Thursday, November 26, 2009

Pemantauan Di Udara Kelantan

Bah Sudah Surut, Pembersihan Tetap Dilakukan

BAH di Kelantan sudah patah surut. Sudah banyak mangsa yang dipindah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing. Kembali untuk menyusun dan mengemaskan rumah yang dibaham bah. Kembali untuk menyusun kehidupan baru yang lebih yakin dan jaya lagi.

Lembu-lembu dan kambing juga sudah mula meragut rumput semula. (Mengenai jamnapari di Rong Chenak entahlah..) Ada yang sudah berani ke bendang seperti biasa. Tetapi di daunan rumput masih ada lumpur yang menyaluti, bau hanyir masih ada di mana-mana. Bah masih belum sendek molek lagi.

PBT juga akan kalut selepas ini untuk membersihkan kawasan. Banyak longkang, parit tersumbat dan mana-mana pokok yang condong dan tumbang akan dipotong. Jalan kena dibersihkan supaya laluan licin seperti biasa. Pagar juga kena diasak semula agar kemas dan tidak goyang dan tumbang.

Namun Kelantan masih tetap bersyukur, bencana banjir tidak sehebat tsunami di Aceh atau gempar di Padang yang menelan ratusan dan ribuan nyawa. Tuhan sesungguhnya masih sayang Kelantan bumi tadahan wahyu negeri Cik Siti Wan Kembang. Doa murabbinya siang malam masih diterima Tuhan. Cuma rakyatnya (sebilangan) sahaja yang tidak insaf dan sengaja tidak mahu memahaminya! Inilah yang menjadi masalah dan musibah.

Sesuai dengan bah dah patah surut, politik Kelantan yang panas dan bergoncang kuat seminggu dua lalu juga ikut surut. Pergolakan politik seminggu dua seolah ingin ‘berbadi’ = berlumba dengan bah. Alhamdulilah kini, goncangan politik juga sudah berpatah balik. Hari ini tidak ada kenyataan atau pun sepekulasi dan dakwaan baru yang tersebar di mana-mana media.

Mungkin para pemain sudah mendapat apa yang dikehendaki? Orang politik ada kalanya macam budak, dia akan menangis dan merengit macam nak rak, tetapi sesudah apa yang dituntutnya diperolehi ia akan senyap. Ataupun mungkin mereka berhenti kerana sudah dapat mengagakkan apa yang akan berlaku, kalau terus bermain api kemungkinan banyak jari yang terbakar dan melecur.

Tetapi pergolakan politik Kelantan itu macamlah juga bah yang senantiasa hadir pada penghujung tahun. Kadang kala membawa, terlarat ke awal tahun baru. Bagi orang Kelantan ia sudah terbiasa, namun bagi orang Pantai Barat mungkin menggerunkan dan sedikit pelik. Salah satu sebab kenapa orang Kelantan jadi ampuh dan kebal ialah kerana mereka dilatih dengan bencana bumi seperti bah ini hampir setiap tahun.

Cuma bah politik Kelantan kali ini agak mengilankan sedikit. Ia melibatkan tercalarnya hati Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kalau ia tidak mencalar hati orang tua itu mungkin ia masih dikira wajar dan menyeronokkan. Berpolitik dan bermain game politik menyeronokkan! Bah kilat adalah biasa dalam kehidupan, ia juga sebagai satu permainan biasa bagi melatih anak-anak kecil supaya pandai bermain air. Tetapi bila ia mencabar wibawa, mengguriskan hati orang tua yang sudah lanjut inilah yang dikatakan agak melampau dan menyedihkan.

Saya sendiri tidak dapat mengawal perasaan bila mengenangkan ini. Sedih, sebak, pilu dan geram apabila melihat permainan ke atas Tok Guru. Dan Tok Guru pula yang tulus dan ikhlas membiarkan saja dirinya diperkotak katikkan si malaun. Bukan semua yang dapat merasai dan menghargai kemuliaannya, melainkan hanya sanggup menyebut saja. Banyak yang ingin memperalatkannya.

Saya faham apa yang sedang bergelombang dalam diri beliau sebagai seorang tok guru. Saya akan sedih kalau melihat wajah tok guru dari sisi agama dengan perbuatan ke atasnya yang mungkin diterima dari sisi politik. Seorang agamawan tidak wajar diperlakukan begitu, atau untuk beliau beliau juga melalukan begitu, sangatlah buruk. Tetapi ia adalah biasa dan normal kalau dari sisi politik. Saya sendiri lebih mempertahankan Nik Aziz sebagai tok guru bukannya sebagai politician.

Bah surut kerana gelombang angin di lautan reda dan bergerak ke benua lain. Bah surut apabila tekanan angin laut ke daratan berkurangan. Begitu juga goncangan politik Kelantan surut dan reda apabila berlaku beberapa tindakan susulan dan lantonan formula mengenainya. Antara yang dapat dikutip dan disimpulkan ialah;

1. Apabila Nik Abdul Aziz menasihati menantunya Abdul Ariffahmi Abd Rahman letak jawatan sebagai CEO PMBK.

Inilah dikira agenda di sebalik agenda dan agenda. Apabila ini sudah terjadi maka senanglah semuanya. Bagaimana pun pada saya tindakan Pas pusat yang menemui Nik Aziz menasihati agar Ariffahmi dipecat sesuatu yang subjektif dan boleh dipertikaikan. Bukan saya hendak membela Arifffahmi di sini tetapi melihat dari segi amalan dan keadilan yang lazim dilakukan.

Kenapa Pas harus menasihati agar Ariffahmi terus dipecat? Kenapa tidak dinasihati agar ia digantung jawatan sehingga siastaan SPRM selesai. Kalau siasatan itu didapati bersalah, barulah wajar Ariffahmi dinasihat berhenti, bukan begitu? Apa kata kalau siasatan SPRM yang dikatakan dibuat kerana fitnah itu Ariffahmi didapati putih dan bersih?

Penghukuman demikian tidak baik, saya rasa. Hak mendapat keadilan di sini bukan saja rakyat Kelantan, Pas Kelantan, kerajaan Kelantan atau Nik Aziz tetapi Ariffahmi juga sebagai seorang insan dan warganegara.

Kesediaan Ariffahmi yang beriaya mempertahankan dirinya sebelum ini tiba-tiba akur dengan kehendak mertuanya itu, perlu disanjung tinggi. Di sinilah akhlak dan mentara kehidupan antara seorang anak (murid) dengan guru, menantu dengan mertuanya. Syabas dan tahniah kepada Ariffahmi yang redha dengan apa yang berlaku kandipun beliau kena memamah lumut hati dan jantungnya sendiri.

Mengenangkan apa yang berlaku antara Nik Aziz dengan Ariffahmi saya tengok tidak ubah seperti apa yang berlaku antara Ismail a.s. dengan ayahnya Ibrahim a.s. Atas keyakinan apa yang dikhabarkan oleh ayahandanya Ismail rela menyerahkan lehernya untuk disembelih. Ismail tidak menyoal dan membatahkan atas kepercayaan kebenaran yang dilakukan oleh ayahnya.

Atas keyakinan, keimanan dan takwa Ismail itu akhirnya Allah mebalas kepada Ismail dajrat yang tinggi dalam kehidupannya. Begiutlah diharapkan kepada Ariffahmi dan Tok Guru selepas ini. Apa yang berlaku adalah pengajaran dan pencetus semangat untuk berjaya dan mempertingkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. Teladan dilakukan Nik Aziz dan Ariffahmi itu bukan saja untuknya, tetapi untuk kita semua.

Dunia bukan berakhir di sini. Masih ada esok. Tok Guru sering kali bercerita dan bermadah demikian. Perhitungan kita bukan di sini. Maka kalau di sini kita kalah masih ada mahkamah paling adil untuk kita laluinya. Kekalahan di sini bukan kekalahan untuk semua. Ariffahmi, Tok Guru dan seisapa juga kena melalauinya, mahkamah berkenaan (akhirat) sebagai mahkamah rayuan!

2. Kenyataan Tok Guru sudah ada pelapis untuk menggantinya.

Menurut Tok Guru sudah ada pelapis yang akan menggantinya. Pengganti itu katanya menurut hirerki parti. Kalau kenyataan dan penjelasan ini dikeluarkan sejak lama dulu orang tidak berteka teki lagi mengenai siapa pengganti Tok Guru. Orang faham dan tahu membaca hirerki dalam parti. Siapa yang junior dan siapa yang senior.

Tetapi kerana ayat ini disembunyikan menyebabkan orang berteka teka dan berusaha untuk menaikan calon masing-masing. Sehinggakan mereka yang berada di luar senioriti juga merasa dirinya boleh menjadi pengganti Tok Guru. Dan kerana itulah ada program-program khas untuk dilaksanakan untuk melayakannya menjadi pengganti. Siapa pengganti Tok Guru carilah siapa yang lebih senior dalam parti hari ini.

3. Pengumuman / penjelasan oleh seseorang yang beliau tidak ingin menjadi MB.

Penjelasan oleh seseorang ini juga boleh meredakan keadaan. Orang ini dilaporkan (tapi ingat tidak boleh dipercayai), katanya akan menolak jika ada tawaran jawatan MB kepadanya. Dengan menerima penjelasannya itu sebagai ikhlas, ia menyenangkan banyak kerja. Sebelum ini orang mengira orang ini beriya hendak menjadi MB. Bila beliau sudah mengumumkan demikian, kini tidak timbul lagi yang beliau berusaha sama untuk menjadi pengganti Nik Aziz.

Walaupun dia berkata demikian sebagai helah, tapi buat sementara eloklah ia diterima sebagai kata putus darinya. Sekiranya tertakdir ada tawaran kepadanya dan dia terima juga maka akan kenallah kita semua dengan jenis dan bangsa orang ini.

Sementara menanti bah benar-benar patah suruh sehingga akan datang bah atau bajir kilat lain, semua pihak hendaklah berwaspada. Ambillah masa rihat ini untuk membersih kawasan dan diri sebaik mungkin. Berilah masa dan ruang kepada Tok Guru Nik Aziz untuk beliau membuat perkiraan selanjutnya. Jangan ganggu dia.

Saya yakin dengan apa yang berlaku menyebabkan beliau sedang mahasabah diri. Saya obses dengan kata-katanya sebelum ini. Katanya ‘Hari ini sudah reda tetapi kita belum tahu lagi perkembangan di masa depan’.

Apakah kata-kata itu membuat konotasi beliau akan membuat keputusan mengejut dengan mengundurkan diri? Harapan inilah yang didambakan oleh keluarganya terutamanya putera politiknya Nik Abduh. Nik Abduh sangat mengharap ayahnya berhenti. Bukan bermakna beliau tidak mahu mensedekahkan sepanjang hanyat ayahnya kepada parti dan kerajaan tetapi dia tidak sanggup melihat ayahnya diperkotak katikkan.

Justeru sekiranya ayahnya ingin berhenti, tetapi ada yang melarang, kata Nik Abduh beliau akan menjuah orang itu sebagai 'wahai si bodoh'. [wm.kl. 10:00 am 25/11/09]

6 comments:

rozana said...

Tuan MSO,
1. Masa ekspedisi pergi pelantar minyak dulu, anda bersikap sinis tapi hasilnya Kelantan dapat juga wang ehsan, paling tidak.
2. Dalam kes PMBK,anda kini bersikap simpati kepada menantu & mentua, walhal anda sendiri pernah bersikap sinis malah menyerang TGNA dalam tulisan anda yang lalu.
3. Begitu juga dalam kes Anwar Ibrahim, ada ketika menyokong, tetapi ada ketika sinikal.
Itulah wajah anda sebagai penulis politik. Sebab itu saya rasa kemakrifatan anda dalam politik semakin pudar kesan flip-flop ini.
(terpulang utk disiarkan)

Che Awe Donde said...

BANG MAT

DEMA NI TAK HABIS2 DENGKI DGN HUSAM, KAWE ANK KLATE DOK KL INGIN 100 ORG MCM YB HUSAM MUSA. BUKANYA ORG MACE DEMA. KAWE RASA DEMA NI DENDAM TAK HABIS2 KAT DIA.

NI KA AKHLAK ORG ISLAM YG DITUNTUT ?

blues untuk rakyat said...

kalau orang nak husam jugak jadi MB nak buat macam mana...?

terima jugak la....

tu kan amanah....

tak perlu la nak sebut mamat ni JENIS-JENIS ni.....

orang yang pendendam je masih tak boleh terima....

mohd sayuti omar said...

Terima kasih atas komen tiga penjenguk di atas. Hak mengupas, mengata dan berandaian bukan saja ada kepada pejenguk, tetapi kepada semua orang. Sesiapa tidak memahami diri kita kecuali diri kita sendiri. Sebenarnya komen melepas geram begitu tidak memberi banyak manfaat melainkan menyerlahkan siapa kita, sejauh mana akal kita dan dari spesis apa kita ini.
Sempena dengan kedatangan Idul Adha ini diharap belajarlah untuk jadi terbuka, dan jangan melihat yang merah itu sebagai merah tetapi sesekali katakan dia itu sebagai hitam atau lain dari itu. Hakikat kita berbahas dalam dunia politik harus disedari. Dalam politik tidak kebenaran, kebenaran hanya ada dalam agama. Wassalam.

Musafir Kelana said...

benar MSO, kita tidak boleh taksub....jangan jadi terlalu taksub....kena ubah minda bersifat terbuka dan kritis tetapi penuh dengan adab dan akhlak ketika mengkritik dan menegur

catatanhamba.blogspot.com

supir said...

Sdr MSO, Saya hanya ingin meluahkan apa yg terbuku di hati. Tak disiar pun tak mengapa.

1. Mengenai peristiharan Husam tidak mahu jawatan MB, saya setuju dgn pandangan MSO iaitu kena berhati-hati. Pengalaman saya dengan anak didik Husam yg bertugas di syarikat Kerajaan Negeri begitulah. Bila tiba masanya usaha membuat 'memorendum' agar Husam memegang jawatan MB akan dibuat oleh golongan tertentu. Jadi tidak timbul soal Husam tidak berpegang kepada janjinya. Dah terlalu kerap berlaku...

2) saya bersetuju dgn pandangan yg mengatakan Husam seorang yg hebat, tetapi mengapa anak didiknya seorang demi seorang terpaksa melepaskan jawatan dalam syarikat kerajaan negeri? Rakyat kelantan yg berada di luar tidak mengetahui perkara ini.

3) Arif Fahmi asalnya dikenali sebagai 'orang Husam'. Ini dapat dikenali kerana hubungan baik beliau dgn kroni Husam. Malah perangai Arif Fahmi sendiri pun 'tidak mesra alam' dan perangainya setaraf dgn kroni Husam yg lain. Jika tidak, masakan tingkahlakunya menjadi perbualan setiap orang yg bekerja di bangunan PMBK? Arif kena faham bahawa dia telah menjadi liabiliti kepada Tok Guru.Soal keperibadian Arif lebih difahami oleh setiap pekerja yg bertugas di bangunan PMBK ini.

4)Kemelut yg berlaku sekarang kerana Arif Fahmi telah mencium kedudukan Tok Guru yg tidak akan lama lagi menjawat jawatan MB.Kedudukan sekarang kerana menumpang tuah Tok Guru. Dia juga telah mendapat pergambaran awal siapa pengganti Tok Guru.

5) Bila terasa dirinya semakin terancam , Arif terpaksa bergantung kepada Tok Guru. Begitu juga lah apa yg Husam lakukan kepada Tok Guru. Tok Guru menjadi perisai terakhir, tetapi kali ini, Tok Guru turut terluka sama kerana yg berkelahi itu masing-masing ada 'tahi'nya.

Sekian.

Sekian.