Showing posts with label MSO. Show all posts
Showing posts with label MSO. Show all posts
Monday, August 17, 2015
Maaf, kerana tidak update blog..
Dua tiga hari tidak update blog, maaf kepada penjengok setia Merah Tinta. Semalam baharu sampai balik dari luar negeri. Insya-Allah petang atau malam ini saya akan membuat coretan dan ulasan seperti biasa. Isu paling menarik kononnya ada orang hendak guling kerajaan. Satu lagi teori dicipta untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri yang tidak tahu malu. Wassalam Mso.
Labels:
MSO
Saturday, August 18, 2012
Perutusan Hari Raya Dari Saya
Bismillahirahmanirahamim...
Allahuakbar... Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar..
Walilahilhamda'.
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana memberi ruangan dan kesempatan untuk kita sama-sama memeriahkan hari besar yang ditunggu-tunggu selepas kita menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan selama sebulan, iaini hari raya Aidifitri. Syukur kerana kita masih boleh menikmati dan menghayati kemeriahan dan kebahagiaan Aidifitri 1433/2012, esok.
Aidifitri adalah hari kemenangan bagi kaum muslimim yang berjaya melepas ujian badaniah menahan lapar dan dahaga di sepanjang bulan Ramadhan. Hari itu sebagai proklamasi kemerdekaan diri.
Sebenarnya ujian itu bukan setakat badaniah saja, tetapi jasmaniah dan rohani juga. Sama ada puasa kita berjaya menempati atau mencecah hakikat dan makrifat dengannya, tetapi bila kita berjaya menyemurnakan puasa fizikal selama 29 atau 30 hari itu menandakan kita sudah lulus dalam ujian dan cabaran ini. Jelas kita sudah berbeza dengan orang-orang yang tidak mampu melakukannya atau sama sekali tidak mempercayai akan perintah dan tuntutan rukun Islam ketiga itu.
Penghayatan atas kejayaan itu akan kita rasai dari masa kesemasa. Puasa itu adalah menandakan sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana ketebalan keimanan kita dan sejauh mana kemusliman kita sebagai seorang penganut agama Islam. Puasa adalah premeter kepatuhan, ketaatan dan kesabaran.
Alhamdulilah kita semua berjaya melaluinya dengan kadar dan kudrat sendiri atas taufik dan inayahNya jua.
Allahuakbar... Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakbar..
Setiap kali hari mulia ini menjelma maka kita memulakan tekad baru. Tekad besar kita ialah ingin merubah atau berubah. Ia umpama setiap musim buah-buahan turun dan memberi rezeki dan nikmati kepada kita... maka setiap kali itu juga kita berjanji untuk menjaga dan memberi sumber kehidupannya (baja, air dan cahaya) yang cukup kepada pepohon itu. Malangnya selepas musimnya habis niat dan ikrar diri itu berlalu begitu saja, hiduplah pohon itu dengan kesendirian dan fitrahnya.
Nah begitu juga dengan azam dan janji kita pada setiap Ramadhan dan Aidifitri.
Kita berjanji pengalaman dicungkil dari Ramadhan akan kita hayati. Rasa sabar, rendah diri, kehambaan, ubbubiyah, tolak ansur dan segala macam sifat mahmudah yang hadir akan kita kekalkan dan menanam dalam-dalam ke sanubari kita. Dalam masa sama kita menjauhi perasaan bakhil, kikir, .. serta membuang sifat dengki khinati, cemburu dan prejudis... dan apa yang kita berazam untuk memakainya hanya sifat mahmudah dan meninggalkan sifat keji mazmumah.
Itulah yang sering berlaku. Tetapi malangnya ada kalanya kita tidak berupayaan untuk menguasainya. Separuh jalan kita kembali ke fitrah menjadi kotor dan cemar semula. Batin kita berkabut dan berselut kembali? Kenapa? Padahal ia sewajarnya tidak berulang lagi sebab ia berlaku dalam sedar kita.
Kita seharusnya meningkat martabat nafsu kita dari Amarah kepada Lawamah kepada Malhamah, Rodiah, Mutmainah dan seterusnya...
Ingat dan insaflah kita hidup ini bukan sahaja setakat di sini. Setiap yang hidup itu wajib akan mati. Dan sesungguhnya selepas kematian ada lagi kehidupan - permulaan baru yang abadi. Mati adalah perpindahan dari alam nyata (saghir) kepada alam ghaib, bukan satu kehilangan atau kemusnahan yang tiada dibangkit.
Tegasnya hidup bukan sahaja setakat di Kuala Lumpur atau pencapaian tertinggi kita setakat Putrajaya tetapi jauh dari itu dan lebih bermakna dari itu. Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tangga duniawi untuk kita panjat bagi menuju ke atas lebih jauh dan bererti lagi. Dengan Putrajaya kita membina tangga lebih tinggi yang akhirnya memungkinkan kita semua ke syurga, destinasi penghidupan dunia. Itu pengertiannya. Kalau Putjaya menjauhkan kita ke destinasi itu kemenangan duniawi (siasah) itu tidak membawa apa-apa erti.
Jangan disebabkan kebendana dunia, kekayaan dan kuasa kita ikut terpelosok ke lembah dan gaung kehinaan kemudian musnah seperti mana berlaku ke atas orang-orang yang dikutuk dan dihukum sebelum ini. Ambillah pengertian dan iktibar dari apa yang berlaku.
Sejarah kemusnahan manusia yang merasai mereka bertamadun dan berjaya hendaklah diingati sebaik mungkin di sepanjang masa.
Mudah-mudahan mari kita semua 'menghinakan diri' berdoa dan berharap semoga setiap apa yang kita perolehi dari ibadat puasa Ramadhan ini akan menghiasi diri kita untuk masa-masa akan datang. Biarlah apa yang kita azamkan pada Ramdhan itu kita laksanakan pada hari-hari muka yang kemudian kehidupan kita akan ceria, bahagia dan meriah seperti di hari kemenangan - Aidifitri. Nescaya kalau ini dapat kita perbuat kita akan memperolehi hikmat dan rahmat dari puasa itu sendiri.
Akhirnya saya mengambil peluang mengucap salam Idufitri mina wal faiza kepada semua penjenguk blog Merah Tinta. Saling berdoalah kita semua untuk kesejahtraan diri, agama dan bangsa kita. Saling ingat mengingatilah kita dengan penuh kesabaran dan kebenaran agar kita semua tidak termasuk dalam golongan ar-rafilin, ini perlu kerana kelemahan paling nyata kepada diri kita ialah lupa.
Marilah kita mula menjadi waras sebagai hamba yang soleh dan mutaqim. Marilah kita mulai mengenal saudara kita sendiri di samping mengeratkan persaudaran dengan sesiapa juga selagi mereka tidak ada niat untuk memusnahkan kita. Betapa rancak dan ghairahnya kita berpolitik biarlah kita berpaksi dan kenallah bahawa darah antara kita sama merah dan kiblat pun sama ke Barat.
Atas kesalahan dan ketidaksempurnaan saya menerusi tulisan, catatan atau pun memberi pandangan saya mohon kemaafan dari semua yang terlibat, khusussi mereka yang terasa hati dengan apa yang saya catatkan. Yakinlah kritikan saya tidak sampai sehingga membunuh sesama sendiri seperti mana sebengkeng-bengkeng ibu kerbau ia tidak akan menanduk anaknya sendiri.
Selamat hari raya Aidifitri 1433/2012.
Selamat hari raya Aidifitri 1433/2012.
MSO,
Wangsa Melati,
Kuala Lumpur.
18/08/12.
Labels:
MSO
Wednesday, April 20, 2011
Catatan Ke Dalam
Sumbangsih Terima Kasih
RASANYA masih belum terlewat untuk saya merakam terima kasih banyak kepada beberapa individu yang kini merupakan kenalan dan sahabat baru saya di Sarawak yang banyak membantu semasa saya turun ke Sarawak bagi meninjau pilihan raya umum yang lalu.
Khidmat bakti dan layanan mereka berikan untuk saya sungguh tinggi nilainya. Ketinggian itu tentulah melewati puncak Santubung yang nampak bagaikan perempuan sedang baring jika dipandang dari jeti Telaga Air. Matang.
Individu utama ialah sdr Cikgu Din, anak rantau asal Kelantan yang berjaya berdikari di Sarawak. Beliaulah yang menyediakan kemudahan untuk saya bergerak di Kuching. Terharu rasanya atas kebaikan budinya selama saya di Sarawak. Kemesraanya persis abang sendiri.
Beliau menyediakan makan, minum serta penginapan saya secukupnya. Tidak sepantasnya saya menerima segala layanan itu kerana siapalah saya sebenarnya jika dibandingkan fasalitis yang disediakan.
Namun itulah yang saya perolehi yang saya rasa seorang wakil rakyat pun belum tahu akan menerima layanan demikian. Ia berlaku bukan kerana ada sebab musabab berlandaskan kebendaan melainkan kerana ketulusan. Sebab itulah pertemuan yang disapa oleh hati menjadi lebih akrab daripada pertemuan yang disapa oleh pancaraindra zahiriah.
Saya tidak mengenali Cikgu Din, hanya berjumpa bila saya di Sarawak. Sebelum ini beliau adalah pembaca blog saya seperti juga penjenguk-penjenguk lain.
Tidak cukup setakat menyediakan tempat penginapan, makan dan minum saya juga disediakan seorang pengawal yang sedia membawa saya ke mana-mana. Dengan bantuan pembantunya sdr Mus menjadikan saya lincah untuk ke mana saja. Sesuai dengan Mus orang tempatan ia mengetahui ke mana saja denai dan lorong yang harus di tuju. Itulah perjalanan saya lancar dan saya boleh sampai ke mana saja.
Individu lain yang turut membantu saya ialah, Haji Sulai dari kampung Gerisik, seberang sungai Kuching Utara. Banyak maklumat mengenai sosial politik saya perolehi dari beliau. Sebagai bekas pegawai kerajaan yang pencen dan orang yang mempunyai kenalan dan hubungan ramai di Sarawak, dia menjadi semacam kamus kepada saya untuk mengenali budaya dan citarasa orang Melayu Sarawak.
Maklumat yang ada kepadanya darihal hal ehwal kehidupan Taib Mahmud dan longgokkan harta hingga kepada soal kelazatan kueh lapis Dayang Salhah dan khasiat gambir Sarawak diceritakan kepada saya. Beliau juga seorang pemesra dan mudah untuk dibawa berbual.
Selain itu tidak terlupa kepada sdr Isnawawi Morshidi. Kerana sudah tidak mahu menyusahkan Mus dan Cikgu Din saya menggunakan Nawawi untuk menjelajah ke beberapa kawasan yang lebih jauh dari Kuching. Dengan bantuannya Nawawi yang kami panggil Bang Is, saya dibawa hingga ke Serikin, Tasik Biru dan turut ke muka Gua Angin dan Gua Fairy.
Ternyata Bang Is ini seorang yang serba boleh dan lulus 'empat tapan' dalam kehidupan. Tetapi yang jelasnya dia lebih tahu mengenai gerak nadi serta aktiviti kemanusiaan lain di Kuching daripada politik. Ternyata walaupun baru kenal tidak sampai seminggu tetapi kami menjadi akrab seolah-olah sudah kenal berpuluh tahun.
Dalam pada itu tidak terlupa juga saya merakamkan terima kasih kepada rakan yang ikut bersama dari Semenanjung yang menjadi teman peninjau. Mereka ialah sdr Sobree Shafii, Rushdan Mustapa, Mohd Ali dan juga sdr peguam saya Md Radzi Mustapa.
Ohya saya hampir terlupa kepada seorang lagi sahabat yang menyedikan penginapan untuk malam terakhir saya di Sarawak sdr Zulimin Kazin taukeh Kopi Janda... usahawan muda yang kian meningkat naik waktu ini. Atas batuan kerjasama anda semua diucapkan terima kasih.
Pulau Pandang jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
[wm.kl. 5:45 pm 20/04/11]
RASANYA masih belum terlewat untuk saya merakam terima kasih banyak kepada beberapa individu yang kini merupakan kenalan dan sahabat baru saya di Sarawak yang banyak membantu semasa saya turun ke Sarawak bagi meninjau pilihan raya umum yang lalu.
Khidmat bakti dan layanan mereka berikan untuk saya sungguh tinggi nilainya. Ketinggian itu tentulah melewati puncak Santubung yang nampak bagaikan perempuan sedang baring jika dipandang dari jeti Telaga Air. Matang.Individu utama ialah sdr Cikgu Din, anak rantau asal Kelantan yang berjaya berdikari di Sarawak. Beliaulah yang menyediakan kemudahan untuk saya bergerak di Kuching. Terharu rasanya atas kebaikan budinya selama saya di Sarawak. Kemesraanya persis abang sendiri.
Beliau menyediakan makan, minum serta penginapan saya secukupnya. Tidak sepantasnya saya menerima segala layanan itu kerana siapalah saya sebenarnya jika dibandingkan fasalitis yang disediakan.
Namun itulah yang saya perolehi yang saya rasa seorang wakil rakyat pun belum tahu akan menerima layanan demikian. Ia berlaku bukan kerana ada sebab musabab berlandaskan kebendaan melainkan kerana ketulusan. Sebab itulah pertemuan yang disapa oleh hati menjadi lebih akrab daripada pertemuan yang disapa oleh pancaraindra zahiriah.
Saya tidak mengenali Cikgu Din, hanya berjumpa bila saya di Sarawak. Sebelum ini beliau adalah pembaca blog saya seperti juga penjenguk-penjenguk lain.
Tidak cukup setakat menyediakan tempat penginapan, makan dan minum saya juga disediakan seorang pengawal yang sedia membawa saya ke mana-mana. Dengan bantuan pembantunya sdr Mus menjadikan saya lincah untuk ke mana saja. Sesuai dengan Mus orang tempatan ia mengetahui ke mana saja denai dan lorong yang harus di tuju. Itulah perjalanan saya lancar dan saya boleh sampai ke mana saja.
Individu lain yang turut membantu saya ialah, Haji Sulai dari kampung Gerisik, seberang sungai Kuching Utara. Banyak maklumat mengenai sosial politik saya perolehi dari beliau. Sebagai bekas pegawai kerajaan yang pencen dan orang yang mempunyai kenalan dan hubungan ramai di Sarawak, dia menjadi semacam kamus kepada saya untuk mengenali budaya dan citarasa orang Melayu Sarawak.Maklumat yang ada kepadanya darihal hal ehwal kehidupan Taib Mahmud dan longgokkan harta hingga kepada soal kelazatan kueh lapis Dayang Salhah dan khasiat gambir Sarawak diceritakan kepada saya. Beliau juga seorang pemesra dan mudah untuk dibawa berbual.
Selain itu tidak terlupa kepada sdr Isnawawi Morshidi. Kerana sudah tidak mahu menyusahkan Mus dan Cikgu Din saya menggunakan Nawawi untuk menjelajah ke beberapa kawasan yang lebih jauh dari Kuching. Dengan bantuannya Nawawi yang kami panggil Bang Is, saya dibawa hingga ke Serikin, Tasik Biru dan turut ke muka Gua Angin dan Gua Fairy.
Ternyata Bang Is ini seorang yang serba boleh dan lulus 'empat tapan' dalam kehidupan. Tetapi yang jelasnya dia lebih tahu mengenai gerak nadi serta aktiviti kemanusiaan lain di Kuching daripada politik. Ternyata walaupun baru kenal tidak sampai seminggu tetapi kami menjadi akrab seolah-olah sudah kenal berpuluh tahun.
Dalam pada itu tidak terlupa juga saya merakamkan terima kasih kepada rakan yang ikut bersama dari Semenanjung yang menjadi teman peninjau. Mereka ialah sdr Sobree Shafii, Rushdan Mustapa, Mohd Ali dan juga sdr peguam saya Md Radzi Mustapa.
Ohya saya hampir terlupa kepada seorang lagi sahabat yang menyedikan penginapan untuk malam terakhir saya di Sarawak sdr Zulimin Kazin taukeh Kopi Janda... usahawan muda yang kian meningkat naik waktu ini. Atas batuan kerjasama anda semua diucapkan terima kasih. Pulau Pandang jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
[wm.kl. 5:45 pm 20/04/11]
Labels:
MSO
Subscribe to:
Posts (Atom)