dijadikan mangsa.

Dalam masa sama juga mereka membuat serangan, ketiadaan Kit Siang itu sebagai tektik untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran Harapan dibentuk dengan tidak adil atau praktikal. Pengarah sebuah pusat provokasi Umno pula menyinis mencadangkan agar Kit Siang dilantik menjadi Mursyidul Am.

Yang jelasnya ketiadaan Lim Kit Siang itu memeningkan kepala para pemimpin UBN kerana ia menafikan tunduhan mereka selama ini, kononnya DAP menguasai pembangkang. Sebelum ini para hulubalang dan PB Najib galak menjual kepada rakyat kononnya DAP mendalangi pakatan pembangkang.