Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Saturday, May 1, 2021

Jangan berlaku krisis kepercayaan kepada PDRM

REAKSI 

Hamid: Apa yang saya lakukan ini untuk
kebaikan PDRM.
SIDANG media khas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dengan pengarang media semalam satu perluahan perasaan yang dikira penting bukan sahaja untuk dijadikan perhatian tetapi diambil tindakan. 

Abdul Hamid secara rasmi telah tidak lagi menjadi Ketua Polis Negara (IGP) apabila kontraknya yang tamat 3 Mei tidak disambungkan.

Saturday, July 23, 2011

Menanti Solat Duhha

Polis Malaysia Ada Iras-Iras Mahathir Mohamad

MAKIN dijelaskan nampaknya makin celaru dan makin orang menjadi 'rohok' untuk mempercayai setiap apa yang diuberi tahu. Itulah apa yang berlaku kepada Polis Diraja Malayisa (PDRM) hari ini dalam kes Bersih. Nampaknya polis sudah kehabisan modal dan kata-kata untuk menyakinkan rakyat yang mereka bertindak mersa dan melayan himpunan Bersih dengan aman.

Kebodohan juga semakin hari semakin luas 'terbahar'.

Video yang merakam aksi himpunan berkenaan bagi menunjukkan perangai polis baik juga gagal memberi kepuasan kepada orang ramai. Penyiaran video sekerat-sekerat dan tidak sepenuhnya menyebabkan orang sangsi dengan tindakan polis.

Beigtu juga teknik atau cara mencari kambing hitam untuk menunjukkan polis baik juga tidak berhasil. Dari sudut mana sekali pun orang ramai tetap menganggao polis yang bersalah. Kalau ada orang mengangguk mengatakan polis baik itu hanya di depan saja, tetapi di belakang orang akan menyumpah polis.

Baik polis mengaku saja mana-mana kekasaran yang dibuatnya pada peserta Bersih tempoh hari. Pengakuan atau mengalu kesilapan lebih menyerlahkan integriti pasukan itu. Tidak dinafikan ada juga polis yang berhati malaikat dan berperangai baik dalam melayani peserta himpunan. Tetapi polis yang baik ini ditenggelami oleh tindakan polis yang kasar dan jahat.

Saya tidak fikir semua gambar dalam protal berita dan blog adalah palsu rekaan atau tokok tambah. Setengah gambar itu dirakam oleh orang ramai yang berada di hadapan lokasi atau kejadian polis menyerang dan menembak. Mereka tidak mempunyai motif apa-apa melainkan merakam reakiti yang mereka saksi. Polis juga kena akui bahawa dalam pasukan itu ada serigala yang lapar, yang meleleh air liur melihat anak-anak muda yang bersorak.

Bukankah anggota FRU atau unit tindakan khas (UTK) diajar supaya menjadi berang dan bengkeng untuk menghadapi orang ramai. Mereka dilantih macam anjing pemburu untuk mengesan dada. Pantang mereka terlepas mereka akan mengamuk. Yang patut dikutuk siang malam inilah ketua mereka yang menerima pendekataan begitu. Anjing tidak salah tetapi tuan anjing.

Selain menunjukkan sikap beberapa perserta himpunan yang provok polis, patut polis tunjuk juga bagaimana para peserta yang membantu anggotanya yang terkena gas pemedih mata. Di depan mata saya saya nampak ada polis yang terjatuh longkang kerana melarikan diri bila di baling klister gas pemedih mata.

Saya sendiri melihat bagaimana anak-anak muda membantu memberi air kepada polis yang terkena gas pemedih yang dibaling oleh para peserta apabila mereka menyambut atau mnangkap kelosong gas yang melucur ke arah mereka.

Bersikap adil dalam semua keadaan kerana keadilan itulah yang akan mengukur kejujur dan kebenaran kita.

Kenapa polis terus buat provokasi dan membela diri secara melulu. Misalnya tuduhan Mat Sabu bohong berlaku adalah melampau. Kata polis naib presiden Pas itu berlaku untuk menangih simpati. Walaupun kalau benar Mat Sabu berbuat begitu tetapi tidak bijak polis yang menuduh demikian kerana sudah pasti penyokong Bersih akan marah. Di sinilah dangkalnya politik polis.

Orang yang tidak tergamak menipu atau pun berfikir betul tidak akan menerima dakwaan polis Mat Sabu berlakon. Takkan Mat Sabu berlaku sampai lututnya kena bedah. Kata polis Mat Sabu tercedera kerana motorsikap yang dinaikinya melanggar pembahagi jalan. Polis tidak cerita kenapa penunggang itu mlanggar pembahagi jalan. Takkan driver yang bawa Mat Sabu itu babuk sengaja langgar pembahagi jalan.

Bijak Mat Sabu tidak membalas tembak dengan polis atas dakwaan itu. Mah Sabu arahkan peguamnya supaya menyaman polis atas kejadian itu. Biarlah mahkamah membuat keputusan apakah Naib Presiden Pas itu berlakon atau sebaliknya.

Kenyataan-kenyataan dan kesimpulan bodoh terus dikeluarkan oleh polis. Terbaru menurut Pengarah Ketenteraman Awam, (nama lupa sebab tak popular), tiga tulang rusuk Baharuddin Ahmad patah bukan disebabkan angkara polis. Tetapi ia patah kerana pertolongan CPR - tekan dada di lakukan oleh ke atasnya untuk menyelamatkan arwah. Logikah kalau bantuan untuk menyelamatkan (CPR) dilakukan sampai patah tulang rusuk?

Msasakan begitu bengong sekali mereka yang memabntu menekan dada Baharuddin memberi CPR kepadanya tekan sampai patah tulang rusuk? Logikah? Apakah tidak ada kejadian lain di sebalik itu yang tidak terjumpa oleh oleh polis. Misalnya berlaku pergelutan dan menyebabkan dadanya di tendang atau dipukul dengan kuat?

Polis boleh melepaskan diri untuk tidak disabitkan dengan kematiannya. Tetapi alasan yang diberikan biarlah logik dan munasabah. Belum pernah terdengar dalam sepanjang hayat saya orang yang diberi bantuan CPR patah tiga tulang rusuknya. Kenapa tidak direka cerita tulang rusuk Baharuddin patah keran aia terjatuh atas pili bomba semasa melarikan diri dari tembakan gas pemedih mata oleh polis?

Alasan yang diberikan polis ini tak ubah alasan yang pernah diberikan Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim apabila mata bekas TPM itu lebam kerrana ditumbuk Rahim Nor. Mahathir kata, mata Anwar lebam kerana Anwar sengaja menghantukkan mukanya ke lutut untuk mendapat simpati.

Selepas didedahkan oleh suruhanjaya di raja baru diketahui kenapa mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh Rahim Nor, bekas ketua polis negara. Kalau bekas KPN boleh tumbuk mata tahanan yang digari dan ditutup muka, apalah nak hairankan dengan tindakan anak cucu cicitnya ke atas himpunan Bersih itu. Biarlah kalau bapak jahat anak akan khianat!

Sekali lagi dinyatakan polis alasan direka-reka tidak akan menyelesaikan masalah. Buatlah penjelasan sepanjang mana kalau ia tidak ikhlas ia akan dipertikaikan. Makin dijelas makin marah dan benci orang kepada polis. Kalau benar polis ingin menyelesaikan perkara ini membuang persepsi buruk ke atasnya mengakulah dengan jujur dan ikhlas, bahawa ada tempat-tempat mereka tersilap atau terlebih. Rakyat boleh mengampuninya kerana bumi manalah yang tidak ditimpa hujan.

Benang yang basah tidak akan boleh ditegakkan, tanduk kerbau dewasa yang bengkoknya hampir menjadi bulatan tidak senang untuk diperbetulkan. Apa yang polis lakukan dalam kes Bersih ini tak ubah seperti tikus yang hendak membaiki labu, makin lama bukan makin baik tetapi makin luas lubang kebusukannya. [wm.kl.8:00 am 23/07/11]

Sunday, July 17, 2011

Sebelum Maghrib

Kenapa Polis Lambat
Tayang Rakaman Kekejaman Bersih?


Udin anak Yassin meminta polis segerakan penyiaran rakaman video mengenai himpunan Bersih bagi membuktikan polis tidak bertindak gasan dan ganas terhadap peserta himpunan Bersih.

Kata Udin polis perlu segera tampil mengemukakan bukti dalam bentu visual dan odio itu bagi menangkis tohmohan pembangkang yang mendakwa polis bertindak gasan dan ganas.

Kata Udin peristiwa himpuan Bersih yang dihalang polis telah dieksploitasikan oleh pembangkang dan juga bloger yang pro pembangkang.

Saya menyokong penuh gesaan Udin anak Yassin itu. Polis patut segera menayangkan video berkenaan. Kenapa tunggu lama-lama sangat. Di dalam laman sosial sudah berbagai versi video himpunan berkenaan dipaparkan. Semuanya menunjukkan akan kerakusan polis dalam menghuraikan himpunan yang disifatkan haram itu.

Bukan saja video yang dirakam oleh ametur tetapi juga yang dirakam oleh jurugambar dari stesen televisyen dari seluruh dunia. Dalam semua klik-klik video itu menujukkan akan kerakusan dan keganasan polis.

Apakah polis sedang menyunting rakaman-rakaman yang dibuat bagi disesuai dengan dakwaan dan penafian pihak polis yang bertindak mesra rakyat. Mungkin lakonan semula dilakukan oleh polis bagi menyiapkan rakaman berkenaan menjadi sebuah rakaman mesra polis?

Ribuan baju Bersih dirampas akan dipakai oleh polis untuk tujuan rakaman berkenaan. Pasukan polis Bersih itu akan menyerang dan melanyak polis kemudian dirakam. Apakah filem itu sedang diproses menyebabkan ia tidak ditayang lagi?

Tidak mustahil kalau polis membuat sandiwara dalam hal ini. Mana tahu dalam kem di Pulapo atau di mana-mana polis membikin filem kekejaman himpunan Bersih palsu terhadap polis itu. Mungkin dalam filem itu nanti akan ada anggota polis yang membantu peserta himpunan yang terjatuh atau sebagainya.

Kalau tidak ada mengada kenapa lambat sangat rakaman vidoe itu hendak dikeluarkan. Bersih sudah pun berlalu seminggu. Semua orang segenap masyarakat sudah menontonnya. Rakaman segera itu lebih benar dan genue kerana tidak mungkin ia dilakun semula.

Kelambatan menyiarkan rakaman ini menyebabkan orang ramai akan hilang kepercayaan kepada polis. Kalau pun rakaman itu benar sekalipun disebabkan ia memakan masa lebih seminggu untuk ditayangkan kepada umum, menyebabkan ia akan dikatakan sebagai lakonan semula.

Kerja-kerja melakukan lakonan semula ini adalah kepakaran polis dalam usaha mengecam suspek terhadap sesuatu kes. Adalah lebih baik kalau polis bercadang membuat rakaman di luar lokasi sebenar tidak diteruskan kerana kalau rakaman itu menjelaskan kecacatan maka padah buruk akan menimpa pasukan polis. Implikasi dari itu, Menteri Dalam Negeri, ketua polis negara dan timbalannya wajar melepaskan jawatan sebab mereka tidak layak memikul tanggungjawab itu. [wm.kl.7:12 pm 17/07/11]

Saturday, July 9, 2011

Marah-Marah Malam

Ismail Omar Baik Diam... Nanti Sakit Jantung Lagi

SEBELUM Utusan dan media arus perdana membuat bohong besar esok mengenai himpunan Bersih hari ini, Ketua Polis Negara, Ismail Omar telah cuba menjadi burung belatuk, mengulas mengenai Bersih dengan membuat kenyataan bohong. Katanya himpunan Bersih hanya didua tempat saja di Puduraya dan jalan Loke Yew.

Juga beliau mengatakan polis bertindak baik kepada para himpunan.

Saya tidak pasati apakah beliau mendapat penjelasan dari timbalannya Khalid Abu Bakar yang kini sudah macam anti klimek dan menjadi pekak dengan tiba-tiba selepas dua hari himpunan hendak diadakan. Sebelum itu bukan main lahi Khalid berkukuh macam terkukur lapar padi. Atau pun beliau mendapat penjelasan dan laporan yang palsu dari ketua polis Kuala Lumpur.

Itulah jadinya kalau ketua polis hanya memantau dari jendela Bukit Aman dan tidak berani turun ke bumi melihat dengan mata kepala sendiri. Segala laporan dan maklumat yang diterimanya tidak betul dan melencung jauh.

Saya rasa saya lebih bertanggungjawab dari beliau. Saya turun dan berputar ke segenap lokasi himpunan berkenaan menyaksi sendiri dengan mata kepala sendiri. Baca laporan saya (kronologi) rasanya lebih adil dan benar daripada laporan anak buah Ismail Omar. Ada empat lokasi besar himpunan, Pasar Seni, perkarangan Masjid Jamik, di Jalan Petaling, dan perkarangan Stadium Merdeka.

Inilah kualiti polis kita bercakap selalu bohong dan menipu orang ramai. Kalau hendak gambarkan negara ini aman dan polis berjaya kawal himpunan pun jangan sembunyikan fakta. hari ini semua orang cerdik dan bukan bodoh. Zaman orang lari berceluda kerana takutkan polis sudah tidak ada lagi.

Begitu juga katanya tidak ada tembakan gas pemedih mata di Jalan Puduraya? Ismail Omar boleh tengok video yang profesional rakam dan jangan tonton yang polis ambi sajal. Kalau polis ambil banyak fakta yang disembunyikan seperti mana pembohong polis kononya ada peserta himpunan yang bawa senjata dan bom cocktail.

Belajarlah menjadi baik dan menjadi seorang Islam. Kalau polis tunduk, akur dan cium kaki pemimpin hari ini, tetapi jangan sampai kaki sebayan (busuk) pun sanggup dicium.

Saya mahu ketua polis negara saksi gambar yang dipaparkan dalam blog, mengenai himpunan yang dipukul dan diperlakukan macam anjing kurap. Rasanya sesetengah tindakan polis jauh lebih buruk dari salakan anjing. Dan apakah Ismail mendapat laporan mengenai kematian seorang peserta bernama Baharuddin Ahmad, 58 tahun. Kalau tidak tahu jenazahnya akan dikebumikan esok.

Polis perlu memohon maaf atau menyesali atas apa yang belaku.

Saya setuju kalau polis mengawal himpunan Bersih untuk tidak menular kemudian rakyat mengoncangkan pemerintahan hari ini. Tetapi lakukan secara beradab dan ingatlah kepada perkataan atau kalimah yang tertera di topi dipakai setiap anggota polis berbunyi Allah - Muhammad. Kalau kalimah itu sudah tidak dihormati buang dan ganti dengan kalimah lain. [wm.kl.9:40 pm 09/07/11]

Sunday, April 24, 2011

Ulasan Isu

Terima Kasih Polis Kerana Tidak Lagi Menyorot

Terima kasih Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak lagi menyorok di balik pokok atau semak untuk menyaman pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas termasuk mememcut lebih daripada had, memotong line berkembar atau sebagainya.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang baru Khalid Abu Bakar. Bagaimana pun katanya polis tetap akan menyaman kesalahan jalan raya secara berdepan. Dalam pada itu polis juga tetap menggunakan beberapa alat termasuk kamera untuk mengesan pesalah trafik.

Penjelasan Khalid itu dibuat ketika Ketua Polis Negara, Ismail Omar sedang dirawat di hospital.

Tindakan polis itu menggembirakan. Ia menandakan kritikan terhadap tindakan polis trafik yang menyaman lalu lintas secara bersembunyi didengari oleh polis. Sikap terbuka seperti inilah yang kita ingin. Dengan langkah ini kepercayaan dan keyakinan polis dari orang untuk menjaga keselamatan awam akan meningkat.

Hendaknya ada beberapa tindakan lain oleh polis yang kurang disenangi rakyat diperbetulkan. Saya yakin dengan sikap telus dan terbuka begini persepsi buruk kepada polis akan menurun. Misalnya mengenai pemberian permit kepada parti politik untuk mengadakan ceramah hendaklah dilonggarkan.

Tindakan mengetatkan ceramah dengan mengenakan permit walaupun diadakan di permis persendirian menjadi pertikaian umum. Dalam hal ini orang ramai merasakan tindakan itu tidak adil dan sengaja hendak menyusahkan pembangkang. Jadi kalau ada mengatakan polis sebagai alat UBN adalah benar.

Pada saya kalau polis terbuka dan tidak menyempitkan keadaan, akan wujud hubungan baik di antara orang awam (politik pembangkang) dengan polis. Apabila wujud hubungan baik ini soal keselamatan akan dipantau bersama oleh polis dan orang ramai.

Saya melihat kenapa sesetengah pihak menganggap pihak polis sebagi menyusahkan mereka sedangkan fungsinya untuk menjaga keselamatan ialah kerana persepsi tidak baik terhadap polis hasil dari beberapa tindakan polis yang agak mengongkong mereka. [wm.kl.8:30 pm 24/04/11]