ULASAN
DESAS desus kemungkinan PH akan bekerjasama dengan Umno boleh menjadi berita awal tahun 2021 yang mengejutkan tetapi ia bukanlah sesuatu menghairankan kerana politik itu bersifat dinamika. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam dunia politik. Yang jelas ura-ura kerjasama Umno - PH itu lebih menarik dari idea Grand Coalition yakni politik "Grekok".
Kerjasama Umno - PH satu dinamika baru politik yang menarik, suatu sejarah, adapun Grekok itu tidak lebih dari usaha untuk memakai baju baru kepada patung lama sahaja.
Persoalan kini timbul sejauh manakah kerjasama Umno dengan PH itu? Apakah ia sesuatu yang logik atau sebaliknya. Dengan menerima politik itu sebagai serba mungkin ia bukan hal yang pelik dan aneh.