Thursday, November 17, 2022

Dr Khairuddin berpeluang pertahankan kerusi Kuala Nerus

SESUDAH SUBUH


PILIHAN raya umum kali ini agak pelik dan ganjil. Ada beberapa kejadian (pertandingan) yang boleh dianggap aneh dan sukar dipercayai. Ini menjadikan pilihan raya ke-15 ini jadi suspen. 

Keadaan ini juga menyebabklan bukan mudah untuk membuat ramalan atau prediction calon mana akan menang kemudian parti mana akan dapat menguasai parlimen kemudian membentuk kerajaan. 

Setakat ini semua pihak mendakwa dengan hujah masing-masing akan menang dan membentuk kerajaan.

 Dalam situasi ini ada beberapa calon atau kawasan menarik untuk direnungi kerana "keunikan" calon di situ atau kepelikan pertandingan berlaku. Salah satu bentuk ialah apabila bertukar parti bertanding dalam kawasan sama. Antara kerusi itu ialah di Tumpat Kelantan, di Arau Perlis dan Kuala Nerus Terengganu.

Dalam kesempatan ini saya ingin menyentuh mengenai kerusi P 035 Kuala Nerus yang membabitkan pertandingan Dr Khairuddin Aiman Razali sebagai penyandang kerusi berkenaan dua penggal dengan dua calon lain daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). 

Yang ganjil di sini Dr Khairuddin mewakili parti yang beliau lawan dalam pilihan raya lalu, iaitu BN. Namun dalam Piraum ke-15 ini beliau bertanding atas tikit BN melawan parti lamanya Pas dan PN. Ini memelikkan serta menyebabkan kerusi ini menjadi salah satu kerusi menjadi perhatian umum. 

Dr Khairuddin dengan keadaan itu bolehlah dianggap politician yang mengeliling dunia, all rounder. Beliau pernah menang atas tikit Pas dan menjadi wira di Kuala Nerus khasnya dan Terengganu amnya kerana menjadi individu bertanggungjawab menjadikan kerusi Kuala Nerus sebagai milik Pas.

Apakah kali ini beliau dapat mempertahankan kerusinya itu sekaligus mengembalikan maruah BN yang dimusnahkan Pas menerusnya sendiri? Ada beberapa perkara menarik dan unik dicatat oleh Dr Khairuddin di Kuala Nerus ini.

Kerusi Kuala Nerus ini pertama kali dimenangi Pas pada tahun 1999, seaktu berlaku gelombang Reformasi. Kemenangan itu dicapai melalui M. Shukrimum Shamsudin. Sebelum ini kerusi Kuala Nerus dikuasai BN sejak mula diperkenalkan tahun 1974. Bagaimana pun selepas dua pilihan raya, 2004 dan 2008 kerusi itu dirampas semula oleh BN dengan majoriti lumayan. 

Kekalahan Pas itu ditebus oleh Dr Khairuddin apabila merampas kerusi itu pada tahun 2013 dengan majoriti kecil 621. Kemenangan itu membela maruah Pas. Namun berkat kesungguhan dan perkhidmatan cemerlang ditunjukkan, dalam pilihan raya 2018 beliau berjaya menang dengan menambah majoriti sehingga majoriti 8,000.

Kemenangan dengan majoriti besar ini menunjukkan kekuatan peribadi yang ada kepada Dr Khairuddin. Hakikat ini jelas kerana kekuatan di antara Pas dengan BN sama rata. Tanpa kekuatan pengaruh peribadi, ia tidak mudah bagi Pas menguasi kerusi Kuala Nerus.

Ada beberapa perkara memungkinkan hal ini, menyebabkan pengaruh peribadi Dr Khairuddin kuat. Bekas menteri Peladangan, Industeri dan Komoditi itu datang daripada keluaraga besar Umno. Undi keluarga dan pengaruh peribadi itulah membantu kemenangan pertamanya 2013 kemudian membawa kemenangan kedua 2018.

Beliau seorang yang popular kerana beliau merupakan seorang seleberiti televisyen yang sering muncul di kaca-kaca televisyen menerusi slog atau ceramah agamanya. Selain itu beliau juga merupakan seorang pengusaha makanan kesihatan yang berjaya. Fakor inilah mempopularkan dirinya.

Hakikat ini jelas apabila kita membuat analisa kepada keputusan pilihan raya membabitkan Dr Khairuddin. Kalau dilihat kepada pencapaian pilihan raya 2013, BN menang dengan meraih undi yang hampir sama dengan jumlah diraihnya (Pas), sekitar 34,000 membawa kemenangan dengan majoriti 600 sahaja. 

Tetapi untuk 2018 undi BN hilang 5,000 ini menyebabkan calon BN meraih undi sebanyak 29,000. Kehilangan itu kerana undi berpindah kepada Dr Khairuddin menyebabkan Pas mendapat undi sebanyak 37,000 dan memberi kemenangan kepada parti agama itu. Peningkatannya undi Pas sebanyak 3,000 berbanding sebelumnya 34,000.

Menerusi pilihan raya ke-15 ini sekiranya undi BN yang berpindah kepada Pas sewaktu Khairudddin bertanding sebanyak 5,000 itu kembali semula kepada BN, dan undi peribadinya solid kepada BN serta menguasai kira-kira 10 - 20% undi senyap daripada Pas kepada Khairuddin, beliau insya-Allah akan menang 19 November nanti.

Jumlah membawa kemenangan itu belum lagi dikira dengan 20,000 undi anak muda yang pertama kali mengundi. Penampilannya sebagai politician yang mengambil inesiatif membina perpaduan ummah di antara Pas dengan Umno, terkenal dengan sifat dermawan, sudah pasti beliau menjadi perhatian anak-anak mudah dan orang atas pagar.

Selain itu rekod dicatatnya selama menjadi menteri kabinet turut membantu beliau mempertahankan kerusi Kuala Nerus meskipun bertanding bukan atas lambang bulan purnama. Dalam saat orang ramai tidak lagi memilih parti sebagai satu kemestian atau pilihan, tetapi lebih melihat keperibadian dan penampilan serta komitmen calon, situasi ini memberi kelebihan kepada Dr Khairuddin untuk menang di Kuala Nerus. [wm.kl. 7:20 am 17/11/2022]

No comments: