Wednesday, May 7, 2025

Tiada pertandingan Timbalan Presiden Keadilan?

SEMBILAN jam lagi locing pertandingan dalam Keadilan untuk memilihan pemimpin periode 2025 - 2028 akan dibunyikan. Jam 12:01 minit tengah malam pendaftaran dibuka. Saya yakin presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi nasihat dan petua terbaik kepada semua, khasnya yang bercadang untuk merebut jawatan atau mempertahankan jawatan.

Anwar tentu sudah beri petua dan
nasihat kepada semua
yang hendak bertanding.
Sebagai presiden yang bertindak sebagai orang tua yang banyak makan garam dan tahu selok belok perlawanan dan juga implikasi dari perlawanan, Anwar akan menasihat secara jujur kepada semua. Walaupun tiada berita dan kenyataan dari beliau, namun saya yakin ia berlaku dalam suasana senyap dan terhormat. Beliau dirujuk terlebih dahulu sebagai penghormatan kepadanya selaku presiden.

Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail yang dipanggungkan sebagai lembu jagoh akan bertarung, mengakui mereka telah bertemu diantara satu sama lain dan juga dengan presiden. Walaupun tidak dinyatakan secara bersama, tetapi maksud dan masej yang diterimanya tetap sama. Tidak mungkin sebagai bapak Anwar akan membelah mangga yang tidak seimbang atau sengeng sebelah. 

Dan untuk Nurul Izzah, tidak perlu berlaku pertemuan secara oficial untuk mendengar apa-apa nasihat presiden sebab hubungan mereka ayah dan anak, dimana bila-bila masa Anwar dapat menyampaikan sesuatu kepada Izzah. Cukup dengan body language bapaknya sahaja tanpa batuk dan deham, Izzah sudah boleh memahaminya.

Hasil daripada pertemuan, perbincangan dan "berjemukberkira" itulah maka terbit kenyataan berkaitan pemilihan oleh Nurul Izzah dan Rafizi Ramli beberapa jam lalu. Hanya buat masa ini Saifuddin masih belum selesai melakukan istikharah untuk membuat kenyataan media, mungkin beliau ada penyakit waswas?

Rafizi dalam kenyataanya, menyatakan sedia untuk mempertahankan jawatan itu setelah direstui oleh presiden. Dengan menggunakan senjata akan bersikap tulus dan terus berkhidmat kepada parti meskipun kalah, menyebabkan presiden memberi kepercayaan buatnya untuk bertanding mempertahankan jawatan, ulasnya dalam kenyataan. Rafizi juga bersikap gentlemen yang terpaksa mengalu-alukan sesiapa hendak mencabar kedudukannya.

Ketiga mereka adalah pemimpin utama masa depan
Keadilan dan kerajaan. Foto: Malaysiakini.

Manakala Izzah pula yang sedang mendapat sokongan menggila dari cabang, sayap kiri dan kanan parti, menyatakan akan mempertimbangkan cadangan akar umbi, dan menghormatinya. Bertolak dari situ beliau akan membuat keputusan atas maslahat untuk kebaikan parti bukan atas kehendak mana-mana individu. 

Dapat diselami kenyataan Izzah itu suatu apologetik yang beliau tidak akan sedia menjadi alat memecahkan parti dengan ikut bertanding. Izzah dapat merasa dan membayangkan kalau beliau berlawan dengan Rafizi yang bahaya kepada parti dan perlawanan itu juga akan dilihat perlawanan ayahnya dengan Rafizi dimana dia sebagai proksi.

Pengertian dan pengorban Izzah untuk kepentingn parti ini, sejalur dengan sikap Rafizi. Kedua-duanya mementingkan perpaduan parti dan kerajaan maka kenyataan apologetik begitu dikeluarkan walaupun agak mengecewakan sesetengah pihak. Sesungguhnya politik matang dan fatanah beginilah yang kita ingini dan menyelamatkan parti dan kerajaan. Syabas. 

Apakah yang boleh disimpulkan dengan menghayati kenyataan Rafizi dan Nurul Izzah itu? Bagi saya jelas Izzah tidak akan mendaftarkan diri untuk bertanding timbalan presiden dan akan fokus kepada Naib Presiden sahaja. 

Jika benar begitu tindakan Izzah ini bijak dan matang, sanjungan dan harapan akar umbi kepadanya untuk bertanding jawatan timbalan presiden itu akan memberi laba besar kepadanya untuk menang nombor satu jawatan naib presiden.

Macam mana dengan Saifuddin? Mereka mengenali Saifuddin tidak pelik dengan Menteri Dalam Negeri ini. Saifiuddin seorang resionalis, tenang dan penuh diplomasi. Saifuddin bukan seorang fighter yang menyerang tidak tentu fasal atau termakan hasutan. Beliau juga bukan seorang penerkam jawatan dan kuasa, melainkan seorang pekerja yang baik dan tekun serta seorang khadam yang setia.

Kesimpulannya, harapan pembangkang untuk melihat Keadilan berpecah belah, bercakaran sesama sendiri gara-gara pertandingan merebut jawatan, gagal. Maka kempunanlah pembangkang untuk mengutik isu permilihan dalam Keadilan sebagai modal politik bagi diperdagangkan pada pilihan raya ke-16 nanti.

Sehubungan itu pertandingan kini akan terfokus kepada jawatan naib presiden, dimana pemilihan ini tetap hangat menjadikan ahli sukar untuk memilih yang tepat kerana semua calon akan mendafatar diri nanti semua hebat-hebat belaka dan mereka terbaik daripada yang baik pasti akan menjadi pilihan. [wm.kl. 2:49 pm 07/05/2025].

No comments: