WACANA HUDUD
Malam tadi saya berwacana mengenai Hudud bersama Pensyarah Unisel, Dr Abdul Aziz Bari dan bekas pegawai Kias Ibrahim Mohamad di Dewan Himpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur. Tema wacana ialah Hudud: Ke manakah Kelantan? Wacana berkenaan dipengerusikan Wan Ji Wan Husin. Tajuk itu memberi gambaran akan "kesesatan" kerajaan Kelantan mengenai hudud.
Abdul Aziz mengulangi padangannya sebelum ini, bahawa untuk melaksakan hudud ia tidak memerlukan kepada pindaan Perlembagaan, hanya perlu meminda seksyen-seksyen kecil saja yang tidak pun memerlukan kuasa dua pertiga di parlimen. Ertinya Kelantan sudah boleh melaksanakan hudud kalau pun tidak dipinda Perlembagaan.
Bahkan katanya kerajaan Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri tidak memerlukan pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan hudud kerana (hal ehawal agama) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Hukum hudud termasuk dalam syariah Islam. Perkara ini sudah lama beliau maklum atau menasihatkan kerajaan Kelantan.
Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts
Wednesday, May 21, 2014
Hampi 100 peratus hudud tidak akan dapat dilaksanakan
Labels:
Hudud
Tuesday, August 28, 2012
Hudud: Fathul Bari Elok Fahamkan Pemimpin UBN
SUSUPAN PETANG
Ulamak muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya telah menghantar surat kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang soal hudud. Surat itu dihantar berdasarkan bermuzakarah di antara Pas dan Umno pada 6 Jun lalu menerusi sekeretrait Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Surat itu diterima oleh setiausaha akhbar MB Kelantan itu, Fadzli Shaari namun belum dijawab hingga sekarang.
Fathul Bari yang juga menantu bekas MB Perlis Shahidan Kassim itu bercadang untuk bertemu Nik Aziz bagi membincangkan isu hudud secara profesional dan bukan untuk bertikam lidah.
Saya nampak di sini tidak ada keperluan mendesak untuk ulamak muda Umno berbincang hal hudud dengan Tok Guru itu. Apa yang hendak dibincangkan, pendirian Nik Aziz sudah jelas, bahawa hudud bukan perkara yang boleh ditolak ansurkan.
Apakah Fathul ingin memberi tahu kerajaan Kelantan perlu menyediakan prasarana dan makenisme dulu baru boleh dilaksanakan hudud? Atau rakyat kena diberi kefahaman dulu. Itu juga Nik Aziz sudah jelas dengan memberi perumpaan nelayan akan turun ke laut walaupun laut bergelombang demi untuk hidup.
Soal mekanisme seperti mana diperkatakan kebanyakan pemilik lidah Umno sudah difahami, ia akan dapat diatasi bila Umno sendiri membantu dan ada azam serius untuk laksanakan hukum Allah itu. Makanya lebih baik Fathul jumpa Najib Razak dan Hishmuddin Hussein serta Udin anak Yassin juga memberi kefahaman mengenai hudud kepada mereka.
Itu lebih baik. Bila mereka faham sungguh-sungguh hal ini nescaya soal hudud tidak menjadi masalah.
Kepada Tok Guru juga tidak perlu layan ajakan ulamak muda Umno ini kerana ia membuang masa saja. Kalau ulamak tua masih tetap pendiriannya dan mengambil sikap tidak menolak hudud tetapi tidak mahu melaksana hudud, ulamak muda juga akan lebih kurang saja.
Siapa pun ulamak itu setinggi dan sedalam mana ilmunya selagi ia berada dalam lengkaran kuasa Umno selama itulah dia akan bersikap acuh tidak acuh kepada hudud dan akan memikir bagaimana untuk mencari alasan untuk tidak laksanakannya daripada memikir bagaimana hendak laksanakannya.
Setuju benar kalau Tok Guru tidak memberi jawaban atas pelawaan itu. [wm.kl.2:11 pm 28/08/12]
Labels:
Hudud
Subscribe to:
Posts (Atom)