Showing posts with label Najib Vs Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Najib Vs Mahathir. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Pakatan Mahathir, Tengku Razaleigh dan Anwar mampu jatuhkan Najib

MATA PETANG                                                                        

Usaha untuk menyingkirkan Najib Razak dari kerusi perdana menteri yang ditakhtai sekarang ini bukan mudah. Memang nampak hari ini usaha itu sedang keras dijalankan. Mereka yang berusaha untuk menyingkirkannya telah menggunakan apa saja senjata, tetapi Najib kelihatan tetap kukuh dikerusinya. Deadline yang ditetapkan Jun ini masih kabur.

Salah satu sebab kenapa Najib dilihat liat ialah kerana "kercerdikan" politiknya yang kepada orang lain politik pandir. Sikap yang diambil Najib tenang dan tidak mudah melenting, menjadi salah satu faktor memangkinkan kedudukannya. Najib tidak mudah gelabah dan menjawab setiap isu yang dihala ke arahnya. Politik Najib macam bayu malam, lembut tetapi menyelinap ke tulang hitam.

Jika dibanding dengan pemimpin lain, ambil contoh Anwar Ibrahim sewaktu menjadi TPM dahulu apabila menghadapi kritikan penulis Anwar terus memberi respons. Situasi ini berbeza dengan Najib yang begitu berhati-hati. Mungkin Najib menyedari dia tidak mempunyai ilmu silat banyak dan cekap menjawab persis Anwar maka, jalan yang diambilnya hanya mendiamkan diri sahaja sebagai alat perlindungan diri.