Showing posts with label Pengundian. Show all posts
Showing posts with label Pengundian. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

Pengundian selesai, pengiraan sedang berlangsung

TERKINI                                                                                               

Para pemerhati politik dan peminat Pas kini sedang menanti-nanti keputusan pemilihan dalam Pas yang dijangka diumumkan menjelang tengah hari ini sebelum muktamar berhenti rehat. Proses pengundian semula untuk jawatan AJK Pas pusat baru selesai dijalankan.

Asmuni Alwi
Pengumuman rasmi masa untuk mengundi tamat telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi jam 10:43 minit pagi.

Pengiraan undi dijangka akan bermula sejurus semua peti-peti undi dibawa ke dewan pengiraan.

Persoalan yang sedang menggaru-garu kepala orang ramai ialah apakah keputusan itu nanti. Apakah berlaku kejutan atau sebaliknya.

Monday, November 26, 2012

Khairy Kalah Teruk Ditangan Nasaruddin Tantawi

 ANALISA                                                                                                                          

Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah teruk ditangan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat dikalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara keduanya.

Dari jumlah 530 rakan Fb Merah Tinta MSO  yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja.

Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya like sebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak.

Yang berkecuali pula sebanyak 38 orang.

Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu makenisme untuk mengetahui mood anak-anak muda khasnya yang mesra IT.

Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai  Fb Merah Tinta MSO jauh mempercayai dan menyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengistyarkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta syaksyiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab.

Dikala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh Ngo Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7:00 petang tadi dan akan ditutup jam 1:00 pagi nanti.

Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama Ngo, agamawan dan politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. [wm.kl. 11:32 am 26/11/12]