Monday, November 2, 2009

Terkejut Pagi

Apa Motif Penangkapan Bekas Mufti Perlis?

MALAM tadi pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu dan menangkap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika beliau sedang menyampaikan kuliah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Ampang Selangor.

Dr Asri dibawa ke balai Polis Hulu Klang kira-kira jam 12:00 tengah malam dan dibebaskan selepas satu jam kemudian dengan jamin polis.

Tangkapan itu dibuat atas alasan Asri menyampaikan kuliah tanpa mendapat tauliah daripada Jais. Kira-kira 300 orang sedang mengikut kuliah beliau semasa kejadian itu berlaku dan dipercaya majlis itu majlis private.

Belum tidak dapat dipastikan apakah motif penangkapan Asri itu sama ada ia berpunca daripada tuduhan beliau seorang penganut faham Wahabi ataupun ada motif politik. Asri dilihat seorang ulama moden Islam yang mempunyai fikiran terbuka dan progresif. Pandangan atau buah fikirannya juga sering dinanti-nanti oleh orang ramai.

Beliau sering diundang untuk memberi ceramah atau kuliah agama di serata tempat termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut penjelasannya, beliau memang bermasalah sejak lama dulu dengan kerajaan Selangor (Jais), yang tidak memberi ruang untuk beliau berceramah (agama) di negeri itu.

Kerana itu katanya tidak berbangkit soal tauliah kerana semasa menjadi Mufti Kerajaan Perlis beliau tidak dibenarkan untuk berceramah di Selangor.

Beliau mempunyai pengaruh banyak menyebabkan ada golongan politik cuba membujuknya menyertai politik. Bagaimana pun Asri seperti mana dijelaskan buat masa ini beliau masih selesa berada di luar orbit politik bagi membolehkan beliau bebas bercakap dan memberi pandangan menuruti perspekstif ilmunya.

Katanya kedudukan itu juga dirujuk kepada bekas PM, Dr Mahathir Mohamad yang bersetuju kalau beliau menjadi orang ketiga membolehkan beliau bebas bercakap, mengkritik dan memberi pandangan.

Dari sudut lain penangkapan oleh Jais itu walaupun Asri mengakui beliau ada masalah dengan Jais kemungkinan ianya untuk memberi imej buruk kepada kerajaan Pakatan Selangor. Dengan penangkapan itu memberi imej kerajaan Pakatan Selangor cuba menghalang pengembangan agama Islam.

Dalam perkembangan lain, Asri dibawa ke pejabat agama Gombak hari ini untuk diambil keterangan. [wm.kl. 9:45 am 02/11/09]

14 comments:

sang kelembai junior said...

Salam Tuan MSO,

Saya antara ratusan ribu masyarakat yang terkejut dengan berita penangkapan Dr. Asri ini. Bagi saya, hal ini membuktikan kemuncak kebebalan dan kediktatoran jabatan agama itu.

Saya tidak pernah bertemu atau bersua dengan Dr. Asri. Namun sering berdamping dengan tulisan-tulisan beliau dan ceramah yang ditonton melalui Youtube.

Demi Allah, segala tuduhan terhadap Dr. Asri adalah tidak benar sama sekali. Ia hanya tuduhan tak berasas dan berniat jahat. Buat Jais, bersihkan kembali nama Dr. Asri!

Unknown said...

Saya Pemuda Pas tidak bersetuju dengan penangkapan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Kalau camni samalah macam BN. Ape la nak jadi..

Unknown said...

jgn kambinghitamkan pihak lain tuan..
tanpa tahu punca sebenar. dosa besar

Ibnu Ali said...

Sebenarnya ini bukan atas sebab politik. Tapi lebih kepada fahaman yang dia bawa.

Pihak jabatan dan majlis agama selangor telah meningkatkan penguasaan terhadap aktiviti2 penceramah dari fahaman lain (baca wahabi).

Tuduhan itu berasas. Sebab Dr Asri terkenal dikalangan ulama wahabi (istilah wahabi ialah istilah yang dicipta oleh mereka yang benci akan fahaman ini).

Ustaz Mahfuz Mohammad dari MAIS telah menjelaskan,(semasa datang ke Kaherah bulan lepas). Beliau akan menentang habis-habisan segala aktiviti wahabi ini. Ianya melibatkan akidah.

Bagaimanapun, tak sesuai pada zaman sekarang. Kerana Malaysia belum diperintah oleh Khilafah Islam yang jelas pegangan akidahnya. Jika Dr Asri ditangkap kerana Wahabinya, UMNO juga lebih wajar ditangkap kerana fahaman sekularnya.

Wallahua'lam

YANG GAMBI said...

Salam, kawan rasa tuan seolah-olah menuduh kerajaan UMNO-BN yang menaja penangkapan Mohd Asri.

Tidakkah tuan tahu, Selangor dibawah kerajaan pakatan rakyat yang mana Dr Hasan Ali adalah Exconya, sepatutnya pihak JAIS lebih peka dengan isu ini kerana kerajaan pakatan yang menentukan arahan penangkapan.

Mengapa mesti timbul perkataan isu politik dalam penangkapan tersebut...

Unknown said...

kalau di ikutkan cara ini mcm nak jatuh kan hasan ali jer..bukan ker hasan ali yang pegang JAIS ni..erm ada pakatan pas nak jatuhkan hasan ali..apa kata tok guru agaknya

Mamat Ali said...

Jangan salah faham beb.... Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tu di bawah Kerajaan Pusat (Bawah Jamil Khair). Majlis Agama Islam baru dibawah bidang kuasa negeri (bawah Sultan). Ingat tak lagi konspirasi tangkapan khalwat Mat Sabu dulu oleh JHAEIK..... ramai orang ingat yang JHAEIK tu bawah Kerajaan Kelantan.... Kesahnya berlainan tapi maksudnya sama... cuba fikir-fikirkan

wakeras said...

Jabatan Agama Islam Selangor bawah bidang kuasa siapa? Sultan atau Kerajaan Negeri? Jadi untuk menuduh mudah..tapi periksa dulu?

ANAFAKIR said...

Setahun saya la, mohon maaf kalau tidak benar.JAIS terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat.Kerajaan Selangor mempunyai kuasa terhadap Majlis Agama Islam Selangor [ MUIS ], begitu juga di Kelantan, JHEAIK di bawah Kerajaan Pusat, manakala MAIK [ Majlis Agama dan Istiadat Kelantan ] di bawah kerajaan negeri...Kalau Dr MAZA ditangkap itu urusan kerajaan UBN punya hal lah, sebab MP Ampang dan ADUN Hulu Klang pun ada sama dalam majlis tersebut.Kalau nak dituduh Kerajaan Pakatan yang membuat onar takkan majlis yang dihadiri MP dan ADUN Pakatan sendiri pun mereka sanggup menceroboh...dan selalunya dalam ceramah agama ni, antara isu yang sering diketengahkan ialah isu rasuah, maksiat, penyelewengan, tidak amanah dan yang sewaktunya dengannya.Maka sesiapa pun yang menmberi ceramah pasti isu tersebut akan dukupas dan disentuh kerana memang itu jelas dilarang dalam agama.Masalahnya bila perkara itu didedahkan untuk hadirin berfikir, secara tidak langsung pemikiran hadirin akan tertumpu kepada pemimpin2 UBN khususnya orang Melayu dan Islam.Jika dibiarkan, lama-lama sokongan rakyat akan beralih arah kepada parti lain yang lebih bersih pada mata kasar,secara rohaninya Tuhan saja yang tau.Jadi sudah pasti kesannya UBN akan menerima akibat.Dr. MAZA selalunya dalam ceramah beliau perkara di atas yang sering disentuh...memandangkan sekarang beliau mempunyai pengaruh dibimbangi mungkin rakyat akan berfikir dan membuat perubahan sokongan kerana rata-rata isi ceramah semacam terkena kepada para pemimpin UBN..dah la Dr. MAZA menolak untuk di lantik sebagai YDP YADIM...[ walaupun lamaran belum dibuat untuk beliau- mengikut petikan akhbar la ]kalau dianggap Dr.MAZA sesat kenapa ramai lagi pemimpin ajaran sesat masih lepas bebas dan masih terus menjalankan aktiviti mereka di Selangor? Saban tahun senarai ajaran sesat dikeluarkan di dada2 akhbar, tetapi berapa lama telah dibiarkan?..samada kambing hitam, atau apa2 sahaja yang nak dianngapkan disebalik penangkapan tersebut terpulanglah kepada khalayak untuk membuat tafsiran..sesuai dengan slogan MSO "Hanya kita yang memahami diri kita"..

mr edz said...

kenapa ayah pin tak kena tangkap lagi?

Unknown said...

Dr Asri menolak tawaran PM utk jadi YDP Yadim dan pada masa yg sama meminta Ketua Audit Negara mengaudit Yadim dimana Ketua Audit akan "menemui sesuatu" kata Dr Asri..

Dakwaan beliau fahaman Wahabi..adakah benar? Adakah benar benar Kerajaan Perlis Wahabi? Adakah benar Kerajaan Arab Saudi Wahabi?..

Adakah benar Imam Masjidil Haram Wahabi?..Adakah benar Imam Masjid Nabawi Wahabi?...Kalau begitu bagaimana dengan ibadah haji, solat seluruh jemaah haji dari pelosok dunia di mekah & madinah??
Batalkah? Haruskah?.......

Lu fikirlah sendiri....

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Di alaf baru ni semuanya memerlukan sijil dan tauliah. Tanpa nya jangan sesekali mengajar ilmu agama kepada orang lain.

Nak ajar mengaji serta mengajar ilmu Agama kepada anak bini juga perlukan tauliah kah? Apakah tanpa sijil dan tauliah, pembelajaran agama itu menjadi tak sah?

Jangan lah pulak suatu hari nanti, hanya mereka-mereka yang diberikan sijil dan tauliah sahaja dibenarkan untuk solat, berpuasa serta melaksanakan lain-lain ibadah..

Yusoff bin Ishak said...

Saya nasihatkan tuan/puan mempelajari secara ilmiah apa itu fahaman wahabi@kaum muda@salafi@golongan sunnah. Dari situ tuan/puan akan faham sefahamnya apa itu wahabi dan kenapa perlu dihalang penyebarannya. Jangan asyik berpolitik sahaja

Ab Razak Hj Ahmad said...

Ikut rasa binasa, ikut hati mati... Tak kisah la siapa yang tangkap MAZA, UBN ke, PR ke DAP ke.. yang perlu diulas apa yang diajar oleh MAZA...

Cuma agak terkesima dengan kecekapan JAIS boleh tangkap MAZA sedangkan yang benar-benar sesat kat Selangor bersepah ketua dia tak kena tangkap pulak... Rasul Melayu hari tu bertahun boleh dapat tangkap hatta Ayah Ping sekali...