Friday, November 25, 2022

Kebahayaan Pas dalam politik Malaysia

ULASAN 

RAMAI yang menyangka kemenangan besar Pas dalam pilihan raya umum (Piraum) ke-15 Sabtu lepas akan membawa Mahiaddin Yassin untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri semula buat kali kedua. Mahiaddin diperkirakan akan mencatat rekod menyamai Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan nombor satu itu secara berkembar. 

Kemenangan Pas sampai memperolohi 43 kerusi akan membantu pengerusi PN (Mahiaddin Yassin) menjadi perdana menteri. Kejayaan itu juga meletakkan Pas sebagai parti yang bakal dilihat gah di negara ini pada masa akan datang kerana ia meninggalkan kehebatan Umno sebelum ini.  

Memang PN menjadi gah dan pencapaiannya mengejutkan banyak pihak. Ramai yang tidak menduga kerusi yang diperolehi Pas itu. Walaupun Pas mensasarkan 60 kerusi parlimen, tetapi tidak ramai yang yakin parti itu mendapat sampai 43 kerusi. 

Pencapaian cemerlang itu menyebabkan para pemerhati dan penganalisa menjadi bingung. Mereka tidak percaya kepada sumber dan teori analisa mereka sendiri. Dengan pencapaian Pas itu yang menghimpunkan 73 kerusi dalam gabungan PN sesuatu yang hebat. Bersatu hanya mengutip 30 kerusi. Angka itu menggetarkan PH dan BN. Pas adalah penyumbang utama dan sekaligus muncul sebagai parti yang mengejutkan semua orang, melintasi pencapaian DAP 40. 

Pencapaian Pas itu disambut dengan takbir bergemuruh oleh para penyokong Pas. Pas merayakan kemenangan itu dari Subuh hingga ke Maghrib membawa ke Isyak. Mereka bersorak bangga kerana dapat mengekang PH dan BN daripada mendapat majoriti mudah. Belum pernah berlaku dalam sejarah parti agama itu, mendapat kemenangan sebesar itu. Paling banyak pun sebelum ini Pas berjaya meraih 27 kerusi sahaja pada pilihan raya 1999.

Sambang.

Bagaimana pun kegembiraan itu tidak seperti diharapkan. Panas tidak sampai ke petang, dan bulan tidak sempat purnama, sebaliknya sambang sebelum dinihari. Kemenangan itu tidak membawa apa-apa erti kepada Pas khasnya dan PN amnya apabila ia tidak mencapai apa dihajatinya, untuk menobatkan Mahiaddin sebagai perdana menteri. Ia musnah dan hancur  berkecai apabila pengerusi PH Anwar Ibrahim mendapat perkenan untuk mengangkat sumpah sebagai PM10 kira-kira jam 4:30 petang 24 November.

Kemenangan besar itu bukan membawa tuah sebaliknya menjadi istidraj kepada PN tetapi membawa tuah kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri. Inilah istidraj dan keterkejutan yang sukar diterima Pas dan PN dengan kejadian itu. Belum tahu Anwar dapat melepaskan hajat untuk jadi perdana menteri kalau Pas tidak menang besar sebaliknya angka atau jumlah kerusi itu bertukar kepada PN. Kemenangan besar Pas itu membantu Anwar. Situasi ini tidak mudah untuk difahami.  

Mungkin ada yang berasa pelik dan hairan kenapa terjadi demikian?  Apakah logik dan munasabahnya hujahan ini? Apakah signifikannya. Apa kena mengena dengan kemenangan besar Pas dengan kemalangan Mahiaddin untuk tidak dapat menjadi perdana menteri kemudian untung serta labanya dipunggut Anwar dan PH? Makrifat politik ini tidak mudah untuk diterima semua orang.

Jika ikutkan perkembangan politik pasca pilihan raya lalu ia sesuatu yang mengejutkan apabila PN yang mendapat kerusi kurang 9 kerusi untuk menyamai kerusi PH tetapi tiba-tiba mereka riuh bercakap untuk menjadi perdana menteri. Keriuhan itu berlaku apabila PN mendapat sokongan daripada GPS (23) dan GRS (6) serta 10 sokongan gelap daripada ahli parlimen Umno dan seorang atau dua Bebas.

10 ahli parlimen Umno itu ialah; Hishammuddin Hussein (Semberong), Wee Kah Siong (Air Hitam), Wee Jek Seng (Tanjung Piai), M Saravanan (Tapah), Hasni Mohamad (Simpang Renggam), Jalaluddin Alis (Jelebu), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah) Ehsan Mohd Isa (Tampin) dan Joseph Korup (Pensiangan). Mereka ini dianggap sebagai pengkhianat yang terinspirasi daripada Langkah Sheraton. 
 
Dengan sokongan itu Mahiaddin sudah mengira beliau akan diberi perkenan untuk angkat sumpah sebagai perdana menteri. Kerana mempercayai kepada perolehan itulah menyebabkan sampai kini ahli parlimen Pagoh itu semacam tidak berpuas hati dengan pelantikan ahli parlimen Tambun sebagai perdana menteri. 

Hingga ke saat Anwar sedang membaca lafaz dan aku janji memegang jawatan di hadapan Yang diPertua Agong di Istana Negara, Mahiaddin bersama regunya Abdul Hadi Awang mempertikaikannya, mendakwa bahawa beliau yang terdahulu mendapat cukup nombor yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong. 

Manakala Pas yang memberi sumbangan terbesar juga sudah mula mengira-ngira ahli parlimen mereka akan mendapat ghanimah yang tidak pernah dirasai sejak parti itu wujud dan menyertai pilihan raya sebanyak 15 kali. 

Apabila PN diberi dapat membentukan kerajaan dan Mahiaddin diberi perkenan menjadi perdana menteri mereka dapatlah menumpang tuahnya. Kalau semasa menyertai kerajaan Keluarga Malaysia, Pas mendapat tiga jawatan menteri dan empat timbalan menteri, dalam kerajaan baru PN nanti ganjarannya lebih lumayan daripada itu sehingga membayangkan jawatan timbalan perdana menteri untuk Abdul Hadi Awang.

Bagaimana pun angan dan impian itu melayang begitu sahaja. Kehilangan itu berlaku disebabkan kesilapan yang mungkin tidak disedari kerana adanya implikasi politik timbul disebalik kemenangan itu. Inilah kuasa Tuhan. Semuanya bermula apabila GPS Sarawak yang mezahirkan sokongan awal untuk PN membuat kesilapan. 

Pengerusi GPS Abang Johari Openg telah membuat kenyataan terbuka memberi sokongan kepada PN tanpa mengira dan mengambil persetujuan konkrit daripada gabungan itu yang terdiri daripada SUPP, PRS dan PBB.  Sikap excited dan gelojoh Johari Openg telah memakan diri sendiri. 

Johari Openg adalah antara pengerusi gabungan politik paling awal mengunjungi Mahiaddin dan membuat kenyataan menyokong PN untuk membentuk kerajaan. Beliau siap dengan mengemukakan tuntutan dan juga syarat-syarat penggabungan dan sokongan yang perlu dipenuhi oleh Mahiaddin Yassin. Dalam kenyataan itu juga bersetuju menamakan Mahiaddin sebagai perdana menteri.

Kenyataan atau pendirian Johari Openg itu rupanya tidak dicapai secara konsensus dengan parti-parti dalam gabungan GPS yang terdiri daripada SUPP, PBS dsan PBB. Kegelojohan menyebabkan timbul bantahan dan kemarahan dari beberapa parti dalam gabungan itu. Tentangan itu menjelaskan bahawa kenyataan sokongan GPS dibuat Johari itu sebagai gopoh dan mengelirukan. 

Kenyataan Johari Openg itu telah menimbulkan kemarahan dari kalangan rakyat Sarawak yang tidak dapat menerima keberadaan Pas dalam PN itu. Ia datang daripada parti kaum Dayak, Kadazan dan Cina. Lantaran itu Johari dikecam dan dikutuk, sampai ada perarakan memprotes tindakan GPS untuk bersekongkol dengan PN seperti mana kenyataan Johari Openg itu.

Disebabkan timbul perbalahan itu akhirnya menyebabkan Johari Openg terpaksa membuat kenyataan meralatkan pendirian sebelum dimana soal sokongan kepada kerajaan Persekutuan bakal ditubuh diserahkan kepada Yang diPeretua Agong. Kenyataan itu secara tidak langsung memberi isyarat GPS menarik diri daripada menyokong Mahiaddin. 

Perubahan itulah juga menyebabkan Agong terpaksa memperhalusi jumlah kerusi yang diperoeleh oleh PN yang telah dipersembahkan itu. Hasil semakannya menunjukkan Mahiaddin atau PN tidak mendapat kerusi mencukupi. Kekurangann itu bukan sahaja setelah GPS menarik sokongan tetapi sokongan gelap daripada 10 ahli parlimen Umno juga terbatal apabila Umno membantah SD dikemukakan 10 ahli parlimen berkenaan. 

Apa yang boleh difahami disisni, bahawa Pas telah menjadi masalah kepada PN dan juga Mahiaddin. Mahiaddin hilang sokongan apabila Johari meralatkan kenyataanya, menyerahkan soal pembentukan kerajaan nanti kepada budi bicara Agong. Kenyataan gelojoh Johari itu tidak terpakai.
Justeru, apabila Yang diPertuan Agong terpaksa membuat perincian semula, menyebabkan PN kehilangan majoriti, maka Mahiaddin hilang hak untuk diangkat sebagai PM.

Ertinya kemenangan Pas yang besar itu tidak menguntungkan PN dan Mahaiddin sebaliknya mengundang masalah kepada Mahiaddin dan PN yang bernatijah menyelamatkan Anwar untuk diangkat jadi PM. Kesimpulannya natijah kejayaan besar Pas dalam suasana masyarakat majmuk negara ini tidak menjamin parti itu boleh mendominasi bagi menerajui negara ini. 

Dalam konteks politik dan hubungan masyarakat negara ini, kejayaan PN yang didokong parti agama tidak menjamin ia menyelamatkan keadaan sebaliknya boleh memusnahkan impian. Ini menunjukkan bahawa kejayaan Pas itu dicurigai. Semua itu adalah kerana pendekatan yang diambil oleh Pas yang agressi, redikal menunjukkan semangat agama dan jihad mereka. 

Dari satu sisi PH amnya dan Anwar khasnya perlu berterima kasih dengan kemenangan besar Pas itu kerana ia secara tidak sedar meletakan Anwar di kerusi perdana menteri. Ertinya kedudukan Anwar itu turut sama diasbabkan oleh Pas. Itulah hikmah di sebalik kemenangan besar Pas itu. [wm.kl.38 pm 25/11/2022]

No comments: