Kegagalan untuk menjelaskan secara tuntas berhubung kehilangan pesawar Mas, MH 370 yang hilang 15 hari lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada calon BN dalam pilihan raya Kajang besok. Pengundi yang celik maklumat tidak akan teragak-agak untuk tidak memberi undi kepada calon BN, Chew Mei Fun sebagai denda kepada kelemahan dan kegagalan kerajaan UBN mengesan pesawat tersebut.Pengundi Kajang khasnya yang bermaklumat sama pendapat dengan kebanyakan orang awam lain yang kesal dengan cara Malaysia menangani kehilangan persawat yang membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal itu. Mereka bukan tidak dapat menerima takdir Allah tetapi cara musibah itu diuruskan menimbul keraguan dan tanda tanya.