Bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib (foto) turut sama memberi komenter berkaitan siapa perlu menjawat jawatan perdana menteri sekiranya Harapan menang dalam pilihan raya kelak. Pandangannya munasabah dan secocok dengan pandangan kebanyakan pemerhati bebas lain.Beliau berpendapat secara umumnya jawatan itu (PM) boleh diserahkan kepada dua tokoh dalam Harapan, Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM) dan Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR).
Muhammad memberi alasan kedua-duanya memang layak untuk menjawat jawatan itu berpandukan kepada kredibiliti mereka yang mampu jadi pendamai keadaan serta menyatupadukan komponen Harapan untuk meraih undi dalam pilihan raya yang akan datang.
