Showing posts with label Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Keadilan. Show all posts

Sunday, July 13, 2025

Politik bebudak tidak perlu dilayan

PANDANGAN

Nampaknya pejabat setiausaha agung parti Keadilan tidak berdiam diri dengan tingkah laku sumbang sembilan orang ahli parlimen parti itu yang mengadakan sidang akhbar ala ala pasar malam baru baru ini yang bertindak seperti cuba menguji kesabaran parti itu. Dua daripada mereka tidak hadir.


Setiausaha Agungnya Dr Fuziah Salleh dalam satu laporan memaklumkan pihaknya   ada menerima gesaan agar parti mengambil tindakan ke atas mereka.


Mereka yang mengadakan sidang akhbar ala pasar malam itu, ialah termasuk mereka yang kalah dalam pemilihan lalu diketuai oleh Rafizi Ramli dan timbalannya Rodhziah Ismail. Sidang akhbar itu mendesak kerajaan menubuhkan RCI agar menyiasat skandal kehakiman dengan menuduh Perdana Menteri memyembunyikan sesuatu kepada rakyat.


Cadangan penubuhan RCI itu cuba memberi gambaran kepincangan kepimpinan perdana menteri yang juga presiden Keadilan. Gesaan itu dianggap mencemarkan imej Anwar sebagai PM dan suatu tindakan kontradik dengan amalan semangat parti.


Sidang mdia itu menjadi perhatian umum dan telah dieksploitasikan pihak pembangkang untuk menyerang perdana menteri. Dari segi moral dan tanggungjawab kesembilan ahli parlimen itu boleh dipertikaikan, maka wajar kalau gelagat sumbang mereka itu diperhalusi untuk diambil tindakan disiplin.

  

Berhubung perkara itu, Fuziah menjelaskan ia akan dibincang dalam mesyuarat MPP dua minggu lagi. Menurut Fuziah parti ada kod etika tersendiri untuk dikenakan tindakan disiplin kepada ahlinya.


Gesaan agar sembilan ahli parlimen itu diambil tindakan, digantung, datang daripada 19 ketua cabang di Johor dan 11 ketua cabang Kedah. Sehingga catatan ini dibuat belum ada apa-apa kenyatan serupa dikeluarkan yang dibuat oleh ketua ketua cabang di negeri lain. Pasti sehari dua lagi kenyataan sama, mendesak mereka digantung akan dibuat oleh ketua ketua cabang negeri lain.


Cadangam itu menujukkan betapa tidak senangnya mereka dengan lagak dipamerkan Rafizi bersama tujuh ahli parlimen berkenaan. Perbuatan mereka boleh ditafsirkan tidak menghormati parti, persis gunting dalam lipatan yang boleh menjejaskan maruah presiden.Tanggungjawab mereka menjaga airmuka parti sudah ke laut. Maka wajar mereka dikenakan tindakan.


Persoalan kini apakah perlu tindakan dikenakan kepada Rafizi dan MP itu. Dari segi makrifat dan motif politik, Rafizi dan gengnya itu bukan tidak tahu perbuatan mereka itu melanggar peraturan parti, tetapi disengajakan dengan tujuan tertentu. Perbuatan Rafizi itu tidak bezanya dengan tindakan Azmin Ali suatu waktu dahulu bersama 10 orang ahli parlimen PKR yang lari meninggalkan parti.


Mudah sahaja untuk difahami, tindakan itu ia tidak akan berlaku sekiranya kesemua mereka menang dalam pemilihan lalu. Isu kehakiman yang dipertikaikan itu bukan perkara pokok yang diperjuangkan, tetapi  diambil sebagai isu untuk melepaskan geram semata mata bagi memburukkan presiden. Sidang akhbar itu adalah rasa tidak puas hati kepada presiden.


Kita tidak fikir kalau Rafizi masih timbalan presiden, beliau akan mengadakan sidang akbar media ala pasar malam begitu dengan mencadangan perkara itu kepada kerajaan, kerana isu kehakiman itu sudah wujud semasa beliau masih memegang jawatan timbalan presiden lagi. 


Terbaik parti tidak perlu bertindak, apa lagi mengenakan apa apa tindakan terhadap mereka, biarkan sahaja Rafizi dan kekawanya terus melalukan apa yang mereka suka. Politik budak budak pantang dipujuk dan dirayu, sebab jika dipujjk ia akan meraung lebih kuat lagi. Kalau pun aksi mereka akan dicedup oleh pembangkang namun labanya tidak seberapa sangat.


Rasanya Anwar sendiri cukup mengerti dan faham dengan perangai budak budak ini, sebab dia sendiri pernah menjadi budak sebelum menjadi orang tua. Lama kelamaan apa yang dibangkit itu, mereput dan ia akan berhenti dengan sendiri. Macam bebudak yang menangis kerana menuntut sesuatu yang tidak dipenuhi oleh orang tuanya., akhir ia menangis atau terlena di tepi dinding. [wm.kl. 6:29 pm 13/07/2025].



Friday, June 20, 2025

Pengerusi Keadilan Kelantan perlu tokoh luar

SUSUPAN PAGI


Supardi Muhammad Nur.
SISA SISA perebutan jawatan dalam PKR masih belum reda sepenuhnya. Selepas pemilihan MPP
nasional, kini pembentukan pemimpin negeri pula jadi tumpuan. Jawatan yang menjadi fokus ialah pengerusi negeri, timbalan pengerusi, setiuasaha, ketua penerangan, bendahari dan lain lain.


Pelantikan pengerusi negeri negeri masih belum disusun. Parti mungkin belum reda dengan peristiwa dikongres lalu. Mungkin presiden Anwar sedang menarik nafas panjang mencari akal.


Bagaimana pun pelantikan pimpinan negeri ini sudah mulai hangat diperkatakan.

Di Kelantan sudah timbul pelbagai aksi dan spekulasi. Pengerusi sekarang Supardi Muhammad Nur, yang juga ketua cabang Tanah Merah, katanya tidak lagi diharap untuk terus dilantik jadi pengerusi.


Samsul Iskandar
Supardi mula jadi pengerusi menggantikan Saifuddin Nasution Ismail. Menarik juga Supardi ini kerana memegang jawatan itu dua kali. 

Sebelum ini pernah dipecat kemudian dilantik semula. Pelantikan Supardi mungkin kerana PKR tiada tokoh berkalayakan untuk mengisi jawatan itu. 


Selepas ketiadaan Abdul Aziz Kadir yang menjadi pengerusi PKR Kelantan, belum ada mana-mana tokoh sehebat Aziz yang dapat mengembangkan parti itu dengan agak baik di Kelantan. Saifuddin yang memegang jawatan itu juga kurang bertenaga.


Ada sesuatu yang istimewa kenapa bekas pemimpin pemuda Umno ini Supardi sehingga dilantik dua kali jadi pengerusi. Supartdi menyertai Keadilan bukan dari sejak awal, tetapi di pertengahan, aktif apabila PH berjaya menubuh kerajaan. Itu antara sebab kenapa kemunculan dipertikaikan, kehadirannya seolah-olah mencari peluang baru. 


Kemunculan yang tiba tiba itu ditambah dengan kurang menunjukkan fungsinya sebagai pengerusi menyebabkan dia tidak disenangi oleh beberapa ketua cabang hari ini. Hal ini jelas dan mengejutkan apabila selepas usai pemilihan ketua cabang, ada SD dari kalangan ketua cabang untuk menolak atau memberi masej agar beliau tidak dilantik semula sebagai pengerusi negeri dalam perode akan datang. Kenapa?


Tidak diketahui jelas dan konkrit sebab musbab mengapa Supardi tidak disenangi. Tetapi apabila ada gerakan sampai menyediakan SD bantahan jelas beliau tidak disenangi. Tentu ada hambatan besar. 


Lantaran itu wajar kalau pihak pucuk pimpinan memberi sedikit perhatian dan membuat penyelidikan dalam soal ini. Khabarnya ada enam cabang yang menolak Supardi untuk dilantik menjadi pengerusi. Suasana itu memberi gambaran kalau Supardi dilantik juga ia akan menyebabkan parti bermasalah. Jangan kerana seseorang parti bermasalah.


Apakah masalah itu serius atau ia timbul dari kalangan yang tidak sebulu dengan Supardi sahaja? Perlu diselidiki dan dikenal pasti. Kuala Lumpur wajar mendapat maklumat tepat dari semua pihak agar tidak tersalah lapor. Timbalan presiden baru Nurul Izzah yang dilihat akan menjadi arkitek baru PKR wajar memerhati keadaan ini jika tidak kedudukannya itu tidak membantu parti. Presiden mungkin lorat san sibut dengan tugas kerajaan, maka Izzah perlu berkuat kuat.


Cuma ada cerita kedengaran antara sebab kenapa Supardi tidak disenangi kerana selama memegang jawatan pengerusi gagal membawa perubahan dominan kepada parti. Tidak banyak aktiviti memperkasa parti dilakukan. Penambahan keahlian juga tidak berlaku dengan ketara. Hubungan PKR dengan parti komponen kerajaan, Umno dan Amanah juga tidak begitu memberangsangkan. Malahan pejabat Keadilan negeri juga dikatakan beroperasi di luar Kota Bharu.


Jika masalah ini tidak dapat dituntas, mungkin perlu pihak Kuala Lumpur mencari seorang tokoh lain untuk dilantik jadi pengerusi PKR Kelantan, sebaik-baiknya tokoh dari luar Kelantan. Ia tidak boleh dibiarkan, PKR  perlu mengambil kesempatan dengan menjadi kerajaan untuk memperkuatkan parti tersebut. Sekiranya pengganti sebagai pengerusi itu nanti bukan dari kalangan ketua cabang di Kelantan kerana mereka sudah berpihak, mungkin tokoh luar terpaksa dibawa untuk memimpin Keadilan Kelantan, setidak tidaknya buat sementara waktu.


Sebenarnya tokoh dari luar memimpin mana mana parti di Kelantan kecuali Pas, tidak asing. Umno lama sebelum ini pernah dipimpin tokoh dari luar. Ghaffar Baba dan Mahathir pernah memimpin Umno Kelantan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan. Begitu juga dengan parti Amanah, kini parti itu dipimpin oleh naib presiden Amanah Adzly Zahri, beliau orang Melaka. Sebelum ibi Khalid Samad menjadi pengerusi Amanah Kelantan.


Ini berlaku bukan kerana parti parti itu tandus pemimpin asal Kelantan, tetapi sikap dan fiil orang Kelantan payah untuk menghormati orang senegeri dengan mereka bila jadi ketua. Mereka lebih menyanjungi dan menghormati orang luar. Perangai ini sukar dibuang keranan ia sudah menjadi budaya.


Berbicara siapakan tokoh luar Kelantan yang boleh dibawa, ada beberapa tokoh yang dikira layak untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan PKR untuk melantik mereka sebagai pengerusi negeri. 


Antaranya ialah Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar sendiri, naib presiden Amiruddin Shari dan Shamsul Iskandar Md Akin yang kini merupakan ketua cabang Melaka dan juga Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri. Mereka dikira layak dan akan dihormati sekiranya dilantik menjadi pengerusi. Izzah sebagai timbalan presiden sudah tentu akan dihormati sebagai ketua dengan mudah untuk PKR Kelantan ditadbirkan.


Demikian juga dengan Amiruddin Shari Menteri Besar Selangor, sedikit sebanyak kedudukannya menjadikan beliau akan dihormati dan pengalamannya mentadbir Selangor dapat membantu membentuk barisan kepimpinan dan pasukan PKR di Kelantan. Dengan kedudukan sebagai MB Amiruddin mampu untuk menetaskan idea bagaimana untuk parti menjanakan pendapatan. 


Sama juga dengan Samsul Iskandar, yang merupakan pegawai kenana pedana menteri yang sudah dikenali di kalangan anggota PKR dan Kelantan. Hubungan kekeluarga Samsul di Kelantan menjadikan beliau lebih mengenali dan mahir dengan fiil perangai orang politik di Kelantan. Sam mempunyai jalinan persahabatan bukan sahaja saja anggota PKR tetapi parti lain juga termasuk Pas, Umno dan Amanah. Hubungan Samsul dengan orang Kelantan bukan didekad terakhir tetapi sejak awal reformasi lagi.


Mungkin mereka itu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab besar yang dipukul, tetapi untuk sementara waktu mereka dapat untuk memberikan pengalaman pengurusan dan pentadbiran parti untuk PKR Kelantan. Keadilan Kelantan perlu berjiwa besar menyambut mereka sebagai pengerusi. 


Nik Anuar, KC Machang.
Kalau salah seorang dari mereka dilantik ia sebagai lebih daripada untuk menjadi pembimbing dan penyuntik semangat sahaja manakala gerak kerja haruslah dari kalangan anggota PKR Kelantan. Timbalan pengerusi boleh dipilih dari kalangan 14 ketua cabang yang ada kini. 


Supardi sendiri atau pun ketua cabangan Machang Nik Anuar seorang peguam boleh dipertimbangkan. Lain-lain ketua cabang yang mempunyai iktisad dan keperibadian baik seperti ketua cabang Bachok, Ahmad Nazri Mohd Zain boleh juga dipertimbangkan.


Perubahan dan tindakan ini perlu dilakuan sekiranya Keadilan mahu menjadi parti pembangkang terkuat di Kelantan serta agen menyampaikan misi dan visi kerajaan Madani di negeri Cik Siti Wan Kembang. Bukan senang untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya akan datang, tetapi kalau Keadilan bersama Umno dan Amanah dapat menyumbangkan dua tiga kerusi parlimen dan sekurang kurang 10 kerusi Dun dikira sudah berjaya. Trims. [wm.kl.8:21 pm 19/06/2025]



Wednesday, May 7, 2025

Tiada pertandingan Timbalan Presiden Keadilan?

SEMBILAN jam lagi locing pertandingan dalam Keadilan untuk memilihan pemimpin periode 2025 - 2028 akan dibunyikan. Jam 12:01 minit tengah malam pendaftaran dibuka. Saya yakin presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi nasihat dan petua terbaik kepada semua, khasnya yang bercadang untuk merebut jawatan atau mempertahankan jawatan.

Anwar tentu sudah beri petua dan
nasihat kepada semua
yang hendak bertanding.
Sebagai presiden yang bertindak sebagai orang tua yang banyak makan garam dan tahu selok belok perlawanan dan juga implikasi dari perlawanan, Anwar akan menasihat secara jujur kepada semua. Walaupun tiada berita dan kenyataan dari beliau, namun saya yakin ia berlaku dalam suasana senyap dan terhormat. Beliau dirujuk terlebih dahulu sebagai penghormatan kepadanya selaku presiden.

Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail yang dipanggungkan sebagai lembu jagoh akan bertarung, mengakui mereka telah bertemu diantara satu sama lain dan juga dengan presiden. Walaupun tidak dinyatakan secara bersama, tetapi maksud dan masej yang diterimanya tetap sama. Tidak mungkin sebagai bapak Anwar akan membelah mangga yang tidak seimbang atau sengeng sebelah. 

Dan untuk Nurul Izzah, tidak perlu berlaku pertemuan secara oficial untuk mendengar apa-apa nasihat presiden sebab hubungan mereka ayah dan anak, dimana bila-bila masa Anwar dapat menyampaikan sesuatu kepada Izzah. Cukup dengan body language bapaknya sahaja tanpa batuk dan deham, Izzah sudah boleh memahaminya.

Hasil daripada pertemuan, perbincangan dan "berjemukberkira" itulah maka terbit kenyataan berkaitan pemilihan oleh Nurul Izzah dan Rafizi Ramli beberapa jam lalu. Hanya buat masa ini Saifuddin masih belum selesai melakukan istikharah untuk membuat kenyataan media, mungkin beliau ada penyakit waswas?

Rafizi dalam kenyataanya, menyatakan sedia untuk mempertahankan jawatan itu setelah direstui oleh presiden. Dengan menggunakan senjata akan bersikap tulus dan terus berkhidmat kepada parti meskipun kalah, menyebabkan presiden memberi kepercayaan buatnya untuk bertanding mempertahankan jawatan, ulasnya dalam kenyataan. Rafizi juga bersikap gentlemen yang terpaksa mengalu-alukan sesiapa hendak mencabar kedudukannya.

Ketiga mereka adalah pemimpin utama masa depan
Keadilan dan kerajaan. Foto: Malaysiakini.

Manakala Izzah pula yang sedang mendapat sokongan menggila dari cabang, sayap kiri dan kanan parti, menyatakan akan mempertimbangkan cadangan akar umbi, dan menghormatinya. Bertolak dari situ beliau akan membuat keputusan atas maslahat untuk kebaikan parti bukan atas kehendak mana-mana individu. 

Dapat diselami kenyataan Izzah itu suatu apologetik yang beliau tidak akan sedia menjadi alat memecahkan parti dengan ikut bertanding. Izzah dapat merasa dan membayangkan kalau beliau berlawan dengan Rafizi yang bahaya kepada parti dan perlawanan itu juga akan dilihat perlawanan ayahnya dengan Rafizi dimana dia sebagai proksi.

Pengertian dan pengorban Izzah untuk kepentingn parti ini, sejalur dengan sikap Rafizi. Kedua-duanya mementingkan perpaduan parti dan kerajaan maka kenyataan apologetik begitu dikeluarkan walaupun agak mengecewakan sesetengah pihak. Sesungguhnya politik matang dan fatanah beginilah yang kita ingini dan menyelamatkan parti dan kerajaan. Syabas. 

Apakah yang boleh disimpulkan dengan menghayati kenyataan Rafizi dan Nurul Izzah itu? Bagi saya jelas Izzah tidak akan mendaftarkan diri untuk bertanding timbalan presiden dan akan fokus kepada Naib Presiden sahaja. 

Jika benar begitu tindakan Izzah ini bijak dan matang, sanjungan dan harapan akar umbi kepadanya untuk bertanding jawatan timbalan presiden itu akan memberi laba besar kepadanya untuk menang nombor satu jawatan naib presiden.

Macam mana dengan Saifuddin? Mereka mengenali Saifuddin tidak pelik dengan Menteri Dalam Negeri ini. Saifiuddin seorang resionalis, tenang dan penuh diplomasi. Saifuddin bukan seorang fighter yang menyerang tidak tentu fasal atau termakan hasutan. Beliau juga bukan seorang penerkam jawatan dan kuasa, melainkan seorang pekerja yang baik dan tekun serta seorang khadam yang setia.

Kesimpulannya, harapan pembangkang untuk melihat Keadilan berpecah belah, bercakaran sesama sendiri gara-gara pertandingan merebut jawatan, gagal. Maka kempunanlah pembangkang untuk mengutik isu permilihan dalam Keadilan sebagai modal politik bagi diperdagangkan pada pilihan raya ke-16 nanti.

Sehubungan itu pertandingan kini akan terfokus kepada jawatan naib presiden, dimana pemilihan ini tetap hangat menjadikan ahli sukar untuk memilih yang tepat kerana semua calon akan mendafatar diri nanti semua hebat-hebat belaka dan mereka terbaik daripada yang baik pasti akan menjadi pilihan. [wm.kl. 2:49 pm 07/05/2025].

Monday, May 5, 2025

Biar biduk berlalu, asalkan kiambang bertaut

PANDANGAN


SEKIRANYA tarikh proses penamaan calon pemilihan MPP Keadilan tidak ditangguh dan diubah, kita sudah pasti dapat mengetahui apakah ada pertandingan untuk jawatan timbalan presiden dan jawatan-jawatan lain. 

Tetapi kerana ia ditangguh daripada 4 dan 5 Mei kepada 8 dan 9 Mei atas sebab-sebab tertentu, menyebabkan kita belum dapat pasti apakah akan ada pertandingan atau pun tidak?

 

Seruan awal agar penyandang jawatan Rafizi Ramli diberikan laluan mudah untuk pertahankan jawatan itu oleh presiden, ia hanya angin semilir saja. Ini kerana ia tidak berupa arahan atau konsensus yang wajib dipatuhi. Rafizi pun tidak mempercyai dan selesa dengan arahan lisan itu.

 

Sebelum ini Saifuddin Nasution Ismail sudah berhadapan dengannya (2022) dan kalah, maka beliau dilihat sosok sesui untuk berhadapan dengan Rafizi buat kali kedua. Perulangan pertandingan itu jauh dari membelas dendam, tetapi menguji kekuatan demi maslahat parti? Makanya nama Saifuddin dijaja-jaja untuk menghangat kongers dengan pertandingan ulangan itu.

 

Lain-lain sosok dalam Keadilan dilihat tidak layak untuk merebut jawatan itu apa lagi apabila diukur dari segi senioriti. Selepas Mohd Azmin Ali, Ezam Muhammad Noor, Zuraidah Kamaduddin meninggalkan parti, maka Saifuddinlah senior dan setiawan yang rela menghambakan diri dalam Keadilan.

 

Walaupun ada beberapa nama lain, tetapi mereka tidak layak kerana tidak berimej dan memiliki karismatik dan gaya untuk menduduki kerusi nombor dua dibawah Anwar Ibrahim selaku presiden. Sebagai presiden dan kelaziman Anwar memerlukan regu yang cocok lagi serasai untuk menggerak parti. 


Keserasian itu bukan sahaja dari segi pemikiran, idealisme, kesetiaan tetapi sedia berkorban. Apa juga yang penting regu yang memahami setiap deham dan batuk presiden. Dalam hal ini ia ada kepada Saifuddin. 

 

Keadilan masih memiliki sederet nama-nama hebat dan teruji, seperti Mustafa Kamil Ayub, Johari Abdul, Fuziah Salleh, Rodhian Ismail, Nurul Izzah Anwar dan lain lain, namun Saifuddin dilihati lebih ampuh berdasarkan pengalaman dan kersetiaan yang tidak berbelah bagi. 

 

Dari segi pengalaman dan penglibatan dalam parti, beliau bekas Setiausah Agung Keadilan, yang banyak menadikan parti serta merupakan pengasas parti dan saraf utama kepemudaan parti diawal reformasi. Bukan itu sahaja hubungan dan jaringan beliau dengan pemimpin parti di luar Keadilan juga menarik. 

 

Beliau pernah aktif dalam pemuda Umno dan menjadi “khadam” Dr Ahmad Zahid Hamidi. Begitu juga dengan para pemimpin Pas seperti Husam Musa, bahkan Saifuddin sempat dibaptiskan oleh Pas.

 

Keberadaan dan pengalaman itu adalah penting dan menjadi asset buat beliau dan parti.

 

Dalam politik perpaduan kini, atau pinjam istilah Tok Dor "politik tidak cukup jomelah" fungsi dan kepakaran serta jaring yang dimiliki Saifuddin adalah penting. Inilah kelebihan dan keistimewaan yang bukan mudah dimiliki dan boleh dibeli di kedai. Kelebihan Saifuddin ini menjadi andalan kepada Anwar.

 

Berbalik kepada perebutan jawatan timban presiden Keadilan itu, ia masih jadi teka teki dan meninggalkan tanda soal di kepala, apakah Menteri Dalam Negeri (Mendane) itu akan mendaftarkan diri tanggal 8/9 Mei untuk mencuba sekali lagi. Situasi sedikit suspen pula apabila Rafizi tiba-tiba bercuti hingga hujung Mei sebaik selesai pemilihan peringkat cabang. Ulah Raifizi itu boleh memberi sesuatu persepsi


Perecutian itu sempat menjadi viral dan isu, ada mengatakan Rafizi membuat tindakan psikologi apabila proses pemilihan peringkat cabang selesai dan mendapati ramai orang-orangnya kalah. Lantaran itu menyebabkan tindakan Rafizi tiu dikatakan sebagai protes merajuk? 

 

Disini telalu naif untuk membilang Menteri Ekonomi (Menkom) itu bersikap seperti budak-budak sebab beliau kini sedang menuju kematangan dan sudah melepas zone politik kebudak budakan. Namun sekiranya benar dia merajuk apa lagi ingin memberi mesej buruk kepada presiden, memang tidak layak orang bersifat demikian dalam sebuah perjuangan besar seperti Keadilan.

 

Dalam teka teki itu, semalam Saifuddin telah membuat kenyataan yang membayangkan apa yang akan diambil dalam tempoh beberapa hari ini. Dalam tempoh beberapa jam ini beliau masih belum membuat keputusan. Tetapi dalam kenyataan itu ada dua atau tiga perkara disebut dan cuba disampaikan Saifuddin. Pertama beliau telah berjumpa dengan sahabatnya Rafizi dan presiden parti dan juga berjumpa dengan semua peringkat dalam parti.

 

Tiga subjek itu penting untuk kita menilai dan menebak apa yang akan dilakukan kelak.

 

Saiufuddin tidak menjelaskan apakah butiran beliau berjumpa dengan Rafizi. Tetapi kerana waktu ini dalam edah pemilihan tentulah ianya dalam konteks pemilihan parti. Apakah Saifduddin menyatakan hasrat akar umbi berkaitan perkara itu kepada Rafizi? Sekiranya ia serius untuk berlawan mungkinkah pertemuan itu mencapai kata sepakat di antara keduanya. Menurut Saifuddin pertemuan itu empat jam, lama. 

 

Seandaianya ada persepaktan, diharap persepakatan itu untuk bertanding secara profesional. Rafizi harus menerima tanpa prasangka untuk bertewas kali kedua. Langkah Saifuddin itu bukan sebagai dendam melain untuk menguji kekuatan dalam rangka membina parti daripada acuannya setelah Rafizi diberi peluang sebelum ini?

 

Sekiranya pertemuan itu membincang dan mengambil persetujuan kedu-dua pihak akan bertanding (jika berlaku) biarlah secara professional. Pertandingan umpama biduk berlalu yang akan merapat dan mengutuhkan lagi pertautan kiambang, membina parti lebih kuat.Jangan pertandingan membocorkan bahtera dan mematahkan pendayung. 

 

Saifuddin juga memberi tahu dia telah berjumpa dengan presiden. Seperti perjumpaan dengan Rafizi beliau tidak memperincikan butiran pertemuan itu. Justeru tidak pantas untuk kita mengagakkan apakah tujuan perjumpaan itu. Jangan membuat spekulasi disini.

 

Dan apa yang memberi cula jelas kepada umum ialah apabila Saifuddin memberi tahu dia sudah berjumpa dengan semua peringkat dalam parti. Penjelasan ini memberi gambaran yang beliau membuat persediaan atau warm-up persiapan untuk bertanding. Sebenarnya juga percuitiaan Rafizi itu juga adalah warm-up untuk turun ke gelanggang.

 

Dari gerak badan dan bicara Saifuddin sekiranya dia melangkah ke gelanggang pada hujung bulan ini untuk berhadapan sekali dengan Rafizi, ia dibuat setelah semua persiapan dan penilaian baik buruk habis dihisab dan dipertimbangkan. Sebagai seorang yang rasionalis dan realistis, Saifuddin tidak main-main dalam kerjanya. Apa lagi beliau tidak seharusnya mengulangi kekalahan kedua berturut-turut kerana ia menjejaskan nilai peribadinya reputasi politiknya.

 

Dalam hal ini juga diharap Saifuddin tidak dipaksa untuk menentang Rafizi atas apa sebab sekali pun, melainkan dengan satu nawaitu untuk memperkasakan parti dan kerajaan demi memastikan Anwar Ibrahim akan terus kekal sebagai PM untuk penggal kedua.

 

Kita tunggu dengan doa dan harapan dan sekiranya Saifuddin mara, janganlah pula Rafizi membuat tindakan akan “mengeligiskan” hati dengan tidak mempertahankan jawatan yang sedang disandangkan itu. Berlawan meskipun penuh dramatik. [wm.kl.12:21 pm 05/05/2025]

 

 

Monday, May 30, 2022

Keadilan kembali ke landas reformasi

ANALISA PEMILIHAN PKR

WALAUPUN peringkat awal ada pihak mempertikaikan ketelusan proses pemilihan dalam PKR yang pertama kali melaksanakan dua kaedah, secara maya dan fizikal, tetapi keputusan diperolehi daripada proses itu seperti realistik dan tidak banyak menimbulkan pertikaian. 

Gambaran bahawa wujud 59,000 undi atas talian meragukan sebelum ini tidak menjadi pemusnah keyakinan ahli parti kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang diketuai Dr Zaliha Mustafa.  

Proses pemilihan sudah pun selesai dan hanya menunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat semasa kongres nasional nanti. 

Thursday, May 19, 2022

Rafizi dan Saifuddin bukan soal kelayakan tetapi kesesuaian

PENDAPAT

ADA beberapa WhatsApp dari orang tertentu yang bertanya saya siapa lebih layak untuk jadi timbalan presiden Keadilan. 

Mulanya saya malas untuk jawab atau ulas secara spesifik takut bias. Bagaimana pun untuk memberi sedikit pencerahan hendaklah saya bercakap di sini. Harap kemaaf. 

Sebenarnya soal layak, berdasarkan latar belakang pendidik, track record perkhidmatan dalam parti, kedua-duanya layak. Baik Rafizi, baik Saifuddin kedua-duanya ada jasa masing-masing kepada parti. 

Thursday, May 12, 2022

Perebutan jawatan dalam Keadilan jangan ulang peristiwa 2018

RENCANA KHAS

Harap salam ini kemas sampai akhir.
SEMASA Keadilan mengadakan pemilihan tahun 2018 saya menulis artikel ini, https://msomelayu.blogspot.com/2018/08/pertembungan-rafizi-azmin-sulitkan.html#more menerusinya saya menyatakan kebimbangan tentang kesan pertandingan antara Rafizi Ramli dengan Azmin Ali

Mesej artikel itu saya pertikaikan cara Rafizi Ramli mengumumkan calon-calon pasukannya sungguh grand untuk melawan orang ditentangnya Azmin Ali, penyandang jawatan timbalan presiden Keadilan. 

Tuesday, April 12, 2022

Kemeriahan perebutan jawatan dalam Keadilan tanda kehebatan parti

 SESUDAH SUBUH

Gambar hiasan.
DENGAN mengenepikan perasaan mual dan benci kepada politik gara-gara aksi "katak, kera, monyet dan kakah (sejenis kera berkening putih)" yang mungkin ada penyelesaian apabila parlimen telah mengadakan sidang khas meminda perlembagaan Perkara 10 semalam bagi membolehkan satu undang-undang (RUU) lompat parti digubal, kita perhatikan kepada kemeriahan pemilihan dalam parti Keadilan yang bermula sekarang ini dengan proses penamaan calon.

Penamaan calon menerusi talian dibuka sejak 8 April lalu dan tamat semalam 11 April. 

Mengenai akta anti lompat yang dijangka menjadi realiti pada Mei depan apabila satu lagi sidang khas parlimen diadakan, kita doakan semoga ia berjaya. Seperti dikutip daripada kata-kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim semasa membahas rang undang-undang pindaan itu, akta itu nanti boleh mengurangkan rasa benci dan ketidak-percayaan setengah rakyat kepada politik (pilihan raya). Mudah-mudahan peratus keluar mengundi dalam Piraum ke-15 akan capai tahap sebelum ini.

Monday, November 29, 2021

80 peratus setuju Keadilan bertanding guna logo sendiri dan tinggal DAP

RUMUSAN
Simbol yang dipertikaikan?

SERAMAI lebih 600 dan 500 yang memberi komen dan like terhadap survey untuk mengetahui apakah
perlu untuk Keadilan bertanding menggunakan lambang sendiri dan tidak bersama DAP dalam pilihan raya ke-15 nanti. 

Persoalan yang dilontar untuk mendapat pandangan umum khasnya dari kalangan pelayar Facebook MSO II, berbunyi; Apakah Keadilan perlu bertanding sendiri tanpa kerjasama dengan DAP dalam pilihan raya umum akan datang?"

Thursday, July 18, 2019

Perbalahan Azmi - Anwar Majlis Presiden perlu bertindak

PANDANGAN

MEMANDANGKAN kemelut dalam Keadilan kini makin merebak dan boleh menghanyirkan dan berpotensi mengganggu kesejahteraan kerajaan PH elok kalau majlis presiden membuat satu pernyataan sebagai memberi panduan kepada Keadilan. 

Rakan komponen PH, Keadilan itu kini dalam keadaan hilang arah panduan dan terhapus pedoman. Mereka yang beremosi lebih ramai daripada yang waras.

Jika tidak dipandu, keadaan boleh memberi kesan buruk kepada PH. Presiden parti komponen, PH, Muhyiddin Yassin (PPBM), Mohamad Sabu (Amanah) dan Guan Eng (DAP) tidak boleh duduk diam dan merasakan diri selesa kerana parti sendiri tidak ada masalah. Itu bukan sikap rakan yang baik.

Sebagai rakan kongsi dalam pakatan mereka patut alert kepada apa yang berlaku dalam Keadilan itu. Mereka kena ingat masalah menimpa dalam Keadilan - perbalahan antara Azmin dengan Anwar jika tidak dibereskan ia akan ikut menyusahkan PH. Jika perlu kedua yang menjadi masalah itu (Azmin dan Anwar) diselam air, elok selam air biar mereka kabar (sedar).

Saya raya kalau majlis presiden menegur Keadilan dalam mereka dalam situasi seperti hari ini tidak dilihat sebagai mencampuri urusan Keadilan, sebaliknya ia adalah kewajiban bersama dan suatu yang bijaksana.

Jangan mengharap Mahathir akan memulakan cetusan untuk menasihati Keadilaan ini kerana beliau sendiri terjempit di antara dua nilai dalam dirinya sendiri; Double standard dan integriti. Sesungguhnya perbalahan di antara Azmin dan Anwar itu juga mengganggu tanggung awab dan tugasnya untuk membaiki negara yang dirosakkan Najib kini. Trims. [wm. kl. 1:29 pm 18/07/19]

Wednesday, July 8, 2015

Penyertaan empat anak muda beri suntikan kepada PKR

ULASAN                                                                                                            

Rafizi mengumumkan kemasukan empat anak muda ke PKR.
Pengumuman secara rasmi penyertaan seorang penceramah bebas dan tiga pimpinan mahasiswa ke dalam PKR hari ini memberi petanda jelas bahawa perkembangan dan pergolakan dalam Pas waktu ini tidak menjadi perhatian golongan muda.

Hari ini Wan Jin Wan Husin penceramah bebas dan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor bersama Ahmas Syukri Razab, Mohammad Zaki Abdul Shukor dan Muhammad Hasny Hasni diumumkan menyertai PKR.