Rumah terbuka Hari Raya Pas Ahad lalu saya tidak sempat hadir kerana terpaksa bekejar ke Kuala Lipis untuk menziarahi jenayah bapa saudara yang meninggal pagi minggu itu. Peluang untuk berjumpa dengan para pimpinan Pas terlepas. Ada beberapa pemimpin Pas yang perlu saya beraya dengan mereka kerana sering kena usik dan kena 'catuk' didalam blog.
![]() |
| Makan semeja dengan Presiden Pas. |
Walaupun ada janji dengan seseorang pada masa sama saya lencong dahulu ke rumah terbuka Harakah. Bimbang tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan pimpinan yang hadir.
Ketika saya sampai khemah sudah penuh. Para tetamu sudah mula menjamu selera. Pimpinan juga sudah ada yang pulang. Orang kuat Harakah Lutfi, Termizi Mohd Jam dan lain-lain bukan main lagi segak dan ramah melayan tetamu. Lutfi nampaknya terus melayan tamu dengan tongkat.
