Semalam Menteri Kewangan 2, Husni Hanadzlah telah mengumumkan bantuan segera untuk mangsa banjir yang melanda beberapa buah negeri kini sebanyak RM50 juta. Kalau dikira dan dibahagikan daripada jumlah itu setiap buah negeri mendapat sekitar RM10 juta ringgit sahaja. Sudah pasti peruntukan sebanyak itu jauh daripada mencukupi.
Semua pihak sudah mengakui bencana banjir yang berlaku kini luar biasa dan diluar jangkaan. Justeru timbul berbagai masalah. Paling ketara kekurangan aset untuk melakukan penyelamatan dan juga menghatar bantuan bekalan dan keperluan kepada mangsa banjir. Ada mangsa banjir terbiar sehingga lebih 72 jam.