Showing posts with label Kuala Krai. Show all posts
Showing posts with label Kuala Krai. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

BN Akan Turunkan Siapa Di Kerusi Parlimen Kuala Krai?

ANALISA CALON UMNO                                                                      

Kedai roti payan (tempayan) Jali yang terletak bersebelahan setesen minyak Shell atau Petronas di Kuala Krai merupakan "setesen" persinggahan saya terakhir dalam hampir setiap kali perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung saya di Gual Nibong, Rantau Panjang. Selalunya sesampai di Lata Rak kira-kira 35 km dari Kuala Krai saya akan menghubungi beberapa orang rakan untuk sama-sama pekenakan roti payan Jali.

Roti payan Jali bagi saya istimewa disebabkan gulai kambingnya berawahkan awah asli Kelantan cukup memecahkan selera saya. Nyangkut. Itu sebab pertama, sebab kedua kenapa saya akan singgah di situ kerana di kedai roti payan itu juga menjadi sumber maklumat politik di Kuala Krai. Bagi mereka yang celik IT akan duduk sambil minum di situ untuk memantai blog ataupun memasukkan status politik dalam Facebook.

Ramzi: Berpengalaman.
Di situ nanti menerusi beberapa orang rakan akan dapat mengetahui perkembangan terkini mengenai politik Kuala Krai di kedua belah pihak Pas dan juga Umno. Adakalanya maklumat politik setempat yang dibicarakan di situ lebih terkini dan telus daripada sumber-sumber rasmi dari kedua buah parti.

Ternyata harapan saya petang itu tidak sia-sia. Di kedai itu sudah menanti tiga orang (informer) untuk memberi maklumat mengenai politik di Kuala Krai. Kesemua informer kali ini cenderung atau lebih dekat dengan politik dalaman Umno. Kebetulan juga informer dari pihak Pas tidak ada petang itu.