Showing posts with label Pas Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Pas Malaysia. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Pas akan bermesyuarat bentuk eksekutif parti 1 Disember

PANDANGAN LUAR                                                                        

Jawatankuasa kerja Pas Pusat dijangka mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Dismber nanti. Mesyuarat ini akan membentuk portfolio dan melantik eksekutif parti Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penenerangan, Pengarah Pilihan Raya dan beberapa AJK tambahan.  Juga Presiden parti akan mengumumkan perlantikan Pesuruhjaya Negeri.

Mustapa, tidak akan dilantik?
Perhatian kini tertumpu kepada jawatan Setiausaha Agung apabila khabarnya penyandang sekarang Mustapa Ali tidak akan dilantik lagi. Ada pun faktor kenapa Mustapa Ali tidak akan dilantik kurang jelas, tetapi itulah yang kedengaran sejak sebelum muktamar lagi. Boleh jadi juga kerana pencapaiannya selama memegang jawatan berkenaan kurang memuaskan atau ada masalah terlalu peribadi.

Elok juga kalau Pas ingin merihatkan 'arkitek' Pas Terengganu itu kerana usianya juga sudah lanjut. Mustapa adalah satu-satunya tokoh Pas yang berkhidmat di beberapa era yang masih ada. Hampir semua jawatan disandangnya kecuali timbalan presiden dan presiden. Rakan-rakan sebaya dengannya sudah pun mengundur diri seorang demi seorang.