Showing posts with label Isa Samad. Show all posts
Showing posts with label Isa Samad. Show all posts

Monday, January 15, 2018

Walaupun lembu dah jumpa pencuri tetap kena ditangkap

ULAS ISU

Sudah lebih dua kali Isa disiasat tetapi belum juga sangkut?
HARI ini ada orang seronok dan gembira dan ada yang sedih dan terkilan apabila Pengerusi Felda, Abdul Shahrir Samad mengumumkan 16 lot tanah kepunyaan Felda di Jalan Semarak yang telah bertukar milik secara gelap(?) telah dikembalikan semula kepada institusi itu.

Yang seronok dan gembira tentulah mereka yang cemas serta bimbang isu penjualan tanah itu akan dijadikan isu dalam pilihan raya akan datang. Paling menggerunkan nanti timbulnya bantahan dan kemarahan dalam kalangan lebih 112,000 keluarga peneroka Felda.

Wednesday, June 21, 2017

Dalam kes profil tinggi penjawat awam kena, orang politik lepas

SUSUPAN PETANG

Bekas pengerusi FGV Mohd Isa Samad bersama isteri hadir ke pejabat SPRM hari ini. Tidak dipasti beliau hadir atas kapasiti orang tersangka ataupun sebagai saksi. Sebelum ini pihak SPRM kata ia akan memanggil lebih 40 saksi untuk memberi keterangan berhubung isu pergolakan dalam FGV -- pertembungan antara pengerusi Isa Sama dengan CEO, Zakaria Arshad.

Berpandukan kepada sejarah masa lampau, saya tetap yakin orang politik yang terbabit dalam pertembungan itu akan selamat sebaliknya penjawat awam akan dikenakan tindakan. Sama ada diheret sebagai tersangka ataupun sekurang-kurang tindakan disiplin, dipecat.

Wednesday, April 4, 2012

Susupan Tengah Malam

Maklumat Yang Menarik Mengenai Isteri...

Satu maklumat yang saya terima malam ini mengejutkan. Ia tidak terfikir dan cerita mengenai hal ini tidak pernah terkeluar dari mulut sesiapa sebelum ini. Kalaulah yang memberi tahu tidak ada autoriti saya tidak akan blogkan perkara ini. Tetapi kerana sumber ini melihat sendiri maka saya kongsikan perkara ini.

InsyaAllah saya akan sambungkan posting ini pagi esok. Wassalam.

Sambung cerita semalam: Malam tadi saya menemui sepasang suami isteri. Mereka sudah lama berhajat untuk berjumpa saya bagi menceritakan fasal perniagaanya. Walaupun sedikit keuzuran, saya cuba mengeraskan diri memenuhui permintaan pasangan ini.

Biasalah bila berjumpa dan bersembang topik yang tidak dapat dielakkan politik. Selepas mereka suami isteri memperihalkan perniagaan mereka, perbualan merebak kepada politik. Kerana mereka berdua berkerja atau ada hubungan intim dengan Felda, saya cuba-cuba tanya mengenai kekalutan di Felda sekarang ini tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holidings (FGVH).

Saya kira mereka tahu apa yang berlaku di ibu pejabat Felda. Benar. Cerita mereka sama dengan cerita di luar di kalangan peneroka. Penyenaraian FGVH itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menurut mereka. Si isteri suami itu berkebetulan menyediakan satu sistem berhubung penyenaraian itu menjelaskan banyak duit dibelanjakan untuk penyenaraian itu. Membazir wang peneroka.

"Lepas satu sistem satu sistem dibuat, sekejap begitu sekejap begini menyebabkan banyak wang habis, MSO" katanya yang mesra memanggil saya MSO.

Mereka juga bercerita fasal pergolakan dalaman, mengenai pertukaran pegawai dilakukan hampir setiap bulan. Menurut mereka pertukaran itu semata-mata dibuat untuk melindungi sesuatu yang berlaku di dalam Felda. Kemasukan Mohd Isa Samad di Felda menimbulkan banyak masalah dan merosakkan ketenangan dalam Felda.

Sejenak diam cerita perihal pengawai dan penindasan dalam Felda tiba-tiba meletup dari mulut si suami kepada si isteri itu cerita mengenai isteri Pengerusi Felda Mohd Isa Samad bernama Bibi Sharliza Mohd Khalid.

"MSO tahu cerita mengenai isteri Mat Isa?" tanya si suami. "Cerita apa..?" tanya saya sambil meneka mungkin dia hendak beri tahu yang isteri Isa itu adalah seorang puteri Umno yang pernah menjadi wakil rakyat di Negeri Sembilan.

"Dia ada opis di Felda?" katanya menyebabkan saya terbelalak. Fikiran melarang menjabat wajah montok gemuki pendek Rosmah Mansor. Setongkok tubuh Rosmah masuk ke dalam kedua belah biji mata saya. "Kenapa..?" soal saya kehairanan.

"Dia ada pejabat di Felda di tingkat 10?" katanya lagi. "Untuk apa, apa faedahnya...takkan nak temankan Isa sampai ada pejabat?" rungut saya nada bergurau kemudian mahukan kepastian; "Mungkin dia pergi jumpa suami dia, je.."

"Tidak MSO, ada bilik untuknya..saya dah terserempak banyak kali," katanya mempertahkan kata-katanya.

Oh kalau begitu si Bibi ini sudah jadi macam Rosmah. Apakah dia meniru Rosmah? Rosmah waktu awal-awal dulu ada pejabat di lantai (tingkat) pejabat suaminya. Sebaik sahaja Najib Razak dilantik menjadi perdana menteri, diperluaskan lagi pejabat itu. Tidak pasti apakah pejabat Rosmah di JPM itu masih ada atau pun sudah di pindah ke Kuala Pilah apabila ramai orang mempertuturkannya.

Saya tidak fikir Bibi seperti Rosmah, gara-gara nak jaga suami sampai buat pejabat dekat pejabat suami? Tetapi perkara-perkara jaga suami begini tidak mustahil. Biasanya suami ada skandal atau afair dengan staf menyebabkan isteri jadi pening kalau duduk di rumah?

Saya harap cerita ini dapat disahkan. Saya tidak fikir ia berlaku tetapi kerana orang yang menceritakan itu sering ke pejabat Isa Samad, laki bini... sukar juga untuk saya menafikannya. Lagipun kedua-dua mereka bukan jenis suka menyambung cakap ataupun suka membuat gossip. Mereka bersopan santun dan beradat.

Tan Sri Isa Samad jawablah persoalan ini kalau iya kata iya kalau tidak kata tidak. Saya tungguh penjelasan kalaupun tidak dari Mohd Isa sendiri mungkin pengawal atau pegawai peribadinya boleh menjawab bagi pihak Isa. [wm.kl.10:32 am 04/04/12]

Monday, December 26, 2011

Masalah Felda

Nasib Isa Samad Ditentu 5 Januari

9 Januri ini adalah tarikh keramat buat Anwar Ibrahim kerana pada tarikh itu akan menentukan dia akan ke Sungai Buloh atau tidak. Khir Toyo Edokromo yang dijatuhi penjara 12 bulan kerana rasuah juga memilih tarikh itu untuk mengumumkan masa depan politiknya.

Berbeza dengan Mohd Isa Samad pengerusi Felda yang penuh kontroversi nasibnya akan ditentukan pada 5 Januri ini apabila Koperasi Felda akan mengadakan mesyuarat agung khasnya. Mesyuarat itu katanya penting dan akan menentukan apakah Isa Samad akan menjadi sabut ataupun batu.

Kalau nasib Isa Samad baik dia akan menjadi sabut, timbul... kalau menjadi batu dia akan tenggelam dan hanyut tersadar di muara. Pada mesyuarat koperasi itu akan menentukan sama ada cadangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding (FGVH) diterima atau ditolak. Ahli-ahli koperasi yang mempunyai hak ke atas harta dan aset Felda dengan memegang saham 51 peratus akan menentukan cadangan itu.

Sekiranya ahli menolak penyenaraian itu, secara automatik Isa yang menjadi agen yang menggerak kempen dan usaha mempengaruhi peneroka supaya bersetuju dengan penyenaraian itu perlu letak jawatan. Dalam pada itu pada mesyuarat itu juga ahli koperasi akan turut mempertikaikan kedudukan Isa Samad sebagai pengerusi Felda dan juga pengerusi koperasi.

Perlantikan Isa sebagai pengerusi Felda dikatakan tidak sah kerana dia bukan saja tidak anak peneroka tetapi melanggar Akta Koperasi. Sementara itu kedudukannya sebagai pengerusi Felda itu juga tidak ditantangani oleh menteri yang bertanggungjawab terhadap koperasi, Ismail Sabri Yaacob. Isa memasuki ibu pejabat Felda hanya membawa sekeping surat perdana menteri. Perdana Menteri pula dari mana dapat kuasa untuk melantik Isa walaupun ia ditolak sebahagian besar peneroka.

Awal-awal lagi kemasukan Isa ke Felda menggunakan pintu belakang dan bukannya masuk secara beradab memberi salam.

Ismail pula dikatakan enggan menandatangani bagi mengesahkan jawatan Isa Samad itu kerana bimbang dia akan ditolak oleh peneroka. Khabarnya ada desas desus kalau Ismail mengesahkan kedudukan itu dengan dia sekali akan ditolak peneroka. Persoalannya apakah Isa boleh berfungsi tanpa pengesahan menteri bersangkutan dengan koperasi? Ini satu lagi perogolan terhadap undang-undang dan akta.

Ada pendapat mengatakan Najib Razak sengaja mencari masalah dengan perlantikan Isa Samad itu. Reputasinya terhadap Felda sebelum ini yang dianggap sebagai pesaka bapaknya (walaupun tidak sebenarnya) sudah mula dipersoal oleh peneroka. Tindakan Najib melantik Isa Samad itu sebagai melanggari tradisi pengurusan dalam Felda. Najib telah menggunakan kuasa vetonya tanpa mengambil kira pandangan dan perasaan para peneroka.

Langkah memberi berbagai insentif kepada peneroka tidak menjutkan hati peneroka kepada tindakan Najib dan juga Isa Samad. Apa lagi peneroka tahu apa yang mereka terima itu adalah hak mereka, wang mereka Najib dan Isa hanya tukang hulur saja.

Kemelut dalam Felda sekarang ini bukan kecil lagi tetapi ia menjadi bom jangka akan meletup bila-bila masa saja. Tindakan rakus Isa Samad membekukan tugas Pengurus Besar Dzulkifli Abdul Wahab untuk membolehkan beliau berkuasa penuh menyusun agenda politiknya di Felda dikatakan mendapat tentangan kaki tangan Felda di Ibu Pejabat dan sebahagian besar para peneroka.

"Tuan tenguklah nanti apa yang berlaku. Kalau tidak ada penyelesaian berhubung perlantikan Isa dan penganiayaan terhadap Pengurus Besar Felda, satu perubahan akan berlaku dalam tanah rancangan. Kali ini peneroka akan mengajar Umno... perasaan marah kini tidak boleh diubati lagi," begitu ujar seorang pengurus Felda di Ibu Pejabat sewaktu berjumpa dan makan tengah hari dengan saya beberapa hari lalu.

Pegawai bertaraf pengarah itu yakin pergolakan yang berlaku dalam Felda sekarang ini akan membawa momentum baru di kalangan para peneroka. "Kalau kaki tangan dan pegawai Felda sudah hampir habis hilang kepercayaan dan mereka menanti masa saja untuk mengajar Umno," katanya tanpa menjelaskan apakah maksudnya tetapi difahamkan mereka akan memboikot BN dalam pilihan raya.

Pada masa lain pegawai yang bertaraf pengarah itu meramalkan mungkin penguasaan UBN ke atas 52 kerusi Parlimen yang terletak dalam kawasan Felda sukar untuk dipertahankan dan meramalkan lebih 20 kerusi akan berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat. "Ini bukan ugutan tetapi satu realiti," tegasnya yang begitu marah dengan tindakan Najib dan Isa Samad.

Disoal tidakkan peneroka akan sejut apabila diberikan durian runtuh atau isu mengenai kakitangan selesai, jelas pengarah itu, sama ada ia seledai atau tidak tetapi mood peneroka untuk mengajar orang atasan (politik) kini semakin membuak-buak dan ia tidak mudah dihentikan lagi.

Ditanya apakah masalah menimpa Felda kini sejak Isa dilantik menjadi pengerusi, kata pegawai yang mengakui pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian Umno selama 25 tahun di sebuah negeri di Selatan itu, bukan kerana Isa tetapi masalahnya berpunca dari Najib sendiri yang obses mahukan kekayaan Felda untuk kepentingan politik peribadinya.

Jadi kita tunggu 5 Januari ini apakah nasib Isa Samad akan lebih buruk daripada nasib bakal diterima Anwar dan juga nasib Khir Toyo sendiri yang akan mengumumkan pendiriannya dalam politik. Apakah ketiga mereka akan selamat atau terus dihimpit masalah? Mat Maslan jarang-jarang berkokok fasal Felda lagi, kenapa? [wm.kl.8:55 am 27/12/11]

Monday, December 27, 2010

Ulas Perlantikan

Perlantikan Isa Samad
Tambah Kroni Kaut Wang Felda


AKHIRNYA Mohd Isa Samad dilantik menjadi pengerusi Felda. Bekas MB Negeri Sembilan itu sudah lama berhajat dengan jawatan berkenaan. Sejak setahun lalu lagi beliau melobi untuk menjabat jawatan itu. Semasa menghadiri majlis bekas pelajar TAR Kolej yang berlangsung di sebuah hotel di Puchong, beliau ada menyebut hal berkenaan.

Tampaknya angan-angan Mat Isa itu menjadi kenyataan. Perlantikan beliau itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari . Perlantikan itu bukan sangat atas kebolehannya mengurus Felda tetapi kerana politik.

Bagi diri Mat Isa perlantikan menggembirakannya. Manakala kepada peneroka pula perlantikan itu tidak akan membawa apa-apa perubahan. Bukan hendak merendahkan keupayaan Mat Isa, tetapi track record nya sebagai MB Negeri Sembilan sudah ketahui ramai. Selama 22 tahun beliau menjadi MB Negeri Sembilan, tahap kemajuan negeri itu boleh dilihat sejauh mana kehebatannya.

Kepada peneroka perlantikan Mat Isa itu tentu berbaur dengan kebimbangan dan cemas. Penglibatan beliau dalam kes rasuah sebelum ini akan menghantui peneroka. Felda adalah agensi kerajaan yang bergfungsi membantu rakyat yang mempunyai aset yang cukup besar.

Para peneroka pula terus dimanipulasikan oleh agensi itu di mana titik peluh mereka dicurah tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Sebaiknya orang yang menguruskan agensi itu lebih kaya dan mewah berbanding dengan para peneroka.

Mat Isa berjanji akan bekerja dengan baik. Biasalah janji dan ikrar itu. Semua menteri membuat janji dan bai'ah itu. Tetapi apa jadi akhirnya, janji entah ke mana yang kaya raya dan senang adalah diri sang menteri atau penjawat jawatan itu saja.

Di sini saya melihat perlantikan Isa Samad itu akan menambah kroni baru yang akan mengaut wang Felda. Kalau Yusuf Noor sebelum ini melantik kroninya memberi kontrak kepada anak buahnya, maka kini giliran Isa Samad pula.

Mereka yang baik, ampu dan hidup dengan wangi ketiak Mat Isa akan berubah bulu sebelum ini. Seperti mana mereka yang mengelilingi Yusuf Noor berubah maka begitulah nanti pengeliling Isa Samad akan berubah.

Sebenarnya jawatan sebagai pengerusi agensi kerajaan tidak patut dijadikan tempat pesara politik mencari makan. Cukuplah dengan harta yang mereka kaut semasa menjadi menteri atau menteri besar. Lebih wajar kalau jawatan pengerusi itu diberikan kepada bekas pegawai kerajaan yang terdiri dari kalangan anak para peneroka. Biarlah anak peneroka merasai jawatan itu dan mereka memikirkan bagaimana hendak memaju dan memanfaatkan kekayaan Felda kepada kalangan mereka.

Janji Najib nak lakukan transformasi rasanya termasuk juga dalam soal-soal perlantikan agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Mara dan berbagai-bagai lagi. Berhentilah atau cukuplah menjaga periuk nasi orang politik yang sememangnya sudah bumbung kalau dibandingkan dengan periuk nasi orang Felda, Felcra dan lain-lain. [wm.kl. 8: 55 pm 27/12/10]