Showing posts with label Mesyuarat Pas. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat Pas. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

MB Selangor sama ada Azizah atau Azmin terserah kepada PKR

RUMUSAN TENGAHARI                                                                

Mohamad Sabu
Keputusan Pas menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai pengganti Abdul Khalid Ibrahim tanpa menggugurkan nama Dr Wan Azizan Ismail yang dipilih oleh parti berkenaan dikira satu keputusan penuh profesional dan tepat dengan kehendak orang ramai khasnya pendokong Pakatan Rakyat.

Menamakan Azmin Ali sebagai pengganti Khalid dan tanpa menggunakan nama Wan Azizah merupakan tiga subjek yang dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pagi ini.

Dua lagi ketetapan atau sikap diambil Pas seperti mana diumumkan dalam kenyataan akbhar ditanda tangani Presiden Pas Abdul Hadi Awang, dan dibaca timbalannya Mohamad Sabu ialah Pas tetap akan komited untuk bersama Pakatan Rakyat meneruskan "tahalul syiasi" dengan PKR dan DAP.

Mesyuarat Pas selesai, persepakatan Pakatan Rakyat diteruskan

TERBARU                                                                                          

Mesyuarat Pas yang menjadi perhatian dunia hari ini telah pun selesai dan mencapai keputusan yang tidak mengejutkan. Waktu ini sidang media diberikan oleh Presiden Abdul Hadi Awang sedang berlangsung. Antara yang dicapai ialah bersetuju dengan pengguguran Khalid Ibrahim sebagai MB, tetapi penggantinya tetap bukan Dr Wan Azizah.

Pas juga terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Mesyuarat berlangsung selama 1 jam setengah dalam suasana harmoni dan mahabbah. Ulasan selanjut selepas ini. [wm.kl.12:34 pm 17/08/14]

Thursday, August 14, 2014

Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum

JELANG RAPAT                                                                               

Malam ini Lujnah Politik Pas akan bermesyuarat bagi membincang perkembangan semasa politik dalam negara. Tumpuan sudah tentu diberikan kepada kemelut dan pergolakan yang berlaku di Selangor. Hasil mesyuarat malam ini penting dan ia dinanti-nantikan banyak pihak. Perkara yang ditunggu ialah berhubung dengan sikap terkini Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid Ibrahim yang kini berstatus sebagai MB bebas.

Saari Sungip
Hasnul Baharuddin
Pemecatan Khalid dari PKR dan beliau bukan lagi merupakan kerabat Pakatan Rakyat boleh jadi menyebabkan Pas ada pandangan baru terhadap Khalid. Pendirian sebelum ini yang diambil oleh Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi.

Pas atau Abdul Hadi tidak ada hujah syarie yang kuat lagi untuk berbuat demikian. Lainlah kalau Khalid telah mengisi borang Pas untuk menyertai parti agama itu, Abdul Hadi boleh berkeras dengan pendiriannya. Parti agama?

Thursday, April 28, 2011

Catatan Rengkas

Mesyuarat Pas Kawasan Di Kelantan Panas

MESYUARAT beberapa Pas kawasan Kelantan yang akan berlangsung hujung minggu ini dikatakan hangat. Kawasan yang terlibat ialah kawasan Pasir Puteh, Pasir Mas, Jeli dan Ketereh. Kawasan yang menyaksikan perbandingan paling sengit ialah Pasir Puteh.
Semua jawatan penting terlibat dalam perbandingan.

Di Pasir Puteh jawatan Yang Dipertua yang kini disandang oleh Nik Mazian Mohamad dicabar oleh Mohammad Hussein.

Perlawanan kali ini adalah percubaan kedua bagi Mohamad Hussein untuk menumbangkan Nik Mazian. Sebelum ini Mohamad Hussein tidak pernah mendiamkan diri selalu saja bertanding bila ada peluang. Pertandingan baginya persis budaya tahunan yang tidak boleh ditinggal.

Kalaulah boleh dicatatkan sebagai rekod Mahamad adalah orang paling banyak mencabar jawatan itu. Beliau pernah memenanginya sekali dan kalah beberapa kali.

Jawatan lain yang menjadi perebutan kerusi timbalan YDP yang kini disandang oleh Drs Zainuddin Awang Hamat. Beliau ditentang oleh dua pencabar, Yuganu Yunus dan Sidik.

Kerusi Naib YDP juga turut berlaku perlawanan. Penyandang yang juga Adun Semerak ditentang oleh wakil calonnya sendiri Zarir Yaacob. Zarir menentang Wan Hassan selepas Wan Hassan dikatakan tidak jadi untuk tentang Drs Zainuddin.

Sebelum ini ketua muslimat juga ditentang di mana ketua lama tewas kepada timbalannya.
Kawasan Pasir Mas juga dijangka sengit. Kekosongan jawatan YDP yang ditinggalkan Ismail Nuh akan menyaksikan perebutan tiga penjuru di antara Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad, Rahsia dan bekas wakil rakyat Omar Hashim.

Jawatan Timbalan YDP tidak ditandingi apabila Adun Chetok Abdul Halim Abdul Rahman menang tidak bertanding. Untuk kerusi naib YDP pula menyaksikan perebutan di antara bekas penyelia Abdul Hamid Aziz dengan Adun Tendong Mohamad Daud.

Perebutan ketua juga berlaku di kawasan Jeli bila mana penyandang Apandi Mohamd dicabar oleh Rashid Jais. lain lain jawatan tidak bertanding. Manakala di Ketereh Naib YDP menjadi perebutan diantara bekas Adun Ketereh Shaari Awang Ali dengan Ariffin Mahmod
seorag kontraktor.

Selain dari kawasana berkenaan beberapa kawasan akan mengandakan mesyuarat pada hujung minggu ini. Kawasan itu ialah Pengkalan Chepa, Tumpat, Rantau Panjang dan juga Kuala Krai. Kerusi penting di kawasan ini tidak dipertandingkan.

Satu lagi kawasan iaitu Bachok akan jadi kawasana terakhir mengadakan mesyuarat. D kawasan ini juga tidak ada peandingan dilaporkan akan berlalu. (kb.4:26 pm 28/04/11)