Showing posts with label Sembunyi Diri. Show all posts
Showing posts with label Sembunyi Diri. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Mengapa Bekas Ahli Parlimen Tanah Merah Sembunyikan Diri?

ULASAN SORE                                                                                                                

Misteri menyelubungi bekas ahli parlimen Tanah Merah dari PKR Amran Abdul Ghani apabila beliau tidak melayan panggilan telefon beberapa kawan terdekatnya sejak dua tiga hari lepas. Ramai kawanan politiknya kesal dan terkilan atas sikap Amran yang dianggap tidak menunjukkan semangat seorang ahli politik sejati.

Tidak diketahui kenapa tiba-tiba saja bekas ahli parlimen berkenaan seakan menjauh diri dan tidak mahu berserabut dalam kancah politik menjelang pilihan raya umum yang akan menjelang kurang tiga minggu lagi.

Sikap membisu Amran dan enggan mengangkat telefon itu katanya berpunca dari masalah calon PKR di Tanah Merah. Amran yang menang pada pilihan raya lalu dikatakan tidak dicalonkan untuk bertanding kerana tidak mampu menunjukkan prestasi memuaskan. Mulanya beliau bersetuju untuk melepaskan kerusi berkenaan kepada calon lebih layak.