ULASAN
RAMAI yang menyangka kemenangan besar Pas dalam pilihan raya umum (Piraum) ke-15 Sabtu lepas akan membawa Mahiaddin Yassin untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri semula buat kali kedua. Mahiaddin diperkirakan akan mencatat rekod menyamai Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan nombor satu itu secara berkembar.
Kemenangan Pas sampai memperolohi 43 kerusi akan membantu pengerusi PN (Mahiaddin Yassin) menjadi perdana menteri. Kejayaan itu juga meletakkan Pas sebagai parti yang bakal dilihat gah di negara ini pada masa akan datang kerana ia meninggalkan kehebatan Umno sebelum ini.