Tuesday, December 21, 2010
Berita Tengah Hari
Ketua Bahagian Umno Anjur Maksiat?
SAYA sangat berharap maklumat yang sampai kepada saya ini tidak betul. Biarlah ianya akan dinafikan oleh pihak berkenaan selepas ini. Ataupun kalau ianya betul pihak berwajib di Kelantan hendaklah ambil tindakan.
Kita dan sesiapa saja tidak akan bersetuju dan merelakan apa yang dilaporkan ini berlaku. Ia bukan saja tidak manis, tetapi akan menyebabkan semua orang terpalit dengan dosa dan noda.
Ceritanya begini...
Sebuah rumah (mungkin rumah rihat) seorang ketua bahagian Umno telah dijadikan sarang maksiat. Katanya dalam rumah itu menjadi tempat perjudian, karoake dan lebih mendukacitakan ia menjadi tempat persinggahan perempuan di waktu malam.
Kalau setakat berjudi, main teruk atau pakau dan berkaroake berduet antara jantan dan perempuan tidak masalah. Tetapi ada kegiatan yang lebih dahsyat dari itu .. pelacuran!
Pihak penguasa tempat mengetahui hal berkenaan. Tetapi tidak berjaya untuk membenteraskannya. Katanya ketua Umno bahagian berkenaan cukup kebal melindungi rumah rihat berkenaan.
Baru-baru ini rumah rihat berkenaan sudah pun diserbu oleh pihak berkuasa. Semasa serbuan itu dibuat ditemui seorang lelaki sedang berasmara dana dengan seorang perempuan.
Rumah berkenaan katanya dikhaskan kepada ahli-ahli dan Vip saja dan orang biasa tidak dibenarkan masuk.
Sekiranya maklumat ini benar sangatlah diharap pihak berkuasa polis, penguatkuasa agama atau pun Pasukan Anti Dadah (AADK) perlu bertindak tegas. Bukan saja setakat membuat serbuan tetapi rumah berkenaan perlu dipantau sepanjang masa.
Ingatlah kalau Tuhan menurunkan bala ke atas sesebuah kampung dan negeri itu ia bukan saja tertimpa atas batu jemala mereka yang melakukannya, tetapi turut terpalit kepada seluruh penduduk kampung dan negeri berkenaan. Weiiiiii..... jangan lari! [ttdi.kl.12:00 t/hari 21/12/10]
Sesudah Subuh
PAS belum memutuskan siapa calonnya untuk diletakkan pada pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis Johor. Pas juga belum memutuskan siapakah yang bakal dilantik atau diserahkan tugas sebagai pengarah pilihan raya. Pengarah merupakan jurumudi pilihan raya berkenaan. Ia juga adalah orang yang bertanggungjawab merancang segala aktviti, strategi, tektik pilihan raya berkenaan. Jangan lupa merekalah nanti yang akan dipertanggungjawabkan.
Kalau menang pengarah akan diangkat dan dinobat setingginya. Kalau kalah ia akan dipersenda dan diremehkan.
Kalau ikut amalan Pas secara automatik yang akan dilantik menjadi pengarah pilihan raya itu nanti, Sallahuddin Ayub. Katanya sudah ada konsensus atau sudah dibahagi-bahagikan zon kepada tokoh-tokoh tertinggi Pas (Naib Presiden) akan mengambil tanggungjawab itu.Misalnya kalau pilihan raya itu berlaku di Utara, maka pengarahnya Mahfuz Omar. Kalau di Timur pengarahnya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Manakala kalau di Selatan, Sallahuddin. Pembahagian ini berlandaskan kepada bumi (zon) kelahiran mereka.
Ketiga mereka adalah Naib Presiden Pas. Pun begitu ia bukan satu hal yang wajib. Saya tidak fikir kalau pilihan raya kecil berlaku di Terangganu, maka Tuan Ibrahim akan jadi Pengarah. Ini terbukti semasa pilihan raya kecil Galas, Kelantan bukan Tuan Ibrahim yang menjadi ketua tetapi Abdul Halim Abdul Rahman bersama Abdul Fatah Haron.
Ini menunjukkan kuasa atau pembahagian tugas di kalangan tiga Naib Presiden itu bukan sesuatu yang mutlak. Kita faham kenapa kalau bukan Tuan Ibrahim yang menjadi ketua di Galas. Salah satunya ialah mungkin kerana kebolehan beliau dalam bidang pengarahan tidak berapa mendalam (kurang berpengalaman) seperti mana kemahirannya dalam penghuraian terhadap ayat-ayat Allah dan juga hadith Nabi.
Maka pertukaran itu boleh berlaku dan dilakukan. Abdul Halim pula kebetulan jadi Pengerusi Jabatan Pilihan Raya Pas (JPP) maka tugas itu ditanggung ataupun 'di kokok' (monopoli) olehnya bersama Fatah Haron yang jadi Pengerusi JPPN Kelantan. Walhal kalau hendak diambil kira kedua mereka tidak relevan lagi untuk mengarah pilihan raya itu, namun kerana kedudukan itu ianya diserahkan kepadanya. Justeru kekalahan di Galas terpikul secara automatik ke atas bahu kedua-dua Abdul itu.
Jika hendak diambil kira, ada orang lain yang dikira wajar dan sesuai untuk menjadi pengarah di Galas tempoh hari. Tetapi kerana beliau itu tidak tergolong dalam golongan elit Pas, maka dia hanya jadi tukang ceramah secara senyap saja. Tidak begitu bersungguh menangani pilihan raya berkenaan dan sehingga dituduh sebagai cuba memsebotaj pilihan raya itu.
Berbalik kepada Tenang, apakah Pas akan menyerahkan kepada Sallahuddin? Pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan sudah pun diserahkan kepada Sallahuddin. Pilihan raya itu kalah teruk. Kekalahan itu bukan saja kerana faktor kelemahan pengarahan pilihan raya (terutama dalam stretagi saraf) berkenaan, tetapi di Bagan Pinang adalah kubu kuat BN sejak lama dulu.
Kekalahan di Bagan Pinang dikira wajar dan bukan kesalahan dan kelemahan pengarahnya. Kekalahan di Bagan Pinang, kerana kesalahan Pas Negeri Sembilan seluruhnya. Masa Pas menghadapi pilihan raya di situ Pas hanya ada dua buah cawangan saja. Jadi mustahillah Pas boleh berdepan dengan UBN yang mempunyai ahli lebih 9,000. Kekalahan tempoh hari juga ditokok tambah dengan kelemahan wakil Parlimen dari PKR berfungsi sebagai wakil rakyat.
Bagaimana pula dengan Tenang. Berapa cawangan Pas di Tenang? Jika dilihat Johor sebagai lubuk Umno / BN maka keadaanya sama saja dengan Bagan Pinang? Makanya kalau pilihan raya itu diserahkan kepada Sallahuddin sekali lagi Naib Presiden Pas itu melalui jalan sukar untuk mencipta sejarah.
Pun begitu Sallahuddin tidak perlu gusar. Kalau beliau dilantik jadi pengarah beliau bukan bersendirian. Beliau akan dibantu. Bukan saja dari Pas, tetapi PKR dan DAP juga. Kemenangan di Tenang adalah penting untuk Pakatan Rakyat. Atas semangat dan keperluan itu pilihan raya itu akan dihadapi secara bersama. Pas kena pasti mereka akan mendapat bantuan jitu daripada kedua rakan komponen itu.
Bukan itu saja, saya rasa semua pemimpin disemua peringkat di Johor kena bersatu untuk membantu Sallahudin. Ia bukan saja dari kalangan yang tinggal di Johor, tetapi anak Johor di luar Johor juga. Orang seperti Khalid Samad yang merupakan seorang pemimpin yang bukan saja lantang tetapi berjaya membawa stail politik baru mendekati bukan Melayu wajar untuk dikerah ke Tenang.
Saya rasa Khalid perlu diberi peluang dan kepercayaan untuk membantu Pas di Tenang. Orang Johor mempunyai sentimental tersendiri. Bahasanya bahasa Melayu yang standard atau pun yang tinggi kelasnya. Kita bimbang kalau orang Kelantan atau Teranggnu atau Kedah yang berkempen mereka tidak faham. Jadi adalah elok kalau orang Johor berhimpun di Tenang. Orang Johor harus menjadi orang Daik yang perlu pulang ke Daik.
Dari sudut lain pilihan raya Tenang ini juga merupakan peluang dan ruang terbaik untuk Sallahuddin dan anak Johor seperti Khalid Samad membuktikan bahawa mereka mampu untuk membawa perubahan. Kemenangan di Tenang sudah pasti akan menaikan darjat kepimpinan mereka. Baik Sallahuddin atau Khalid Samad akan dilihat sebagai pemimpin masa depan di Johor.
Saya cukup yakin pengalaman selama dua penggal menjadi ahli Parlimen di Kelantan bagi Sallahuddin akan membantu beliau mendekati masyarakat di Tenang. Begitu juga dengan politik baru diperkenalkan Khalid akan diterima oleh pengundi di Tenang. Saya tidak fikir orang Johor tidak tahu menilai kehebatan dan kebolehan kedua tokoh nasional dari Johor itu. Kalau mereka boleh berjaya dan mencipta nama di luar Johor, mengapa pula tidak di Johor.
Tidak mustahil kalau Sallahuddin berjaya membawa kejayaan Pas di Tenang nanti, ia akan membuka minda Presiden Pas untuk melantik Sallahuddin menjadi nokhoda di masa depan. Tetapi yang kena diterima kelak kalau Pas kalah di Tenang dan jika Sallahuddin berkebetulan menjadi pengarahnya kekalahan itu bukan saja terpikul di bahunya tetapi bahu semua pemimpin Pas Johor.
Tenang sesungguhnya mencabar keupayaan dan semangat orang Pas Johor khasnya dan orang Pakatan amnya. Ingat, Mat Maslan sedang menanti di Tenang. [wm.kl.8:00 am 21/12/10]
Monday, December 20, 2010
Ulasan Lewat & Malas
SEKIRANYA pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor dipersetujui untuk diadakan, Pakatan Rakyat sudah memberi lampu hijau kerusi itu akan ditandingi oleh Pas. Sebelum ini pun kerusi berkenaan adalah milik Pas. Maksudnya kouta Pas. Pakatan Rakyat akan meneruskan pembahagian kouta itu kepada Pas.
cemuhnya kita untuk melihat kemenangan pasukan sepak takraw negara menang bila beraksi di luar negara. Kita sudah tahu pasukan kita hanya terror libas tetapi akhirnya akan kalah.
Dengan berbuat demikian juga Pas akan dapat mengukur sejauh mana kekuatan mereka sebenarnya. Jangan hanya "gempak" saja sedang tetapi hakikatnya tiada perubahan. Selain dapat menguji sejauh mana peranan dan fungsi Ngo itu membantu Pas ia juga akan menjadi ukuran kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perubahan sokongan Cina di Johor.
Kawasan berkenaan berkedudukan seimbangan antara Melayu dengan bukan Melayu. Jadi elok kalau ia dijadikan petunjuk kepada perkembangan di masa depan. Apa yang penting sekiranya pilihan raya itu memberi petanda Pas diterima di Johor ia memberi gambaran masa depan Umno tidak sehebat dulu. Ini bermakna kubu kkuat Umno di Johor sudah mula roboh.
Sebaliknya kalau kalau Umno dapat mengekalkan majoiri ini bererti Pas atau Pakatan masih belum mengugat Johor dalam pilihan raya akan datang. Begitu juga kalau Pas meletakkan pemimpin Ngo berkenaan, dan Pas tidak dapat mengugatkan Umno ini bermakna riuh randah mengatakan Ngo itu boleh mengubah persespi para peneroka juga kosong. [ttdi.kl 3:50 pm 20/12/10]
Saturday, December 18, 2010
Catatan Sabtu
ORANG yang seronok digelar sebagai wanita pertama Malaysia, Rosmah Mansor mencadangkan supaya diadakan tilawah Quran di kalangan orang buta menggunakan braille. Katanya, tujuan diadakan tilawah itu bagi meningkatkan martabat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Sebagai penganut agama Islam saya bersetuju apa saja usaha untuk memartabatkan Islam di negara ini. Tidak kiralah ia melibatkan orang cacat penglihatan ataupun cacat pendengaran. Tuhan jadikan manusia dengan kesempurnaan tidak boleh dipertikaikan, dan setiap manusia ada fungsi dan peranan masing-masing.Kebetulan saya adalah ahli kehormatan kepada persatuan orang buta di negara ini. Saya tahu kekurangan orang buta dan kedaifan mereka dalam mencari rezeki untuk hidup. Secara umumnya orang buta di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Nasib mereka tidak selari dengan kemajuan dicapai negara ini.
Untuk pengetahuan Rosmah dan sesiapa juga, masih ada orang buta yang tidak memiliki tempat tinggal. Malang lagi masih ramai yang meminta sedekah dan mengemis. Pad saya Rosmah kena tumpukan kepada aspek ini daripada cuba mengambil kesempatan atas orang buta untuk menggambarkan kita peduli kepada orang buta.
Cadanagn Rosmah itu tidak melibatkan ramai orang buta hanya beberapa kerat saja. Program itu saya nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta. Bagi menggambarkan Malaysia mendahului rakyat. Tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara.
Saya fikir masih ramai orang buta khasnya di kampung yang tidak tahu menggunakan braille. Masih ada yang buta huruf. Elok kalau mereka ini diberi pendidikan, celekkan hati mereka untuk mempelajari braille daripada mengambil mereka untuk menjadi perserta tilawah Quran yang tidak lain hanya kosmetik bagi menunjukkan Rosmah mengambil berat kepada agama. Pada saya lebih penting kalau diberikan kemendirian hidup mereka.
Sepekara lagi, kalau kita ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya sebagai ibu mithali, dan Wanita Pertama yang mantap Islamnya.
Kalau Islam pada diri kita sendiri boleh dipertikaikan, macam hendak diharapkan cadangkan mengenai Islam akan dituruti oleh orang lain. Apa lagi hendak memantapkan Islam ke atas negara. Selalunya rakyat akan mengikut cara, stail dan juga akhlak pemimpin mereka. Perkara mudah saya ambil misalnya kalau Rosmah menutup kepalanya dengan kain pasti isteri menteri lain juga akan menurutinya.
Tetapi kerana Rosmah membiarkan jambulnya, maka yang lain yang sebelum ini sekali sekala menutup jambul ikut sama membukanya. Jangan salah faham saya tidak fanatik dalam soal ini, dengan menganggap keadaan kepala Rosmah hari ini dalam maksiat. Tidak.
Tetapi apa nak ditegaskan kebaikan yang hendak kita laksanakan itu selain dipancarkan oleh hati ianya perlu diaurakan oleh syaksiah kita. Barulah niat yang baik itu akan disertai dengan perbuatan yang baik juga dan disinilah baru natijahnya tercapai. [ttdi. kl. 2:00 pm 18/12/10]
Friday, December 17, 2010
Ulasan Peristiwa
BANYAK juga gelagat dan aksi wakil rakyat Pakatan Rakyat yang saya tidak suka semasa berlangsungnya perbahasan di Parlimen. Setengahnya bercakap merapu tanpa ada fakta dan figure. Kadang kala ada yang bangun saja nak tunjuk body yang mereka hadir. Ketawa dan sengeh gigi kemudian duduk.
Penglibatan mereka dalam sesuatu perbahasan tidak membawa natijah baik untuk rakyat dan negara. Banyaknya saya tengok cuba membela parti masing-masing. Dan lagak macam ceramah di hujung bendang masih belum dapat ditinggalkan. Mereka ini terlupa dan tidak dapat membezakan Parlimen dengan pentas ceramah. Tidak tahulah kalau perlu diadakan satu penataan khas untuk mereka bagi membezakan pentas politik dengan Parlimen.
Kejadian sindir menyindir kononnya untuk menhilangkan mengatuk selalu dan kerap berlaku. Kadang setiap orang bangun kalau nak mula cakap akan sindir orang itu dan orang ini. Budaya Melayu kuat menyindir ini masih terbawa ke dalam dewan. Ini sepatutnya tidak berlaku dalam dewan. Sejajar dengan kedudukannya sebagai dewan tertinggi dan beroutoriti hendaklah dijaga standardnya. Tetapi tidak begitu nampaknya.
Memanglah ada juga yang perangai macam kera di belah UBN, terutamanya Umno. Mereka ini dua kali lima sahaja. Tetapi mereka tidak perlu diperdulikan kerana memang sifat mereka begitu. Tunjuk lagak dan tunjuk kuasa. Malahan perangai mereka lebih buruk. Orang berkuasa memang besar kepala walaupun kuasanya sudah jadi sebesar melukut di hujung gantang.
Tetapi kerana Pakatan Rakyat, masih jadi pembangkang, kena cerdik dan berbeza sedikit dengan UBN. Kerana mereka perlu pamerkan perangai yang baik, ada idea yang canggih...untuk menarik perhatian rakyat. Pembangkang sepatutnya cool dan tunjukkan mereka pemimpin terbaik, tidak emosional dan tidak terlalu banyak mempolitikkan keadaan. Jangan jaja dan jual parti dalam Parlimen, buat di luar.
Kalau pihak pembangkang juga dua kali lima dengan BN macam mana rakyat nak tertarik dengan pembangkang. Apa yang patut wakil rakyat Pakatan Rakyat lalukan hanya mengemukakan teguran, kritikan yang konstruktif, jangan peduli kepada ejekan. Kemukakan fakta-fakta yang benar, dedahkan penyelewengan yang benar dan jangan pakai ilusi saja.Bercakap biarlah berfakta dan ada statistik.
Saya yakin kalau wakik rakyat Pakatan dapat memainkan ini, berperanan sebagai check and balance di dalam Parlimen mereka akan dikagumi dan dihormati lebih dari wakil rakyat atau pihak kerajaan sendiri. Jika ini dapat dikekal bila berlaku pilihan raya nanti rakyat akan memilih mereka.
Bagaimana pun apa yang berlaku Khamis lalu penggantung empat orang MP Pakatan dan juga Anwar sesuatu yang tidak patut walaupun patut. Dewan wajar gantung Anwar kalau Anwar benar-benar melakukan kesalahan. Dewan atau speaker ada hak dan kuasa untuk bertindak demikian. Tetapi janganlah pula kuasa speaker itu digunakan sewenang-wenagnaya sehingga nampak berat sebelah atau pilih kasih.
Cara Speaker bertindak itu agak keterlaluan dan katak pun tahu akan kemelampauan tindakan itu. Pandikar Amin sepatutnya lebih menghormati kepada kerusi speaker kepada orang yang mencadangkan beliau berada di kerusi berkenaan. Sesungguhnya kerusi kayu yang diduduki oleh Pendikar itu lebih mulia dari pihak yang mencadangkan beliau mencakung di ata skerusi itu.
Di sebelah Pakatan Rakyat pula harus bijak dalam mempertahankan hujah atau melontar sesuatu kritikan, jangan sampai diri dikenakan tindakan. Mereka harus bersikap 'padan patut' dan bijaksana kerana bila dikenakan tindakan suara akan hilang di dewan untuk tempoh digantung.
Kalau apa yang berlaku di dewan Khamis lalu baik dari kedua pihak bertujuan politik sepenuhnya ia tidak baik. Ia sudah silap. Kedua pihak BN dan PR tidak cuba berfikir waras dan mengembalikan dewan ke fungsi yang sebenarnya. Maka tindakan penggantungan itu pada saya tidak memberi untung besar kepada kedua-dua pihak. BN tidak akan untung kerana ia dilihat sebagai zalim dan pengecut.
Manakala bagi Pakatan pula ia dilihat satu tindakan tidak profesional dan menyebabkan orang akan mengatakan wakil rakyat Pakatan lebih sama saja dengan Umno. Jadi kalau situasi dan kondisi ini berterusan menyebabkan pengundi terutamanya yang berpendidikan sukar untuk menilai moral siapa yang baik di antara dua kumpulan itu. [wm.kl. 10:00 pm 17/12/10]
Catatan Iseng
KADANG KADANG dalam sebuah negara merdeka kita belum merdeka dalam erti kata sebenarnya. Dalam dunia moden, ledakan alat perhubungan (IT) yang canggih manggih, tidak semestinya kita akan mendapat nilai atau kualiti setaraf dengan kecanggihannya. Ada kalanya kita ditipu secara tidak langsung.
Ironisnya kita sendiri menyedari penipuan itu ataupun betapa palsunya segala kecanggihan itu. Apa nak dikato Jang?
Misalnya begini, kita berhubung dengan sesebuah stesen atau pejabat sesebuah syarikat. Kecanggihan IT menyebabkan sistem manual, tenaga manusia sudah tidak diguna pakai lagi. Semuanya guna mesen atau robot. Berurusan secara eletronik. E-Komunikasi katakan.
Maka kita diarah mengikut mesen berkenaan yang diprogramkan selalunya meminjam suara wanita yang lemak merdu. Di suruh buat itu, tekan ini dan pulas itu dan go ahead ke sini ke sana. Kita pun buat.. tok tit tok tit...yeekkkkkkmm.... tekan nombor yang disuruhkan. Lepas itu akan ada arahan buat itu dan buat ini. Yang tak disuruh buat ialah kopi dan tolong basuh baju dalam bini saja.
Selepas melalui beberapa halangan (sebenarnya) membayar dengan nilai bukan sedikit baru kita dilepaskan bercakap dengan manusia sebenarnya. Selalunya yang bernama pegawai Perhubungan Pelangan (PP). Nasib baik juga bukan pegawai perhubungan awam (GRO) kalau tidak naaslah Mat Jusoh kampung Kubangbila.
Sebelum bercakap, kononnya untuk melambangkan kecanggihan, (sebenarnya nak ugut kita dan dalam satu masa untuk menguji sejauh mana kecekapan kakitangannya, pegawai berkenaan), akan diperdengarkan bunyi berikut; untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami, percakapan ini dirakam." Dia nak rakam dia bagi tahu. Yang dia hendak rakam bukan suara kita, tetapi suara di sebelah orang dia (pegawai pelanggan) itu apakah penuh diplomasi atau ada ilmu untuk goda orang supaya kawal kemarahan demi menjaga hubungan baik pelanggan dengan syarikatnya. Juga untuk menakutkan kita agar jangan kata huduh kepada kakitangannya.
Lepas itu kita baru boleh bercakap. Mulanya baik...comel lote... "boleh saya tologn encik?" Aduh bergetar iman didada tatkala mendengar suaranya, mengalahkan suara seribu pondan di Chow Kit dedat Ibu Pajabat Pas. Kalah juga suara lemak merdu Sanisah Huri atau Allahyarham Radeah Buang.
Maka kita pun berceritalah bla.. bla... akan masalah kita, dia dengar dengan baik memasang telinga sebesar telinga kerbau balau. Dia pakai itu, apa dia orang panggil, earphone. Oh standard. Telinga tak panas, tak pedih kalau pun disumpah sekuat suara pelakar.
Kita pun mengaduhlah masalah kita: cik semalam kerbau datuk saya putus, hilang entah ke mana hingga kini belum berjumpa?" PP dengar sahaja. Mungkin matanya terbelalak dalam hati kata, pemanggil ini gila ke.
"Encik ini tidak ada kena mengena dengan kami," PP akan balas begitu tenang saja sambil mengawal nafsu marahnya.
"Oh, sorry gurau saja, bukan apa lama sangat kena tunggu sebelum boleh bercakap, kena lalu berbagai tol..."
"Tak megapa encik," balas PP tenaang menang saja.
Lalu bercakaplah kita menyampaikan masalah yang sebenarnya. PP itu dengar dengan penuh hormatnya. Lepas kita cakap dia pun menjawab dan memberi penerangan. "Encik boleh tak encik hubungi nombor ini..."
Belum habis dia mengeluarkan cakapnya, kita dah potong, "apa pulak? hubungi sapa pulak. Semalam saya call, dia suruh call nombor ini, ini you pula suruh call nombor lain pulak. Apa dia ni, korporat kepala hotak apa ni?
Ha.. kang kang dah kena marah. Sabar pun dah hilang macam kerbau putus tali. Mengapa tidaknya, semalam bila konteks dan dapat bercakap dengan PP jantan di suruh konteks nombor ini. Kata PP jantan masalah itu bukan dia yang handle, katanya kita tersalah tekan. Walhal nombor PP jantan itu disuruh oleh PP bertina. Hari ini PP bertina ini pula suruh konteks nombor lain. Ala badigul sungguh.
Yang kita pening, bingung dan merasa bodoh, kenapa tak leh diselaraskan. Perkara ini kecil pun bukan soal nak beli senjata. Soal yang boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai dua minit. Semua dokumen dan fakta boleh di chek menerusi internet atau dalam sistem yang tersedia. Semua pejabat menggunakan komputer yang dihubungi secara centeral.
Masalah yang berlaku itu adalah satu contoh yang menimpa diri saya sendiri. Ceritanya ialah mengenai line telefon rumah yang hendak dihentikan perkhidmatan kerana sudah tidak perlu lagi kerana dah masuk Unifi. Itu saja.Yang sakit kepala ialah bila mana semasa isi borang pemotong di kounter, kerani kata bila settle dalam masa 14 hari. "Encik tunggu dalam masa 14 hari beres," katanya. Kita pun senang dan melanggang balik.
Kini sudah masuk hari ke 20 line masih aktif juga, pemotongan belum dibuat. Sudah empat kali aduan dibuat tetapi belum juga ada apa-apa tindakan. Sapa tak pening, kalau Mahathir pun boleh jadi sawan? Lebih dua atau tiga PP kena maki dan kena herdik. Tak fasal-fasal..
Syarikat Telekom ini satu hal, kalau kena belah dia oi... macam hantu .... lewat bayar bil akan dicall beri tahu dan beri peringatan. Tetapi kalau kita bayar advance dua bulan, sepatah haram call mengucapkan terima kasih tak ada. Inilah perangai dan sikap agensi atau syarikat kemudahan awam di negara. Bercakap sampai berair mulut kononnya kita canggih ada E itu dan E ini ada ISO hingga 3000 dah ada tetapi habuk pun tak. Ah cukuplah.....
Yang jadi mangsanya ialah PP seperti yang dua tiga orang dikisahkan di atas tadi. Masalah itu bukan kerana mereka, kerana masalah company tempat mereka berkerja, tetapi risiko dan kena makin hamun mereka. Nasib, gaji tak seberapa menghadapi sumpah berbakul-bakul. Duhai syarikat lembu, jenis lembu tenggalah hargai nilai orang dan hayatilah perasaan orang. Samjee. [ttdi.kl 4:00 pm 16/12/10]
Thursday, December 16, 2010
Ulasan Peristiwa
WALAUPUN ada isu besar yang patut saya ulas hari ini iaitu mengenai penggantungan 4 MP Pakatan Rakyat oleh Speaker, Pendikar Amin Mulia - benar-benar pendikar kali ini, tetapi saya ingin sepikan tragedi memilukan itu. Pada saya apa yang berlaku di parlimen itu tidak memelikkan lagi.
Saya akan ulas dalam akhbar Siasah keluaran pertama di bawah pengurusan baru, insyaAllah akan terbit minggu depan.Dia bertanya pendapat saya. Saya mengatakan elok beliau berfikir panjang. Sebabnya begitu begitu dan begini begitu. Saya lebih memberi nasihat atas maslahatnya di masa depan dan juga maslahat PKR dan Umno waktu itu, dan umumnya maslahat politik Melayu yang saya nampak ada harapan boleh ditautkan semula.
Saya tidak menyuruh dan tidak melarang cikgu Bard cuma memberi beberapa pandangan kalau beliau tetap juga berdepan dengan Khairy.
Bagaimana pun politik tidak boleh dipercayai. Ia boleh berubah mengikut masa dan keadaan. Politik adalah palsu. Ishakdar yang mulahnya ingin menarik diri rujuk balik kepada jawatannya. Disinilah menyebabkan cikgu Badr semacam dipermainkan. Apa yang mengecewakan lagi bila mana dia merasakan ada percaturan bagi mengekalkan Iskandar.
Untuk pengetuah Bardul itulah politik. Makanya pada malam cikgu Badr menemui saya itu berpolitik harus bijak harus mengikut rukun-rukunnya. Malam itusaya mengajar badrul agar memahami rukun politik yang mempunyai 4C. Iaini, manipulasi, kontroveri, spekulasi dan hipokrasi. Badrul sudah pun ada memilik sifat-sifat atau ilmu 4C itu kecuali satu tidak hipokrasi. Kerana ketiadaan sifat itu maka belum kalah.
Tadi saya membaca kenyataan dan pengakuan cikgu Badr yang beliau masih bersama Keadilan dan sekligus menolak dakwaan dan tohmahan mengatakan dia akan meninggalkan Keadilan. Sebagai pemerhatinya saya merasa senang dengan kenyataan dan pengakuan cikgu Badr itu. Saya percaya beliau berkataka benar dalam kenyataan itu. Kalau Badrul dapat bersabar seperti mana kata Saifuddin Nasution saya yakin lama kelamaan Badrul akan muncul menjadi tokoh muda keadilan yang kental dan hebat.
Kepada cikgu Badrul saya anjurkan lagi agar terus mempelajari dan mengamalkan rukun 4C dalam politik kerana itulah rukun wajib diguna pakai oleh dunia politik sekular! [ttdi -wm.kl 7:50 pm 16/12/10]
Sesudah Subuh
SEMALAM Pengerusi Panel Semakan dan Operasi SPRM, Hadenan Abdul Jalil mengumumkan yang tiada kes rasuah ke atas Menteri Besa Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Rasuah yang dimaksudkan itu berhubung pembiayaan seorang ahli perniagaan untuk Nik Aziz mengerjakan haji dan juga mengenai perlantikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Kata Hadenan (foto bawah), Nik Aziz tidak meminta syarikat tersebut membayar kos mengerja Haji sebanyak RM65,000 dan Nik Aziz juga tidak menunaikan haji pada tahun berkenaan.Dengan penjelasan dan pengumuman itu maka tuduhan dan tanggapan berlaku rasuah oleh MB itu tidak betul sama sekali. Terangkum sekali dengan penjelasan itu ialah menantunya Ariffhami yang dikecurkan sebagai terlibat melakukan rasuah sehinggakan memaksa pihak majikannya mengambil tindakan menasihatinya berhenti.
Sejak awal lagi sudah dirasakan tuduhan itu hanya sebuah tuduhan saja untuk memburuk kedua beranak itu. Ia adalah permainan politik untuk memburuk dan menjejaskan reputasi mereka berdua.
Kalau semasa keduanya dulu di siasat atau pejabat mereka di gelidah oleh SPRM, terutama Ariffahmi ramai yang mendesak supaya beliau melepas jawatan sebagai CEO di PMBK, termasuklah pemimpin tertinggi partinya. Tetapi apakah hari ini selepas kes terhadapnya tidak ada, apakah perlu kalau Ariffahmi dikembalikan semula jawatan itu?
Pengguguran jawatan Ariffahmi sebagai CEO PMBK bukan kerana kelemahan atau kegagalan beliau sebagai seorang CEO tetapi kerana impilikasi tuduhan berkenaan. Kini tuduhan itu tidak berasas dan tidak ada tinakan oleh SPRM apakah jawatan itu tidak boleh dipulangkan. Kalau ditenung dari sudut keadilan, apabila seseorang itu tidak disalahkan dan sudah bersih maka wajar ianya dipulangkan semula haknya.
Di sini saya bukan hendak membela secara membabi buta terhadap menantu Tok Guru itu, tetapi keperluan itu berlandaskan kepada peraturan dan prinsip hidup berlandaskan kepada kebenaran. Pihak Pas dan kerajaan Kelantan wajar membayar balik segala keaiban dan rasa kecewa yang amat sangat dialami Ariffahami atas apa yang berlaku itu.
Mungkin beliau tidak berhajat untuk memegang jawatan itu lagi, tetapi cukuplah kalau dianugerahkan sebuah mahkota kata-kata apologi, "Ariff kami atau ana minta maaf kerana beranggapan yang bukan-bukan sehingga mencemarkan nama enta." Apakah individu di dalam Pas yang memandang jijik dan hina kepada anak muda itu boleh berbuat demikian?
Apapun di Subuh yang jernih ini semoga dengan pembersihan itu akan memberi semangat kepada Tok Guru dan menantunya itu untuk terus berjuang dan berjuang menelusuri jalan kebenaran. Saya sering mengatakan "masa dan keadaan akan menentukan segala-galanya" dan "berterus terang itu lebih baik dari segala-galanya".
Dan kepada pihak berkenaan termasuk Ariff ingatlah pesanan keramat ini beringat sebelum kena, bertindak sebelum terlambat, berkawan biar seribu bermusuh jangan pun satu, masa di atas jangan sepanjangnya berangan nak capai bulan, renung-renunglah juga rumput dibawah. Hormatilah orang yang dulu makan garam walaupun dia seorang yang bodoh. [wm.kl. 7:15 am 16/12/10]
Wednesday, December 15, 2010
Ulasan Isu
Percaya Juga Pendedahan Mengenai Najib
SETIUSAHA Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail meminta orang ramai memahami keadah operasi ataupun fungsi laman web bebas WikiLeaks sebelum terus menerima pakai setiap apa yang didedahkah oleh laman berkenaan.
Katanya menerusi kenyataan akhbar yang disebarkan kepada umum malam tadi, WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai.Jelasnya, orang ramai bebas untuk menghantarkan apa-apa jenis maklumat, jadi ada maklumat datang dari kajian terperinchi dan ada juga hanya rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomatik.
Mengenai pendedahan maklumat mengenai Malaysia katanya adalah maklumat yang dipetik dari komen-komen pengunjung blog berkenaan.
Misalnya laporan yang dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald termasuk mengenai penglibatan Anwar Ibrahim dalam kes sodomi adalah dipetik dari komen-komen umum di blog berkenaan.
"Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam Asean, Jepun, China dan India," katanya.
Untuk memahami aktiviti laman berkenaan dengan lebih dekat lagi bahawa catatan itu adalah pandangan peribadi yang disensasikan, beliau meminta orang ramai meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang didedahkan oleh WikiLeaks yang terkandung dalam kabel yang sama merakam percakaan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura dan tidak kepada isu Anwar semata-mata.
Beliau memberi contoh bagaimana kenyataan atau percakapan Bilahari Kausikan pada satu mesyuarat September 2008 telah memberi tahu Timbalan Setiausaha AS, David Sedney bahawa; "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina akan meninggalkan Malaysia dan menyusahkan Singapura.
Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata Bilhari masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa, Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa.
Hurai Saifuddin lagi, selain itu percakapan itu juga secara jelas mengaitkan penglibatan Najib dalam skandal pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Sharibu, dan berpendapat Najib Razak terancam diebabkan kes pembunuhan itu.
Selain itu menurut Saifuddin juga menurunkan contoh satu lagi rakaman menerusi kebal diplomatik mengenai bagaimana Peter Ho pada Mac 2008 telah mengutuk Dr Mahathir Mohamad sebagai melempar batu sembunyi tangan kepada penggantinya, Abdullah Badawi.
Justeru kata Saifuddin kebal sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim peru dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya dengan komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia.
Tegas Saifuffin mengambil pendirian pandangan tersebut - termasuk pendedahan mengenai Anwar yang didedahkan adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta.
Untuk berlaku adil kepada semua pihak, tegas Ahli Parlimen Machang itu, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka, jika tidak perdana menteri, Najib Razak sendiri yang kena berhempas pulas untuk menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung dalam kabel sulit yang sama yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," jelasnya. [wm.kl. 8:30 pm 15/12/10]
Susupan Tengah Hari
HARI Isnin lalu saya sudah tulis Akim - Angkatan Keadilan Insan Malaysia akan jadi Kita. Hari ini apa yang ditulis itu benar. Hari ini nama Akim telah ditukar menjadi Kita - Kesejahtraan Insan Tanah Air. Zaid seperti diduga dia telah menjadi tuan kepada Akim yang menjadikannya sebagai Kita.
Proses pertukaran itu sudah berlangsung pagi ini. Jangan tanya berapa Zaid beli Akim, itu tidak penting. Orang kaya apa lagi seorang peguam boleh beli apa saja, kecuali sokongan rakyat. Sokongan rakyat susah untuk dibeli dan sokongan rakyat juga tidak ternilai harganya.
Tetapi kita percaya dengan kredibiliti dan juga syaksiah Zaid yang telus, demokratis dia boleh membeli rakyat untuk menyokong partinya!
Seperti dilapor oleh portal berita, buat permulaan Kita akan mewujudkan sebuah cawangan di sebuah negeri saja. Sama-samalah kita tenguk apakah Zaid berjaya dan lebih hebat daripada Anwar untuk menghidupkan Kita. Negara ini demokrasi, maka sesiapa pun boleh buat parti dan menjadi ketua.
Cuma apa yang saya nampak parti politik di negara ini tak ubah seperti klub atau NGO saja. Sesiapa yang tidak jadi presiden mana-mana parti, boleh tubuh NGO dan jadi presiden. Boleh buat kenyataan akhbar guna title presiden. Kalau hendak acap wajah dan nama disiar dan disebutr tv, bercakaplah hentam Anwar Ibrahim.
Anwar adalah aset paling baik kepada sesiapa yang hendak belajar bercakap ataupun yang ingin namanya disiarkan dalam akhbar dan tv. Kalau anda bercakap mengutuk orang lain belum tentu kenyataan dan cakap anda dinilai oleh akhbar. Begitu juga kalau ada dibiarkan oleh parti anda dan tidak popular anda boleh jont Anwar, sekajap masa saja Anwar akan popular. Selepas popular itu boleh anda mengadaikan diri anda kepada UBN.
Sebab itu saya katakan Anwar memberi keuntungan kepada sesiapa saja yang pandai ambil kesempatan tidak kira semasa beliau dalam kesusahan ataupun beliau berada dikemuncak kekuasaan ini. Barang kali inilah dikatakan Dewa hidup. [ttd. kl 1:30 pm 15/12/10]