Thursday, June 14, 2007

Kes Pembunuhan Altantuya

Resah dan Gelisah Najib dan Abdullah Berbeza

MSO
ATAS sebab-sebab yang hanya diketahui oleh orang dalam yang ‘maha’ berkuasa dan berkepentingan saja kenapa perbicaraan ke atas dua orang anggota polis dan penganalisis politik yang rapat dengan Mohd Najib Razak yang dituduh membunuh dan bersubahat membunuh Altantuya @ (Siti Aminah) ditangguhkan daripada 4 Jun kepada
18 Jun.

Penagguhan itu tidak menjadi masalah, kapan pun perbicaraan akan diteruskan juga tetapi bentuk dan cara penangguhan itu dibuat serta latar sebalik penundaan perbicaraan itu menimbulkan berbagai pertanyaan dan luar biasa.

Sesuatu kes yang sudah dibawa ke mahamah dan disiasat oleh polis tidak boleh ditutup begitu saja melainkan ianya ditutup atau dibuang kes oleh mahkamah dengan cara dan teknik-teknik perundangan. Biasanya perbicaraan itu dibuang di dalam mahkamah setelah perbicaraan dijalankan dengan alasan-alasan tertentu.

Pindaan tarikh tidak pelik dan asing. Hal itu selalu berlaku dalam mana-mana mahkamah di dunia ini. Sesuatu perbicaraan itu tidak boleh dijalankan sekiranya hakim mengendalikan kes itu sakit gigi ataupun kurang sihat kerana ia dibimbangi mempengaruhi perbicaraan itu. Emosi seseorang hakim sewaktu hendak duduk di kerusinya kena tenang dan bersih.

Begitu juga perbicaraan tidak boleh dijalankan sekiranya pendakwa tidak sihat atau kerana isterinya bersalin atau tidak bersedia dengan bahan dan bukti pendakwaannya. Hakim tidak akan membenarkan atau bersedia memulakan perbicaraan.

Demikian juga perbicaraan tidak boleh dijalankan sekiranya peguam bela tidak bersedia atau tertuduh (kes jenayah) tidak mempunyai peguam. Kalau tertuduh tidak mampu mengadakan peguamnya sendiri, kerajaan akan menyediakan atau menunjukkan peguam yang menjadi penel kepada Kerajaan untuk membela tertuduh berkenaan.

Penyeksaan bertindih

Disebabkan hal-hal atau insiden demikian menjadikan orang kena tuduh terseksa, boring dan kena berada lebih lama di dalma penjara. Sebab itu kerap berlaku orang tertuduh tinggal lebih lama di dalam penjara daripada hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Keadaan inilah menjadikan kelembaban mahkamah itu menyebabkan orang kena tuduh menghadapi penyeksaan bertindih.

Menerhatikan perkara ini timbul persoalan, di manakah integriti badan Kehakiman itu? Kerana setiap kali Ketua Hakim baru dilantik kenyataan yang pertama keluar dari mulut mereka ialah; kita akan mempercepatkan proses perbicaraan di mahkamah. Kita tidak mahu banyak kes tertangguh.

Semacam sudah sinonim kenyataan itu dengan mana-mana Ketua Hakim yang baru memegang jawatan Ketua Hakim. Walhasilnya kes tetap juga berlambak, kes tertangguh makin tertangguh dan orang tahanan terus terseksa dan terseksa tidak tentu pasal disebabkan ketidakcekapan badan berkenaan.

Itu semua tidak menjadi masalah. Itu soal kelemahan makhluk Allah bernama Hakim, Pendawa dan Peguambela. Sebagai makhluk Allah kita tertakluk kepada kuasa-Nya. Oleh kerana kelemahan sejak azali itulah menyebabkan mahkamah juga turut tidak terelak daripada menanggung kelemahan itu.

Berbalik kepada kes yang melibatkan modeling Mongolia, Altantuya ini apa yang anihnya bukan soal penangguhan yang sudah menjadi suatu perkara biasa itu. Tetapi beberapa unsur ataupun insiden lain yang menimbulkan persoalan yang berlaku sejak awal kes berkenaan bermula hinggalah ke saat-saat akhir kes itu hendak dibicarakan tetapi ditunda dari berbagai aspek.

Kerana terlalu banyak keganjilan dan hal luar biasa itu, apakah perbicaraan kes Altantuya itu akan dikenali sebagai perbicaraan yang bukan saja penuh suspen tetapi penuh dengan hal-hal yang luar biasa?

Kalau diperhatikan sejak mulanya lagi sudah menimbulkan pertanyaan kepada umum. Rasa pelit mula berbelit kepala apabila Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu dibenarkan ikat jamian secara bon sebanyak RM1 juta. Tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara ini seorang yang dituduh di bawah kanun 302 (membunuh) dibenarkan diikat jamin.

Keistimewaan kepada Razak

Tetapi di dalam kes Razak yang disebut sebagai kes berprofil tinggi ini Hakim telah membenarkan Razak diikat jamin. Semacam ada suatu keistimewaan yang diberikan kepada Razak. Paling menakjubkan pula ikat jamin itu bukan dengan wang tunai tetapi dengan bon!

Selepas itu pula ikat jamin ke atas Razak itu telah ditarik balik. Sehubungan itu tarikh perbicaraan kes itu telah ditetapkan pada tahun hadapan. Ekoran itu orang mula menghitung yang Razak terpaksa meringkuk di dalam tahanan berbulan-bulan lamanya sementara menunggu hari perbicaraan.

Bagaimana pun keputusan itu berubah lagi sekali, apabila permohonan pihak orang kena tuduh agar perbicaraan dipercepatkan. Maka Hakim telah menetapkan perbicaraan itu akan bermula pada 4 Jun lalu. Perubahan ini menjelaskan ada tangan-tangan berkuasa yang mengubah fail dan mengubah angka di dalam fail pertuduhan itu. Siapa?

Kita ingin tanya apakah sekiranya hal itu dihadapi oleh orang kampung ia mendapat keistimewaan dan pertimbangan seadil demikian?

Hal-hal yang berlaku itu dikira jarang malah tidak pernah terjadi sebelum ini ditambah pula dengan beberapa insiden lain yang tidak kurang meragui ataupun menimbulkan persoalan. Hakim yang akan mendengar kes itu juga telah ditukar kepada Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yaasin.

Sekali lagi pihak Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab ke atas perjalanan mahkamah dan perundangan di negara ini berhak melakukan apa saja atas budi bicaranya. Namun dalam pada itu jabatan berkenaan seharusnya peka dan prihatin mengenai apa yang orang perhatikan kepadanya. Jangan pula sampai jabatan kehakiman dilihat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mana menteri boleh bercakap ikut sedap mulut dia saja.

Berbagai pertukaran

Tidak cukup menukar hakim perbicaraan, barisan Pendakwa pula ditukar pada saat-saat akhir. Mulanya pendakwaan kes itu akan dilakukan oleh Ketua Unit Terkelas dari Jabatan Penguam Negara, Sallehuddin Saidin dan Timbalan Pendakwaraya, Noreen Badaruddin, alih-alih ianya ditukar kepada Tun Abdul Majid dan dibantu oleh timbalan Pendakwaraya Monoj Kurup di saat-saat akhir.

Pertukaran Tun Majid dari Sallehuddin ini yang dilakukan disaat akhir dan Tun Majid diberitahu menerusi telefon ketika pulang ke rumahnya sesuatu yang boleh dikira melucukan dan menunjukkan seolah pihak Peguam Negara tidak serius didalam kes ini. Ada unsur-unsur untuk menyusahkan pihak-pihak lain cara pertukaran itu dibuat. Cara pertukaran itu dibuat tidak layak untuk mengkelaskan kes ini sebagai kes berprofil tinggi!

Ada munasabahnya komen Karpal Singh dan Anwar Ibrahim pertukaran itu sengaja untuk menyusahkan pihak pembelaan dan ia sesuatu yang tidak munsabah kerana sepatutnya pertukaran itu dibuat sejak awal-awal lagi.

Melihat kepada bentuk pertukaran ini seolah ada permainan dan ianya disengajakan dengan sesuatu tujuan yang tersirat tetapi mudah ditafsirkan! Apakah institusi yang paling bersistemmetik, berintegriti, beretika dan mulia itu boleh membuat sesuatu sesuka hati saja apa lagi menimbulkan keraguan umum?

Tidak cukup dengan keanihan itu, peguam pembela Chif Inspektor Azilah Hadri juga turut menarik diri daripada menjadi peguam bela kerana kononnya ada pihak ketiga yang mencampuri urusanya. Zulkefli Nordin, menarik diri kerana tidak mahu dirinya diperalat oleh orang ketiga yang menjaga kepentingan orang politik tertentu. Penarikan diri Zulkefli juga menimbulkan kontroversi.

Satu pertanyaan yang mungkin ingin diketahui oleh orang ramai apakah penarikan diri Zulkefli Nordin (secara paksaan itu?) dipersetujui oleh Azilah? Ataupun tindakan itu dibuat pandai-pandai saja demi kepentingan orang tertentu. Mereka bimbang dengan kehadiran Zulkefli akan menyebabkan terbongkar nama-nama lain di dalam mahkamah.

Dalam hal ini apa yang perlu diinsafi Azliah dan keluarganya mahukan pembelaaan sewajarnya ke atas Azlilah. Apa yang dihadapi oleh Azilah bukan penjara satu hari atau satu bulan, tetapi kalau sabit kesalahan beliau akan ke tali gantung.

Soal hidup atau mati

Bagi Azilah atau pun Kpt Sirul Azhar Umur atau Abdul Razak Baginda sendiri tertentu mahu pebelaan yang terbaik. Mereka mahu melepaskan diri masing-masing. Mereka tentu tidak perlu fikir soal nasib dan masa depan orang lain. Siapa pun tidak sanggup menjadi kambing hitam mengadai nyawa untuk kepentingan orang lain hatta orang tidak siuman.

Apa yang tergalang di hadapan mereka bertiga ialah soal hidup atau mati.

Isteri Razak, Mazlida Makhzan pernah meluahkan kata-kata ketika beliau dihurungi press bahawa suaminya tidak berhajat untuk menjadi Perdana Menteri. Apakah maksud dan natijah kata-kata Mazlinda itu? Ia tentu mempunyai seribu makna dan maksud yang bukan sukar untuk diterjemahkan.

Demikianlah keanihan dan kegajilan yang berlaku sekitar perbicaraan kes pembunuhan Altantuya. Ia bukan suspen, misteri tetapi dipenuhi dengan tindakan dan insiden serta keputusan-keputusan drastik yang menjadi teka teki, menarik dan tidak kurang juga mengelirukan.

Sepata kata Anwar Ibrahim pebicaraan kes Altantuya ini menyebabkan institusi kehakiman negara ini juga sedang dibicarakan oleh seluruh dunia. Dunai sedang memerhati perjalanan perbicaraan itu dan keputusannya kelak. Apakah dengan keadaan itu senario ini tidak sediki pun menimbulkan apa-apa perasaan kepada orang nombor satu dan nombor dua negara?

Tentu ada cuma bentuknya berbeza. Takdirnya kedua mereka resah dan bimbang dalam menanti perbicaraan dan menunggu keputusan kes ini, yang jelasnya gelisah dan resah Najib Razak berbeza dengan resah dan gelisah Abdullah Ahmad Badawi. Najib resah dan gelisah bimbang takut namanya terkeluar dalam perbicaaan itu, Abdullah pula resah dan bimbang perbicaana itu akan memberi efek kepada kuasa dan politiknya di mata dunia!

Tuesday, June 12, 2007

Bapa Lanun Kibar Bendera

Dah kena dah... pencuri menipu penyamun
(Bhg Akhir)

TIDAK sangka banyak orang yang memberi respons kepada tulisan saya mengenai Zainuddin Madin – “Bapa Lanun Kibar Bendera”. Apakah dengan respons itu, (majoriti, turut tumpang semangkuk menghentam beliau) menandakan menteri berkenaan tidak popular dan membawa penyakit kepada kabinet Abdullah Ahmad Badawi dan negara?

Dalam email langsung kepada saya dan (komentar) di bawah tulisan itu yang turut di pastekan ke Malaysia-today ada yang begitu emosi daripada saya bila melihat dan menyebut nama Zainuddin Maidin.

Marahnya mereka seolah mereka tidak mahu saya mencatatkan nama Zainuddin di laman-laman web bekenaan, kerana mengotorkan laman itu. Tidak cukup itu ada yang menelefon terus kepada saya memberi komen tambahan dan ada juga yang tidak setuju dan melanyak saya kerana mengusik Zainuddin.

“Buat apa you usik dia,” begitulah kata seorang pemanggil bergelar Datuk yang mendakwa pernah memberi makan Zainuddin Maidin semasa di London ketika Zainuddin membawa diri ke sana selepas dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan!

Tersintak juga saya dengan panggilan itu. Tetapi apabila beliau menjelaskan kenapa dan maksud larangannya itu saya menjadi lega; “Orang gila macam tu tak payah komen apa-apa biarkan dia terjun dengan labu-labunya,” kata Datuk bertaraf korporat itu. (Sumpah saya tidak tahu kalau Zainuddin tidak siuman!).

Menurut Datuk itu lagi, lebih baik saya menggunakan pena dan kolom dalam Malaysia-today untuk menembak burung yang lebih besar. “Rugilah Sayuti, you tembak orang macam Zam itu,” desahnya tanpa menghuraikan apakah maksudnya. Tetapi Datuk yang satu ini beriya benar mengajak saya menembak burung besar dan bersedia memberi beberapa formula atau teknik dan peluru buat menebak yang betul!

Saya menghormati tawaran itu tetapi sedikit menimbul kemusykilan kenapa tidak mahu masuk rimba dan menembak sendiri!

Jangan bagi publisiti free

Seorang pemanggil lain pula, (sebenarnya seorang kawan lama yang lama tidak menghubungi saya, sebab saya ada belasah dia dalam suatu tulisan dulu), memberi pandangan yang hampir sama. Beliau berharap dan merayu kepada saya agar jangan beri publisiti percuma kepada menteri haprak itu. “Dia tu haprak, you tau tak?

“Takkan you tidak tahu tentang manusia ini, semua orang dah kenal temberang dan egonya yang melebihi Everest itu. Dahlah hentikan saja beri publisiti percuma kepadanya,” ujarnya penuh mengharap. “Apa yang lebih baik, elok you halakan mata pena you kepada Azalina tu, banyak lagi orang nak tahu cerita Azalina beli batu apa di Nepal tu,” katanya.

Saya tidak banyak membalas kata dengan para pemanggil yang memberi respons terhadap tulisan itu. Saya lebih bersikap mendengar dan mengangguk dari jauh sahaja. Tetapi diam-diam saya memahami bahawa Menteri Penerangan ini banyak musuh dan tidak disenangi oleh ahli Umno sendiri. Kenapa?

Saya lantas menoleh ke belakang mencari sebab musabab kenapa orang tidak gemar kepada bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu ini. Antaranya yang dapat dirasakan ialah sikap antinya kepada Islam (pakaian Islam dan Gerakan Islam) yang agak tinggi berbanding dengan pemimpin sekular lainnya.

Sewaktu beliau menguasai Utusan dulu digunakan akhbar itu untuk memperleceh dan mempersendakan syariat agama. Zainuddin telah menjadikan Utusan sebagai medan untuk melemah dan menimbulkkan tanggapan negatif orang ramai kepada Islam. Zainuddin seorang anti kepada syariat dan sunnah Rasulullah menyebabkan orang berpendapat beliau adalah egen Yahudi.

Hidup secara primitif

Saya masih ingat antara orang dan media pertama yang menimbulkan isu Darul Arqam pimpinan Ashaari Muhammad, ialah akhabr Utusan Melayu. Utusan telah melaporan terdapat satu kumpulan yang meninggal kesenangan dunia dan hidup secara primitf. Kalau tidak silap wartawan yang menulis berita berkenaan Arqam ialah wakil Utusan di Klang yang kini bergelar Datuk.

Tindakan Zainuddin dan Utusan yang ‘attack’ Arqam waktu itu tidak tepat. Arqam waktu itu masih lagi belum menyeleweng dan merupakan jemaah dakwah – yang mengajak dan menyeru orang ramai agar kembali mengamalkan syariat Islam. Apapun tindakan itu dikira mendahului orang lain kerana selepas itu Arqam ternyata sesat barat. Dalam bak ini kita kena tabik (sekerat) kepada Zainuddin Maidin ini.

Tetapi yang terkilannya beliau tidak menggunakan belas ehsannya sebagai orang Islam dalam isu ini. Beliau membawa isu Arqam itu untuk dipalitkan kepada gerakan Islam lain. Sikapnya yang anti kepada Arqam yang mengamalkan budaya tutup aurat (berpurdah) terbawa sampai ke hari ini. Sebenarnya isu purdah dan Arqam dua perkara berbeza tetapi disamakan oleh Zanuddin kerana emosi dan amarahnya.

Kerana kebencian kepada Arqam dan purdah, Zanuddin turut membencikan kepada tudung dan kupiah atau apa-apa juga pakaian tradisi Arab macam juban dan serban. Manifestasi disebalik kebencian itu ialah benci kepada gerakan Islam, kepada syariah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Semasa beliau di Utusan juga beliau pernah mengarahkan para wartawannya yang membuat interviu dilarang menemu-ramah dan mengambil gambar mereka yang tutup aurat atau pakai kupiah. Di sinilah Zanuddin membawa sentimen peribadinya untuk membenci Islam. Sejak itu gambar-gambar di Utusan semuanya mereka yang tidak bertudung atau bersongkok sahaja.

Tetapi arus dan fesyen itu tidak mampu dibendung oleh Zainuddin. Tuntutan semasa dan trend terkini menyebabkan Utusan tidak ada pilihan lain melainkan turut akses arus dan menyiarkan juga orang-orang yang pakai purdah atau pun menutup aurat di dalam akhabrnya sebagai sumber berita.

Namun bagi Zainuddin, beliau tetap degil dengan pendiriannya. Bila beliau menjadi Timbalan Menteri Penerangan kemudian menteri, beliau teruskan sikap anti kepada tudung dan Islamya itu. Pembaca berita di TV1 yang berhasrat untuk pakai tudung dinasihatkan agar berhenti ataupun diberi tugas lain dan dihalang muncul di skrin tv.

Kumpulan nasyid seperti Raihan,Rabbani, Hijaz dan sebagainya yang sebelum ini mengenakan pakaian ala-ala kupiah dan menunjukkan imej budaya Arab (Islam) dilarang muncul di RTM. Mereka dikehendaki menukar aksesosi itu kalau mahu muncul di RTM. Begitulah benci dan menyampahnya Zanuddin kepada penampilan imej Islam di televisyen milik partinya itu.

Sejarah tersendiri

Sebenarnya kebencian dan kemarahan Zainuddin kepada tudung ini ada sejarahnya tersendiri (chemistry). Ia berlaku dalam hidup dan keluarganya. Seorang anak perempuannya yang menuntut di London dikatakan menerima dan mengamalkan feseyen bertudung, menutup aurat. Kejadian inilah menyebabkan Zainuddin terasa tercabar dan terus berdendam untuk melawannya.

Beliau yang mahu menjadi Kamal Alttartuk kedua di negara ini ingin menghalang umat Islam dari negara ini terus dalam keadaan primitif – menutup aurat seperti mana fahamannya itu. Tetapi apabila beliau dilawan oleh anaknya sendiri dan beliau kalah inilah menyebabkan beliau berang dan menjadi beruang.

Beliau beranggapan perubahan sikap dan watak anaknya yang belajar di London itu disebabkan oleh pengaruh gerakan Islam seperti Abim, Arqam dan Pas. Itulah sebabnya beliau menjadi berdendam dengan gerakan Islam itu kerana ianya berjaya melindungi anaknya dari dosa!

Dan kepada penulis sendiri (semasa di kedai Durba Taman Melawati) beliau pernah menyebut betapa bencinya beliau kepada Pas atau gerakan Islam yang disifat primitif dan otordoks itu. Menurutnya Islam seperti inilah yang merosakakn akiqah dan kemajuan Islam. Demikianlah beku dan jumudnya pemikiran Zainuddin Maidin.

Cerdik tidak boleh ditumpang, bodoh tidak boleh diajar.

Sebenarnya secara peribadi saya tidak peduli kepada pegangan dan keyakinan beliau itu. Aliran dan mazhab Zainuddin itu dia punya fasal. Itu adalah hak mutlaknya yang mungkin terkecuali daripada tanggungjawab orang lain sebagai sesama Islam. Tetapi apa yang menjadikan saya naik syeikh menulis mengenainya ialah kerana sikap ego dan sikap cerdik tidak boleh tumpang dan bodoh tidak boleh ajarnya yang diamalkan olehnya itu.

Bagaimana pun saya kena mengakui di dalam menyentuh Zainuddin ini saya tersilap. Saya ingat dia seorang yang ego saja, tetapi rupanya dia juga seorang yang kurang cerdik. Ingatkan kita mahu menumpang intelektual yang dimilikinya, namun rupa-rupa sangkaan saya itu meleset.

Saya kira dia cerdik dan bijak, kerana tidak mempunyai jawatan dalam Umno pun dilantik menjadi menteri kerana ingin pakai kebolehannya. Rupa-ruapanya ia tidak betul. Perlantikan Zainuddin mengganti Kadir itu bukan kerana dia seorang inteletk tetapi kerana yang melantiknya juga tidak berapa cerdik.

Bak kata Tan Sri P Ramlee, dah kena dah, pencuri menipu penyamun!

Akhirnya usaha untuk mengubah dan menyedarkan Zainuddin daripada persepktif silap mengenai Islam serta membuang ego dan sikap muka tebalnya itu sesutau kerja yang sia-sia saja. Ia tidak akan terlaksana seperti mana Allah menyebutkan hal ini terhadap orang yang kafir di dalam surah Al-Baqarah, ayat 10, yang bermaksud; Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereks seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”

Saturday, June 9, 2007

Eksklusif

Konspirasi Zainuddin Untuk Melanun di RTM?

MASIH ingatkan kita kepada kisah ular lidi menelan naga yang menjadi gempar tahun lalu, iaitu Rangkaian Nasional (RN) RTM yang telah dikorban dan dilupuskan serta diganti dengan Klasik FM. Banyak tanda tanya dan persoalan di sebalik tindakan itu yang masih belum terungkai tentang kelogikannya.

Mungkin sebelum ini orang tidak faham kenapa Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin beriya mahukan Klasik FM yang hanya berkeudara di Lembah Kelang menyiarkan lagu-lagu tahun 60-an, 70-an dan 80-an dan pantun meluaskan sayapnya ke seluruh negara. Mungkin orang yang tidak tahu dan kenal tahi Zainuddin sebagai manusia baik akan menerima hujah dan alasannya itu.

Langkah itu juga dianggap sebagai pelik dan aneh kerana RN sudah ada yang bergema di seluruh negara sejak 61 tahun yang bertindak menjadi penyalur dan penyampai maklumat Kerajaan kepada rakyat. Bakti rangkaian itu dalam membantu pembangunan negara bukan kecil dan sedikit. (Mungkin kerana Zainuddin asyik mendengar radio Tamel menyebabkan beliau tidak tahu jasa rangkaian itu).

Perubahan polisi dan langkah RTM itu mendapat tentangan hangat di kalangan kakitangan RTM. Bekas pekerja RTM daripada juruteknik sampailah kepada bekas Pengarahnya dan pengasasnya yang mempunyai sentimental value terhadap rangkaian itu sangat kesal atas tindakan Menteri berkenaan.

Tidak kenang jasa orang

Mereka beranggapan Menteri Penerangan itu tidak mengambil kira mengenai sejarah dan tidak menghargai jasa orang yang terdahulu yang banyak berjasa dan berbakti kepada negara menerusi industri penyiaran itu. Pertukaran itu juga dilihat sebagai satu tindakan gopoh Zainuddin yang cuba mencari nama cepat di dalam kementerian berkenaan untuk meletakkan iconnya di situ.

Tindakan dan idea murah itu menggambarkan akan ketandusan dan kedangkalan (carit otak) akal Zainuddin Maidin. Ternyata agenda meremajakan RTM (Klasik FM) itu tidak berhasil bila mana kedudukan (rating) Klasik FM berbanding dengan siaran radio lain jauh ke belakang. Langkah Zainuddin itu seperti tikus membaiki labu.

Bak kata pepatah busung kalau sudah membesar ia akan pecah dan akan mengeluarkan bau busuk! Minggu lepas segala kegemparan perisitwa ganjil; ular lidi menelan naga itu terjawab apabila Zainuddin mengumumkan Bernama akan mengendalikan satu siaran radio baru mulai Ogos hadapan.

Radio baru itu akan menumpukan kepada menyampaikan info kepada pendengar di Lembah Klang. Sekali lagi idea itu dikira primitf dan cuba mengasimilasikan penduduk di luar bandar. Apakah maklumat atau info hanya diperlukan oleh penduduk Lembah Klang saja sedangkan penduduk luar bandar tidak memerlukannya?

Tuduhan tidak profesional

Zainuddin memberi alasan pengenalan rangakaian itu yang akan berfungsi sebagai setesen berita telah menghalalkan tindaknnya itu dengan tuduhan laporan berita di RTM yang disediakan oleh Unit Berita selama ini tidak profesional. Entahlah dari kaca mata apa yang digunakan pakai untuk memperlecehkan Unit Berita RTM sebagai tidak profesional.

Sekali lagi kenyataan itu menyakiti hati kakitangan unit itu dan Zainuddin sedikitpun tidak menghormati profesional orang lain serta tidak tahu mengenang jasa dan sumbangan unit itu kepada pembangunan negara sejak 60 tahun lalu.

Kalau benar unit berita tidak profesional kenapa tidak latih mereka. Gunakan agensi Bernama untuk melatih mereka setinggi yang boleh. Bukankah belanjanya lebih murah dan tidak membazi banyak wang rakyat kalau unit itu dilatih tanpa mengubahkan fungsi dan peranan mereka. Selepas ini ke manakah pula unit berita itu hendak diletakkan kerana tugasnya sudah dirampas oleh radio baru berkenaan.

Segala alasan yang diberikan itu tidak logik dan nampaknya ia sengaja direka-reka bagi menghalalkan sesuatu yang tersirat. Apakah ada motif lain di sebalik pengenalan radio (Bernama) itu?

Frekuensi yang bakal digunakan oleh radio itu kelak ialah frekuensi 93.9 yang pernah digunakan oleh RN. Frekuensi itu kosong - tidak dipakai apabila Klasik FM telah mengambil alih tempatnya. Jadi kekosongan ituah yang dirancang bagaimana untuk dimanfaatkan.

Mungkin juga segala ini sudah dirancang awal-awal lagi dengan tujuan untuk menggunakan frekuensi itu kelak.

Melihat kepada beberapa tindak tanduk dan kegopohan Zainuddin serta cara beliau membuat keputusannya itu menimbulkan beberapa tanda tanya. Perbincangan untuk mewujudkan radio itu secara tertutup hanya dengan pihak Bernama, menjadikan ia makin penuh bertanda tanya.

Pegawai atau eksekutif di RTM tidak pernah dipanggil ataupun diajak berunding. Segala perbincangan dan perundingan hanya dibuat antara beliau dengan Pengurus Besar Bernama, Azman Ujang saja. Semuanya secara tertutup. Para pegawai eksekutif di RTM tidak pernah dipanggil.

Ada pakatan.

Kelakuan ini menjadikan tanda tanya dan timbul tanggapan bahawa semacam ada pakatan untuk menubuhkan radio berkenaan yang dimulakan dengan menggantikan peranan RN itu dengan Klasik FM kerana sesuatu untuk kepentingan diri.

Bukan payah untuk mengetahui ke mana hujung jatuh mengenai projek ini. Apabila radio itu wujud sudah tentu ia akan merupakan radio yang canggih kerana peralatannya moden dan canggih. Khabarnya radio itu akan beroperasi di bangunan Bernama. Ini sudah tentu peralatan moden dan canggih akan digunakan kerana ia beroperasi di tempat baru tentunya memerlukan perkakasan yang serba baru.

Apabila kesemuanya selesai, beres, Zainuddin akan mereka pula sebab dan alasan untuk membolehkan radio itu dijual. Tentulah penjualan itu nanti akan diberi keutamaan kepada para pekerjanya. Dalam hal ini orang macam Pengurus Bernama, Azman Ujang yang terlibat dalam pewujudannya tentulah akan ditawar untuk membelinya.

Kalaulah ini akan berlaku, tidak sukar untuk kita menyelami rahsia disebalik idea Zainuddin Maidin itu. Apabila beliau bersara nanti tentulah beliau akan dilantik menjadi Presiden atau CEO Radio berkenaan ataupun akan ditawarkan saham kepadanya. Jadi mungkin apa yang berlaku selepas ini adalah proxynya.

Keadaan ini tidak aneh dan asing. Ia pernah berlaku dalam beberapa syarikat milik Kerajaan sebelum ini. Beberapa syarikat Perbadanan Kerajaan diubah, dirombak dan disuntik modal atas alasan untuk berdaya maju. Akhirnya apa jadi syarikat berkenaan dijual, kebanyakan pembelinya ialah orang mengemukakan cadangan untuk memajukan syarikat tadi.

Jadi tidak mustahil taktik yang sama digunakan dalam hal ini. Radio Bernama itu diwujudkan sebagai persediaan untuk masa depan Zainuddin Maidin dan orang-orang tertentu.

Adalah elok kalau pihak BPR memantau perkara ini sebelum terlambat. Kita tidak mahu khazanah dan harta negara dan rakyat dilanun begitu saja. Perdana Menteri, Abdullah Ahamd Badawi mungkin tidak boleh diharap untuk menyemak dan memantaunya lagi kerana sekarang ini sibuk dengan agenda untuk memperagakan isteri barunya kepada rakyat di seluruh negara.

Begitu juga dengan timbalan Menteri Penerangan Zahid Hamid tidak boleh melakukan apa-apa kerja tidak memilik apa-apa kuasa!


Friday, June 8, 2007

Kabinet Pas Pusat

Perlu Tokoh Sesuai dan Mampu Bekerja.

Esok (9 Jun 2007) dijangka Jawatankuasa Agung Pas sessi 2007-2009 akan bersidang buat pertama kali. Mesyurat itu dijangka akan menumpukan kepada penyusunan dan pengemasan (restructure) kabinet parti berkenaan sesuai dengan semangat dan keputusan yang dicapai dalam muktamar parti baru-baru ini.

Penyusunan itu harus dibuat penuh berhemah dan berstrategi dengan meletakkan orang yang benar-benar layak dan sesuai dengan amanah yang diberikan kepadanya. Janganlah pemilihan itu dibuat berdasarkan selain daripada merit yang sepatutnya.

Kesilapan didalam membuat penyusunan itu ia memberi kesan kepada Pas. Apa lagi dalam tempoh setahun ini pilihan raya umum akan tiba. Penyusunan kabinet itu hendaklah sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya ke-12..

Makanya orang-orang yang dipilih atau dilantik memenuhi kabinet itu boleh dan mampu membawa kemajuan (islah) kepada Pas tanpa melupai aspirasi dan mesej yang dilontarkan oleh muktamar baru-baru ini.

Dalam penyusunan kabinet sebelum ini (sessi 2005-2007) semacam ada sedikit kelompangan dan ketidaktepatan dalam melantik orang-orang tertentu. Pemilihan dibuat bukan berdasarkan kemampuan, pengalaman dan juga semangat tetapi lebih kepada untuk tidak menyakiti hati orang-orang tertentu serta untuk bereksperimental.

Rasanya sikap dan pendirian seperti ini tidak perlu diamalkan sekiranya Pas mahukan parit itu membuat lonjakan dalam pilihan raya akan datang.

Di peringkat Pas Pusat sekurangan-kurang ada empat post penting perlu dirombak ataupun memerlukan perlantikan baru selepas setiap kali selesai muktamar melibatkan pemilihan. Jawatan itu ialah Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Bendahari dan Pengarah Pilihan Raya Pas.

Inilah jawatan-jawatan yang dikira nadi penggerak utama kepada mana-mana badan siasah. Sekiranya penjawat jawatan ini lemah, bersikap sambil lewa, tidak mempunyai idea, lambat dan gagal untuk membuat keputusan cepat maka parti juga akan turut layu dan lemah. Parti tidak akan bergerak maju dan progeresif dan tetap berada ditakuk lama.

Setiausaha Agung pada masa ini dipegang oleh Kamaruddin Jaaffar, ahli parlimen Tumpat. Beliau mula menjawat jawatan ini tahun 2005 setelah Nasharuddin Mat Isa meninggalkan jawatan itu kerana bertanding Naib Presiden.

Kamaruddin Jaaffar merupakan muka baru di dalam Pas. Beliau menyertai Pas selepas timbul isu Anwar Ibrahim 1998. Khabarnya kemasukan beliau di dalam Pas itu juga kerana arahan Anwar Ibrahim. Sebelum ini beliau adalah ahli Umno dan pernah bertanding menentang calon Pas di Tumpat, tetapi kalah.

Kamaruddin menjadi ahli Parlimen Tumpat setelah bertanding atas tikit Pas pada tahun 1999.

Adalah diyakni perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung dilihat kepada dua sebab, pertama kerana pengalaman beliau yang pernah menjadi Setiausaha Agung ABIM dan kedua kerana beliau seorang korporat.

Saya cukup yakin kalau bukan kerana dua track rekod itu, Kamaruddin tidak akan dilantik ataupun berkelayakan menjadi Setiausaha Agung Pas. Sebab bukan sedikit juga terdengar suara bawahan yang mempertikaikan kelayakan dan kesesuaiannya itu.

Setelah menjadi Setiasuasaha Agung Pas selama satu penggal ia telah menguji sejauh mana kemampuan bekas Setiausaha Politik, Tun Ghafar Baba (Allahyarhman) itu dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai setiausaha yang bertindak menjadi penghubung dengan dunia luar dan penggerak ibu pejabat agung.

Dalam tempoh itu tidak banyak rekod yang dicatat oleh Kamaruddin. Malahan beliau dilihat masih meneruskan kerja-kerja lama Pas yang ditinggalkan oleh Nasharuddin Mat Isa. Apa lagi kalau dibanding dengan Hassan Shukeri semasa menjadi Setiausaha Agung dulu, ternyata Hassan lebih perform walaupun ustaz ini bersifiran konservetif

Kemampuan Pas untuk menambah keahlian dalam kadar kira-kira 1,000 sebulan adalah terlalu kecil berbanding dengan apa yang diwar-warkan kononnya Pas semakin mendapat sambutan. Kegagalan ini secara tidak langsung mencerminkan kelemahan Setiausaha Agung dalam melaksanaan tugas dan amanahnya.

Elok berhenti

Justeru adalah elok kalau Kamaruddin dihentikan dan mungkin itu juga amat disukainya kerana beliau dikatakan mempunyai masalah peribadi menyebabkan sukar untuk beliau memberi tumpuan kepada ibu pejabat dan ke atas satu lagi tugasnya selaku Pengarah Urusan Harakah yang memelerukan tumpuan sepenuh masa olehnya.

Salah seorang yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk menggantikan Kamaruddin ialah sdr Mujahid Yusuf Rawa. Kebetulan beliau juga seorang yang berpengetahuan luas, mempunyai pemikiran yang moderate, muda serta memiliki ilmu siasah, perhubungan awam dan agama yang luas dan mantap.

Selain jawatan Setiasuaha Agung, jawatan Ketua Penerangan juga perlu ditukar. Sesuai dengan keadaan sekarang di mana ketuanya Ahmad Awang sudah berganjak menjadi Naib Presiden, elok kalau jawatan itu dipenuhi oleh orang lain.

Dalam hal ini mungkin bekas Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar sesuai untuk memenuhi jawatan berkenaan. Kebetulan juga beliau sebelum ini adalah Pengarah Penerangan Pas, jadi kerja-kerja penerangan, saraf dan sebagainya sudah diketahuinya dan ini menyenangkan untuk beliau menggerakan jabatan penerangan atau komunikasi.

Jawatan Bendahari Agung rasanya tidak perlu ditukar dan dirubah. Dr Mohd Hatta Ramli yang diamanahkan menjaga kantung dan mengawal perbelanjaan parti dapat berfungsi dengan sempurna. Bukan itu saja beliau juga nampaknya ada idea dan mempunyai kreativiti bagimana hendak memenuhi tabung Pas.

Lagipun Pas kini sedang berhadapan dengan masalah baru iaitu untuk mencari wang bagi menyelenggarakan bangunan ibu pejabat baru Pas, maka eloklah kalau tugasannya itu tidak diganggu. Beban yang terpikul di bahu Hatta bukan saja itu tetapi dia juga perlu memerahkan otak dan keringatnya bagaimana untuk mendapatkan wang bagi memulakan projek pembinaan kompleks Pas yang sedang dalam perancangan.

Menopause idea

Satu lagi jawatan yang patut difikirkan dan diberi perhatian dalam penyusunan itu ialah Pengarah Pilihan Raya Pas. Jawatan ini dikira paling penting. Pemegang jawatan berkenaan kini Mustafa Ali dirasakan sudah 'menopause idea' dalam berhadapan dengan tribulasi pilihan raya yang dicipta oleh SPR.

Mungkin kerana sudah terlalu usang menyebabkan ideanya sudah kering maka tidak banyak formula atau pendekatan baru bagi mengatasi berbagai masalah bersabit pilihan raya sedangkan kerenah itu makin mencabar.

Tidak ada pendekatan baru yang diperkenalkan bagaimana untuk Pas mendepani berbagai bentuk penipuan yang berlaku dalam pilihan raya menyebabkan Pas sering kali kalah kerana penipuan. Pendekatan yang diguna Mustafa dengan berunding dengan SPR dikira bukan satu tindakan yang tuntas dan memberi keuntungan kepada Pas dan menyelesaikan masalah. Satu-satu kesalahan besar Mustafa dalam hal ini ialah membatalkan perhimpunan untuk memprotes SPR selepas pilihan raya umum 2004.

Kedudukan Mustafa di tempat kini dilihat bukan untuk kemenangan Pas sebaliknya bagi mengekalkan dirinya dalam arus perdana parti itu saja. Atas rasa hormat kepadanya sebagai tokoh veteran, menyebabkan tidak ada yang bernai untuk membuka mulut mencadangkan agar tempatnya itu ditukar dengan tokoh lain yang lebih dinamik sedangkan beliau sendiri tetap merasakan masih relevan.

Dalam hal ini apa yang kena ingat ialah parti bukan milik peribadi atau sesuatu puak dan negeri saja. Pas adalah milik semua mereka yang percaya perjuangan Islam boleh dilaksanakan dan dilestarikan menerusi Pas. Jadi perasaan Pas aku yang punya hendak dilempar jauh dari lubuk hati!

Bapa Lanun Kibar Bendera

Gelagat Orang Berfikiran Kelas Pertama (Bhg Kedua)

TENTU ramai yang tertanya-tanya kenapa saya pakai tajuk siri ini “Bapa Lanun Kibar Bendera”. Kenapa teruk sangat sudah tak ada tajuk lain atau bahasa yang lebih lunak? Dan tentu ada yang kata saya sudah melampau dan tidak tahu menghormati menteri kabinet Islam Hadhari.

Jarang saya menulis sekasar ini. Sebelum ini kalau nak marah pun saya tidak terbawa kepada masalah personal yang melampau. Tetapi dalam menghadapi isu ini – berhadapan dengan Mamak Bedong, Kedah ini saya rasa perlu ayat dan memilih perkataan demikian.

Sewajarnya orang yang bongkok, sombong dan ego melampau dilawan dengan sikap kurang ajar juga.

Si Kutty Bedong, Zainuddin Maidin ini dia rasakan dia seorang saja berani dan cerdik di Malaysia ini. Dia terpasaan dialah seorang wartawan dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu yang hebat berfikiran kelas lima (five star). Susah juga kalau berhadapan dengan orang bersikap lupa diri dan riak atau kadok naik junjung seperti Menteri Penerangan ini.

Bagi Mamak Bedong ini orang lain semua tidak berguna! Hampas dan berfikiran rendah. Hanya dia seorang saja yang mempunyai daya intelektual yang tinggi, kelas super power. Sebab beperasaan begitulah dia suka memperlekeh dan memperlecehkan sesiapa saja. Hatta kadang membeli kerja orang lain yang tidak ada kena mengena dengannya.

Tenguk mukanya saja sudah cukup menjelaskan apa yang ada dalam urat sarat dan tali perutnya.

Dari segi perjuangan dan karier beliau sebagai seorang wartawan memang saya salut. Dia memang hebat! Betapa tidak dari asalnya seorang budak pejabat, tukang pikul dan ikat bandle surat khabar di Alor Star kemudian menjadi stringer – pemberita sambilan. Dari itu dia naik melonjak menjadi wartawan dan seterusnya menjadi Ketua Pengarang Utusan. Jarang kejayaan ini dicapai oleh anak Mamak sepertinya, ini rekod.

Hebat! Seorang budak pejabat yang tidak memilik kelulusan formal, hanya lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) akhirnya menjadi CEO kepada sebuah syarikat surat khabar yang menjadi penjilat buntut para pemimpin Umno nombor wahid.

Jika meneliti rekod itu tentu timbul tanda tanya bagaimana Zainuddin dapat menangga begitu tinggi sekali. Banyak wartawan lain yang lebih senior daripadanya terkebelakang. Kenaikan Zainuddin dalam Utusan ini sesuatu yang luar biasa, dan sejarah serta liku-likunya sudah pun diketahui umum. Jadi tidak payahlah saya membelek semula sejarah Mamak Bedong ini.

Kejayaan beliau semuanya kerana ampu dan bodek melampau. Begitu juga dalam dunia politik. Apa yang diterimanya hari ini semuanya kerana bodek dan ampu serta penjilatan dubur yang hebat oleh Zainuddin. Apakah perbuatan ampu dan bodek itu termasuk dalam ketogeri sebagai pemimpin berfikiran tinggi?

Orang Umno pun pening dan hairan dengan pencapaian Zainuddi Maidin ini. Ada yang berjuang berpuluh tahun habis harta benda, sampai ditahan dalam penjara pun tidak mendapat kedudukan seistimewa Mamak Bedong ini.

Setengah timbalan menteri duk tercatuk di jawatan itu berbelas tahun tak naik pun jadi menteri. Zainal Abidin Zain, kepala sudah habis beruban masih juga duk ditangga timbalan menteri. Zahid Hamid, bekas ketua pemuda Umno sanggup 'mufarakah' daripada medah perjuangan reformasi Anwar Ibrahim juga masih duk di tangga timbalan menteri.

Zainuddin Maidin senang dan mudah saja menggapai kedudukan. Mula dilantik menjadi senator, lepas timbalan menteri kemudian terus menjadi menteri. Apakah keramat dan rahsia bodekannya. Masa Mahathir setakat jadi timbalan menteri, bila Abdullah jadi PM terus diangkat menjadi menteri.

Bintang cerah beliau tidak perlu dipertikaikan. Itu untung baik dan untung jahat seseorang. Tetapi bila beliau bukan merupakan pejuang parti, sang setia parti dan memegang apa-apa jawatan dalam parti tiba-tiba lompat ke atas, ia dikira sesuatu yang tidak adil.

Kerana itu kedudukan Zainuddin itu dipertikaikan ramai orang dalam Umno. Semasa beliuau jadi timbalan menteri si Mamak Bedong ini tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Bukan saja sebagai ahli jawatankuasa bahagian, jadi ketua cawangan pun tidak. Orang juga tahu dari mulutnya yang dia tidak minat politik. Kononnya saya lebih gembira dan bangga menjadi wartawan daripada ahli politik.

Sehari dua ini saja baru jadi ketua Umno bahagian Merbok. Bagaimana dia dapat jawatan itu tidak tahulah macam mana puter belitnya!

Bagi saya soal ada jawatan atau tidak dalam parti untuk dilantik menjadi menteri tidak menjadi masalah. Jawatan adalah landasan dan keperluan dari segi justifikasi maya politik saja. Yang penting ialah kebolehan dan kemampuan seseorang itu untuk memikul tanggungjawab dan tugas itu.

Dalam hal ini apakah diambil kira mengenai pengalaman dan kemampuan Zainuddin Maidin ini? Apakah pengalaman baik mengenai hal ehwal pengurusan negara maupun seluk belut politik. Selalunya seorang menteri adalah orang yang mursyid dalam politik sedangkan si Mamak Bedong ini bukan orang politik!

Sekali lagi jika hendak dibandingkan dari segi kelayakan dan sesuai untuk menduduki tempat mamak ini ialah Zahid Hamidi ataupun Muhammad Taib. Zahid pernah pun menjadi timbalan menteri maka wajar diangkat duduk di situ. Begitu juga dengan Mat Taib pernah menjadi MB Selangor.

Mungkin disebabkan kekurangan dan kelemahan inilah maka timbul masalah di Kementerian Penerangan pada masa ini. Kerana tandus ilmu politik itulah maka hubungan beliau dengan publik sangat buruk dan huduh.

Abdullah mungkin perlu menilai semula prestasi Zainuddin Maidin ini. Tidak ada apa yang boleh dipergunakan daripada beliau ini. Kalau Abdullah obses mengenai Islam Hadhari, mengenai syariah Islam, kehadiran mamak ini telah menjejaskan wibawa kerajaan Abdullah.

Tergelecah aqidah

Kenyataan-kenyataan Mamak Bedong ini mengenai agama amat teruk sekali. Beluau bukan saja setakat anti wanita pakai tudung, tetapi ada sesetengah kenyataan menggambarkan kejahilan beliau mengenai agama dan ada yang boleh membuatkan beliau tergelecah daripada akiqah Islam.

Pernah di dalam parlimen mamak ini berkata, kerja kempen memperkenalkan Malaysia lebih penting daripada sembahayang! Ini menunjukkan kesesatan pemikiran Zainuddin yang berlandaskan kepada logik semata-mata. Pemikiran seperti ini ada iras-iras pemikiran komunis yang beranggapan semabahyang itu merugikan!.

Jadi inilah orang yang diletakkan menjadi sendi kabinet Islam Hadhari selaku menteri penerangan. Ini rupa orang yang diharap akan mempromiskan Islam Hadhari yang dipelopori oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Apakah kerana Zainuddin kuat membodek, maka Abdullah lantik dia. Kalau begitu jelas, kabinet Abdullah bukan diukur kerana kualiti dan pengalaman, tetapi kepada tenaga bodek. Sapa yang kuat bodek, maka dia boleh dipilih jadi menteri. Biarlah orang itu berfikiran sempit, sombong dan rosak pandangannya mengenai agama asalkan dia boleh bodek maka dia layak untuk menjadi para wazir kepada kerajaan Islam Hadhari.

Tulis ini tersasau agak jauh daripada persoalan asal iaitu untuk menjelaskan kenapa tajuk siri ini dinamanakan “Bapa Lanun Kibar Bendera”.

Semuanya bermula pagi semalan (7 Jun 2007) semasa menanti kepulangan para wira pendaki Everest. Dalam ucapan merai rombongan itu Zainuddin telah mengatakan hari ini Lanun sudah berjaya naik ke Everest. Beliau memilih perumpamaan itu untuk cuba menunjukkan megenai kemampuan bangsa Melayu yang dipelecehkan oleh penjajah sebagai lanun.

Bagainya, kejayaan keenam orang itu membuktikan kejayaan Melayu. Bahawa Melayu yang dianggap sebagai Lanun hari ini sudah maju dan sudah pun mampu mencatat sejarah dunia. Mungkin tidak jadi masalah dia menggunakan perkatana itu, gunalah. Lanun, Lanunlah... asalkan berjaya.

Saya pun faham mengenai hal ini dan tidak buta sastera. Tahu akan sindiran dan juga mengenai “fungsi” dan konteks perkataan Lanun itu digunakan oleh Zainuddin Maidin itu.

Tetapi kenapa saya namankan ianya Bapa Lanun Kibar Bendera, kerana selepas majlis itu ketika terserempak dengan saya (yang memang menantinya), selepas dia jeling saya jeling dan saya menghulur tangan untuk bersalam dengannya, tidak semena-mena dan penuh emosi beliau sekali lagi menghemburkan kata-kata: “rendahnya pemikiran,” katanya sambil merujuk kepada apa yang saya tulis dalam Siasah.

Saya terima dan buat lembu kenyanag. Sambil tidak melepas tangannya saya meminta agar beliau membuat sedikit penjelasan berhubung apa yang dihemburkan dalam ucapan tadi. Saya mahu tanya siapa orang yang bermain politik dengan sukan, - cuma mengambil kesempatan atas kejayaan pendaki itu sebab saya tidak puas hati kerana dia sudah putar isu.

Tetapi dia tidak peduli dan terus berjalan tidak mahu melayani perminatan saya. Apabila dia terus berjalan saat ini saya memanggilnya; “Hai Bapa Lanun, Bapa Lanun... mengharap dia berhenti tapi dia buat sadin dan terus berjalan ke keretanya.

Adapun mengenai bendera, kenapa dia kibar bendera, ialah kerana di atas pentas beliau mengibar-ngibar bendera Malaysia. Cara dia kibar bendera, tidak tampak bersemangat petriotik dan tidak ubah macam bocah Tadika saja, maka saya menggabungkan, panggilan itu “Bapa Lanun”, dengan perbuatannya “Kibar Bendera”. Maka jadilan Bapa Lanun Kibar Bendera!

Bersambung.

Thursday, June 7, 2007

Kisah: Bapa Lanun Kibar Bendera

Siapa Sebenarnya Bermian Politik di Sebalik Merdeka de' Everest?
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jam: Sekitar 9.30 – 11 pagi.
Tarikh: 7 Jun 2007.

MSO

TIDAK semena-mena Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin menjadi iseng dan emosi ketika berucap pada majlis sambutan meraikan kepulangan wira-wira Everest negara pagi ini (7 Jun 2007). Hujan tidak ribut pun tidak, tiba-tiba Zainuddin jadi naik minyak macam kuda jantan tak bertemu bertina bertahun-tahun.

Dengan muka cengeh dan huduh beliau menuduh ada pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan kejayaan enam pendaki Everest. Tanpa berani menyebut siapakah pihak tertentu itu, beliau terus memainkan lidah dalam mulut, seakan takut kepada bayangan sendiri dan merasa bersalah atas beberapa kesilapan yang beliau lakukan dalam melayani rombongan eksepedisi berkenaan.

Tidak cukup menghembur tidak tentu pasal semasa berucap beliau mengulangi pula semasa memberi kenyataan akhbar kepada wartawan. Katanya golongan berkenaan sudah terdesak sehinggakan sanggup memperalatkan sukan untuk kepentingan politik?

Katanya puak itu sanggup datang ke airport pagi-pagi lagi untuk mengambil kesempatan atas kepulangan para pendaki itu. Beliau menyifatkan puak ini sudah terdesak.

Zainuddin sedarkah apa yang beliau ucapkan itu atau pun dia sudah terkena sampuk dek batuk clombus yang seperti mana dihidapi Khalid Yunus. Siapakah puak-puak yang beliau maksudkan itu? Apakah kerana beliau dan Azalina datang lewat, maka beliau marah kepada orang yang datang awal.

Kesilapan awal yang tidak patut dan menunjukkan bahawa Zainuddind dan Azalina tidak mengambil berat kepada kepulangan pendaki ialah apabila beliau tiba kira-kira jam 9.10 pagi, sedangkan pendaki sudah lama sampai dan melepak di airport. Rombongan sampai jam 6.45 pagi.

Jangan cari kambing hitam

Jadi kalau kita lambat, janganlah nak salahkan orang. Nak tunding orang itu salah orang ini tidak betul dan hanya kita yang maksum dan sempurna.Jangan cuba mencari kambing hitam atas kelemahan, kesalahan dan ketololan kita.

Sesiapa pun yang berada di airport pagi tadi tidak ternampak sekeping pun bendera Pas, Keadilan atau DAP. Tidak tahulah kalau mata Zainuddin nampak bendera Malayisa atau bendera Terengganu itu sebagai bendera PAS, Keadilan atau DAP. Sebab manusia bila sudah dipengaruhi nasfu dan emosi, dia tidak nampak apa, kucing pun boleh bertukar menjadi gajah. Sebab itulah orang macam Zainuddin akan lari lintang pukang tanpa tentu pasal.

Kehadiran pagi tadi tidak sampai 200, kalau termasuk saya dan dua rakan, jadilah 193 orang. Kalau dicampur dengan Datuk Rahman Bakar yang datang lewat jadilah 194 orang termasuk enam kanak-kanak. Yang hadir tidak ada sesiapa melainkan beberapa orang mahasiswa UITM yang datang untuk menyambut kepulangan rakan-rakan mereka baik sebagai pendaki atau pun team research. Selepas itu kakitangan RTM. Ada dua tiga orang budak-budak DBKL yang datang nak sambut kawan mereka yang juga berjaya sampai ke puncak.

Selebihnya ialah ibubapa, adik beradik dan sanak saudara para pendaki. Mereka datang kerana bangga dan rindu kepada anak-anak mereka masing-masing. Mereka semua tidak tahu orang luar yang dikatakan datang awal-awal lagi seperti mana dimaksudkan oleh Zainuddin Maidin itu.

Ternyata Zainuddin mendapat maklumat salah dalam soal ini. Beliau membuat tuduhan itu pakai ikut sedap saja tanpa usul periksa. Mungkin pegawai yang memberi tahu tidak kenal ibubapa pendaki dan waris pendaki dan menganggap mereka adalah orang luar yang hendak ambil ambil kesempatan (dalam soal ini pembangkang) seperti mana dimaksudkan oleh Zainuddin. Kenapa mereka tidak kenal sebab mereka tidak peduli kepada kaum keluarga pendaki. Khabarnya semasa pendaki hendak berangkat dulu tidak ada siapa yang hantar melainkan keluarga masing-masing.

Kenapa tohor sangat pemikiran pegawai-pegawai berkenaan. Kalau ya nak bodek menteri pun biarlah munasabah sedikit. Biar tersaul dek akal, kata orang biar pro sikit.

Inilah kalau orang kata RTM tidak bermutu berbanding dengan TV3 marah. Kata laporan tidak tepat dan sengaja nak burukkan RTM dan macam-macam. Padahal diri kita yang tidak bermutu, tidak kreatif. Kalau kita tidak pandai menari jangan marahkan bumi yang tidak sama rata.

Menjadi kecuh.

Macam mana boleh jadi menteri kalau buat keputusan ikut perasaan, tanpa kaji selidik. Mungkin sebab itulah, keputusan dan tindakan menjadikan Klasik FM sebagai rangkaian nasional oleh Zainuddin Maidin menjadi kecoh. Gara-gara tindakan yang tidak profesional itu, yang disifatkan sebagai mundur ke belakang hampir 90% kakitangan RTM benci dan bosankan Zainuddin Maidin.

Tidak cukup dengan menunjukkan lagak konon akulah yang perfect, Zainuddin juga turut membeli kerja orang pada majlis itu. Tidak semena-mena pula beliau menjadi pembela kepada Menteri Belia dan Sukan, Azalina Said, dengan menafikan Azalina ke Nepal bukan untuk berbelanja membeli batu, tetapi kerana semata-mata nak meraikan pendaki. Ewah...ewah....

Kenapa timbulkan soal Azalina membeli batu di Nepal itu? Ia tidak ada kena mengena dalam konteks ini dengan Zainuddin bin Maidin. Tidakkah apabila ditimbulkan perkara itu menyebabkan ia mula menjadi isu. Nanti lenguh kan Azalina nak menjawabnya. Baik orang tidak tahu, menjadi tahu. Bahaya kalau cuba menebuk guni yang penuh beras dengan paku....

Zainuddin melemparkan tuduhan kononnya pembangkang telah mengedar risalah dan menulis di dalam akhbar nyamuk mengenai Azalina itu. Kenapa tidak berterus terang sahaja? Kenapa penakut dan pengecut. Sebut saja siapa yang menuduh Azalina berbelanja membeli batu di Nepal itu.

Saya ingatkan dalam hal ini Zainuddin jangan cuba menunding jari kepada mana-mana pihak. Apa yang ditulis dalam SIASAH saya bertanggungjawab sepenuhnya.

Kita faham kenapa Zainuddin beriya membela Azalina. Pertama kerana Azalina menteri, kedua kerana dia wanita, dan ketiga kerana Azalina masih belum ada yang punya. Kalaupun Zainuddin ada hati, tetapi bukan begitu caranya nak menawan hati Azalina! Banyak lagi cari lain, misalnya pergi sendeng motosikal berkuasa besar macam Zaid Hamidi pakai tu...

Sebenarnya akhbar nyamuk yang Zainuddin sebutkan itu ialah SIASAH. Saya ada tulis satu rencana bertajuk “Sukaduka di sebalik Merdeka de’ Everest 2007” di dalam rencana itu saya menceritakan kisah-kisah di sebalik tabir yang tidak diketahui oleh orang Malaysia. Kebetulan saya pergi dan saya tahu dan menyaksi sendiri maka saya tulislah untuk dijadikan iktibar dan diberi perhatian. Ikhlas niat saya biarkan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi juga tahu.

Semua gambar di sana saya rakam termasuklah tahi orang Nepal pun ada saya ambil untuk disaksikan oleh orang seperti Zainuddin Maidin itu. Kalau ada permohonan bertulis akan saya kirimkan gambar tahi sherpa Nepal itu kepada Zainuddin, mungkin boleh dibuat penawar agar tidak jadi terlalu panas baran.

Kenapa Zainuddin nak marah apa yang disebutkan didalam SIASAH itu? Dan anihnya kenapa beliau yang beriya menjadi galang ganti untuk menjawab bagi pihak Azalina. Azalina semasa berucap sedikit pun tidak menyentuh mengenai hal-hal membeli batu Nepal itu. Ketika Azalina berucap saya berada di bawah dagunya. Azalina lebih cool daripada Mamak Bedong itu.

Cuma semasa melihat ketika saya menghampiri pentas untuk merakam gambar lebih hampir dan cantik tentunya, Azalina hanya berkata kepada saya (masih tersenyum tapi dah nampak nak marah); “tak baik you tulis perkara tidak betul mengenai saya, berdosa.” Lepas itu mulut dia mukmamumit sambil mengatakan sesuatu kepada Mamak Bedong.

Apakah sempat didengar Azalina atau tidak semasa saya melangkah turun dari pentas, saya sempat melontarkan kata-kata kepada Azalina: “kalau you tidak beli, you bersumpahlah, dan tambah saya, : “nasib baik dalam tulisan itu saya tidak sebut berapa jumlah dan harga batu yang you beli itu.”

Sepatutnya Azalina menjawab dan membuat penjelasan. Tetapi ini tidak, Zainuddin yang melebih-lebih pula. Apakah halnya maka beliau bertindak lebih sudu dari kuah.

Saya tidak mahu memburukkan keadaan sesuai dengan rayuan Khalid Yunus agar ianya tidak diperpanjangkan. Kalau Azalina tidak membeli batu permata, sudah! Tetapi beliau kena jelas dan bersumpah. Soalnya saya tahu kedai mana, di jalan mana dan batu apa yang Azalina beli. Tuan kedai batu permata itu sudah bercerita dengan saya satu persatu. Azalina beli untuk siapa dan batu apa dan untuk dia batu apa? Sapa-sapa nak nombor telefon kedai batu permata itu saya sedia berikan.

Saya tidak nak dedahkan di dalam blog ini, nanti Azalina marah. Saya takut kalau Azalina marah, tetapi tidak gentar kalau Zainuddin Maidin marah. Azalina marah akan jadi bertambah manis wajahnya ini menyebabkan saya jatuh hati! (Gurau) Kalau Zainuddin marah tak mengapa sebab mukanya akan jadi macam muka kerbau balau. Tetapi kalau Azalina bersedia nak mendengarnya saya akan cerita apa yang saya tahu. Gambar kedai tempat Azalina membeli batu-batu itu pun ada saya ambil.

Zainuddin Maidin tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Nepal. Kalau pun dia tahu mengenai Nepal hanya ada dua perkara saja, gunung Everest setinggi 8,848 meter dan bintang filem bolywood, Manisha Koirala. Itu saja.

Bohong mulut itu bohonglah saya.

Untuk pengetahuan Zainuddin banyak kisah dan cerita sukaduka di Nepal berkaitan eksepedisi itu yang tidak sampai ke Malaysia. Saya tidak akan tahu kisah-kisah itu kalau tidak ada orang yang bercerita dan ada mulut yang berani bercakap kepada saya. Bohong mulut itu maka bohonglah mulut saya!

Bukan itu, saya juga ada mata dan saya saksikan sendiri. Saya ada perasaan saya menilai sendiri. Air mata Zainuddin Maidin dan Azalina tidak menitis di Himalaya, tetapi airmata saya menitis dan bersatu dengan salji di Himalaya. Zainuddin Maidin melihat pendaki dari skren tv sambil makan kacang di sofa imported dari Italy , tetapi saya melihat dengan mata lendir saya sendiri bagaimana rupa dan azabnya ketika mereka turun dari kemuncak menuju ke Nukla.

Begitu juga Azalina tidak tahu banyak apa yang berlaku di Nepal kerana beliau berada di Nepal beberapa hari saja. Beliau tidak tahu banyak apa yang berlaku di Base Camp kerena beliau berada hanya 13 minit 10 saat saja.

Jadi kalau kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, jangan kita nak salahkan orang. Jangan kita nak marah tidak tentu pasal. Jangan nak dengki dan cemburu kepada orang itu dan orang ini yang lebih rela berkorban untuk agama dan bangsa. Kalau kita tidak mampu, kita bakhil kita sombong jangan marahkan orang. Duduk diamlah di rumah dengan anak bini dan kaum keluarga.

Kenapa Zainuddin tidak hantar timbalannya Zaid Hamidi ke Nepal untuk merai pendaki? Anih, kenapa beliau hantar Azalina sebagai mewakilinya! Pelek. Dalam ucapannya ketika menafikan Azalina pergi ke Nepal untuk membeli belah, Zainuddin kata dia hantar Azalina sebagai wakilnya. Bila Azalina menjadi pembantunya pulak? Bukankah timbalannya Zahid Hamidi.

Itulah sebabnya barangkali Zahid melilau bermotorsikal sampai ke Indonesia, sebab Zainuddin tidak beri kerja kepadanya. Inilah parahnya kalau menteri sudah mabuk kuasa dan gilakan kerja, timbalan jadi hilang punca. kerja bertimbun tidak selesai dan asyik nak buruk dan marahkan orang lain...

Bersambung....

Wednesday, June 6, 2007

Semoga Bahagia dan Ceria

Selamat Pengantin Baru
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengakhiri zaman dudanya apabila beliau akan diijabkabulkan dengan Jeanne Abdullah, 53 pada Sabtu (9 Jun 2007) di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya.

Desas desus tentang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne sudah kedengaran lama sebelum ini sehingga ada kalanya menyebabkan PM terpaksa mengelak pertanyaan wartawan mengenai perkara itu.

Abdullah pernah menjanjikan kepada wartawan beliau akan memberi tahu kepada umum secara rasmi jika beliau sudah bersedia untuk membina masjid baru.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini (6 Jun) menjawab segala persoalan itu dan sekaligus Abdullah tidak berdolak dalih mengenai perkahwinannya.

Selamat pengantin baru untuk Abdullah dan Jeanne semoga bahagia dan ceria.

Sunday, June 3, 2007

Analisa Muktamar Pas Ke-53

Kebimbangan Yang Tidak Menjadi Kenyataan.

MSO
Muktamar Agung Pas ke-53 yang berlangsung di Pusat Terbiyah Islamiah Kelantan (Putik) mulai 1 – 3 Jun sudah pun selesai lewat petang tadi. Ini bermakna proses dan amanah dan tanggungjawab ahli-ahli parti itu untuk memilih barisan kepimpinan bagi sessi 20
07-2009 telah selesai dengan selamat dan jayanya.

Kebimbangan atau ramalan kononnya muktamar kali ini bakal berlaku up-set, apabila berlaku perlawanan untuk hampir semua jawatan utama nampaknya tidak menjadi kenyataan dan jauh meleset.

Sepanjang muktamar itu apa yang menjadi tumpuan ialah pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden antara penyandang Nasharuddin Mat Isa dengan Datuk Harun Taib. Kemunculan Harun mencabar Nasharuddin yang dikira tidak wajar itu telah menjadikan muktamar ke – 53 itu lebih menarik untuk diintai oleh orang luar khususnya.

Mulanya bagi Nasharuddin dan penyokongnya merasa bimbang dengan kemunculan Harun secara tiba-tiba itu. Kemunculan Harun itu dilihat tidak ‘tentu fasal’ dikiranya ada membawa agenda tersendiri dan bukan sekadar gurauan untuk menguji pengaruh peribadi beliau setelah ‘berlumut’ berada dalam Dewan Ulama atau sekadar memberi mesej agar Timbalan Presiden itu lebih efektif di masa akan datang.

Dalam perlawanan itu Nasharuddin berjaya mengekalkan kedudukannya dengan mendapat undi sebanyak 574 undi sementara Harun mendapat 367 undi. Jika dilihat kepada majoriti itu, 207, Nasharudin tidak perlu gusar dengan kedudukan dan sokongan terhadapnya. Ternyata beliau masih lagi dipercayai dan disangkutkan harapan oleh ahli-ahli Pas untuk membantu Presiden.

Bagaimana pun Nasharuddin tidak wajar leka dan ‘ralik’ dengan kemenangan itu. Apa yang beliau perlu sedari dan ingat selalu bahawa masih ada kira-kira-kira 367 atau kira-kira lebih 40% orang perwakilan yang yang tidak menyokongnya. Justeru beliau harus berusaha merapat dan menjalinkan semula kemesraaan dengan suara yang menolaknnya itu sebaik mungkin.

Daripada maklumat yang didapati, terdapat tiga buah negeri yang kuat menyokong bekas Ketua Dewan Ulama itu. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sikap perwakilan Kedah kalau tidak menyokong Nasharuddin sepenuhnya tidak menghairankan kerana khabarnya ada arahan langsung oleh pihak tertentu agar tidak berbuat demikian.

Mudah untuk memahami kenapa Kedah dan Selangor tidak menyokong Nasharuddin. Kedua negeri itu ada sentimen tersendiri terhadap Nasharuddin. Hassan Shukeri pernah ditentang Nasharuddin untuk jawatan timbalan presiden, sementara di Kedah pula Azizah Razak dikatakan bermasalah dengan Nasharuddin. Hasaan adalah veteren Pas dari Selangor dan kebanyakan kawasan dipelopori oleh beliau.

Selain daripada negeri-negeri berkenaan, perwakilan Kelantan juga khususnya mereka yang latar belakangnya ulama (Halaqah) diduga telah memberi undi kepada Harun Taib atas rasa bahawa Harun lebih dekat dengan mereka sebagai Ketua Dewan Ulama.

Menyedari wujudnya kempen memburukkan golongan profesional dengan tujuan untuk merendahkan martabat Nasharuddin – golongan profesional, mulanya ia dikira akan berjangkit kepada calon-calon ketogori profesional lain untuk jawatan Naib Presiden.

Dalam hal ini calon yang dikira akan mendapat kesan langsung ialah penyandang Naib Presiden Husam Musa. Walaupun calon lain seperti Muhammad Sabu dan Mahfuz Omar bukan lahir dari rahim ulama, namun mereka dilihat tidak beketerampilan profesional seperti Husam yang mana kadang-kadang kupiah pun tidak dipakai macam Muhammad Sabu.

Sekali lagi kebimbangan itu meleset dan tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Husam kali ini menang dengan penuh bergaya, bukan saja mampu mempertahnkan jawatan yang mula disandang tahun 2005 tetapi muncul sebagai calon yang mendapat undi paling tinggi.

Husam mendapat 821 undi atau kira-kira 87.5% daripada 947 kerta undi yang dikeluarkan. Berlaku lonjakan undi sebanyak 31.6% berbanding dengan undi yang diperolehi tahun 2005 lalu sebanyak 540 undi saja.

Kemampuan dan kepercayaan perwakilan terhadap Exco Kanan Kerajaan Kelantan ini menjelaskan Husam adalah pemimpin pelapis masa hadapan yang penuh sinar dan diberikan harapan!

Persepakatan perwakilan Kelantan.

Kejayaan Husam itu juga memberi jawaban kepada persoalan lain yang sebelum ini memutarkan kepala permerhati. Lonjakan undi Husam itu menjelaskan bahawa para perwakilan Kelantan yang seramai kira-kira 86 orang daripada 14 kawasan tampaknya bersatu dan bersepadu untuk mengundi beliau dan meletakkan beliau sebagai tokoh utama dari Kelantan di peringkat nasional.

Kesepakatan perwakilan Kelantan sesuatu yang patut dihormati dan dipelajari semua pihak. Walaupun ada sesetengah individu yang menjadi perwakilan kurang senang dengan sikap Husam namun mereka telah bersedia melupa titik bengik dan mengutamakan perpaduan parti daripada kepentingan demi menghadpai pilihan raya.

Bukti kesepaduan perwakilan Kelantan itu juga bukan atas undi yang diraihkan Husam, tetapi kemenangan empat daripada lima calon Jawatankuasa Agung Pas dari Kelantan; Annuar Tan Abdullah, Halim Abdul Rahman, Nik Mohd Amar Abdullah dan Takiyuddin Hassan menjadi indikator dan mengesahkan persepakatan itu benar berlaku walaupun kemenangan itu corot!

Sekiranya tidak ada persepakatan mungkin sukar untuk Pas Kelantan mencatatkan rekod kesemua calon mereka menang kecuali seorang calon wanita, Muntaz Mohd Nawi. Pun begitu kekalahan Muntaz itu dikira wajar memandangkan beliau adalah muka baru.

Sesungguhnya keputusan itu menolak keraguan dan kebimbangan sebelum ini, mengenai desas desus kononnya ada kempen memburukkan Husam dikalangan perwakilan Kelantan sendiri. Jelas dalam muktamar itu perwakilan Kelantan bersatu dan membuat keputusan berdasarkan semangat untuk menghadapi BN.

Hakikat yang berlaku itu sesuatu yang membanggakan. Perwakilan Kelantan telah menterjemahkan ukhwah mereka dalam mengukuhkan benteng bagi menghadang Umno pada pilihan raya akan datang menerusi pemilihan dalam muktamar itu. Cuma kalau pun ada seorang dua yang tidak mengundi Husam adalah mereka yang buta mata atau tangan terketar semasa hendak memangkah sehingga merosakkan undi untuk Husam.

Kalau ini berlaku tentulah juga disedari oleh Husam sendiri akan sebab musababnya!

Kesimpulannya muktamar yang membuat memilih pemimpin itu telah membuka wadah baru kepada ahli-ahli Pas Kelantan. Mereka berjaya meunjukkan kesepakatan itu untuk meletakan tokoh yang menjadi harapan Nik Abdul Aziz Nik Mat dimakamnya. Sekiranya semangat dan ukhwah ini dapat dikekalkan, maka makin kelabulah untuk BN menawan Kelantan.

Friday, June 1, 2007

Sumbangsih Dari Himalaya

Keindahan Puncak Himalaya.
MSO

MEMANJAT dan berada di atas banjaran Himalaya menjadi cita-cita dan keinginan sesiapa sahaja. Terutamanya para pencinta alam, sangat merindui untuk berada di banjaran yang tertinggi dan terpanjang di dunia yang sungguh mempesonakan itu.

Sejarah terbentuknya benua i ni sungguh aneh dan mengkagumkan. Himalaya yang terbentuk sejak 200 juta tahun lalu dari dua benua di Eurasian bernama Angara dan benua Gondwanaland.

Berada di situ bukan saja untuk gah kerana berada di bajaran tertinggi di dunia sebaliknya lebih afdal dari itu untuk menyaksikan kehebatan Allah dalam menciptakan mahkluk-Nya untuk diambil iktibar dan menguatkan ketauhidan kepada-Nya.

Ribuan gunung ganang yang pejal serta banjaran yang berlapis-lapis menjadikan diri terasa berada di dunia asing yang unik. Tiada ada panorama indah dan seunik di Himalaya di mana-mana tempat di dunia ini. Banyak juga tempat-tempat bersejarah dan alam semulajadi yang sempat saya saksikan di dunia, namun keindahannya masih tidak terlawan apa yang dimiliki Himalaya.

Memang Tuhan menjadi Himalaya satu-satu tempat seperti itu sehingga ianya dianggap sebagai syurga oleh penganut ekstrim agama Hindu atau Buddha.

Di banjaran itu terdapat 14 puncak yang ketingginya mencecah lebih 8,000 meter. Puncak-puncak itu ialah; Everest (8,848), K2 (8,611), Kangchenjunga (8,586), Lhotse (8,816), Makalu (8,463), Cho Oyu (8,201), Dhaulagiria (8,167), Manaslu (8,163), NangaParbat (8,126), Annapurna 1 (8,091), Gasherbrum 1 (8,068), Broad Peak (8,047), Gasherbrum 2 (8,0350 dan Sishapangma (8,027).

Dalam usia sudah memasuki gerbang setengah abab seperti saya, tidak mungkin lagi untuk menaiki banjaran itu secara semula jadi dengan mendaki. Lagipun bukan calang-calang orang
dapat berada dipuncaknya, kalau tanpa kecekalan dan semangat juang yang tinggi, lupakan saja hasrat itu.

Bagaimana pun saya dikira antara insan yang masih bernasib baik dengan bantuan ketinggian ilmu teknologi manusia pada 25 Mei lalu dapat juga saya menyaksikan keindahan yang mengkagumkan itu dari udara. Dengan menaiki kapala terbang (Mountain Flight) yang berpengkalan di Kathmandu, hampir setengah permukaan Himalaya dapat diratahi.

Dengan penerbangan ketinggian 25,000 kaki dari aras laut pemandangan Himalaya dapat disaksikan. Kehebatan gunung Everest dan gunung-gunung berhampirannya seperti Lhose (8,414 meter), Nupste (7,861 meter), Khumbutse (6,665 meter), Changtse (7,553) dan lain-lain dapat dilihat dari jarak kurang 2 kilo meter dari udara.

Sukar untuk memperkatakan keindahan yang terpana di dalam mata ketika menyaksikan panorama di banjaran agung itu. Apa lagi untuk meluahkan yang bergelora di dalam jiwa tatkala memandangnya. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang bermain di fikiran dan berdetak di dada. Ketakjuban menyebabkan mulut hanya bisa menyebut, subhanallah ... subhanallah saja.

Di sini dihidangkan beberapa gembar yang sempat dirakam dari udara. Tafsir dan terjemahlah sendiri tentang apa yang anda saksikan ini. Gambar ini sepatutnya diposekan seminggu lalu ketika saya masih di Nepal, tetapi kerana masalah server, ianya tidak memungkinkan gambar ini di posekan segera.

Thursday, May 31, 2007

Catatan Dari Kathmandu II

Rombongan Merdeka del’ Everest di Jamuan Malam.

SELEPAS melalui pahit getir menghadapi cabaran untuk menuju ke puncak tertinggi di dunia (8,850 meter) , dan puncak itu berjaya ditawan pada 22 Mei lalu, malam tadi kesemua pendaki Everest negara dan rombongan terdiri team perubatan, team kaji selidik dari Universiti Teknologi Mara (UITM) diraikan dalam satu majlis makan malam khas di hotel Annapurna di sini.

Majlis itu disusun secara spotan yang diaturkan oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Datuk Ibrahim Ali bagi pihak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun majlis itu ringkas, tetapi ia sungguh meriah dan sangat bermakna kepada rombongan eksepidisi negara kerana itulah majlis pertama seumpama itu bagi meraikan kejayaan mereka.

Turut sama hadir pada majlis berkenaan ialah, Duta Besar Malaysia di Nepal, Mahinder Singh bersama empat orang pegawai keduataan dan para petugas sokongan pendaian (Sherpa). Majlis ringkas itu bermula dengan jamuan makan yang diserikan dengan ucapan kemudian upacara memotong kek.

Apa yang membuatkan anggota rombongan eksepidisi itu teruja, di samping mereka dijamu dengan nasib berani kambing, setiap mereka juga menerima cederamata peribadi daripada Ibrahim berupa, batu permata Nepal dan baju kemeja T yang bercapkan wajah keenam pendaki.

Turut sama menerima cederamata daripada Ibrahim ialah Ketua Eksepedisi, Datuk Khalid Yunus dan Mahinder yang menerima sehelai baju kemeja T sebagai kenangan.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Ibrahim Ali kerana menghargai kejayaan rombongan eksepedisi mencapai puncak Everest,” ujarnya.

Katanya walaupun anugerah itu tidak seberapa, tetapi ia membawa erti yang besar kepada beliau dan anak buahnya. “Apa yang perlu dilihat bukan harga atau nilai hadiah ini tetapi yang perlu dilihat ialah hati orang yang memberinya,” katanya dengan nada terharu.

Ibrahim pula ketika menyampaikan kata-kata ringkasnya, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak tentu gembira dengan apa yang dicapai oleh para pendaki negara itu.

“Kejayaan ini dicapai sewaktu mereka mentadbir negara, dan tentu mereka sangat bangga dan gembira atas pencapaian ini,” katanya lagi.

Ibrahim yakin selepas ini kerajaan akan turut meraikan kejayaan ini apabila semua pendaki pulang ke tanah air kelak.

Dr Mahathir pula dalam mesejnya menerusi SMS menurut Ibrahim sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan pendaki Malaysia, mengatakan hanya mereka yang cekal dan berani saja akan berjaya dalam hidup.