Showing posts with label Pas Batu. Show all posts
Showing posts with label Pas Batu. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

Tindakan 17 Ahli jawatan kuasa Pas Batu tidak untung

ULASAN ISU                                                                                                  

Saya sependapat dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad yang menyifatkan tindakan 17 Ahli jawatankuasa Pas kawasan Batu termasuk Yang Dipertuanya, Ishak Surin mengumumkan "mufarakah" daripada kepimpinan Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas satu tindakan luar biasa dan "tak berpelembagaan".

Saya sudah mengulas sedikit perkara itu dalam Facebook, tindakan Pas kawasan Batu itu tidak memenuhi kehendak perlembagaan. Tidak ada mana-mana peraturan dalam perlembagaan parti Pas menyatakan atau menyediakan peruntukan tindakan sedemikian. Jadi tindakan 17 Ahli jawatankuasa Pas Batu itu benarlah sebagai "tindakan batu".

Seperti mana kata Ishak Surin, tindakan itu kerana kecewa dengan kegagalan Abdul Hadi selaku presiden yang gagal untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam parti berkenaan. Benarlah, kalau Ishak dan sesiapa juga berasa kecewa kerana, kerana nampak sangat kelemahan Ahli Parlimen Marang selaku presiden Pas, tetapi untuk memperbetulkannya bukan begitu caranya.