Showing posts with label Osman Sapian. Show all posts
Showing posts with label Osman Sapian. Show all posts

Friday, December 7, 2018

Wajar untuk MB Johor lepas jawatan

SELEPAS SUBUH

PEMANSUHAN pewartaan Pulau Kukup yang terletak di Pontian sebagai Taman Negara untuk digazetkan sebagai Tanah Kesultanan oleh kerajaan Johor pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah memberi tekanan dan sekaligus mencabar wibawa Osman Sapian (foto) sebagai Menteri Besar Johor.

Tindakan itu dilihat Osman sebagai seorang MB tidak dapat mempertahankan pulau itu sebagai warisan negara untuk kepentingan umum dan terpelihara apabila ia terlepas kepada pihak Istana Johor. Osman juga sebagai MB gagal mempertahankan hak awam tetapi lebih rela memuaskan hati pihak lain.

Keputusan memansuhkan pewartaan pulau Kukup sebagai Taman Negara dibuat dalam mesyuarat Exco 24 September lalu kemudian dikeluarkan pemakluman pada 25 Oktober. Difahamkan keputusan itu dibuat secara senyap.