Friday, June 4, 2010

Eksklusif Malam

Rosmah Campur Urusan Negara
Perlantikan Syed Hamid Sebagai Pengerusi LTH Ditarik Balik?


[kemaskini] Maklumat tambahan. Surat perlantikan Syed Hamid dikatakan berkuat kuasa pada 1 Jun. Pemanggil yang meminta Syed Hamid jangan masuk pejabat dulu itu atas lasan Najib Razak sedang pertimbangkan untuk melantik Syed Hamid jadi pengerusi sebuah GLC - syarikat kerajaan lain. Ketika ini Syed Hamid di London atas urusan keluarga. Katanya Syed Hamid juga belum membuat apa-apa keputusan berhubungn 'keputusan' baru itu.

SEMALAM ketika berbual dengan Anwar Ibrahim, saya menimbulkan soal bekas Menteri Dalam Negeri, (KDN) Syed Hamid Jaafar Albar. Saya bertanya kepadanya apakah Syed Hamid atau beliau sendiri ada saling hubung menghungi antara satu sama lain selepas Syed Hamid tidak lagi jemaah menteri. Jawabnya rengkas; "Tidak ada!" dan mungkin sedikit terheran kenapa saya menimbulkan perkara itu.

Saya tidak tahu macam mana tak semena-mena saya boleh melontarkan pertanyaan itu kepada Anwar. Mungkin kerana saya pernah bertanya Syed Hamid mengenai Anwar, yang mana sikapnya terhadap Anwar terbuka. Dia tidak berdendam tidak tentu fasal dengan Anwar. Kritikannya kepada Anwar juga beralas dan tidak sampai mencemarkan maruah orang.

Masa mengadakan interviu dengannya (Syed Hamid) beberapa tahun lalu saya sengaja tanya pendapatnya mengenai Anwar. Mahu meninjau persepsi Syed Hamid ke atas Anwar yang dianiaya Malahthir.

Katanya, dia melihat Anwar ada kelebihan tersendiri. Dalam percakapkan itu beliau tidak kondem Anwar seperti mana sesetengah menteri lain. Syed Hamid rasional. Saya bertanya itu kerana sejarah politik mereka berdua mencatatkan mereka pernah berlawanan antara satu sama lain. Syed Hamid pernah mencabar Anwar untuk jawatan Ketua Pemuda Umno, bagaimana pun Syed Hamid tewas dalam pertandingan itu.

Syed Hamid seorang ahli politik yang dilihat kuat dan rajin bekerja serta tidak tahu bergaduh dengan sesiapa pun. Berilah tugas kepadanya dia akan melaksanakan dengan baik. Dia juga jenis seorang yang akur dan taat kepada ketuanya. Baik masa Mahathir jadi PM atau Abdullah Badawi, Syed Hamid tetap senantiasa insaf siapa dirinya. Dia tidak tahu berlawan dan membelakangkan ketua. Kepadanya siapa yang jadi ketua, orang itulah yang diikuti dan patuh.

Kandatipun Najib Razak lebih muda darinya tetapi dia tetap menghormati Najib sebagai ketua - Perdana Menteri. Tidak pernah terdengar yang Syed Hamid terlepas cakap memburukkan Najib di mana-mana dan dalam keadaan apa sekalipun. Sebab itulah bila Syed Hamid digugurkan sebagai menteri menyebabkan saya tertanya-tanya, kenapa sebabnya. Dan saya merasakan tindakan Najib itu satu kesilapan.

Syed Hamid seorang menteri kanan dan berpengalaman. Sebagai orang baru memimpin negara selaku PM, Najib sangat memerlukan Najib. Bukan itu saja Najib dan Syed Hamid juga ada hubungan yang dibentuk oleh kedua orang tua masing-masing. Syed Jaafar Albar dan Tun Razak berada dalam satu zaman.

Sampai kini saya terheran apakah sebab musabab maka Syed Hamid digugurkan. Saya tidak nampak ada gangguan kepada Syed Hamid di bahagiannya (Kota Tinggi Johor) menyebabkan Najib terpaksa menggugurkannya. Kalau gangguan dialami Syed Hamid itu menjadi faktor saya rasa menteri lain juga tidak kurang hebatnya diganggu oleh kawasan sendiri.

Sehinggalah saya dimaklum oleh seseorang lewat sore tadi baru saya faham kenapa Syed Hamid terpaksa dikafankan dalam karjaya politik sebelum sampai tempohnya. Kalau tidak ada maklumat ini mungkin saya masih tertanya-tanya kenapa Syed Hamid perlu Najib buang. Walhal Syed Hamid seorang yang bersih, tidak ada skandal dan terlibat dengan korupsi, melainkan dia dikenali sebagai seorang yang kedekut dan tidak tahu mengampu saja.

Apa yang dimaklumkan oleh kawan yang juga pernah menjadi pimpinan pemuda peringkat bahagian itu benar-benar mengejutkan saya. Sebelum dia membuka cerita itu dia bertanya saya apakah saya sudah tahu cerita panas yang tersebar dalaman Umno sehari dua ini. Saya kata saya tidak tahu. Dia menggantungkan ayatnya itu menyebabkan saya mendesaknya.

"Ceritalah apa dia...?"desak saya.

"Sungguhkah you tak tahu?" tanya dia serius. "Iya...," jawab saya. Lalu dia pun bercerita mengenai nasib Syed Hamid, yang semalam saya sebut-sebut dengan Anwar. Katanya Syed Hamid yang sebelum ini akan dilantik menjadi Pengerusi Petronas mengganti Dr Mahathir telah dilantik menjadi pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH). Bagaimana pun perlantikan itu ditarik balik dengan tiba-tiba.

Katanya surat perlantikan itu telah pun dibuat dan Syed Hamid ketika mengerjakan umrah baru-baru ini sudah disambut oleh kakitangan LTH di Makkah sebagai pengerusi LTH yang baru. Bagaimana pun dalam Syed Hamid bersiap sedia untuk memasuki pejabat, tiba-tiba ada arahan agar beliau tidak menerima perlantikan berkenaan.

Kata kawan itu yang mengarahkan Syed Hamid menarik diri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir. Logiknya, saya rasakan tidak mungkin kalau keputusan itu dari Jamil sendiri. Logiknya juga mungkin perlantikan itu dibuat Jamil tanpa dirujuk kepada sesiapa sebab itu ianya diarah agar tarik balik.

Kerana itu cerita atau kejadian itu agak memelikkan sedikit. Menyebabkan saya bertanya kepada kawan itu. Mulanya dia tidak mahu bercerita kedudukan yang sebenar tetapi selepas didesak baru dia membuka apa yang berlaku dan yang beliau diberitahu.

"Jamil Khir katanya disuruh oleh Rosmah. Rosmah tidak mahu Syed Hamid dilantik ke jawatan itu," cerita kawan itu tambah mengejutkan saya.

"Kenapa?" soal saya tidak sabar ingin mengetahui apa sebabnya. Perlantikan itu saya kira memang tepat dengan latar belakang dan berperwatakan anak bekas Singa Umno itu. Lagipun beliau yang berketurunan Hadramaut itu lebih tahu dan mudah mesra dengan pak-pak Arab di tanah Arab itu. Hubungan darah daging itu akan memudahkan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dan tentu dapat menambahkan kouta haji bagi negara ini kalau dia menjadi pengerusi LTH.

"Apa alasan Rosmah berbuat begitu? Kenapa dia masuk campur?" tanya saya agak berat untuk mempercayainya. Saya tidak fikir kalau Rosmah turut terlibat sampai ke situ sekali, mencampuri urusan pentadbiran suaminya.

"Rosmah ini kan tidak suka dengan isteri Syed Hamid, Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin... itulah puncanya." jelasnya.

Saya terus jadi termangu-manggu beberapa jurus. Pada saya sukar untuk mempercayai yang Rosmah bersikap begitu. Masakan kerana tidak senang dengan isterinya, maka beliau perlu mengorbankan Syed Hamid. Bukankan tindakan itu turut menjejaskan juga maruah suaminya.

"Takkan itu puncanya?" tekan saya. Kawan itu tidak menjawab tetapi meminta saya menghubungi seseorang bagi mengesahkan apa yang beliau dengar itu. Tegasnya cerita itu bukan dari kalangan boker politik, tetapi dari sumber dalaman Umno sendiri. Beliau baru mendengar berita itu hari ini.

Mengenai hubungan kurang mesra Rosmah dengan Sharifah Aziah, saya sudah dimaklumkan sebelum ini. Rosmah tidak senang dengan siteri Syed Hamid itu kerana beliau rapat dengan isteri Abdullah, Jean Abdullah. Ketika Jean Abdullah jadi Pengersi Puspanita, Sharifah Azian adalah setiausahanya. Jean katanya rapat dan mesra dengan Sharifah bukan saja atas urusan kerja tetapi Jean turut mempelajari ilmu-ilmu agama dengan Sharifah Aizah. Khbarnya orang yang turut memakaikan tudung di kepala Jean ialah Sharifah Aziah.

Hubungan ini tidak disenangi oleh Rosmah. Jadi apabila beliau mengambil alih tempat Jean, Rosmah terus menggugurkan Sharifah Aziah menjadi setiasuaha dan diganti dengan isteri Mustapa Mohamed, Khamzan.

Soalnya apakah kerana keadaan itu maka Rosmah sanggup mencampuri urusan pentadbiran kerajaan? Kalaulah apa yang dikatakan ini benar berlaku ia adalah satu kemalangan buat Najib. Najib harus membendung tindakan diluar jangka begini kerana ia boleh menyebabkan Najib akan dilihat dayus.

Dalam soal-soal rumah tangga, soal keluarga Rosmah boleh menguasai Najib dan menasihati Najib tetapi tidak dalam soal pentadbiran kerajaan. Kalau Najib mengabaikan sikap ini tidak mustahil pentadbiran Najib akan dikaitan dengan campur tangan isterinya.

Apa-apa pun kita tunggu maklumat selanjutnya. [wm.kl. 7:30 pm 04/06/10]

* Blog ini hanya untuk orang yang tidak mementingkan soal ejaan dan tatabahasa!

Gambar Bantah Israel

Membantah Israel Di Kedutaan Amerika

[kemaskini] 5:25 pm Berikut disiarkan kandungan memorandum bantahan yang diserahkan kepada wakil Kedutaan Amerika oleh pemimpin tertinggi Pakatan untuk sampaikan kepada Presiden Barack Obama.


4th June 2010
President Barack Obama
President of The United States of America
White House, Washington
Mr. President,

MEMORANDUM TO THE GOVERNMENT OF THE UNITED STATES OF AMERICA

From Pakatan Rakyat and NGOs of Malaysia in respect of the attack on the “Mavi Marmara”
and the Gaza Freedom Flotilla on 31 May 2010 On 31st of May 2010, Israeli military forces attacked the Gaza Freedom flotilla comprising 6 ships containing over 600 peace activists from 37 countries including 12 Malaysians killing 9 Turkish and a Turkish born American on the “Mavi Marmara” and wounding at least 60 of them. This attack by Israeli forces took place in international waters and has been universally condemned as a blatant criminal act in contravention of international law.

The Gaza Freedom Flotilla was in no way a threat to stability and peace to the region. Their objective was only to provide basic humanitarian assistance to the more than a million of besieged Palestinians in desperate need of food and medical supplies and to draw international attention to what was considered as an illegal and oppressive blockade of Gaza by Israel.
The United Nations, the European Union, and countries including Turkey, Sweden, Greece, France, Kuwait and Malaysia, whose citizens were on board the flotilla, have all condemned the Israeli attack.

We are appalled and deeply disappointed by your weak and inadequate response on the matter.

Merely expressing deep regret for the loss of life and saying it was important to understand the facts and circumstances is a tepid and one‐sided response reminiscent of statements issued by the previous Bush administration. Asking the Israeli government to conduct “a full and credible
investigation” comes across as either dangerously naïve or willfully cynical. Such statements undermine the credibility of the Obama administration globally.

The weak US response will reinforce the perception that it is parroting the Israeli government’s narrative and sends an implicit and dangerous message of support for the Israeli blockade. You, in your Ankara and Cairo speeches a year ago distanced yourself from policies of the Bush administration, set out a different vision and reached out to the Muslim world as no president had done before. Now however, the United States is seen to be walking in lock‐step stride with the most right wing government that Israel has seen in years.

We urge the government of the United States to take into account the strong sentiments of
Malaysians on the Palestinian question. You will be aware that because of such sentiments, Malaysia has to date no formal ties with the state of Israel. We bring to your attention the strong bi‐partisan resolution unanimously passed in a special emergency session of the Malaysian Parliament on 12 January 2009 after continuous attacks on Gaza by Israel causing the loss of over 1300 Palestinian lives, including many women and children. A copy of that resolution is appended.

We further urge you and the Government of the United States to recognize that Hamas is the
democratically elected government in Gaza and is as such a necessary and major player in any negotiations towards a sustainable settlement of the Palestinian question.

We ask you to recognize that the blockade against Gaza has devastated its infrastructure and people and created a humanitarian and human health disaster which has contributed to the emergence of radical groups which reject a peaceful solution to the Palestinian issue.
We call on you, the President, and the Government of the United States to :

1) Take a clear position condemning the violence inflicted on the Free Gaza Flotilla and also call for an end to the blockade of Gaza.

2 ) Ensure that an international independent inquiry is held under the auspices of the UN Security Council into the Israeli attack on the Free Gaza Flotilla to establish the full facts and
circumstances of the attack – this inquiry cannot be left to the Israeli government to conduct if it is to be credible.

3) Recognize that the United States is the country that can take the lead decisively and broker thebreaking of the deadlock and the siege of Gaza.

4) Initiate immediate steps to bring all parties to the negotiating table for resolution of the
prolonged conflict and in particular the siege of Gaza.

5) Suspend all existing economic and military aid to the state of Israel as a means to bring Israel and all other stakeholders to the negotiating table and to resolve this prolonged conflict in the Middle East.

Thank you.

Yours sincerely,
[signed illegible]
…………………………………………..
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Opposition Leader, Parliament of Malaysia
Party Leader, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
[signed illegible]
……………………………………………
Lim Kit Siang
Advisor, Democratic Action Party (DAP)
Head of DAP Members of Parliament
[signed illegible]
……………………………………………
Haji Nasharudin Mat Isa
Deputy President, The Islamic Party of Malaysia (PAS)


Endorsed by:
1. Jamaah Islah Malaysia
2. Angkatan Belia Islam Malaysia
3. Gerakan Mansuhkan ISA
4. Solidariti Anak Muda Malaysia
5. Srikandi Keadilan
6. AMK Keadilan
7. NISA’ Malaysia
8. Solidariti Mahasiswa Malaysia
9. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
10. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
11. Gabungan Mahasiswa Islam Se‐Malaysia
12. Salam Selangor
13. Teras pengupayaan Melayu
14. Dewan Perniagaan Islam Malaysia Selangor
15. Youth Center
16. ASASI
17. PITAS
18. Tenaganita
19. Ilham Center
20. Belia Integrasi
21. Budayawan Bertindak
22. Free Public Forum
23. Majlis Muafakat Dakwah Malaysia Kemboja
24. Insaf Humanitarian Relief Malaysia
25. Yayasan Kajian Pemuafakatan Melayu Malaysia
26. Persatuan Darul Fitrah
27. Youth For Change


PERARAKAN raksasa bermula dari masjid Kampun Baru Kuala Lumpur menuju ke perkarangan Keduataan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak sudah pun berakhir sekejap tadi. Memorandum bantahan terhadap Israel diserahkan kepada wakil Kedutaan Amerika oleh empat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Rombongan itu diserah sendiri oleh penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pihak Kedutaan Amerika berjanji akan menyampaikan morendum bantahan itu kepada presiden Amerika, Barack Obama. Pergerakan Pemuda Umno dan pemuda BN turut sama membuat bantahan terhadap kekejaman Israel. Bagaimana pun mereka tidak menyerahkan apa-apa memo bantahan kepada Amerika Syarikat hari ini mungkin akan berbuat demikian dua bulan lagi!

Baru sekejap tadi saya menerima panggilan dari Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub yang memaklumkan perarakan itu sudah selesai dan beliau menyifatkan ia berjaya.

Di bawah ini dipostkan beberapa keping gambar disekitar perakan berkenaan yang dirikimkan oleh jurufoto Siasah, Zamzarina Abdullah.


Gerombolan perarakan bergerak meninggalkan masjid Kampung Bru.

Keadaan jalan menuju ke Kedutaan Amerika penuh sesak.

Kaum wanita juga tidak ketinggalan ikut mengecam kezaliman Israel.


Menutup muka adalah stail dan fesyen penunjuk perasaan.


Lagi kaum wanita yang ikut sama membantah Israel dengan mengangkat kain banting besar.

Ketawa dan seronok ketika membantah Israel mungkin tidak sesuai?

Sekumpulan Ngo yang tumpang berarak dengan Pakatan Rakyat.


Ulsan Berdebah

Seluruh Dunia Melaknat Israel

TINDAKAN Israel mengepung Gaza dan menghalang, menyerang dan membunuh misi bantuan kemanusiaan membawa bekalan makanan dan perubatan terus mendapat kecaman seluruh masyarakat di dunia. Kecaman juga tidak terkecuali dari rakyat negara ini yang prihatin terhadap apa yang dilakukan Israel ke atas rakyat Gaza, Palestin.

Waktu ini tunjuk perasaan meluahkan kemarahan ke atas kekejaman Israel sedang berlaku di dua lokasi besar di Kuala Lumpur. Satu di perkarangan masjid Kampun Baru. Ribuan orang ramai dilaporkan berhimpun di perkarangan masjid Kampung Baru untuk berarak ke kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak.

Tunjuk perasaan ini dipimpin oleh Pakatan Rakyat bersama berpuluh NGO. Sebelah pagi tadi satu persidangan meja bulat menentang kezaliman Israel di Gaza telah diadakan. Persidangan itu anjuran Pakatan Rakyat dengan disertai beberapa NGO. Beberap pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hadir. Persidangan itu menyampai kata sepakat mengecam Israel. Satu resolusi juga dibuat untuk dibawa ke parlimen.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir, Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail dan timbalannya, Dr Syed Husin Ali. Dipihak Pas, Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Bendahari Agung, Dr Mohd Hatta Ramli dan lain-lain. Manakala di pihak DAP, ia disertai oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang.

Sementara itu di lokasi Masjid Negara tunjuk perasaan dipimpin oleh pergerakan Pemuda Umno yang diketaui ketuanya, Khairy Jamaluddin. Bersama dalam tunjuk perasaan hari ini juga Ngo Perkasa. Nampaknya semua parti politik dan Ngo bersama dalam membatahkan kejahatan Israel ini.

Tidak ada laporan apakah Perdana Menteri, Mohd Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin ikut sama dalam tunjuk perasaan membantah tindakan kejam Israel itu. Menurut sumber, Najib ikut sama diundang untuk menghadiri sidang meja bulat yang berlangusng di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Sementara itu di Kota Bharu Kelantan ribuan umat Islam telah berhimpun di stadium Sultan Mohammed ke IV dan telah mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan rakyat Palaestin. Himpunan itu juga mengutuk perbuatan ganas dan tidak tamadun Israel ke atas rakyat Palestin. Ikuta sama dalam solat hajat itu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama beberapa anggota Exco kerajaan negeri.

Dalam pada saya dikirimkan beberapa kepingan gambar kezaliman Israel di Gaza oleh seorang penjenguk blog ini. Saya publishkan beberapa keping itu untuk sama-sama dihayati bagaimana rakus dan zalimnya Zionis laknatullah itu. Sayangnya gambar ini tidak disertakan keterangan yang jelas menyebabkan kita tidak dapat mengetahui secara spesifik di mana dan bila ianya berlaku. [wm.kl. 3:00 pm 04/06/10]







Thursday, June 3, 2010

Belasungkawa

Pejuang Aceh Merdeka Telah Kembali Kerahmatullah

JAM 2:20 minit petang tadi saya menerima SMS dari Tan Sri Sanusi Junid yang juga Presiden Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia (Imam) mengenai pengembalian ke Rahmatullah Presiden Aceh Merdeka, Hassan Di Tero.

Menurut Sanusi, Hassan meninggal dunia di hospital Zainal Abidin Banda Aceh kira-kira jam 12:15 tengah hari tadi waktu Aceh.

Hassan meninggal dunia dalam usia 85 tahun. Beliau dilahirkan pada 25 September 1925 di kampung Ditero, Aceh. Setelah mengistyharkan perang ke atas Indonesia untuk membebaskan bumi Aceh beliau bersama beberapa rakannya berangkat ke Sweden bagi menggerakkan perjuangan dari luar negara.

Antara rakan Allahyarham yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan Aceh ialah Daud Barueh yang juga merupakan datuk kepada isteri Sanusi Junid.

Hassan berada di Sweden dan menubuhkan kerajaan Aceh merdeka di sana selama tiga puluh tahun. Sementara rakyat Aceh berjuang dengan mengangkat senjata dan bergerila di dalam hutan Hassan dan rakannya melobi dunia luar supaya mengadakan tekanan ke atas Jakarta.

Tahun 2008 setelah Aceh diberikan kuasa autonomi untuk memerintah Aceh, Hassan berangkat pulang bagi menyambut kemenangan penuh bererti itu. Semasa dalam perjalanan pulang beliau sempat singgah di Kuala Lumpur. Dalam kesempatan ini saya mengambil kesempatan berjumpa dengannya dan mengadakan interviu rengkas.

Dalam perjumpaan itu Hassan membayangkan rasa gembira atas apa yang berlaku di Aceh. Menurutnya sebaik saja termenterai perjanjian antara Jakarta dengan kerajaan Aceh merdeka yang membolehkan Aceh menguruskan sendiri tanah airnya, Hassan tidak sabar untuk pulang.

Pada pertemuan dan interviu ringkas di sebuah hotel di Shah Alam itu, Hassan membayangkan dia akan pulang dan kalau diizinkan Allah, mahu mati di bumi kelahirannya.

Kepulangan Hasaan ke di Aceh disambut puluhan ribu rakyat Aceh. Hassan juga diberitakan telah menjelajah ke seluruh daerah Aceh bagi menemui rakyat Aceh yang selama ini merinduinya.

Hari ini sebelum azan Zohor berkumandang tadi, cita-cita terakhir Hassan itu untuk jasadnya disemadaikan di tanah Aceh menjadi kenyataan. Al Fatihah.
[wk.kl. 3:00 pm 03/06/10]


Cocokan Kesedaran

Kembiri Pemuda Umno Menyebabkan Khairy Dialpakan Najib

PEMBETULAN kecil kabinet yang dibuat Najib Razak kelmarin sedikit sebanyak menjadi pertuturan orang ramai. Ia tidak terkecuali dari kalangan Umno yang tidak terlibat dengan pembetulan itu. Paling ketara dari kalangan Pemuda Umno. Pemuda Umno tampaknya sedikit kecewa dengan pembetulan itu kerana ketua mereka yang digembar gemburkan akan dibawa masuk ke dalam kabinet tidak menjadi kenyataan.

Beberapa ketua pemuda negeri telah menyuarakan, rasa sedih dan terkilan mereka atas apa yang berlaku itu. Ada yang menganggap tidak patut ketua mereka dibiarkan terkontang kanting di luar kabinet dan melalak tanpa ada kuasa dalam kerajaan. Ada juga yang menerima realiti itu sambil berharap Perdana Menteri tidak melupai jasa-jasa dan peranan pemuda. Ada juga yang melahirkan kebimbangan tindakan itu menyebabkan sokongan orang muda kepada Umno akan berkurangan kerana mereka dilihat tidak diberikan peluang untuk mentadbir negara di peringkat atas apabila Khairy tidak diberi ruang.

Dalam hal ini yang paling terasa dan 'makan jiwa' ialah Khairy Jamaluddin. Betapa tidak dia sudah pun tamat menjalani latihan ketenteraan - tentera wataniah sebagai persiapan nak jadi menteri. Budak-budaknya juga sudah mula berangan untuk mendapat kontrak itu dan kontrak ini menerusi kementerian yang bakal diberikan kepada Khairy. Tiba-tiba namanya tidak terpilih. Sungguh menyebakkan jiwa. Mungkin Khairy masih boleh tersenyum dan ketawa dengan kemalangan itu tetapi senyuman dan ketawa itu tentulah pahit menjadam.

Di sini saya ingin khabarkan kepada pemuda Umno atas apa yang berlaku itu. Elok pemuda Umno menyedari akan kekuatan diri mereka sendiri. Melakukan mahasabah luar dan dalam. Apabila Najib tidak mempedulikan nasib kelompok mereka ini bermakna Najib sudah merasakan pemuda tidak penting lagi. Pemuda sudah tidak dianggap pemuda tiang yang memperkukuh Umno. Dalam erti kata lain pemuda bukan lagi sayap utama parti.

Najib tidak lagi meletakkan tonggak kekuatannya kepada pemuda. Pemuda bukan lagi menjadi hulubalang kepada Umno untuk memperjuangkan nasib ahli dan penyokongnya. Mungkin bagi Najib keadaan pemuda sekadar kerana ianya untuk memenuhi perlembagaan saja.

Kenapa ini terjadi kerana kondisi (kegahan) pemuda tidak seperti di zaman-zaman tahun 60-an, 70-an dan 80-an dulu. Di mana masa itu peranan pemuda cukup penting. Suara pemuda adalah suara yang boleh memberi kejutan eletrik kepada Umno seluruhnya. Bila pemuda bersuara semua pihak akan berpaling ke arahnya. Pemuda menjadi badan pendesak. Hari ini kalaupun pemuda menjerit dan melaung orang tidak perasaan ataupun kalau perasaan orang menganggap suara anjing yang menyalak bukit kecil saja.

Pemuda waktu itu pemuda yang mengkritik kepincangan kerjaaan dan berani menegur pemimpinnya. Pemuda yang berlawan dan bukan seperti hari ini pemuda yang mengalah dan menghormati pemimpin sehinggakan telor rapat ke bumi ekor bergelumang dengan tahi. Jadi dengan sikap dan perangai pemuda seperti ini ia tidak menggerunkan sesiapa, termasuk perdana menteri.

Sejarah dilalui oleh bekas-bekas ketua pemuda Umno, seperti Senu Abdul Rahman, Jaffar Albar, Harun Idris, Anwar Ibrahim boleh dilihat dan dibelek. Bagaimana suara mereka menjadi besar dan mendapat perhatian Umno induk. Bagaimana mereka berperanan menjadi penegur kerajaan dan mengawal salah laku pemimpin. Mereka obses kepada nasib dan masa depan Melayu. Pemuda menjaga pagar kepada perjuangan bangsa.

Sebenarnya kerendahan nada pemuda ini mulai merudum apabila ia dipegang oleh Najib Razak sekitar awal tahun 80-an. Pemuda dimasanya menjadi pemuda yang elit, bangsawan dan tidak berani berkokok. Pemuda bukan lagi menjadi badan pendesak dan pembela Melayu. Pemuda di zamanya pemuda yang berhiburan dan melancung ke luar negeri dan berkhemah kerja saja. Kehebatan dan kewajaan pemuda sebelum ini dileburkan oleh Najib.

Pemuda zaman Najib pemuda segak dan suka bergaya. Pemuda yang berhora hore macam sebuah kelab nyayian. Masa inilah keteguhan dan kehebatan pemuda yang dibina sebelum ini merudum. Pemuda Umno di era Najib pemuda yang berbaris dan menaikkan bendera pada perhimpunan agung Umno saja.

Jadi kalau pemuda Umno mahu dilihat diri mereka gah, dan mendapat perhatian induknya, maka pemuda Umno kena ubah diri mereka. Kena kembali menjadi badan pendesak semula. Kena patahkan tiang bendera dan tidak tabik sesuka hati. Slogan Khairy yang mahukan pemuda menjadi rakan atau pemangkin Umno tidak begitu menampakkan kehebatannya. Pemuda harus bertaring dan bukan bertopeng.

Saya yakin kalau pemuda Umno mengubah sikap dan pendekatannya pergerakan itu akan dilihat sebagai hebat semula. Contoh terdekat apa yang Khairy dan pemuda Umno dapat teladani apa yang dilakukan Naib Ketua Pemuda MIC, V Mugilan. Tengok apa yang beliau lakukan kepada presidennya, Samy Vellu. Tindakan Mugilan melancarkan GAS - Gerakan Anti Samy menyebabkan namanya sekelip mata saja terkenal dan Samy pula kehilangan bantal waktu malam. Orang dapat melihat bahawa pemuda dalam MIC ada kuasa.

Soalnya beranikah Khairy hendak melakukan apa-apa seperti Mugilan? Tentu tidak berani, bukan! Walhal banyak isu yang boleh diketengahkan pemuda untuk meletakkan pergerakan itu berharga mahal dan hebat. Pemuda Umno tidak saja perlu peka kepada masalah sosial, mat rempet, minah karan tetapi mereka juga perlu prihatin kepada masalah skandal pemimpin, penyamunan wang negara dan sebagainya. Pemuda Umno jangan saja nampak kepincangan pembangkang, khasnya Anwar tetapi kena sorotnya juga kelemahan Najib. Sesekali pemuda Umno harus menegur sikap lebih sudu dari kuah yang diamalkan Rosmah Mansor.

Sayang Khairy dan pemuda tidak nampak itu semua. Mereka tidak berani.. Makanya selagi Khairy hanya menjadi pandir kepada Najib, menjadi pemuji Najib ke sana ke sini, maka selama itulah Najib tidak merasakan kehadiran pemuda boleh mengugatnya sehingga beliau terpaksa memberi tempat sewajar kepada sang ketuanya.

Jadi adalah 'tersaul dek akal' kalau Najib tidak memperdulikan pemuda dan tidak melantik Khairy ke dalam kabinet kerana pemuda di era Khairy ini hanya pemuda plastik atau pemuda harimau kertas yang boleh dijadikan abu.

Sebenarnya pemuda Umno hari ini tidak ada maruah dan rasa sedar diri. Mungkin orang beranggapan Khairy adalah budak yang menjadi tukang lalak ke arah Anwar Ibrahim saja. Tengok diawal kemenangannya lagi dia sudah dipersendakan oleh Dr Mahathir dengan tidak mengikhtiraf kemenangan Khairy kerana beliau (Khairy) dikatakan melakukan rasuah dalam pertandingan merebut jawatan pemuda. Kritikan Dr Mahathir itulah yang menjahanamkan maruah Khairy sebagai ketua pemuda. Dan tanpa banyak orang sedar bahawa pemuda Umno hari ini berketuakan seorang perasuah disebabkan dakwaan Mahathir itu.

Serangan Mahathir itu memalukan Khairy dan menjatuhkan air mukanya dan pemuda Umno seluruhnya. Tetapi apa boleh buat dakwaan Mahathir itu tidak ada tindak balas dan protes dari pemuda Umno? Tidak. Pemuda begitu menghormati Mahathir sehinggakan rasa hormat yang lebih itu memakan diri pergerakan itu khasnya membunuh wibawa ketua mereka sendiri.

Kembirian ini dilihat oleh Najib. Maka Najib merasakan tidak perlu dia melantik Khairy ke dalam jemaah Kabinet. Dua alasan untuk Najib berbuat begitu, pertama, kerana Khairy dilihat pengecut apabila tidak membela dirinya, kedua kerana dia tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari pemuda.

Merenung nasib Khairy dalam politik ini saya nampak ia tidak ubah persis apa yang dilalui oleh Zahid Hamidi dulu. Zahid walaupun menang ketua pemuda tetapi tidak dilantik menjadi menteri oleh Mahathir Mohamad. Memalukan Zahid, timbalannya Hishmuddin diangkat menjadi timbalan menteri. Walaupun keupayaan Hishmuddin Hussein jauh lebih rendah dari Zahid, tetapi sebaik Hishmuddin jadi ketua pemuda, Dr Mahathir lantik Hishamuddin jadi menteri. Zahid baru menjadi timbalan menteri setelah Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri.

Kalau sunah yang dilalui Zahid itu akan menimpa Khairy ini bermakna Khairy akan menjadi timbalan menteri apabila Najib tidak lagi menjadi perdana menteri. Sebaliknya, apakah setelah Najib tidak menjadi perdana menteri, Khairy masih lagi menjadi ketua pemuda?

Untuk menyelamatkan diri dalam politik, elok kalau Khairy menimbang apa yang pernah saya ucapkan kepadanya di suatu hari ketika berjumpa di rumah Nasharudin Mat Isa. Rasanya plan politik yang saya cadangkan itu boleh membina semula imejnya sebagai seorang lelaki yang bijaksana, seorang lelaki yang jantan, dan seorang lelaki yang bijak berpolitik. [wm.kl. 9:20 am 03/06/10]

Wednesday, June 2, 2010

Susupan Petang

Bila Pengarah Jais dan Bekas Mufti Saling Ludah Meludah

AGAK cemar untuk saya menulis dan mengupas isu ini kerana ia melibatkan air liur. Tetapi bila mengenangkan petua diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim agar kita mengamalkan meminum air liur sebelum berus gigi waktu pagi, maka saya merasakan isu ini tidaklah menjijikkan. Jadi saya ringankan juga tangan untuk mengupas isu, air liur ini meskipun ianya remeh.

Isu ini remeh sebenarnya. Iya la, halnya air liur. Bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa berlaku upacara menelan air liur di sebuah masjid di Selangor. Ekoran dakwaan beliau itu menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak dapat tidur terpaksa turun menyiasat dakwaan berkenaan.

Penyiasatan Jias itu menunjukkan isu telan air liur ini besar dan penting di Selangor. Ia mungkin lebih besar dari isu 'togok' arak ataupun todi. Kenapa saya kata begitu, kerana isu telan todi (tuak masam) dan arak tidaklah sampai menjadi perdebatan dan polemik seperti isu telan air liur itu.

Begitu juga di sebelah Asri kenapa beliau tidak mendakwa ada memainkan isu ada orang Islam telan arak di negeri Selangor. Mungkin isu arak sudah menjadi kecil? Arak ada kilang di Selangor manakala air liur kilang dalam mulut saja. Kilang dalam mulut lebih penting disuarakan dari kilang atas tanah. Sebab dan alasan bagi Asri kenapa beliau mendedahkan kejadian itu kerana ada hubung kaitnya dengan sikap taksub umat Islam terhadap guru hingga sanggup menelan air liur. Bagi beliau ia perbuatan yang biadah, menjijikkan dan mungkin menyebabkan akidah boleh tergelecah.

Sikap taksub kepada guru tidak disenangi Asri kerana ianya bidaah! Mungkin begitu. Tetapi bagaimana pula kalau suatu hati nanti ada orang taksub kepadanya, misalnya turut meminta untuk minum bekasnya? Apakah beliau akan larang?

Saya rasa isu telah air liur seperti mana dakwa Asri ini tidak perlu diperbesarkan. Asri tidak payah menulis dan Jias pula tidak perlu menyiasatnya. Adalah lebih baik kalau mereka berdua menukar isu itu kepada isu lain yang lebih besar dan memberi manfaat dan maslahat kepada seluruh umat Islam negara ini. Carilah isu-isu bersifat global yang boleh mendatangkan kemakmuran dan kemajuan kepada Islam.

Air liur, ah... meloyakkan. Malu kita kepada penganut agama lain bila menimbulkan isu ini. Orang akan menganggap umat Islam Malaysia ini sudah tidak ada isu yang lebih besar lagi selain bermain dengan air liur. Dalam perhatian saya isu air liur ini ditimbulkan semuanya perpunca daripada pendakwaan Jais terhadap Asri yang berceramah di Selangor tanpa tauliah. Kalaulah Jais boleh bertindak kerana seseorang berceramah tanpa tauliah, kenapa orang telan air liur guru tidak boleh disiasat. Jadi Asri menulis itu sengaja mahu memerangkap dan mempermainkan Jais. Bila Jais bingkas terhadapnya bermakna perangkap Asri terkena sudah.

Isu ceramah tanpa tauliah ini rasanya lebih afdal untuk diperdebatkan, jika dibandingkan dengan isu air liur. Tetapi kerana isu air liur ini ada kena mengena dengan isu pendakwaan tanpa tauliah maka ia turut sama dikaitkan walaupun isu ini meloyakan.

Kepada Asri baik beliau mencari 'kegiatan' lain yang lebih besar bagi menunjukkan wujud ketaksuban kepada guru di kalangan umat Islam di negara ini khususnya Selangor. Mungkin masih ada lagi perbuatan dan pengorbanan lain yang berakibat daripada taksub kepada guru. Misalnya kes membabitkan pembunuhan ke atas saudara mara sendiri mugkin ada kena mengena dengan rasa taksub. Begitu juga kes-kes melibatkan sex antara guru dengan murid kerana taksub lebih menarik untuk didedah dan dipolemikkan.

Begitu juga tanggapan orang sudah mati sebagai ghaib dan akan hidup semula, rasanya lebih sesuai untuk bahaskan dan daripada membincangkan kejadian telan air liur. Kepada Jais pula sepatunya tidak mempedulikan dakwaan Asri itu. Biarlah kalau ada kejadian itu, telan air liur kerana ia tidak memudaratkan umat Islam. Banyak mana sangat orang lalu untuk telan air liur gurunya?

Hari ini gara-gara isu air liur ini telah berlaku ludah meludah anatar Jais dengan Asri. Semalam pengarah Jais Muhammad Khusrin Manawi menjelaskan dakwaan Asri itu tidak betul. Katanya apa yang berlaku hanya minum air zam-zam dalam satu cawan bergilir-gilir saja. Asri pula hari ini telah membetulkan istilah yang digunakan, katanya bukan telan air liur tetapi sebagai 'bekas mulut' saja.

Jadi kalau Asri sudah menukar istilah dari telan kepada bekas mulut untuk apa Jais nak panggil saksi lain lagi bagi menyiasaat apa yang dikatakan Asri itu. Bekas mulut tidaklah seteruk menelan air liur. Eloklah isu air liur yang tidak haram ini dihentikan. Baik Asri dan Jais carilah isu lain yang lebih besar dan 'aula' untuk dibahaskan, kerana apa juga anda perkatakan akan menjadi perhatian umum. Jangan gara-gara isu air liur ini Asri dan Jais akan dirakam oleh sejarah bahawa pernah berlaku perdebatan air liur antara bekas Mufti dengan sebuah institusi agama di Selangor. Memalukan! [wm.kl. 6:50 pm 02/06/10]

Tuesday, June 1, 2010

Saya Juga Manusia

Perhatian

SAYA tidak pernah memaksa sesiapa juga membaca blog saya baik secara langsung atau tidak langsung. Apa yang saya catat adalah atas sukarela saya dan tidak mengenakan apa-apa bayaran.

Sesiapa saja boleh membacanya. Tetapi ada kalanya saya kecewa juga dengan sikap penjenguk yang langsung tidak berhati perut dan tidak pernah cuba menghargai apa yang mereka perolehi dari blog ini secara gratis. Saya boleh menerima kritikan dan teguran untuk meningkat mutu blog ini dan menjadikan ianya sumber berguna untuk semua, tetapi tidak seperti mana penjenguk yang bernama Shahrudin ini.

Tetapi kalau ada penjenguk seperti orang bernama Sharuddin ini, yang mana tidak ada identiti tetapi cara kritikan boleh menyebabkan saya terkilan, ia sungguh mendukacitakan. Apa yang diungkapkan masalah kesalahan ejaan dalam blog saya. Penjenguk lain boleh membaca ulasannya dan nilai sendiri.

Saya ingatkan kepada semua penjenguk, janganlah menyusahkan diri anda dengan membaca blog saya kalau ia boleh menganggu jiwa dan otak anda. Saya tidak akan merela dan mengizinkannya anda rosak kerana saya. Sila ke blog lain yang ejaan lebih teratur, tersusun dan gaya bahasanya indah. Saya tidak mahu berdosa dengan menjadikan anda menyampah kepada sesuatu perkara yang boleh anda elakkan.

Saya perturunkan komen orang bernama Shahrudin yang tidak ada identiti ini:


Shaharudin has left a new comment on your post "Ulasan Petang":

Tuan MSO, saya kerap mengunjungi laman web ini dan boleh dikatakan saya juga salah seorang peminat tulisan dan buah fikiran Tuan. Cuma apa yang saya perhatikan, setiap topik ada kesalahan ejaan atau typo. Kadang-kadang saya menyampah juga bila terpaksa baca typo ni...makin lama makin banyak pula typo Tuan..harap-harap Tuan MSO belum nyanyuk.

[wm.kl.11:11 pm 01/06/10]

Ulasan Petang

Pembetulan Kebinet, Mengecewakan Khairy dan Senator Boy

ROMBAKAN (sebenarnya pembetulan bagi saya) kabinet dilakukan Najib Razak lewat petang ini sekali lagi menyaksikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus kempunan untuk menjadi menteri bila menantu bekas PM itu tidak disenaraikan sebagai jemaah menteri.

Begitu juga gembar-gembur mengatakan orang bertanggunjawab meluluskan judi perlawanan bola sepak piala dunia Awang Adek Hussein kononnya akan dilantik menjadi menteri penuh, juga tidak kesampaian. Desas desus mengatakan Ahmad Shabery Chik akan digugurkan juga tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya apa yang berlaku Najib hanya membetulkan kabinetnya dengan menggugurkan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dengan memasukkan Kong Sho Ha untuk mengambil alih tenpat bekas presiden MCA yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan itu dua bulan lalu.

Kedudukan Cho Ha sebagai diganti oleh Chor Chee Heung yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Kewangan yang cuba ditonjolkan sebagai orang bertanggungjawab dalam meluluskan judi bola sepak. Saya tidak fikir pertukaran Chee Heung itu kerana hukuman ke atasnya yang ditonjolkan sebagai insan bertanggungjawab meluluskan lesen judi itu.

Dalam pembetulan kabinet itu juga naib presiden kanan PPP, Senator Maglin Dennis D'Cruz dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan Komunakasi dan Kebudayaan. Perlantikan Denis D Cruz ini dilihat sebagai persiapan sekiranya M Mugiah yang kini bermasalah di dalam PPP terlucut jawatannya sebagai Presiden yang kini berebut dengan M Kayveas.

Kemasukan Maglin itu sebagai mengganti Heng Seai Kie.

Calon MIC untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor yang ditolak oleh Umno, G Palanivel pula dilantik sebnagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Perlantikan Palanivel ini dilihat sebagai pemenuhi janji - kompromi antara MIC dengan Umno semasa pertelingkahan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kesan dari 'perbalahan' Umno dengan MIC telah memberi keuntungan kepada MIC apabila selain dari mendapat kerusi Hulu Selangor MIC juga dapat satu lagi kerusi Timban Menteri.

Seorang wakil dari SUPP Richard Riot pula dilantik menjadi timbalan menteri luar negeri. Perlantikan Riot sebagai mengganti tenpat dikosongkan mendiang Robert Yew yang meninggal dunia baru-baru ini.

Anak Presiden MCA, Chua Tee Young pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Perlantikan ini dilihat sebagai latihan untuk anak Chua Soi Lek itu belajar politik untuk bergerak lebih jauh.

Dua lagi Naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pembetulan kabinet hari dilihat sebagai memenuhi kehendak parti komponen BN sahaja dan ia tidak melibatkan menteri-menteri Umno. Apakah tiada perubahan anggota menteri dan timbalan menteri melibatkan Umno itu menunjukkan prestasi mereka semuanya baik dan memuaskan.

Mungkin apa yang paling mengejutkan dalam pembetulan Kabinet ini apabila tidak disenaraikan Senator Boy sebagai anggota kabinet. Sebelum ini budak-budak senator boy telah menjaja ke seluruh negara hingga ke Bachok dan Gua Musang kononnya senator boy akan dilantik menjadi anggota kabinet.

Beliau kononnya akan di letak di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan khas untuk menjaga kaum belia dalam negara ini . Kesimpulannya pembetulan kabinet dilakukan Najib hari ini benar-benar mengecewakan penyokong Khairy Jamaluddin dan senator boy (Ezam Mohammad Noor).

Kedudukan ini menepati apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa Najib tidak akan melakukan rombakan Kabinet melibatkan anggota menteri Umno kerana ekoran kedudukan parti itu kecil buat masa ini. Situasi ini menyebabkan Najib tidak mempunyai banyak pilihan melainkan mengekalkan menteri, timbalan menteri yang sedia ada. Beliau juga tidak akan menukar ganti menteri dan timbalan menteri Umno bagi mengelakkan timbul suasana tidak senang kepadanya. Sesungguhnya Najib sangat takut kepada kecelaruan. [wm.kl. 6:30 pm 01/06/10]

Susupan Pagi

Wabak Abdullah Badawi Masih Membelenggu Malaysia

SAYA bersetuju dengan kenyataan Exco Kelantan, Husam Musa katanya kerajaan Malaysia berkerja mengikut jam. Mereka akan bekerja dalam tempoh berkerja dan tidak akan mempedulikan apa yang berlaku selepas itu. Mungkin sindrom tidur yang ditinggal bekas PM, Abdullah Badawi masih membelenggu kepimpinan negara.

Mungkin kerana menyedari hakikat attitude orang Melayu inilah maka Dr Mahathir Mohamad sebaik jadi PM telah mempercepat - menyamakan waktu antara Semanjung dengan Sabah dan Sarawak. Hasil penyamaan itu menyebabkan rakyat Malaysia tersedar awal sejam dan terlewat tidur selama sejam.

Bahanannya pula bila kurang tidur banyak keganjilan berlaku semasa Mahathir kerana kekurangan tidur itu menyebabkan beliau banyak berfikir termasuk melakukan keganjilan kepada negara.

Husam menyinggung hal itu apabila dalam semakannya menerusi laman web rasmi kerajaan, Bernama, sehingga jam 9:00 malam tidak ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin negara ini yang mengutuk kejadian serangan ke atas misi kemanusiaan ke Gaza, kelamrin.

Kata Husam, Menteri Luar, Anifah Aman tidur awal. Entah-entah Anifah Aman tidak pun maklum dengan kejadian itu. Beginilah kalau lantik menteri kerana ingin menyelamatkan keadaan dan bukan berdasarkan latar belakang dan semangat seseorang. Perhatian mereka terhadap kes-kes begitu akan menjadi kurang.

Mungkin Husam juga sebagai orang politik turut tertidur selepas itu. Cuma bezanya lewat sedikit daripada pemimpin Umno kerana ingin mengusik atau mahu mendengar dengkur pemimpin Umno yang sedang dilamun mimpi Apco itu.

Jam 2:00 pagi seorang bloger dan penulis seperti saya, masih belum tidur. Dalam mata berbinar dan silau terus membuka dari satu laman web ke satu laman web untuk mendapat berita terkini dengan kejadian itu. Buntu...dalam kebuntuan itu saya menghubungi bekas ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamad yang diketahui berada di Turki minggu lepas.

Menurut Apandi beliau juga tidak mengetahui nasib rombongan Malaysia itu. Segala maklumat dengan rakan menyertai misi itu terputus lebih 24 jam lalu. Beliau sudah pun berlepas dari Turki dan ketika bercakap dengan saya beliau sudah berada di Dubai untuk terbang pulang. Mungkin lewat pagi ini Apandi akan sampai ke tanah air.

Saya juga mencari apa yang Husam cari itu, sejauh mana keperihatinan kerajaan Malaysia. Sehinggalah pagi ini baru saya mendengar di radio Klasik yang Najib Razak ada membuat kenyataan kesal dan mengutuk kejadian itu. Ianya disiarkan menerusi siaran berita. Anih radio Klasik yang menjadi radio nasional tidak menghebahkan kejadian itu. Sekali lagi sikap dingin dan tidak serius radio ini menggambarkan semangat dan sikap menterinya.

Itulah kita, dalam nasib manusia lain ditindas dan dibunuh kita masih asyik mendengar lagu-lagu klasik, dondang sayang, pop yeh yeh dan sebagainya. Teringin saya menyaksikan apakah lagu-lagu ini akan terus dimainkan dicorong radio kalau musibah secelaka itu menimpa kita.

Sekali lagi kalau melantik menteri kerana bakat dan kesediaannya mengampu Perdana Menteri maka begitulah jadinya. Peduli apa dengan kebajingan Yahudi. Dia tidak akan peka kepada masalah-masalah lain yang lebih besar dan memerlukan pemerhatiannya. Kalau menteri menjaga radio ada semangat kemanusiaan dan agama tinggi, pasti beliau akan menelefon Pengarahnya agar sering-sering menghebahkan apa yang berlaku dengan disulami kecaman halus ke atas Zionis. Pengarah Penyiaran juga nampaknya dua kali dua puluh lima saja dengan menteri.

Benar kata Husam kita tidak sensitif atas apa yang berlaku. Kesakitan rakyat Palestin di Gaza tidak sampai ke sini. Kita hanya merasa dengan mata - menerusi tontonan filem tetapi tidak merasa dengan hati. Kalau kita merasa dengan hati kita akan segera ke sana. Kita bukan saja menangis tetapi terus berlari untuk membela mereka yang tertindas.

Kalau Malaysia merasa kesakitan dan kepedihan itu mereka perlu bertindak segera. Seperti mana kata Husam, kerajaan Malaysia harus bangkit seperti Sweden, Sepanyol, Denmark,dan Greece yang memanggil duta Israel. Dan tindakan paling bermakna dalam menyatakan simpati dan kebencian kita kepada Israel ialah membatalkan segera kontrak dengan Apco syarikat yang ada kaitan dengan Israel itu. Sinis Husam lebib baik wang untuk membayar kontrak bernilai REM77 juta itu dihantar ke Palestin.

Apakah kerajaan 1 Malaysia pimpinan Najib berani berbuat begitu?

Sementara itu satu SMS saya terima memaklumkan satu himpunan kemanusiaan dan solat hajat mendoakan kesejahteraan Palestin akan diadakan pada 3 Jun jam 6:30 petang bertempat di Stadium Melawati Shah Alam. Orang ramai dijemut hadir beramai-ramai sebagai simbolik sokongan mempertahankan Palestin dan mengutuk Israel. [wm.kl. 11:00 am 01/06/10]

Iktibar Dari Sebuah Kekejaman

Kutuk Israel Kutuk Juga Diri Sendiri

APABILA cis Israel menyerang konvoi misi kemanusiaan yang berlayar ke Gaza, kita semua mengutuk Israel. Kita tidak boleh menerima sikap kejam dan biadab kaum yang telah dikutuk Allah s.w.t. itu. Semua pihak - parti politik, NGO dan individu mengutuk kejadian itu. Serentak itu macam-macam aksi dan tindakan diperlukan bagi menzahirkan kemurkaan kita kepada Israel.

[Sehingga saat ini seramai 19 terkorban (syahid) dan berpuluh pula cedera angkara Israel yang menyerang misi kemanusiaan anjuran Lifeline 4 Gaza (LL4G). Dalam serangan jahat itu nasib 12 orang rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan itu masih belum diketahui. Kita mendoakan mereka diselamatkan Allah]

Ekoran kejadian itu beberapa NGO dan parti siasah yang didominasi oleh orang Melayu telah mengadakan tunjuk perasaan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Amerika Syarikat yang dianggap menjadi bapa tiri kepada Israel. Semuanya berarak dan menjerit-jerit dipintu pagar kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak. Setakat itu sajalah yang termampu dilakukan, untuk masuk tidak mungkin kerana kedutaan itu dikawal dengan berlapis 'kawat' duri.

Selain itu ada yang meminta agar parlimen Malaysia mengadakan sidang khas. Tujuannya ialah untuk membuat resolusi mengutuk kejadian di lautan Mediterranen itu. Ada juga yang hanya melafazkan rasa kesal dan apa yang mampu dilakukan melihat terkulat-kulat dari jauh.

Kerajaan negara ini menerusi Perdana Menteri juga membuat kenyataan akan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya membincang tindakan biadap Israel itu dalam masa terdekat. Najib Razak baru sekejap tadi terdengar di radio mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu.

Dunai Islam seluruh juga turut sama mengutuk apa yang terjadi itu. Negara yang berani, meminta PBB mengadakan persidangan meminta dan desak Israel supaya membebaskan berpuluh sukarelawan yang ditahan serta mendesak Israel membubarkan kepuangan ke atas Gaza. Malangnya negara berkuasa besar China, Jepun, Russia, Peranchis, Jerman dan Amerika Syarikat sendiri masih mendiamkan diri.

Begitu juga dengan negara teluk yang dinaungi Yahudi, Arab Saudia, Iraq, Kuwait, UEA juga mendiamkan diri tidak berani bersuara. Iraq juga masih belum kedengaran lagi apa-apa komen dan ulasan darinya. Yang lantang dan konsisten menentang Israel hanya Turki dan Iran.

Kutukan itu kita terima dan kita sokongan. Itulah apa yang dapat kita lakukan. Kita tidak mampu untuk menentang kaum yang disebut dalam Quran akan kejahatannnya. Kejahatannya juga tidak akan berakhir selagi dunia tidak khiamat total. Namun atas semangat agama dan sifat kemanusiaan kita perlu kutuk dan lawan setakat yang mampu. Melawan kewajiban wajib hatta sambil baring.

Mengenai kejadian di Palestin atau pun bentuk keganasan lain dilakukan Yahudi - musuh Allah kita perlu melihatnya dari berbagai sudut. Setiap apa yang berlaku hendaklah diambil iktibar atasnya. Mengenai kejahatan Israel terhadap Palestin ini khasnya ia bukan baru tetapi sudah berlalu lebih 60 tahun lalu.

Kejahatan Israel tidak henti-henti kanditpun seminit. Bangsa itu meneruskan kejahatannya, dan sedikit demi sedikit bumi rakyat Palestin dirampasnya. Ribuan nyawa tidak berdosa, orang tua, kanak-kanak dan wanita dihapuskan begitu saja macam membakar sampah. Kehilangan dan kemusnahan harta benda usahlah disebut lagi.

Apa yang saya maksudkan, keinsafan perlu muncul dan diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Palestin itu. Nasib malang rakyat Palestin bukan saja perlu kita bukukan atau syairkan dalam puisi atau sajak dibaca di tepi-tepi pantai atau di kamar dingin. Tetapi kita harus melihat luas dan dalam dari itu dengan penuh pengertian.

Kita kena mengambil kekejaman itu dan penderitaan nasib rakyat Palestin itu sebagai nasib kita juga. Penderitaan yang dilalui perlu dipadankan ke dalam kehidupan kita. Kita kena membayangkan suatu hari nanti nasib bangsa kita juga akan terjadi demikian. Bumi Malaya ini juga akan sedikit demi sedikit akan diratah oleh musuh. Peperangan tidak akan terelak kerana itulah sunatullah.

Kita tidak boleh menerima keadaan kita kekal seperti hari ini. Keamanan dan kekayaan yang melimpah hari ini akan terus menjadi milik kita. Tanpa kita ketahui dalam senyap ada orang yang mengidam untuk memiliknya. Kita kini asyik tidur lena dan percayakan kepada 'pagar' keselamatan yang ada.

Mulai hari ini, sepatunya semalam kita kena membayangkan yang negara kita juga akan diganyang seperti penganyangan berterusan bak Israel lakukan ke atas Palestin itu. Kita kena bayangkan akan berlaku pembunuhan di sini suatu masa nanti. Hidup akan bertaburan dan melarat. Segala kemewahan dan nikmat yang kita hirup hari ini akan terganggu jua.

Jadi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan itu maka kita kena buat sesuatu. Kita kena bertindak dan insaf. Perkara paling pokok ialah menguatkan persaudaraan bangsa negara kita. Kita tidak mampu untuk hidup secara terpisah atas apa juga alasan dan iktikad. Kita kena bersatu dan perpadu sepanjang masa.

Janganlah kita hanya tahu mengutuk kejahatan Israel sebaliknya kita juga perlu mengutuk diri sesama kita yang liat untuk bersatu bagi membena bentang keselamatan bangsa di hari muka. Jadi di samping kita mengutuk dan menghina Israel, kita orang Melayu perlu sama mengutuk diri sendiri dalam kontesk kesombongan kita untuk berada dalam satu saf! [wm.kl. 9:00 am 01/06/10]