ULAS H355
 |
| Isteri saya sempat rakam suasana berhampiran Masjid Negara. |
|
Selama lebih sebulan parti agama (Pas) mengreklamasikan H355 -- Himpunan menyokong pindaan Akta 355 untuk memartabatkan mahkamah Syariah. Persiapan agak rapi dilaksanakan bagi menjayakan himpunan berkenaan. Pas berangan-angan untuk jadikan himpunan itu satu sejarah, himpunan kuimpulan agama (KUMAGA) terbesar selepas perjumpaan para ulama di kelab Sultan Sulaiman kira-kira 60 tahun lampau.
Maka hebahan meluas dalam media sosial oleh ahli dan penyokong parti berkenaan dilakukan dengan rajin dan bersungguh sekali.