Saturday, December 4, 2010

Membongkar Belawak

Peguam Umno Yang Tak Khatam Perlembagaan

SEMASA penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru-baru ini saya tersapa Mustapa Mohamed dan bercakap beberapa patah dengannya. Kebetulan pada masa itu peguam Umno, Mohd Hafarizam Harun lewat berhampiran kami bercakap. Mustapa begitu terpandang Hafarizam - dengan gaya tersendirinya (gopoh takut) menyapa Hafarizam dengan penuh hormat. Mustapa memang sangat menghormati orang yang ada kuasa dan kedudukan.

"Ini peguam negara?" kata Mustapa memperkenalkan Harfarizam kepada saya sambil menempuk-nepuk bahu Hafarizam. Saya sudah kenal peguam muda ini sewaktu dia mengurus dan menyelesaikan kes petisyen dibuat oleh bekas calon BN yang kalah di Kulim Bandar Baru, Abdul Aziz Sheikh Kadir.

Kes itu diselesaikan diluar mahkamah dengan Aziz menarik balik petisyen dan ahli Parlimen Kulim Bandar - Baru kekal sebagai wakilnya. Adalah terma-terma tertentu menyebabkan petisyen itu ditarik balik dan mengekalkan ahli Parlimen berkenaan di Parlimen.

Saya tidak mengambil berat atas apa yang Mustapa katakan itu. Bagi saya sesiapa pun sama saja, apa lagi saya tidak ada apa-apa kepentingan dan keperluan untuk menghormati peguam Umno itu berlebih-lebih. Saya tidak perlu sampai menunduk dan bersujud sahwi kepadanya atau sesiapa sesama manusia. Cuma saya mengatakan, "sekejap tengok sini saya nak ambil gambar," dan saya memetik punat kamera, sreehhhh shup.

Mustapa sebagai orang Umno No 1 Kelantan seronok dapat bergambar dengan Hafarizam.
Baginya samalah dapat bergambar dengan Abdul Ghani Petail. Saya percaya kalau umur Umno panjang peguam muda yang katanya sudah bertaraf jutawan ini (kerana mengendalikan kes-kes Umno ini) akan jadi peguam negara. Beliau juga katanya anak didik dan rapat dengan Ketua Hakim Negara hari ini.

Sebenarnya kerja dilakukan Hafarizam samalah dengan kawan saya lakukan. Kendalikan kes mahkamah berhubung petisyen pilihan raya di seluruh negara. Tetapi kerana kawan saya mengambil kes di pihak pembangkang, (Pas) maka tidaklah ia mepunyai wang yang banyak. Ada kalanya kerja atau perkhidmatannya tidak dibayar langsung ataupun hanya diberi sebungkus tapai saja.

Apabila membaca kenyataan dan pandangan Hafarizam berhubung isu ketuanan Melayu yang meletus ekoran ucapan dasar Dr Wan Azizah Ismail dalam kongres PKR tempoh hari, saya tidak nampak peguam ini berkelayakan untuk jadi peguam negara. Saya tidak arif mengenai undang-undang seperti beliau.

Tetapi apabila beliau mengatakan kenyataan itu sebagai mencabar hak keistimewaan Melayu dan raja-raja sehingga perlu ditahan di bawah ISA, menyebabkan saya konfius sejauh mana kealiman peguam muda ini terhadap perlembagaan dan undang-undang. Saya rasa peguam ini belum cukup matang dan tidak khatam membaca perlembagaan negara.

Saya dan mereka tidak bersentimen dengan Umno tidak nampak kenyataan Azizah itu menyentuh soal hak keisitimewaan orang Melayu apa lagi hendak membuang hak keistimewaan Melayu termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu. Kenyataan atau ucapan Azizah itu sudah diputar belitkan dan diberikan nafas baru dan pentafsiran yang silap. Saya tidak fikir kalau orang tidak faham teks ucapan itu kerana tingginya bahasa dipakai Azizah. Kerana itu ia sengaja diputar belitkan.

Apakah ucapan Azizah hari itu, saya petik dan turunkan ucapan di bawah tajuk kecil "Bangsa Bermaruah" dari point 27 hingga 32:
Saudara saudari sidang kongres;

Saya, sebagai orang Melayu yang beragama Islam, berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai tuan. Kitab al Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi tuan dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain. Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikan kepada insan lain).

Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu.


28. Sebenarnya dalam tradisi orang Melayu mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain. Mari kita merenung sejenak beberapa ungkapann pantun klasik di bawah;

Tenang tenang air laut
Sampan kolek mudir ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasanya nak junjung.

Kapal belajar dari Arakan,
Ambil gaji jadi jemdui,
Mati ikan kerana umpan,
Mati saya kerana budi.

Pisang emas di bawa belayar,
Masa sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

29. Justeru itu konsep ketuanan Melayu wajib dibakulsampahkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah. Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain.

30. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan.

Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, daif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi hanya dibayar RM 9.50 untuk kerja mereka selama sehari. Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu.


31. Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan. Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini.

Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli ini dalam kerangka keupayaan kita.


32. Semua ini membuktikan bahawa para pemimpin UMNO buan berjuang untuk membela orang Melayu. Parti ini hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu . Umno adalah "parti tauke" dan jauh sekali untuk berwajah sebagai "parti rakyat". Maka itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat.

Cuba perhati dan hayati betuk-betul teks ucapan Azizah itu. Apakah di situ bermaksud ia ingin menghakiskan hak keistimewaan orang Melayu atau menyentuh langsung perlembagaan negara?

Di dalam perlembagaan Melayu tidak ada perkataan ketuanan Melayu. Malahan konsep ketuanan Melayu yang diperagakan Umno itu tidak ada. Ini disahkan sendiri oleh ahli sejarah Prof Dr Emeritus Khoo Kay Kim dan juga pakar-pakar perlembagaan yang tidak berkepentingan serta peguam yang berdiri atas necara keadilan.

Bukan saja Kay Kim , sesiapa yang tahu membaca perlembagaan negara juga tidak akan menemui perkataan ketuanan Melayu itu. Adalah satu kesilapan dan khilaf besar kalau Hafarizam dan sesiapa cuba hendak merangkulkan ketuanan Melayu itu sebagai hak keistimewaan Melayu seperti mana termaktub dalam Perkara 152 dan 153 dalam perlembagaan negara. Tindakan cuba mentafsirkan ketuanan Melayu merangkumi Perkara itu adalah tidak tepat dan dibuat oleh mereka yang cuba mengeksploit perkara itu dengan tujuan tertentu dan satu pemfitnahan kubra.

Saya setuju kalau sesiapa saja, tidak kira Umno, Pas dan PKR yang ingin menghakiskan hak keitimewaan orang Melayu mereka perlu ditentang. Usahkan Azizah, kalau Najib Razak sendiri perlu ditentang. Sebab itulah bila Umno menajakan projek untuk meminda perlembagaan bagi menghakiskan imuniti Raja-raja dulu kita tentang habis-habisan. Tetapi soal ini di sini apakah kenyataan Azizah itu membawa hakikat demikian?

Saya berharap peguam itu mentafsir semula pemahamannya mengenai slogan ketuanan Melayu dan tidak mudah mengaitkan kenyataan Azizah itu sebagai hendak membakulsampah Perkara 152 dan 153 atau Raja-raja Melayu. Tiada kenyataan baik rasmi atau tidak mengenai hal itu. Di dalam teks ucapan beliau tempoh hari pun tidak ada menyebut perkara itu baik secara nyata atau tersirat.

Jadi apa yang berlaku Hafarizam atau Umno memperkatakan apa yang tidak dikatakan Azizah dan PKR. Ertinya ketuanan Melayu itu hanya slogan dari luar perlembagaan dan ciptaan Umno semata-mata. Ertinya mereka memperjuangkan perkara yang tidak wujud dan menjadi intipati perlembagaan yang perlu kita hormat dan pertahankan.

Ketuanan Melayu adalah slogan yang sama dengan hantu yang menakutkan Hafarizam dan Umno. Mereka sebenarnya sangat lemah bila takut kepada apa yang tidak wujud. Percayalah dalam dunia serba celik dan terbuka ini orang bukan mudah untuk dimomokkan dengan bayangan atau pun ilusi. Orang hari ini melihat kepada realiti.

Ayuh janganlah membuat khianat sesama sendiri. Kalau hendak jatuhkan Azizah atau kucar kacirkan PKR gunalah jalan lain yang halal atau lebih profesional. Jangan menjatuhkan keburukan dengan keburukan yang dihalalkan. Berdepanlah dengan mereka dalam medan demokrasi terbuka. Di situ nanti kebenaran akan menjelma dan diketahui siapa yang benar dan siapa yang haprak dan hapak!

Ingatlah firman ini; Di dalam hati mereka terdapat penyakit, lalau ditambah Allah penyakit dan mereka menerima azab yang pedih kerana sebelum ini selalu mereka berbohong. - Al Baqarah 10. [wm.kl.6:30 pm 04/12/10]

Predection Sabtu

Wikileaks Portal
Yang Menyeronok Dan Menakutkan!


SECARA alamiah semua manusia tidak suka kepada sesuatu yang mengekang jiwa dan dirinya. Manusia akan cuba berusaha melepaskan segala kekangan itu. Apa juga kekangan adalah penjara. Kejahatan, kesadisan, ketidakjujuran, pembohongan atau pemanipulasian juga merupakan sebahagian daripada penjara. Yang tidak disenangi oleh naluri manusia. Makanya manusia akan berusaha untuk membebaskan diri mereka ditipu, dipermain atau diperbodoh-bodohkan.

Berbagai-bagai pula usaha dan helah manusia untuk membebaskan dirinya atas nama untuk mencari keadilan dan membebaskan dunia dari belenggu kepuraan-puraan dan munafik. Dalam usaha ini ada yang menggunakan kekuatan fizikal, menggunakan akal, memperalatkan pihak lain dan sebagainya. Yang penting nawaitunya tercapai.

Dalam usaha membebaskan segala comotan hitam dan jahat itu manusia sanggup melakukan apa saja. Di sini masalah upah atau kebendaan tidak menjadi perhitungan. Seorang manusia yang mahu kembali kepada fitrah dirinya - kembali kepada jisim dan zat kejadian-Nya, akan berbuat sesuatu itu secara sukarela dan ikhlas. Manusia yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dia akan berusaha mengatasinya dan sanggup mengeluarkan belanja berapa banyak sekali pun. Ada juga yang menjadikan nyawa sebagai gadaian dan taruhan.

Bagaimana pun ada yang yang menerima upah di sebalik kegiatan baik itu. Mereka menjadikan kerja membongkar dan membebas dunia itu sebagai profesyen cari makan untuk anak dan isteri serta kekasih alias gundik.

Demikian juga dengan Wikileaks sebuah portal berita bebas yang diasaskan oleh warga Australia bernama Julian Assange, 39 (foto). Beliau adalah peyandang ijizah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik dan seorang pengodam laman web. Mulanya dia beroperasi di Malbourne, Australia kemudian berpindah ke serata tempat. Beliau memang bermasalah dengan Amerika kerana mendedahkan rahsia sulit negara itu dan kini sedang mendapatkan suaka politik dari Swedan.

Dari profile kehidupannya beliau pernah belajar di lebih 136 buah sekolah berbeza dan pernah ditahan beberapa kali kerana jenayah menggodam komputer. Manakala kewujudan portal ini ditemui pada tahun 2006.

Bagi Amerika, Wikileaks atau Asaange hanya mahluk kecil saja kalau dibandingkan dengan kekuatan dan keghanan negara itu. Tetapi kecerdikan dan kegilaan Assange itu ia seperti nyamuk yang boleh membunuh gajah. Kewujudan Wikileaks kini sudah mula dirasai oleh Amerika yang besar itu apabila ia mendedahkan berbagai rahsia jenayah melibatkan negara berkenaan. Pendedahan dibuat Wikileaks memalukan dan menjatuhkan maruah Amerika sebagai sebuah negara yang mengakui sangat mendaulatkan hak asasi manusia.

Di mana-mana di seluruh dunia kini orang mengatakan mengenai Wikileaks dan kegiatannya. Semuanya terarah kepada serangan portal pembekal rahsia itu ke atas Amerika. Kisah ngeri di sebalik tabir perang Iraq - Iran ataupun pergolakan dan perang di Afghanistan yang dicampuri langsung atau dipalankan Amaerika mula di bongkar satu persatu.

Pada Oktober lalu laman berbahaya itu telah mendedahkan 400,000 laporan perang di Iraq yang kebanyakannya melibatkan Amerika. Paling baru pendedahan yang menggerunkan Amerika ialah pada 28 November lalu. Selain itu sebanyak 90,000 dokumen rahsia mengenai peperangan di Afghanistan juga diedahkan. Kebanyakan rahsia itu adalah dokumen komunikasi perhubungan Amerika dengan 274 kedutaannnya dan konsul jeneralnya di seluruh dunia.

Yang anihnya bagaimana Wikileaks sebuah badan persendirian memperolehi segala maklumat itu?

Secara logiknya segala maklumat sulit itu tidak akan tercicir keluar kalau bukan orang dalam sendiri yang memberinya. Ini bermakna rakyat Amerika termasuk di Pentagon sendiri sudah beluk dengan Amerika.

Kita di Malaysia juga syok dengan peranaan diaminkan Wikileaks ini. Kita dapat mengetahui segala maklumat yang selama ini tersimpan atau pun dibunguks dan diperutkan di Pentagon sahaja. Hari ini dengan kerjasama orang dalam, satu persatu rahsia sulit itu didedah dan diselekkan menjadikan tembelang Amerika semakin membusuk.

Bagaimana dalam keseronokan membaca pendedahan jahat Amerika terutamanya mengenai jenayah perang, kita perlu ingat - apa lagi para bangasawan politik, Wikileaks bukan saja musuh Amrika Syarikat, tetapi ia merupakan agen kepada semua orang, baik orang jahat atau orang baik. Wikileaks mungkin permulaannya akan menumpukan kepada kes-kes di Amerika saja. Tetapi lama kelamaan ia akan merebak dan mengalir di seluruh dunia, apa lagi kalau nawaitu tuanpunya bertukar tujuan untuk mencari keuntungan besar dan bukan lagi memperjuangkan keadilan sejagat.

Apabila badan itu memerlukan kewangan untuk membiayai kos penerbitan dan kakitangan ia akan mula menjana wang. Kerja yang mulanya secara berseronok di sudut rumah itu lama kelamaan ia akan bertukar menjadi kerja untuk mendapat wang. Hobby Julian Assange itu boleh bertukar untuk menjadi orang terkaya di dunia dengan mengenakan bayaran atau fee kepada setiap maklumat yang akan didedahnya. Ia boleh jadi dengan menjadikan Wikileaks sebagai bank maklumat rahsia dunia.

Sebagai bank Wikilleaks akan menyediakan urus niaga pembeli dan penjual maklumat untuk kegunaan dunia.

Kalau itu terjadi... Malaysia terutamanya orang politik Malaysia juga harus bersedia menghadapi tentangan dan pukulan Wikileaks itu. Mereka yang merasakan diri mereka ada tersangkut dengan apa-apa skandal atau jenayah awam yang masih tersembunyi bersiap sedialah. Mungkin pendedahan penglibatan anda itu sedang menunggu giliran untuk diledakkan.

Wikileaks akan menyiarkan mengikut prioriti yang ada kepadanya atau mengikut berapa banyak pihaknya menerima bayaran (fee) atau sejauh mana dia bersimpati dengan seseorang. Ia boleh diperalatkan kerana ianya adalah perkakas penyedia maklumat dunia dan satu urusniaga baru. Salah satu isu atau rahsia yang berpotensi dari negara ini untuk didedahkan oleh Wikileaks ialah mengenai pembunuhan misteri seorang hawa Mongolia beranak satu, Altantuya Shariibbu. Jenayah dan tragedi ini menjadi sebutan di seluruh dunia. Walaupun sudah ada orang terhukum dipercayai melakukannya tetapi motif pembunuhan terkejam di negara ini itu belum tersingkap lagi.

Makanya semua orang di Malaysia terutamanya ahli politik harus bersiap sedia menerima serangan Wikileaks. Jangan hanya menanti untuk melihat Amerika atau negara lain menjadi mangsa laman itu, sebaliknya cuba bayangkan juga Malaysia akan ikut jadi mangsa sama. Kalau tidak negara pun, tetapi mungkin ada individu atau ahli ternama tertentu yang akan digigit oleh Wikileaks. Masa paling sesuai kalau Wikileaks hendak memalukan individu tertentu dan Malaysia ialah menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak. Rasa-ranyalah...[wm.kl.8:15 am 04/12/10]

Friday, December 3, 2010

Sebelum Malam

Mari Kita Tunjuk Perasaan, Ayuh...

LAMA tidak hadir dan tengok orang berdemonstrasi. Ahad ini kalau tidak ada aral melintang akan berlangsung demonstrasi besar-besaran. Demo kembar di antara kumpulan bajuh merah dengan kumpulan baju hitam. Kumpulan baju merah adalah kumpulan yang berdemonstrasi untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong untuk membantah kenaikan air di negeri Selangor.

Manakala kumpulan baju hitam pula berdemon untuk menyerahkan memorandum bagi membantah penyelewengan kerajaan negeri Selangor. Demostrasi ini akan berlangsung serentak dan menuju ke destinasi yang sama.

Puak baju merah akan berhimpun di perkarangan Masjid Negara. Ketua Polis Kuala Lumpur, Zulkifli sudah memberi amaran perhimpunan kedua puak itu adalah haram kerana tidak ada permit yang dikeluarkan. Biasalah... demostrasi selalunya tidak ada permit. Jarang polis akan keluar permit untuk satu-satu demonstrasi terbuka. Bagi para demonstran pula mereka lebih suka dan merasa tercabar berdemo tanpa permit.

Semburan gas pemedih mata, ataupun semburan water cannon dinanti-nantikan oleh para demonstrasi. Atau kalau terkena ketuk cotal si baju merah bertopi besi pula lagi sedap dan enak, bangga. Membawa balik bengkak ke rumah tunjuk kepada anak isteri satu kebanggaan para penunjuk perasaan di tahun-tahun 1998. Jadi tidak haiwanlah kalau para petunjuk perasaan sengaja mengejek polis agar memukul atau menyembur mereka dengan gas pemedih mata.

Saya nak perhatikan dalam demo ini kumpulan mana lebih ramai. Walaupun hanya untuk menghantarkan nota bantahan tetapi demostrasi melibatkan dua puak itu adalah simbolik kepada peperangan politik hari ini. Puak baju merah (bukan petak-petak merah?) adalah puak kerajaan Pakatan Rakyat. Manakala puak baju hitam puak kerajaan BN.

Memo bantahan itu meminta budibicara Yang Dipertua Agong supaya campur tangan agar harga air di Selangor tidak dinaikkan. Saya tidak berapa jelas kenapa harus dihantar kepada Yang Diperetuan Agong tetapi bukan kepada Sultan Selangor. Apakah ianya disengajakan untuk mendapat liputan meluas atau pun mahu jadi isu kenaikan air itu bagi timbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan UBN.

Begitu agaknya.

Kerana demostrasi itu adalah nominis kepada kerajaan Pakatan dan BN maka ia boleh dijadikan indaktor awal puak mana lebih kuat. Kalau jumlah penujuk perasaan dari baju merah lebh ramai maka pengaruh Pakatan Rakyat lebih banyak. Manakala kalau puak baju hitam ramai ini bermakna pengaruh BN sudah mula bertambah.

Kerana itu saya yakin kedua pihak kini sedang berusaha untuk memastikan ketumbukan masing-masing kuat. Di dalam blog dan internet bermacam-macam seruan dibuat agar menghadiri demostrasi berkenaan.

Tidak mengapa dan tidak salah kalau orang ramai ingin jadikan demostrasi sebagai kegiatan minggu atau bulan mereka. Setidak-tidaknya bila bertempik dan melaung ia boleh menyihatkan badan. Saraf badan dan otak akan aktif. Menunjuk perasaan juga boleh menghilangkan stress.

Cuma apa yang diharapkan janganlah berlaku sesuatu yang tidak baik. Apa yang berlaku di Perak dikala tunjuk perasaan ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat secara paksa itu tidak akan berlaku. Di Perak dulu yang menunjuk perasaan dan saling makin memakin ialah sesama Melayu sendiri.

Yang kena tangkap dan mengorbankan jiwa dan nyawa orang Melayu sendiri. Melayu sama Melayu yang berkekah dan bergaduh orang lain tukang tengok ataupun belikan air mineral ataupun sediakan penmandol. Hendaknya orang Melayu khususnya yang akan mengambil bahagian baik secara rasmi tidak rasmi Ahad ini insaf dan menyedari ini.

Tunjuklah perasaan dengan baik dan jangan tunjuk kebodohan di sebalik tindakan itu. Hore hotelah... [ttdi kl 7:30 pm 03/12/10]

Thursday, December 2, 2010

Susupan Petang

Nik Aziz Membina Projek Akhlak Di Kelantan

SAHABAT dan kawan sezaman dengan saya, Ramli Abdul Halim menulis dalam blognya - Meli Kapak Jangak bertanya dan mencari apakah jasa-jasa Tok Guru Nik Nik Mat sebagai MB Kelantan. Walaupun saya cuba memahami maksud tersirat di sebalik tulisan beliau itu, tetapi kali ini ilmu saya gagal merungkai apakah maksud sebenarnya di sebalik pertikaian itu. Apakah kawan saya itu sengaja melambung persoalan itu untuk dijawab beramai-ramai. Itukah hikmahnya?

Kerana itu yang diperolehi, saya rasakan Meli cuba merendahkan pencapaian Nik Aziz sebagai MB yang sudah masuk ke tahun 20. Dalam melihat Nik Aziz sebagai MB Meli mengasingkan Nik Aziz sebagai tok guru.
Awal penulisannya, Meli cuba membandingkan Muhammad Nasir dengan Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Muhammad Nasir adalah gurunya dan dalam sejarah politik Kelantan orang selamanya mengenagkan Muhammad Nasir sebagai oknum yang mengisbatkan Kelantan jatuh ke tangan UBN tahun 1978.

Meli membuka kisah bagaimana pengorbanan dan jasa-jasa Muhamamd Nasir dalam hidupnya, banyaknya sebagi MB. Kata Meli, Muhammad Nasir membeli 30 ekar tanah rang di kampugnya, Rong Chenak, Pasir Mas dan membuka sekolah agama, Balaghulmubin dan di sekolah itulah Meli belajar dan celik jawi, serta tahu baca Quran, hadith dan kitab agama.

Terus terang, di sini saya bukan hendak berlawan dengan sahabat saya itu atau menyinggung beliau kerana diterheret oleh polemik beliau dengan penjenguk blognya. Saya tidak pun membaca catatan (yang menimbulkan polemik itu), melainkan yang ini. Tetapi saya merasakan tulisan beliau itu agak berlebih-lebih sedikit. Secara peribadi saya bersetuju kalau pembangunan fizikal projek mega tidak terlaksana di zaman Nik Aziz jadi MB selama sudah 20 tahun. Dan saya juga setuju kalau Meli malah sesiapa mengkritik Nik Aziz. Saya juga berbuat demikian tetapi biarlah konstruktif dan sedia meralat kalau kritikan kita tidak tepat.

Kalau dibanding dengan Mohd Asri Muda (Allahyarham) saja sebagai menjadi MB, Nik Aziz kalah dari segi membawa pembangunan fizikal di Kelantan. Misalnya di zaman Asri dibuka tanah rancangan untuk menempatkan rakyat Kelantan yang tidak bertanah. Peneroka di zaman Asri membuka tanah dengan kudrat iradatnya sendiri. Mereka hanya bertemankan kapak dan beliung saja untuk meruntuhkan hutan menjadi kampung halaman. Nah, hari ini hasil pandangan jauh dan ikhtiar Asri itu peneroka itu sudah kaya raya dan setengahnya ada yang memiliki tanah sampai 50 ekar.

Selain tanah rancangan, pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra yang merentangi sungai Kelantan juga adalah idea dan usaha Asri. Begitu juga pembinaan pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri yang kini menjadi Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, adalah hasil usaha beliau. Setidak-tidaknya projek pembangunan itu menjadi legasi politik Asri dan rakan-rakannya di Kelantan.

Mungkin benar Nik Aziz tidak ada ikon material seumpama itu di zamannya. Legasi pembanguann fizikal agak berkurangan. Tetapi kalau kita cuba menjernihkan diri dan melihat pembangunan itu dalam skop lebih luas, (hakiki sebagai umat Islam) tidak dapat tidak kena diakui juga Nik Aziz turut membawa pembanguan dan merubah landskap politik Kelantan. Banyak perubahan dan pembaharuan (tajdid) yang tetes dalam tempoh 20 tahun.

Satu perkara yang jelas dan ini menunjukkan beliau ada sumbangan dan jasa apabila pentadbiran dan pemerintahannya di terima. Kemampuan kerajaan Pas Kelantan bertahan selam 20 tahun (dan insyaAllah akan kekal selepas pilihan raya k 13 nanti) adalah bukti paling jelas yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana penganalisa politik termasuk dari London sekali pun mengenai kehebatan Nik Aziz dan Pas.

Apakah erti dan signifiken kehebatan Pas itu? Itu adalah kehebatan yang dijelmakan oleh Nik Aziz. Kalaulah kehadiran Nik Aziz tidak disenangi dan ia membawa 'sia-sia yang lapar' kepada Kelantan, nescaya rakyat Kelantan tidak akan sanggup bermenteribesarkan Nik Aziz selama 20 tahun.

Kehebatan dan keagungan beliau dalam soal ini perlu dilihat dan dijadikan perbandingan kejayaan beliau secara insaf. Cuba panjangkan leher dan bulatkan (wokankan) mata untuk melihat kehebatan ini yang belum tentu dapat dicabar oleh sesiapa. Saya berani mengatakan sukar untuk sesiapa baik dari kalangan Pas sendiri atau Umno untuk memadam pencapaian Nik Aziz itu.

Kemajuan yang berlaku di zaman Nik Aziz adalah pembangunan jiwa, pembangunan rohani dan pembangunan insan. Nik Aziz telah membangunkan akhlak politik di Kelantan. Beliau telah meletakkan rakyat Kelantan dalam neraca politiknya sendiri yang ikut berfikir dan mengambil berat tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Hanya mereka yang sengaja membutakan mata saja tidak akan nampak pembanguann akhlak dibina Nik Aziz. Dalam kata lain Nik Aziz berjaya menginstitusikan politik sebagai instrument untuk membawa manusia ke dua destinasi sekaligus, ke panggung wayang dan masjid. Beliau adalah pemaking kepada perjuangan Pas pada masa kini, seorang ahli politik yang versatile atau anjal yang mampu mengikut rentak politik tanpa meninggalkan Quran dan Hadith.

Dalam hal ini salah satu yang paling manrik bagi saya, Nik Aziz berjaya menghapuskan sikap politik kolot dan jumud sesetengah orang Pas di Kelantan yang dibawa oleh regim lama, iatu menimbulkan politik kafir mengkafir dan bergaduh sesama sendiri. Selepas Nik Aziz mengemudi Pas Kelantan isu kafir mengkafir sudah berkurangan dan kini hampir tidak melatas lagi. Masalah ataupun fenomena ini berjaya dihapuskan kerana stail dan pendekatan politik beliau.

Saya rasa Meli sendiri menyedari hal ini dan kertas catatan mengenai betapa buruknya politik kafi mengkafir yang pernah terjadi di Kelantan dulu masih ada dalam simpanannya.

Perubahan dalam sistem pentadbiran juga berlaku di bawah Nik Aziz. Nik Aziz berjaya membawa islah dalama sistem pentadbiran. Nik Aziz menjadikan Quran dan sunnah sebagai kaedah atau paduan untuk merubah pentadbiran dan sikap manusia bernama penguasa. Perubahan ini berjaya. Buktinya hasil didikan serta penekanan kepada akhlak dan moral, tiada pegawai kerajaan atau ahli politik Kelantan yang ditangkap kerana rasuah, atau pun telah menyalahgunakan kausa secara melampau. Saya percaya pihak UBN telah berusaha mengorek ke lubang cacing untuk mencari kesalahan para pemimpin Pas tetapi tidak ketemu.

Dengan akhlak politik yang dibangunkan Nik Aziz itu jugalah memungkinkan kerajaan Kelantan berusia panjang. Rakyat terus memberi kepercayaan. Kita selalu dengar Pas akan kalah kalau tidak ada Nik Aziz. Kenapa keluar dendangan dan ratib demikian? Jawabnya kerana kehebatan Nik Aziz.

Kalau dibandingkan usia pentadbiran bekas Menteri Besar lain dengan Nik Aziz, nampaknya 'panggil tida dengar.' MB sebelum ini hanya berkhdimat antara lima tahun dan tujuh tahun sahaja. Ishak Lufti Omar jadi MB selama lapan tahun saja. Asri jadi MB enam tahun manakala Muhamamd Nasir pula empat tahun saja. Tetapi Nik Aziz 20 tahun secara marathon. Huh... bukankah hebat namanya itu...

Bila bercakap pembangunan di era Nik Aziz, sesiapa pun akan kecewa kalau mahu melihat terbina menara 100 tingkat di Kelantan. Ataupun lapangan terbang terpanjang Malaysia di Kelantan, atau pun apa-apa yang maha hebat dan maha besar. Harus difahami kekuatan membina akhlak dan mengubah sistem kerajaan ini bukan senang untuk dilakukan. Pentadbiran akan berubah bila akhlak manusia berubah. Hanya manusia yang mempunyai sifat seperti Mahatama Ghandi saja yang boleh berbuat demikian. Di sini saya bersetuju kalau ada orang melebelkan Nik Aziz sebagai Mahtma Ghandi baru.

Selalunya orang yang marah dan keliru mengenai Nik Aziz kerana berada jauh darinya. Tidak merasai lembut jabatan salamnya dan menghidu harum bak kasturi nafas kemanusiaanya. Mereka yang berada jauh akan tidak dapat menghidu kemuliannya sebagai tok guru dan ahli politik. Sila hadir dan bersimpuh di depannya untuk merasai kelunakan itu semua. Bila berdekatan dengannya akan nampaklah ketinggian darjatnya, kerendahan budinya.

Kemajuan dan pembangunan yang dicipta dan dibangunkan Nik Aziz tidak terpandang oleh mata zahir tetapi sangat indah untuk ditilik mata batin. Sila berada di belakangnya menjadi makmum solat nescaya akan dapat dirasailah sebuah kenyaman dari payung seorang tok guru dan pemimpin negeri.

Sebab itu orang bukan Islam; Cina, India, Siam, Orang Asli senang mendampingnya kerana pembangunannya meninggal keinsafan dalam jiwa mereka. Dalam kata mudah Nik Aziz tidak membina jambatan terpanjang Malaysia di Kelantan merentang mana-mana sungai, tetapi dia menguntai doa dan munajat terpanjang untuk rakyat Kelantan dengan ilmunya.

Nik Aziz tidak membina lampangan terbang terbesar, tetapi dia membina lebuh raya lebar menuju ke kehidupan abadi dengan jawatan yang diamanahkan Allah kepadanya. Nik Aziz tidak membina bangunan pencangkar langit tetapi dia membina ketinggian akhlak dan budi menjejaki sunnah Rasulullah. Dia menghimbaukan tamadun Madinah di Kelantan.

Kalau hendak dikira jasa Nik Aziz sebagai hamba, sebagai da'i dan tok guru tidak terhitung. Tok Guru mana di Kelantan hari ini yang masih terus mentarbiyah ummah secara berterusan. Apa yang berlaku di Dataran Ilmu setiap Jumaat menjelaskan akan kehebatan dan pengorbanan atau jasa beliau. Sejak lebih 30 tahun beliau mengajar, (secara percuma) sudah berapa puluh ribu manusia yang mendapat manfaat darinya. Yang datang setiap Jumaat menadah telinga untuk mendengar syarahan agamanya bukan saja dari Kelantan tetapi dari luar juga.

Tidak ketinggalan dalam politik pula Nik Aziz berjaya memunculkan beberapa tokoh baru Pas di Kelantan yang akan mewarisi tahkta kekuasaan di Kelantan. Nama-nama seperti Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah, Takyuddin Hassan, Nasaruddin Daud, Zulkifli Mamat dan putranya sendiri Nik Abduh serta lain-lain adalah anak-anak didik yang lahir dari Madrasah Siasah Nik Aziz yang akan menerus dan memikul tanggungjawab politik dan agama di hari muka.

Saya rasa kepda mereka yang kabur mengenali politik dan juga jasa Nik Aziz di Kelantan akan celik dengan apa yang saya paparkan ini. Sekali lagi ditegaskan pembangunan Nik Aziz bukan pembangunan jasmani saja tetapi yang lebih penting baginya ialah pembangunan rohani menerusi projek pembentukan akhlak dan syaksiah politik. Jangan lupa basuh mulut kalau makan pulut. [wm.kl. 7:00 am 02/12/10]

Penganugerahan

Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor?

TIMBALAN Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din khabarnya akan dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah negeri Selangor. Anugerah khas yang berupa sijil dan wang akan disampaikan sempena sambutan Maal Hijrah pada Selasa ini.

Pemilihan Dr Haron itu dilihat tepat. Penglibatan beliau dalam bidang dakwah Islamiah bukan baru. Lama sebelum ini semasa menjadi pensyarah di universiti beliau telah menaburkan segala khidmat baktinya khusus dalam bidang agama.

Ketokohan beliau juga tidak ada tolak banding. Selain aktif berdakwah beliau juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam (sufi). Haron juga berjaya menulis dan menerbitkan tafisr penuh al-Quran di samping kitab perubatan Islam.

Kemampuan ini menjelaskan beliau seorang ilmuan kerana bukan calang-calang orang mampu mentafsir Quran. Mendahului pengumuman rasmi kerajaan Selangor saya mengalungkan ucapan tahniah dan syabas kepada beliau. [wm.kl.7:30 am 02/12/10]

Sesudah Subuh

Jangan Larang, Tetapi Bimbing Orang Baca Quran

SAYA tidak dengar dengan telinga sendiri bagaimana seorang perwakilan dalam kongres PKR beberapa hari lalu telah membaca terjemahan ayat Quran di dalam ucapan atau perbahasannya. Tidak tahu ayat berapa dan dalam surah apa ayat yang digunapakaikan itu. Tetapi nampaknya perbuatan perwakilan itu sudah dijadikan isu oleh pihak tertentu.

Disebabkan saya tidak mendengar sendiri dari konteks bagaimana ayat Quran itu digunakan, maka tidak dapat saya nak mengulas atau memberi pandangan saya berhubungan tindakan berkenaan. Kalau berdasarkan ulasan pihak tertentu yang anti PKR membayangkan tindakan perwakilan itu satu kesalahan besar. Ia seolah-olah seperti menghina kesucian ayat-ayat Quran dan satu perbuatan tidak patut.

Ia dilihat kotor dan hina lebih hina dan kotor daripada melihat lelaki Islam berganding tangan dengan pelacuran di sekitar ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Cuma biarlah saya menganggap apa yang dilaporkan itu benar - bahawa perwakilan berbangsa India itu menggunakan ayat Quran sebagai mengukuhkan hujah ataupun perbahasannya. Benar dia membaca tafsiran Quran untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada para perwakilan.

Sebelum ini seorang pemimpin DAP di Perak pernah menggunakan atau membaca ayat Quran di dalam ceramahnya. Tindakan itu dikecam hebat oleh para agamawan bersongkok mereng dan juga memakai serban merah. Katanya tindakan itu tidak patut dan satu penghinaan kepada Islam. Maka pemimpin DAP itu direjam dengan seribu kata-kata nesta siang dan malam termasuk oleh seorang mufti.

Saya sendiri mengkritik tindakan pemimpin DAP itu. Bagaimana pun Tok Guru Nik Aziz menyatakan ia bukan kesalahan, malahan tindakan itu satu perkara yang harus dipuji. Beliau lalu memperli kalau Umno tidak mahu pakai ayat Quran, sebab itulah DAP baca ayat Quran. Namun pada saya penjelasan Tok Guru itu bukan merupakan sesutau yang bersifat konsensus ulamak tetapi pandangan peribadi ilmunya sendiri.

Saya merasakan kurang wajar pemimpin DAP itu membaca ayat Quran apa lagi yang mendengarnya orang Melayu. Ketidakwajaran ini bukan kerana Quran itu dikhaskan kepada orang Islam saja, malahan kepada seluruh manusia dan makhluk atas muka ini, tetapi tidak wajar kerana yang membaca itu bukan Islam.

Bahasan ini berdasarkan kepada pendapat sesetengah ulama yang menghalang seseorang yang tidak berwuduk untuk menjamah al Quran. Jadi kalau hanya menjamah memerlukan wuduk apa lagi membaca maka lebih-lebih memerlukan wuduk! Tidak mustahil kalau pemimpin DAP itu mempunyai wuduk sebelum membacanya?

Dia masih berlum beriman kepada Allah. Jadi adalah songsang orang yang tidak beriman mempercayai kitab Allah tetapi tiba-tiba memperakui ayat-ayat-Nya. Ini dikatakan songsang. Perbuatan pemimpin DAP itu samalah orang yang tidak memakan pisang (makanan) tetapi mengatakan pisang sedap ataupun boleh mengenyangkan. Kita faham ia digunakan untuk mempengaruhi pendengar dan bukan ikhlas. Perbuatan itu adalah memperolok-olokkan ayat Quran dan samalah sifatnya dengan orang yang membaca tetapi tidak beriman.

Perbuatan seperti itu tidak sah. Sah di sini bermaksud tidak mempunyai keberkatan. Ayat-ayat itu akan berkat sekiranya yang membaca itu memahami isi kandungan Quran dan dia seorang muslim. Quran adalah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Ia sesuatu yang suci. Kalau Quran itu diperolok-olokkan atau dipermain-mainkan maka kesucian itu akan tercabar. Di sinilah perbuatan seseorang yang memperolokkan Quran dikesali umat Islam kerana ia mencemari kesucian Quran.

Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau orang bukan Islam membaca Quran termasuk tafsir dan terjemahan leteral kalau sekadar untuk pengetahuannya. Bacalah. Tetapi kalau ia cuma mengangkat apa yang dibaca itu untuk orang ramai apa lagi orang Islam ia tidak begitu baik. Perbuatan itu umpama orang yang ingin menjadi guru tetapi dia sendiri tidak pernah memasuki maktab perguruan.

Berbalik kepada perwakilan PKR dan juga perbuatan pemimpin DAP yang membaca ayat-ayat Quran itu, ia tidak salah kalau mereka baca untuk diri mereka sendiri. Untuk mereka mengetahui akan kehebatan mukjizat Muhammad itu. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian hati mereka akan terbuka dan mendapat taufik dan hidayah dari Allah s.w.t.

Adapun orang yang mengecam dan menentang perbuatan mereka itu juga keterlaluan. Mereka seharusnya bukan melarang keras sebaliknya memberi pendidikan dan pengajaran kepada mereka. Bimbinglah mereka bukan kecam dan kutuk mereka.

Beritahu perbuatan mereka itu kurang sopan dan jangan melarang mereka mendekati dan menjamah Quran. Sesungguhnya mereka yang melarang orang bukan Islam dari membaca tafsiran Quran itu lebih buruk dan jelek dari perwakilan PKR dan pemimpin DAP yang membaca terjemah Quran itu sendiri. Sebagai orang Islam sepatutnya merasa bangga apabila ada orang bukan Islam cuba berjinak-jinak dengan kitabullah itu dan bukan mempertikaikan penuh emosi dan kebencian.

Bukankah salah satu komponen dalam Islam itu akhlak? [wm.kl.6:40 am 02/12/10]

Wednesday, December 1, 2010

Ulasan Isu

Pilihan Raya Umum Ke 13 Tahun Hadapan?

TIDAK ada alasan paling afdal kenapa Umno menangguhkan selama 18 bulan pemilihan pemimpin di semua peringkat dalam parti berkenaan melainkan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya umum ke - 13. Walaupun Najib Razak menafikan ia tidak ada kena mengena dengan pemanggilan pilihan raya umum, tetapi umum akan melihat dan berfikir ke arah itu.

Kenapa pemilihan dalam Umno perlu ditangguhkan kalau bukan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya. Apa lagi Najib memberi alasan penangguhan itu bagi mengelakkan berlakunya pergelutan dalam Umno. Kenapa harus takut kepada pergelutan?

Yang pastinya kalau diadakan pemilihan keadaan Umno tidak akan tenteram. Kalau pun kemelutnya tidak sama dengan keriuhan dalam PKR semasa proses pemilihan baru-baru ini, ianya akan hampir-hampir. PKR adalah terlahir dari tulang rusuk Umno. Kalau PKR digambarkan kelam kabut, sampai bertumbuk 'gila babi' sampai pecah bibir mulut apa lagi Umno. Umno adalah induknya tentunya gen jahatnya lebih tebal berbanding dengan PKR.

Sudah termaktub dalam sejarah pemilihan Umno dipoloti (dicemari) dengan rasuah. Malahan ada pemimpin yang dibatalkan pertandingan kerana didapati rasuah. Rasuah adalah termasuk sebahagian rukun dalam pemilihan Umno. Yang bermain dengan rasuah bukan pemimpin kecil tetapi pemimpin peringkat jerung juga ikut melakukan rasuah.

Mungkin kerana menyedari keadaan itu maka Najib perlu menangguhkan pemilihan dalam Umno. Beliau tidak mahu Umno dalam keadaan berceperaian. Beliau mahu ahli menumpukan kepada masa depan parti. Dalam hal ini tentulah untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.

Bilakah pilihan raya akan diadakan? Anwar Ibrahim meramalkan ia akan diadakan dalam masa terdekat iaitu bulan Mac tahun depan. Saya tidak mengira kalau BN berani untuk menyegerakan pilihan raya. Tidak mungkin dalam tempoh hanya empat bulan dari sekarang pilihan raya akan diadakan.

Mungkin Umno merasakan mereka sudah kuat dan sokongan rakyat sudah pulih. Kemenangan di Galas dan Batu Sapi akan dijadikan alasan. Tetapi cukupkah hanya dengan dua kemenangan itu sedangkan beberapa pilihan raya sebelum ini BN tertumus?

BN atau Najib tahu kenapa BN boleh menang. Kemenangan di Galas dan Batu Sapi bukan menjadi indikator sebenar. Kemenangan itu disebabkan beberapa kepelikan dan keajaiban yang terjadi terutamanya di Galas.

Apakah Najib sedia memperdayakan dirinya sendiri dengan kemenangan itu?

Begitu juga tidak mungkin untuk Najib mengumumkan pembubaran parlimen serentak dengan pembubaran Dun Sarawak. Apa yang mungkin berlaku BN akan melihat sejauh mana keupayaan BN di Sarawak. Kalau takdir BN memang besar mungkin pilihan raya akan diadakan pertengahan tahun depan dan bukannya serentak atau sebelum pembubaran Dun Sarawak.

Sebaliknya kalau BN mengalami tumpah darah banyak di Sarawak, ini menyebabkan Najib akan melupai untuk mendapat mandat baru sebelum genap tempoh penggal ke 12 parlimen. Kemungkinan beliau akan melengahkan pilihan raya sehingga rapat ke Mac tahun 2013.

Dalam pada itu Pakatan tidak seharusnya ralik membuat analisa buruk terhadap BN. Apa yang penting mereka menyusun strategi dan merapatkan saf. PKR misalnya perlu mengenal pasti nama calon mereka. Jangan pula para beruk, kera, lembu dan katak dipilih untuk dijadikan calon.

Pakatan Rakyat perlu berada dalam keadaan siap siaga 24 jam. Mereka perlu beranggapan pilihan raya akan tiba bila-bila masa saja. BN akan mengumumkan pilihan raya bila-bila masa yang mereka merasakan selesa dan boleh menang banyak. Hakikat ini perlu disedari pihak Pakatan Rakyat. Sabree Shafii tentu suka membaca catatan ini. [wm.kl. 12:21 am 02/11/12/0]
Catatan ini sudah diposting beberapa jam sebelum ini tetapi ghaib, terpaksa tulis semula.

Tuesday, November 30, 2010

Singgungan Tengahari

Hishamuddin, Azizah Dan Raja

KITA tidak tahu apakah Hishamuddin Hussein memahami betul-betul atau tidak sebelum beliau mengulas atau membuat kritikan balas terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Kenapa saya mengatakan begitu, sebab ada kritikan dan bidasan beliau kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata.

Seolah-olah beliau tidak memahami isu atau makna persoalan yang timbul, tetapi lembek dan gatal mulut untuk bercakap. Iya orang politik boleh bercakap apa saja dan di mana saja, tetapi mereka harus membuat sedikit kajian dan penilaian supaya apa yang diucapkan itu tidak menampakkan kedangkalan dan kenaifan kita. Malang sekali kalau sebagai pemimpin, kalau kita bercakap macam orang bebal dan Mat gagap gigi jongang yang melaram mengusik dara di kepala jambatan di desa-desa.

Beliau mengatakan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Katanya isu itu sengaja ditimbulkan untuk mengundang suasana panas. Maksud susana panas itu ialah untuk menarik kebencian bukan Melayu kepada hak-hak Melayu. Atau melenyapkan hak Melayu apabila ketuanan Melayu diganti dengan ketuan rakyat.

Kononnya Azizah atau PKR sengaja mahu menjadikan ianya sebagai isu yang menindas bukan Melayu. Dalam pemahaman Hishamuddin, Azizah mahu mendedahkan isu ketunaan Melayu yang menjadi kesayangan Umno. Dalam masa sama juga Hishamuddin cuba melagakan PKR - rakyat dengan istana apabila beliau menghuraikan bahawa ketuanan rakyat itu sebagai hendak menghapuskan institusi raja.

Saya tidak mengira apakah Hishamddin memahami apa yang diungkap oleh Azizah dan menjadi falsafah PKR mengenai ketuanan rakyat itu. Kalau dia faham dia tidak akan tergamak menuduh melontarkan kepada Wan Azizah apakah PKR juga mahu menolak institusi raja-raja Melayu. Tetapi kerana beliau tidak faham dan tepu minda untuk mengertinya maka beliau beranggapan demikian.

Biarlah diterangkan apa yang difahami mengenai maksud ketuanan rakyat yang ditimbulkan Aizzah. PKR atau Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membiarkan dan menghapuskan Melayu. Perjuangan mereka juga adalah untuk Melayu di samping tidak memencilkan golongan lain. Itu tidak dapat diubah kerana ia dimaktubkan dalam perlembagaan.

Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.

Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.

Perhatinkan macam mana dengan nasib orang Melayu dalam segala bidang. Tidak payah pergi jauh, perhatikan saja hak orang Melayu mengenai biasiswa? Hak orang Melayu mengenai tanah, hak orang Melayu dalam ekonomi. Hak orang Melayu tentang agamanya dan budayanya. Apa sudah jadi? Melayu kini laih, lemah dan mumai. Walhal kini Umno masih lagi beretorik dengan ketunaan Melayu. Apakah untungnya orang Melayu?

Justeru ketuanan Melayu hanya gimik, retorika dan mitos saja. Ia hanya sebuah nyanyian saja sedangkan realitinya tidak ada. Ketunaan Melayu dendangan Umno hanya boleh didengar saja.

Saya bersetuju dengan pendapat Hishamuddin, Aizazah merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Memang patutnya pun direndah-rendahkan kalau natijahnya tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada orang Melayu. Zaman ini zaman orang bercakap di luar kelambu. Zaman orang menjamah bukan meraba. Zaman orang melihat bukan mendengar saja. Zaman orang memaki bukan memuji tidak tentu fasal.

Seperti dinyatakan tadi apakah keuntungan masih ada dengan konsep ketuanan Melayu? Kalaulah konsep itu boleh memberi keharmonian, kepuasan kepada semua orang, kenapa Umno perlu takut. Umno perlu memperkuatkan konsep ketuanan Melayu. Biarlah PKR dengan konsep ketuanan rakyat. Berlaga dan berlumbalah untuk menunjukkan konsep siapa yang lebih berkesan dan memberi kebaikan. Jangan menuduh orang khianati kita walhal kita yang bebal.

Tentang raja-raja Melayu, kenapa perlu dirungsing ianya akan hilang kalau konsep itu bertukar. Apakah kedudukkan raja kini tidak kukuh lagi. Bagaimana dengan jaminan Najib Razak semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Apakah Najib juga sama macam Hishamuddin, sama-sama gagap dan mumai?

Bagidan Raja-Raja sendiri kadang kala tidak menyedari di mana kuasa mereka dan sejauh mana mereka berkuasa. Raja-raja juga seolah tidak yakin kuasa dan daulat yang ada kepada mereka. Anih, walhal asalnya negeri ini mereka yang punya dan perjanjian dengan Bristish mereka yang tanda tangani. Apakah kekemasan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah longgar. Kalau longgar raja-raja harus menyedari siapa yang melonggar dan merombakan simpulan kemas dan kemennya. Tidak adilnya kalau ia ditalakan kepada pihak Pakatan Rakyat.

Raja-raja sebenarnya tidak perlu bernaung di bawah mana-mana kuasa politik. Apa yang patut berlaku kuasa politik tidak mengira parti yang menuangi baginda.

Yang memerintah negara ini selama 53 tahun ialah UBN bukan Pakatan Rakyat. Malang sekali kalau dalam tempoh setengah abad itu UBN gagal untuk menguguhkan kedudukan raja-raja sehingga ada kewalangan di sanubari para raja-raja mengenai nasib takhta mereka dan juga orang Melayu negara ini. Malang dan sedih! Jadi apa yang kita orang (Melayu Umno-Pas) lakukan selama ini? Mungkin kerja kita hanya mengerat kuku di hujung bendul sahaja sebelum senja menjelang untuk tidur di balik gubuk usang berselimut satu sarung dengan bini dan laki. [ttdi.kl 12:00 t/hari 30/11/10]

Sunday, November 28, 2010

Ulasan Kongres PKR

Kongres Yang Mantap Terhebat

RASANYA sudah lebih lima kali saya menghadiri kongres PKR termasuk sewaktu parti itu dikenali dengan nama Keadilan. Bahkan kongres pertamanya semasa parti itu bernama Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di sebuah hotel di ibu kota Kuala Lumpur. Saya juga hadir kongres yang diadakan di Dewan Tokong di Ipoh Perak yang mana lokasi kongres itu berlangsung menjadi ejekan pihak musuhnya.

Dalam beberapa kesempatan itu saya merasakan kongres yang baru berakhir tadi lebih berjaya dan bersemangat dari beberapa kongres yang berlalu sebelum ini. Dalam kongres semalam begitu terserlah semangat di kalangan penyokong, ahli dan juga saf kepimpinan sendiri. Agenda untuk menakluki Putrajaya kian berkembang dalam minda setiap yang hadir.

Apakah kejayaan semalam disebabkan komitment tinggi atau dendam semua ahli PKR yang mahu meletakkan parti berkenaan sebagai pengemudi kepada Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya? Begitu yang saya nampak. Ancaman, kecaman dan pemburukan oleh bekas rakan mereka menyebabkan ahli bangkit untuk membela parti itu. Serangan ke atas PKR dari segenap jerung dan pelbagai cara telah menjadi bajak dan pupuk menyuburkan iman perjuangan ahli dan pemimpinnya.

Sekiranya PKR dapat meneruskan semangat yang terkopak semalam, tidak syak lagi ia akan menjadi parti yang kian dewasa dan berkembang. PKR akan menjadi semakin mantap dan kukuh. Orang yang paling gembira dengan kejayaan itu semalam tentulah Pemimpin Umumnya, Anawar Ibrahim. Ini dapat disaksikan dengan keseronokan beliau untuk bertemu orang ramai. Walaupun beliau sudah membuka pintu kereta untuk pulang, tetapi turun kembali kerana merasaikan begitu sayang untuk meninggalkan perwakilan yang berdiri dan menanti untuk bersalaman dengannya.

Jarang suasana begini berlaku dalam keadaan. Selalunya selepas selesai kongres semua akan berebut untuk pulang kekadang tidak sempat pun bersalam dengan pemimpin.

Secara ringas dalam waktu terbatas ini, menyimpul kejayaan kongres semalam dapat dikatakan ia memberi pukulan maut kepada musuh PKR yang sedang berusaha keras untuk melebur lumatkan parti berkenaan. Harapan mereka untuk melihat berlaku kejutan besar di hujung kongres itu berkubur ditimbus oleh semangat tinggi ahli-ahlinya yang sedia berdepan dengan apa saja ancaman musuh.

Mulanya terdengar desas desus mengatakan kongres itu akan berakhir dengan satu ledakan. Sebuah saluran tv telah bersedia membuat liputan langsung bagi menunjukkan apa bakal berlaku kelak. Kononnya dengan liputan itu akan memperlihatkan masalah dan kejelakan sebenar di dalam PKR.

Siaran langsung bertujuan untuk mendedahkan kekecohan itu adalah untuk dijadikan bukti. Sebelum ini laporan kononnya berlaku perpecahan, kekecohan dalam PKR yang dibuat oleh media tertentu sudah tidak dipercayainya. Justeru siaran langsung itu disuluh untuk merakam kekecohan yang berlaku untuk dijadikan bukti sahih.

Tetapi apabila apa yang diharapkan semalam tidak berlaku, ia sangat mengecewakan para kuda tunggang atau 'tengkorang' musuh PKR terutamnya pihak Umno dan Barisan Nasional yang didokong oleh pemuda sepak kertas di dalam parti berkenaan. Sebaliknya dengan apa yang dipersaksian semalam benar-benar merujakan dan membuat mata mereka terbeliak. Menjadikan mereka terpaksa mencari idea baru bagaimana hendak merobohkan tembok kebal yang dibina PKR.

Ada beberapa aspek lain yang saya lihat ia menggembirakan ahli dan penyokong PKR. Antaranya ialah ketulusan para pemimpin meluahkan pandangan dan kritikan mereka. Begitu juga dengan janji dan azam. Terutamnya oleh Mustapa Kamil Ayub yang sedang dijejaki dan dipujuki oleh Umno agar meninggalkan PKR.

Apabila Mustapa Kamil menegaskan bahawa dia sesekali tidak akan meninggalkan PKR ia melegakan banyak pihak. Bukan sahaja Anwar tetapi para penyokong juga. Sesungguhanya penegasan Mustapa Kamil memberi kekuatan baru kepada PKR. Ya, walaupun kalau tertakdir tanpa Mustapa Kamil, PKR tetap juga akan hidup. Tetapi dengan pengakuan ikhlas, penuh diplomasi itu ia seolah-olah memberi satu sinar baru kepada PKR dan membunuh musuh secara pukal.

Boleh dikatakan semua pemimpin baru diberi peluang untuk berucap menggulungkan kongres. Setiap yang muncul saya lihat penuh bersemangat dan memberi gambaran keikhlasan dan kesungguhan. Luka-luka yang berlaku semasa proses pemilihan sudah sembuh semuanya tanpa pun meninggalkan parut lagi. Hubungan mesra sikap terus terang menjadi penawar terbaik merawat segala kecacatan.

Selain Mustapa Kami yang berucap memberi semangat pengukuhan, Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung berjaya menghidupkan suasana kongres. Cara pengolahan pidatonya, kupasan, kritikan dan menjawab kritikan cukup bernas dan bijaksana. Pada saya Saifuddin bagaikan sebuah pedang tajam yang menikam kita tanpa disedari.

Tidak terlampau kalau dikatakan Saifuddin Nasution adalah setiausaha agung yang dilahirkan PKR secara berkebetulan yang tidak ada tolak bandingnya. Untuk 10 tahun akan datang PKR tidak akan memperolehi seorang setiasusaha yang bukan saja rajin tetapi sarat dengan ilmu siasah seperti beliau.

Kali ini pilihan Anwar untuk menjadi nadi kepada parti berkenaan tidak salah. Pemilihan Saifuddin itu mengganti bekas setiausaha yang busuk tepat dan mungkin kerana ianya dibuat menerusi sembahayang istikarah.

Demikian juga dengan Mohamad Azmin Ali yang dilihat tokoh kontroversi dan banyak tidak disenangi orag dalam PKR. Janji dan ikrar baru beliau sebagai Timbalan Presiden hendaklah benar. Semoga Azmin tidak akan jadi seperti Azmin sebelum ini yang dibenci sehingga mengundang seorang bernama Zaid Ibrahim untuk menentangnya. Apapun ternyata antara Azmin dengan Zaid, Azmin terhebat dan di sinilah rahsia kejayaan seorang yang setia dalam perjuangan dan setia kepada Anwar serta yang rasional dan bukan mabuk. [ttdi.kl 10:00 am 29/11/10]

Saturday, November 27, 2010

Menyorot Kongres PKR

Kenapa Marah Bila PKR Puji Anwar?

APABILA Dr Muhammad Nur Manuty memuji Anwar Ibrahim sebagai insan yang dianugerahkan Allah kepada rakyat negara ini untuk menjadi pemimpin ada pihak yang tidak berkenaan, melenting dan marah-marah. Merasakan rumusan sebagai menghormati dan menyatakan kekaguman kepada Anwar itu sebagai melampau.

Mungkin iannya tidak menjadi masalah kalau insan yang diangkat darjat itu, Mahathir Mohamad ataupun Najib Razak. Kalau Abdullah Badawi sekalipun ia mungkin juga canggung kandatipun Abdullah lebih perlu dirasakan bertuah oleh rakyat negara ini berbanding dengan Mahathir dan Najib.

Begitulah apa yang berlaku bila mana presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail semasa menyampaikan ucapan dasar presiden pada kongres ke-7 PKR, menyebut Anwar (suaminya) adalah anugerah Allah tidak ternilai untuk rakyat negara ini yang perlu diambil kesempatan oleh seluruh rakyat.
Mungkin bagi mereka yang tidak berkenaan dan benci dengan kesimpulan Muhammad Nor Manuty itu lebih merasa adil kalau Azizah memuji Zaid Ibrahim juga sebagai anugerah untuk membuat kacau dalam PKR. Atau memuji Ezam Mohamad Noor dan para kaki sepak kertas lain sebagai anugerah tidak ternilai untuk menghancurkan PKR.

Jika diamat-amati secara dingin dan tawaduk pernyataan Azizah itu memang benar. Bahkan benar juga kalau Najib atau Mahathir disebut sebagai anugerah Allah. Kerana pada hakikatnya semua orang adalah anugerah Allah. Tetapi ianya dalam bentuk dan versi berlainan. Mungkin Mahathir dianugerahkan untuk menentang Anwar habis-habis dan menjadi antogonis dalam politik dan demokrasi negara ini. Manakala Zaid dan Ezam pula adalah pengikut sang antogonis itu.

Maka apakah salahnya dengan kenyataan itu? Dalamn konteks PKR, Anwar memang dianugerah Allah kepada parti berkenaan. Kalau dia bukan pemimpin anugerah, mungkin sudah lama beliau kojol. Hanya orang yang kuat semangat, berani dan tidak berputus asa saja untuk jadi pemimpin. Mereka yang lemah, mudah merasa kalah dan singkat pemikiran tidak layak jadi pemimpin malahan tidak layak pun berada dalam padang perjuangan.

Apa yang tidak pernah berlaku dan dilakukan terhadap Anwar? Dipukul, ditelanjang, diaib, diseksa... semuanya dilakukan. Kemalangan itu tidak pernah kunjung padam. Sejak di zaman sekolah (remaja) hingga ke zaman bergelar datuk. Calang-calang orang yang boleh survive sepertinya. Ramai kawan-kawanya sudah pencen, terawan-awanan atau pun lari dan menjadi gila, namun beliau masih utuh dan mendapat tepukan bergemuruh di pentas mana-mana jerung sekali pun. Bukankah itu satu anugerah?

Saya tidak mahu bercakap mengenai serangan ke atas Anwar yang tidak akan kesudahan. Saya percaya selagi Anwar tidak mati ia akan diserang. Selagi mayatnya tidak dikebumikan dan dua batu nisan dipacak atas pusaranya beliau akan dipalu semahunya. Kenapa beliau terus diserang, sebabnya mudah, sebab kehebatan dan kebisaannya. Sekiranya Anwar tidak berada di martabat itu sudah lama beliau ditinggalkan dan dibiarkan bermain dengan rambut dan janggutnya sendiri.

Pembukaan kongres penuh hari ini menjelaskan akan kekuatan dan kemampuan PKR. Bahawa parti itu masih ada kekuatan dan ada political will. Walaupun ianya diserang, disabotaj tetapi ia masih berdiri dan berseru kepada rakyat. Semangat yang ada dalam PKR adalah jelmaan semangat Anwar, maka itu ia tidak mudah sirna walaupun badai datang membedal. Seruan lawan tetap lawan, lawan sampai menang akan terus bertakhta di dalam hati setiap ahli yang cintakan perubahan.

Lebih 1,200 perwakilan dari seluruh cabang hadir memenuhi dan mengamati dewan. Sementara lebih 3,000 pemerhati yang terpaksa mengikuti persidangan dari skrin tv kerana ketiadaan tempat. Dewan sivik MBPJ penuh sesak dan sendak. Suasana ini menunjukkan mereka masih mempercayai kepada PKR dan dagahakan kepimpinan Anwar.

Dalam pengamatan saya sepintas lalu, memang sudah tiada kelihatan beberapa muka lama yang bersama PKR yang sama-sama menjaja jalan berdemonstrasi. Setengah mereka sudah bertukar wajah dari putih kepada hitam dan kelabu. Muka-muka yang pernah berdemonstrasi di Jalan Tuanku Abdul Rahaman sudah hilang. Tetapi kehilangan itu tidak mengecilkan PKR. Sebaliknya ia menjadi semakin subur. Serangan balas mereka menjadi baja dan pupuk untuk memperkuasa dan memperkasakan PKR.

Ini kerana muka lama itu diganti dengan wajah baru yang lebih berseri dan mempunyai komitment dan hati yang lebih ikhlas.

Banyak muka yang tidak dikenali. Mereka ini adalah orang yang baru memberanikan diri. Kalau sebelum ini mereka mengintai demonstrasi dari atas pejabat dan melaungkan reformasi dalam hati, dengan mendengar ucapan Anwar menerusi CD atau you tube, tetapi kini mereka sudah berani ke depan, turun ke padang untuk menggabungkan diri dengan reformis yang berani dan cekal. Kejengkilan mereka kepada retorik Umno menjadikan mereka berani dan sedia mengorbankan diri.

Tidak mengapa mereka bukan pemidato, atau mempunyai suara lengkingan yang tinggi. Tetapi wajah mereka, personaliti mereka dan kewajaan hati mereka jauh lebih tinggi dan tulus dari mereka yang kuat melaung dan memuja Anwar satu masa dulu dan kini berpaling tadah menjeler lidah ke bumi untuk menghirup semula kahak yang berlendir di longkang.

Bersama saya ke kongres tadi ialah dua muka baru yang sedia memperhambakan diri kepada PKR. Kedua mereka adalah asal Umno. Mereka tidak sekaya Zaid Ibrahim atau sepetah Ezam Mohammad Noor, tetapi saya yakin mereka mampu membantu PKR dan Anwar. Mereka sedia mengorbankan segala untuk bersama PKR bagi melakukan perubahan dan reformasi terhadap sistem pemerintahan yang diragui dan membebankan kini.

Menyimpul kongres semalam ia menandakan dengan jelas yang PKR semakin kuat dan sokongan ke atas Anwar semakin padu. Kekacauan dan serangan dari kalangan penyepak kertas dalam PKR dulu bukan melemahkannya, sebaliknya menjadikan PKR semakin kuat, matang dan berambisi untuk menuju ke Putrajaya.

Demikian juga proses pemilihan yang cuba digambarkan sebagai kemelaratan dan kemeranaan PKR, tidak menjadi sama sekali. Ahli dan penyokong PKR bukan pandir menerima segala hidangan media anti pembangkang sebaliknya mereka lebih cerdik dan pintar untuk tidak mempercayai segala laporan itu.

Sebaris pesanan dan peringatan Dr Wan Azizah yang dirasakan wajar dijadikan pedoman dan azimat kepada setiap ahli dan penyokong PKR terutama mereka yang terlibat dalam pertandingan jawatan. Kata Wan Azizah, semua mereka yang bertanding tidak ada yang kalah. Semuanya menang.

Kekalahan hanya ada kepada musuh dan bukan kepada ahli PKR. Memang benar bagi mereka yang ikhlas dan setia kepada perjuangan tidak akan mudah merasa sedih dan hina bila kalah dalam sesuatu perlawanan dalam parti. Perlawanan dalam parti untuk memilih siapa di depan saja. Ia tidak lebih dari itu. Tidak ada guna menang dan berada di depan kalau di belakang kosong dengan soldadu dan laskar.

Menghayati falsafah Azizah itu bermakna semua orang dalam PKR baik yang kalah dan menang sama-sama penting. Berlawan mencari ikhtiar untuk menewaskan musuh dan bukannya berlawan untuk memberi ruang kepada musuh menghentam dan membalun diri sendiri.

Pembukaan kongres semalam juga turut dirai sama oleh beberapa pemimpin tertinggi Pas. Antara mereka Naib Presiden, Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Juga kelihatan Dr Zulkefli Ahmad. Dan paling merujakan saya apabila Sasterawan Negara A Samad Said juga turut sama hadir untuk memerhati dan sudah pasti memberi dokongan semangat kepada perjuangan rakyat. [wm.kl. 5:00 pm 27/11/10/