Wednesday, November 18, 2009

Perlantikan

Tahniah Kepada Syed Husin, Pejuang Gigih!

TINDAKAN DUN Selangor yang mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali,73 (foto) menjadi anggota Dewan Negara satu langkah yang tepat. Secara peribadi sudah lama saya mahu melihat Syed Husin menjadi anggota Dewan Negara. Bukan apa, saya mahu orang-orang sepertinya yang mempunyai idealisme, semangat dan kejatian dalam perjuangan wajar direkodkan sebagai anggota Dewan Negara atau Dewan Rakyat.

Dalam pilihan raya umum lalu Syed Husin tidak bertanding di mana-mana kerusi. Beliau menolak atas alasan usia. Kemungkinan kalau beliau turut diberikan tempat Syed Husin sudah pun menjadi ahli Parlimen dan dapat menyalurkan pemikiran, pandangan beliau di Parlimen.

Tidak ramai yang tahu kenapa beliau tidak bertanding dalam pilihan raya lepas. Pada pilihan raya 2004 beliau sepatutnya bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tikit Keadilan (PKR). Bagaimana pun kerana ada sedikit masalah dengan pemimpin Pas Kelantan hasrat itu terhalang.

Beliau dikatakan tersinggung dengan halangan itu menyebabkan beliau mengambil keputusan tidak bertanding di mana-mana kerusi walaupun ada tawaran dibuat untuknya. Selepas kekecewaan itu beliau tidak menumpukan untuk bertanding melainkan berjuang dan membantu presiden menggerakan parti.

Kehilangan Syed Husin daripada menyertai pilihan raya lepas sesuatu yang menyesalkan dan merugikan perjuangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat. Syed Husin seorang yang rajin dan gigih dalam perjuangan dan tidak pernah mengenali penat dan jemu. Beliau tidak pernah mengeluh dan sentiasa turun ke lapangan bersama rakyat. Setiap kali ada pilihan raya kecil atau reformasi beliau akan muncul.

Keulitan inilah sepatutnya menjadi aspirasi kepada pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya anak-anak muda. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Syed Husin atas perlantikan beliau sebagai anggota Dewan Rakyat. Semoga beliau akan terus dapat memberi sumbangan pemikiran dan mencurahkan pengalaman beliau sebagai seorang intelektual dan penggerak sosial ulung negara ini untuk kemajuan rakyat dan negara di Dewan Negara! [wm.kl. 10:45 am 18/11/09]

1 comment:

Nik Amir. said...

Saya juga ucapkan syabas dan tahniah kepada Syed Husin atas perlantikan beliau sebagai anggota Dewan Rakyat.

DAN

Mencadangkan agar UMNO melantik Kassim Ahmad sebagai anggota Dewan Rakyat.