 |
Adly tidak mahu dipayung, enggan dilayan sebagai Vvip. |
BARANGKALI bukan saja saya yang merasai, tatkala Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan nama
Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka pada suatu majlis petang tadi, tetapi orang lain juga seperti pengumuman itu akan menjelma menjadi kenyataan selepas 20 November nanti.
Pengumuman calon PH Dun Bukit Katil itu sebagai bakal Ketua Menteri disambut dengan tepukan bergemuruh yang hadir pada majlis pengumuman itu.