TAZKIRAH JUMAAT
Kehebatan seseorang pemimpin itu bukan ditilik kepada kekuatan body dan fizikalnya saja, atau besar kecil kemas atau tidak srban dan ikatannya, tetapi ia akan diukur kepada kecanggihan ideanya. Kemunasabahan buak fikirnya dan apa yang dilontarkan boleh menyebabkan orang 'terkanyak' - terkejut.
Terkanyak di sini bukan dalam erti kata lain 'gelak' atau lucu dengan buah fikiran itu tetapi merarasa 'aduhhh' dan 'wah'- hebatnya. Cara begitulah baru orang mengata pemimpin itu hebat dan ada keupayaan idea dan berpotensi untuk menjadi pemimpin membawa perubahan dan pembaharuan. Pemimpin yang baik dan ada idea juga akan memandu perjuangan dan wadahnya ke depan bukan berselibah dengan ekor serban dan kaki jubah.
Ada juga sesetengah orang bila pemimpin itu berfikir di luar kotak kemampuan dan 'kelontong' politik, ia akan dianggap sebagai khayalan dan impian. Dijehkan (persendakan) sebagai pemimpin yang tidak ada arah. Semisalnya bekas Exco Kelantan Husam Musa yang melontarkan beberapa idea untuk menjana pembangunan untuk rakyat Kelantan sedangkan keupayaan kewangan negerinya tiada, orang beranggap idea Husam sebagai angan-angan dan impian kosong. Ia digelar sebagai angan-angan Mat Jenin.