Wednesday, November 16, 2022

Gelora rakyat sudah melaut

SESUDAH SUBUH

Orang ramai dari jarak
300 meter dari pentas.
KEMPEN pilihan raya sudah hampir ke kemuncak. Sudah lebih separuh kawasan parlimen mendapat sentuhan langsung oleh Anwar Ibrahim ataupun Rafizi Ramli. PH tampaknya terus bergerak laju ke hadapan berbanding dengan parti-parti atau gabungan lain. 

Semua majlis anjuran PH diberi sambutan mengejutkan. Gelora rakyat sudah melaut.

 Baik majlis jelajah presiden atau pun himpunan mega mendapat sambutan hangat. Ayuh Malaysia yang digerakkan Rafizi Ramli bersepadu molek dengan gerakan Reformasi pimpinan Anwar yang membentuk gelora kebangkitan umum. Dua kombinasi tagline perjuangan ini benar-benar mengugah hati rakyat dan menakutkan pihak lawan, menjadi lawan seperti tidak terkutik. 

Kerajinan Anwar pula menjelajah ke seluruh lokasi di semua negeri dari Perlis hingga ke Sabah tanpa mengenal penat lelah menjadi daya tarikan, sekaligus memberi empati besar rakyat kepadanya. Rakyat melihat keseriuasan dan kerajinan Anwar memberi pencerahan menyebabkan rakyat berasakan jawatan PM menjadi haknya.

Kesungguhan beliau itu juga menyebabkan timbul rasa empati dan sokongan dengan lambakan doa agar kali ini beliau akan dinobatkan sebagai perdana menteri tanpa dipertikaikan. Rakyat sudah nampak bahawa tidak ada sosok yang ampuh dan sesuai untuk menyelamatkan negara melainkan ANWAR IBRAHIM. Kesungguhan dan keprihatinannya kepada rakyat dan negara tidak pernah berubah walaupun usaha menghalangnya berterusan. Inilah senjata dan kekuatan Anwar. 

Kerja keras Anwar menangani rakyat ini hingga ke saat-saat akhir hari mengundi 19 November nanti,  diibaratkan sebagai pasukan bola sepak yang berada di masa kecederaan (injury time), selepas kedududukan terikat dengan seri. Tempoh injury time ini hanya sejmput masa sahaja yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menentukan kemenangan tanpa melalui sepakan penalti.  

Gelora kebangkitan rakyat
di Kuala Lumpur.
Sekiranya masa ini dipersia-siakan ia akan membawa padah dan mengundang kekalahan. Sepakan penalti adalah perjudian maut dan nasib. Situasi dan kondisi ini difahami dan digunakan Anwar sebagai mungkin. Dan penonton (rakyat) perlu memberi tepukan dan sorakan paling kuat dan bersemangat hingga ke saat akhir.  

Untuk semalam sahaja Anwar melupai segala halangan dan tanpa menghiraukan kesihatan diri beliau telah melakukan penjelajahan ke beberapa lokasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Selepas Zohor bermula dengan majlis Temu Rapat di Sungai Besar, kemudian ke minum petang bersama penduduk di Kuala Selangor.

Dari Kuala Selangor bergerak ke ceramah umum mengangkat Maruah di Kuala Langat, selepas itu ke acara mengeteh dan santai-santai di Lembah Pantai. 

Menjelang Maghrib Anwar ke Setiawangsa dan seleas Maghrib berceramah di Setiawangsa. Penjelajahan beliau menanngani rakyat dan pengundi malam tadi berakhir di Himpunan Mega Harapan di Danau Kota. 

Himpunan Mega bertempat di Danau Kota dalam parlimen Wangsa Maju malam tadi, sekali lagi memberi gambaran nyata yang majlis PH mendapat sambutan hangat. Himpunan Mega malam tadi juga menjadi simbolik kepada kerajinan, kekuatan dan sokongan kepada PH. 

Yang ikut bersama berhimpunan di Danau Kota malam tadi bukan sahaja khalayak setempat tetapi ia turut sama dihadiri daripada penyokong dan pengkagum Anwar dari luar Kuala Lumpur, termasuk dari Melaka, Perak dan Terengganu. 

Malam tadi Anwar muncul bersama Rafizi Ramli. Satu kombinasi yang mantap dan dilihat pasangan idea untuk memimpin negara ketika ini. Pilihan raya ke-10 seperti mencatumkan Anwar dan Rafizi menjadi badan dan roh untuk membina Keadilan yang diroboh oleh pengkhianat seterusnya menjadi sebuah parti dan ketumbukan untuk membangun negara. 

Malam tadi Rafizi datang lebih awal berbanding dengan Anwar sesuai dengan senioriti. Terserlah akan tertib keprotokalan malam tadi. Kemunculan Rafizi mengema laungan Reformasi dan Ayuh Malaysia. Rafizi berjalan kaki kira-kira 300 meter menuju ke pentas kerana kenderaan tidak dapat masuk disebabkan kerumuan orang ramai. 

Kira-kira 45 minit kemudian Anwar muncul pula dengan diberi sambutan serupa. Seperti biasa beliau diarak penuh bersemangat dan hormat presiden masuk ke pentas utama dengan laungan Reformasi, Ayuh Malaysia dan iringi pembawa bendera. Keadaan memecahkan kegamatan dan kegembiraan yang luar biasa. 

Suasana malam tadi sudah seperti suasana menyambut kemenangan. Himpunan dan kemeriahan malam tadi seperti isyarat dan latihan untuk diulagi laku pada malam 19 November kelak. 

Bagaimnana ikhlas dalam pengamatan saya himpunan di Danau Kota malam tadi sedikit berkurangan berbanding dengan himpunan semasa pilihan raya ke-14 dahulu. Jumlah kehadiran empat tahun lepas lebih ramai. Ketika itu hampir semua blok flat dihiasi dengan bendera biru Keadilan berlambangkan mata secara terbuka.  

Namun pemandangan itu tidak ada kali ini. Apakah ia menunjukkan kali ini simbol atau bendera parti tidak perlu dipamerkan di unit-unit pangsapuri lagi, cukup dengan berada dalam genggaman? Simbol parti dan wajah pemimpin kini sudah berada kemas dan genggaman umum menerusi gedjet masing-masing. 

Apa pun yang merujakan semalam dan satu perkembangan baik, jumlah anak-anak muda berbangsa Melayu mendominasi khalayak lain. Ini memberi gambaran semangat dan komitmen anak-anak muda untuk menerima Anwar sebagai pemimpin nombor satu memberangsakan. Yang menggila Anwar bukan sahaja generasi veteran Reformasi tetapi generasi baru juga.  

Malam ini diadakan Himpunan Mega di Amapnag dan Gombak. Himpunan malam ini dikira kemuncak dan menjadi ibu segala himpunan kempen. Dijangka kehadiran dan semangat orang ramai kian berkobor memandang di kedua-dua kawasan itu ditanding sejoli pengkhianat Keadilan, Azmin Ali (Gombak) dan Zuraida Kamaruddin (Ampang). 

Himpunan malam ini akan menjadi manifretasi kepada kekuatan, kepaduan semangat rakyat dalam menyokong PH dan keazaman untuk mengnyahkan dua pengkhianat itu. Hadirlah malam ini di lokasi itu untuk melihat kekuatan dan sokongan mutakhir kepada PH.[wm.kl. 7:30 am 16/11/2022]







No comments: