NOTA PELANCUNGAN
Satu pose di Bagan Serai. |
Selepas penamaan calon pilihan raya mula memasuki ke alam realiti. Kita sudah tahu siapa lawan siapa, parti mana berhadapan dengan parti mana, dan kenal lawan masing-masing. Latar belakang, ketokohan, keilmuan calon-calon juga dikenali. Dari sini maka kita dapat membuat ulasan dan perkiraan awal yang lebih realistik mengenai keputusan di sesuatu kawasan.
Begitu juga dengan perjalanan dan rentak kempen. Kempen jadi rancak sebaik selesai penamaan calon. Calon akan aktif berkempen sehingga ketidak cukupan masa. Kempen akan berjalan hingga ke saat-saat akhir tengah malam menjelang hari mengundi 19 November. Logistik pilihan raya seperti bendera parti, poster, signboard dan gambar-gambar berunsur kempen dan gambar wajah calon juga mula dinaikan dan menghiasi suasana menjadikan pilihan raya akan jadi semakin menarik, rancak dan panas.
Poster Aziz Bari. |
Manakala untuk mengetahui apakah sesuatu kawasan atau calon itu mempunyai kekuatan jentera pilihan raya atau tidak, ia bergantung kepada persiapan di sesuatu kawasan itu. Suasana dalam kawasan itu memberi gambaran dan petunjuk tertentu dan sejauh mana kekuatan jentera pilihan raya berjalan. Misalnya pemasangan bendera, pengedaran risalah, aktiviti kempen, pengaturan ceramah umum dan berkelompok serta juga pembinaan pos atau pun bilik gerakan, merupakan perkara penting.
Parti yang mempunyai kekuatan apabila memiliki bilik gerakan yang tersusun, bersistemetik dan berfungsi 24 jam. Senantiasa meriah dan dikunjungi orang ramai. Bilik gerakan adalah saluran kepada sesuatu parti menerima maklumat dan menjadi pengkalan menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Bilik gerakan merupakan pengkalan melancar dan mengaturkan serangan.
Perjalanan pertama.
Jalan di Kampung Pinji. |
keadaan pilihan raya dan memerhati suasana awal pilihan raya di beberapa kawasan (parlimen). Perjalanan saya bermula dari Kuala Lumpur menuju ke destinasi Bagan Serai, Perak. Sebelum sampai ke Bagan Serai saya memasuki ke Ipoh Timur menerusi Simpang Pulai. Sempat memerhati keadaan di Gopeng.
Di Ipoh Timur saya memusatkan perhatian di Dun Tebing Tinggi di sini Dr Abdul Aziz Bari bertanding mempertahankan kerusinya.
Di Kampung Pinji yang merupakan pusat bandar dalam Dun berkenaan, suasana pilihan raya sudah bermula. Bendera dan poster calon sudah mula dipasang. Sepanjang jalan di kiri kanan Kampung Pinji sudah dipenuhi dengan bendera. Paling menonjol ialah bendera berwarna merah kepunyaan PH. Bendera PH lebih banyak berbanding bendera berwarna biru milik BN dan Perikatan Nasional. Di sini 'merah" telah menelan "biru".
Di Sungai Besar, Selangor. |
Banner BN di Manjung. |
Suasana agak berbeza di Manjung. Bendera BN hampir merampas seluruh kawasan di sini. Maksudnya warna biru menawan Manjung. Kombinasi bendera PN dan BN menjadikan Manjung bermandikan warna biru menjadikan bandar ini seperti berpesta warna biru. Warna merah, bendera PH masih belum memberi tentangan.
Melihat kepada kombinasi dua bendera biru ini, PN dan BN, dapat disimpulkan bahawa mereka menyediakan persiapan lebih awal lagi. Sebagai parti kerajaan mereka memiliki beberapa kelebihan dan keistimewaan seperti mengetahui tarikh dan masa untuk berpilihan raya. Kelebihan itu menjadikan mereka membuat persiapan awal. Jadi tidak pelik kalau mengapa Umno gila-gila untuk mengadakan pilihan raya walaupun dimusim tengkujuh.Kemunculan bendera biru khasnya BN, juga menguasai sepanjang jalan Lumut - Telok Intan. Hampir semua sembilan jejantas yang merentang di sepanjang Lebuh Raya Pantai (WCE) itu disilangi dengan bendera warna biru, BN dan PN. Ini menguatkan hujah saya bahawa kedua parti ini menyediakan logistik mereka lebih awal.
Memasuki ke Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang hingga ke Kuala Selangor, biru menguasai kawasan ini. Hanya di Sekinchan kelihatan ada tentangan dan sanggahan daripada PH. Sekinchan adalah kawasan kubu DAP. Kehebatan bendera BN di Tanjung Karang sungguh menyolok mata ia seolah-olah satu manifestasi di atas kegagalan Noh Omar menjadi calon.
Manjung dibirukan bendera BN. |
Kelebihan itu menyebabkan mereka lebih awal bersedia dan menawan kawasan dengan bendera. Tempat-tempat strategik dikuasi mereka. Perang warna sehingga semalam saya istyhar ia dimenangi oleh BN da PN.
Bagaimana pun suasana akan berubah dalam tempoh dua tiga hari lagi. Semua parti yang mengambil bahagian sedang mempersiapan logistik masing-masing. Apabila gambar cogan (gambar calon) siap nanti ia menjadi makin meriah dan sumringah.
Semua bentuk bekalan atau peralatan "perang" akan mulai masuk ke kawasan masing-masing dalam tempoh itu dengan pelbagai bentuk lagi. Kemeriahan dan kehangatan perang poster akan bermula.
Ia menjadi lebih rancak dan realistik lagi apabila poster calon baik berupa kain rentang, atau papan tanda (billboard) akan di pasang. Sepanjang jalan dan kawasan di kiri kanan akan terpampang dengan bilboard atau bersilangan kain rentang, berwarna MERAH dan biru. Kekuatan dua warga gergasi ini dalam pilihan raya ini akan melenyapkan sama sekali warna-warna lain milik parti dalam GTA atau Warisan.
Berbicara mengenai warna, bendera dan simbol parti ini sedikit menyendukan saya, atas ketiadaan bendera hijau putih dan simbol bulan milik Pas. Di negeri-negeri Perak, Selangor dan Kedah kemunculan sang bulan ini tidak seperti menjelang pilihan raya ke-14 lalu. Kalau dahulu Hijau atau Bulan akan menawan sepanjang jalan tetapi tidak kali ini. Kalau ternampak pun hanya bendera hijau yang sopek yang dipasang nun kejauhan dalam keadaan sayu dan pilu.
Bulan nampaknya tenggelam di pantai barat dan utara dalam pilihan raya kali ini. [wm.kl.7:46 am 08/11/2022]
No comments:
Post a Comment