Saya terpaksa menarik balik poll untuk menamakan (menggelar) dua orang menteri Ahmad Zahidi Hamidi dan Ahmad Maslan yang kedua-duanya telah mengeluarkan kata-kata huduh (yang tidak menggambar ketamadunan mereka sebagai menteri kabinet) kepada mereka yang memprotes keputusan pilihan raya lalu, kerana poll berkenaan diganggu.
Poll yang dimulai semalam telah pun menerima lebih 250 undi tetapi hari ini jumlah undi telah menjadi 177 lebih. Ini bermakna ada gangguan terhadap poll berkenaan. Poll itu akan berlangsung selama lima hari dan dijangka akan mengutik antara 2,000 hingga 3,000 undia berdasarkan kepada poll sebelum yang tidak diganggu.Jam 8:00 malam selepas tidak sampai empat jam dilancarkan ia telah mengutik undi sebanyak 158 undi, manakala menjelang pukul 12:00 tengah malam jumlah pengundi 258 tetapi anihnya pagi ini jumlah undi turun kepada 177 dan terus turun ke angka 171. Ini bermakna ada gangguan.