Showing posts with label Rasuah dan Politik. Show all posts
Showing posts with label Rasuah dan Politik. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Sesudah Subuh

Nik Aziz Dan Ariffahmi Bersih Dari Rasuah

SEMALAM Pengerusi Panel Semakan dan Operasi SPRM, Hadenan Abdul Jalil mengumumkan yang tiada kes rasuah ke atas Menteri Besa Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Rasuah yang dimaksudkan itu berhubung pembiayaan seorang ahli perniagaan untuk Nik Aziz mengerjakan haji dan juga mengenai perlantikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kata Hadenan (foto bawah), Nik Aziz tidak meminta syarikat tersebut membayar kos mengerja Haji sebanyak RM65,000 dan Nik Aziz juga tidak menunaikan haji pada tahun berkenaan.

Dengan penjelasan dan pengumuman itu maka tuduhan dan tanggapan berlaku rasuah oleh MB itu tidak betul sama sekali. Terangkum sekali dengan penjelasan itu ialah menantunya Ariffhami yang dikecurkan sebagai terlibat melakukan rasuah sehinggakan memaksa pihak majikannya mengambil tindakan menasihatinya berhenti.

Sejak awal lagi sudah dirasakan tuduhan itu hanya sebuah tuduhan saja untuk memburuk kedua beranak itu. Ia adalah permainan politik untuk memburuk dan menjejaskan reputasi mereka berdua.

Kalau semasa keduanya dulu di siasat atau pejabat mereka di gelidah oleh SPRM, terutama Ariffahmi ramai yang mendesak supaya beliau melepas jawatan sebagai CEO di PMBK, termasuklah pemimpin tertinggi partinya. Tetapi apakah hari ini selepas kes terhadapnya tidak ada, apakah perlu kalau Ariffahmi dikembalikan semula jawatan itu?

Pengguguran jawatan Ariffahmi sebagai CEO PMBK bukan kerana kelemahan atau kegagalan beliau sebagai seorang CEO tetapi kerana impilikasi tuduhan berkenaan. Kini tuduhan itu tidak berasas dan tidak ada tinakan oleh SPRM apakah jawatan itu tidak boleh dipulangkan. Kalau ditenung dari sudut keadilan, apabila seseorang itu tidak disalahkan dan sudah bersih maka wajar ianya dipulangkan semula haknya.

NONEAriffhami sudah menjalankan tanggungjawabnya dan mengambil risiko atas apa yang berlaku. Beliau telah meletak jawatan lebih awal dari yang dijanjikan. Memang ketika itu beliau memberi kesan negatif kepada MB dan kerajaan Kelantan. Tetapi bila beliau tidak diambil tindakan dan bersih dari rasuah, maka jawatan itu sewajarnya dikembalikan kepadanya. Itu dinamakan keadilan dan kebenaran.

Di sini saya bukan hendak membela secara membabi buta terhadap menantu Tok Guru itu, tetapi keperluan itu berlandaskan kepada peraturan dan prinsip hidup berlandaskan kepada kebenaran. Pihak Pas dan kerajaan Kelantan wajar membayar balik segala keaiban dan rasa kecewa yang amat sangat dialami Ariffahami atas apa yang berlaku itu.

Mungkin beliau tidak berhajat untuk memegang jawatan itu lagi, tetapi cukuplah kalau dianugerahkan sebuah mahkota kata-kata apologi, "Ariff kami atau ana minta maaf kerana beranggapan yang bukan-bukan sehingga mencemarkan nama enta." Apakah individu di dalam Pas yang memandang jijik dan hina kepada anak muda itu boleh berbuat demikian?

Apapun di Subuh yang jernih ini semoga dengan pembersihan itu akan memberi semangat kepada Tok Guru dan menantunya itu untuk terus berjuang dan berjuang menelusuri jalan kebenaran. Saya sering mengatakan "masa dan keadaan akan menentukan segala-galanya" dan "berterus terang itu lebih baik dari segala-galanya".

Dan kepada pihak berkenaan termasuk Ariff ingatlah pesanan keramat ini beringat sebelum kena, bertindak sebelum terlambat, berkawan biar seribu bermusuh jangan pun satu, masa di atas jangan sepanjangnya berangan nak capai bulan, renung-renunglah juga rumput dibawah. Hormatilah orang yang dulu makan garam walaupun dia seorang yang bodoh. [wm.kl. 7:15 am 16/12/10]

Wednesday, September 29, 2010

Susupan Petang

Kalau Adun Kulim Dirasuah RM5 Juta Berapa Pula Rasuah Ahli Parlimen?

MENURUT Raja Petra Kamaruddin dari kertas siasatan oleh SPRM terhadap Adun Kulim, Lim Soo Nee didapati Adun berkenaan mengesahkan dia ditawarkan RM5 juta agar meninggalkan parti. Tawaran itu dibuat oleh bekas MB Kedah Mahadzir Khalid.

Kertas siasatan SPRM itu adalah sumber yang sah dan tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya kertas itu benar seperti mana didedahkan ini bermakna memang ada usur rasuah berlaku di Kedah. Kalau dakwaan Adun berkenaan bohong dia boleh dikenakan tindakan.

Persoalan yang bermain di kepala hari ini, kalau Adun dirasuah sebanyak RM5 juta, berapa pula nilai rasuah yang diterima oleh Ahli Parlimen? Di negeri Utara itu ada ahli parlimen yang belut dan meninggalkan parti. Apakah ahli parlimen berkenaan telah menerima rasuah yang menyebabkan beliau sedia mengkhinati parti? Ataupun tindakan beliau itu ikhlas bukan kerana menerima sebarang upahan?

Rasanya penjenguk sekalian dapat menilai hakikat ini sebaik mungkin. Sifir atau fromula yang boleh diberikan begini; seseorang itu tergila nak jadi wakil rakyat kerana hendakkan kedudukan. Di samping itu mahukan elaun kalau parlimen sekitar RM7 ribu hingga RM13 sebulah dan kalau Adun sekitar RM3 ribu hingga RM5 ribu sebulan.

Jadi kalau ada orang tawar RM5 juta atau memberi satu 'kelegaan' yang sangat didambakan kenapa beliau tidak perlu mengambilnya? Bukankah dengan wang itu dia boleh hidup senang, beli ubat kencing manis ataupun melawat Eropah dua kali setahun. Beli motosikal besar dan mengendung si janda yang asal Temerloh Pahang. (Up nak tahu cerita lanjut sila hubungan MP Indra Mahkota, Azan Ismail dan lawyer Md Radzi Mustafa).

Tentu sekali dia mahu. Jadi dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini kononnya ada wakil rakyat yang lompat parti kerana dibayar jutaan ringgit adalah benar bukan gurauan. Pendedahan dibuat Raja Petra itu adalah bukti jelas. Dan kalau perlu isu ini perlu dibongkar seluas-luasnya. [wm.kl. 7:15 pm 29/09/10]