Showing posts with label Puncak Adam. Show all posts
Showing posts with label Puncak Adam. Show all posts

Wednesday, November 11, 2015

Misteri kesan tapak kaki besar yang belum terjawab

CATATAN PERJALANAN (Seri Lanka) (1)

Puncak Adam dari hotel penginapan saya jarak 5 - 6km.
Dua tiga hari saya melarikan diri ke luar negara, destinasi saya kali ini ke "Tanah Bersinar" atau Lankadeepa (dalam bahasa Sanskrit) atau kini dikenali Seri Lanka, sebelumnya Ceylon.

Pengembaran ke negara yang juga dijulang sebagai "Permata Samudra Hindi" ini kerana bentuk muka buminya laksana sebutir batu permata, adalah sebagai menyelesaikan jejak saya ke negera-negara Asia Tenggara. Alahamdulilah perjalanan selamat dan menyenangkan.

Dipuncak itulah terletak bekas atau kesan tapak kaki.
Seorang rakan facebook saya bertanya, kenapa MSO selalu ke l uar negara akhir-akhir ini, apakah mencari ketenangan kerana bosan dengan kerenah politik dalam negara? Saya tidak menjawab pertanyaan itu secara langsung, tetapi pemusafiran lasak saya itu adalah sebahagian dari pelarian (escapism) saya dari keributan politik yang tidak pernah ada titik akhir.

Dalam dunia politik tidak ada sebuah parti yang boleh mengamankan fikiran dan menyakinkan ia akan membawa kehidupan sejahtera kalau pun tidak sampai ke akhirat cukuplah di dunia. Baik parti berdasarkan prinsip atau nilai hidup (agama), atau parti berdasarkan bangsa atau kebendaan (sekular). Semuanya sama sahaja.