ULASAN PAGI
| MCA tidak jadi keluar daripada BN. |
SELEPAS beriya-iya untuk meninggalkan BN, tiba-tiba MCA mengambil keputusan untuk kekal bersama BN.
Kekal bersama BN bermakna kekal bersama Umno. Sebelum ini MCA memberi tempoh dua minggu untuk memikirkan kedudukannya dalam BN. Parti itu bersama sebuah lagi komponen MIC juga bercadang untuk membubarkan gabungan berusia 47 tahun itu.