Sunday, March 27, 2011

Sebelum Tidur

Video Lucah Tidak Laku Di Sarawak

APABILA kebetulan pendedahan video lucah yang cuba mengaitkan bapa reformasi Malaysia Anwar Ibrahim dilakukan serentak dengan pembubaran DUN Sarawak, saya cepat-cepat melontar perspesi mengatakan pendedahan itu ada kena mengena dengan pilihan raya Sarawak.

Saya mengira video berkenaan akan digunakan untuk bahan kempen di Sarawak.

Apa lagi ada maklumat awal mengatakan orang yang terlibat di sebalilk pembikinan video lucah itu adalah terdiri dari para samseng Taib Mahmud. Saya faham kenapa ia dikaitkan dengan Pehin Taib Mahmud kerana identiti awal yang menjadi produser, pengarah dan aktor dalam video lucah itu dikenali dengan nama Datuk T.

Maka T itu didhoman atau dipadankan (DNA hurufnya) dengan Taib Mahmud. Dalam masa sama juga DNA huruf T itu dipadankan dengan nama bekas setiausaha sulit kepada Abdullah Badawi, Tajuddin Wahab. Wah ini sudah gawat.

Saya awal-awal lagi menolak kalau T itu adalah Tajuddin Wahab kerana setahu saya Abdullah mempunyai pegawai dan setiausaha yang berwibawa, berakhlak tinggi kecuali hanya dua orang saja. Kebetulan pula saya mengenali tiga daripada enam orang setiausaha politik Abdullah. Saya kenal cukup sampai ke hati budinya.

Maka saya kira tidak mungkin kalau Tajuddin Wahab yang menjadi nadi dan engen kepada pejabat Perdana Menteri adalah beliau. Saya juga menolak kerana tidak mungkin begitu kontras di antara Abdullah dengan setiausaha sulitnya.

Bukankah orang yang cuba mengembalikan dan memulihkan imej Umno yang dikohongi olehMahathir kerana memecat dan memenjarakan Anwar, ialah Abdullah Badawi. Abdullah telah melepaskan Anwar dari penjara Mahathir.

Tindan itu cukup menimbulkan kemarahan Mahathir sampai diganggu dan dicemuhi Abdullah sampai ke bilik tidur dan dalam masjid. Atas hakikat itu saya tidak mengira dan menolak kalau Tajuddin Wahab atau sesiapa yang ada kena mengena dengan Abdullah ikut terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan.

Tetapi kalau ia ada sangkut paut dengan Mahathir saya percaya kerana Mahathir pernah mengaibkan Anwar. Jadi apabila ada 'Tiga Botak' yang mengaku merekalah yang punya angkara membikin video berkenaan, maka sah dan benarlah telahan saya sebelum ini adalah benar, dan spekulasi yang cuba mengiatkan mana-mana pihak termasuk Taib Mahmud di Sarawak dan juga Tajuddin Wahab tertolak.

Dalam hal ini ia tidak membabitkan Taib Mahud dan tidak ada kena mengena dengan suasana politik di negeri bumi Kenyalang itu. Barang kali inilah dikatakan orang kalau benar itu ia tetap benar dan kebatilan itu akan lenyap bila kebenaran akan tiba.

Selalunya pula kebenaran itu akan muncul di hujung waktu saat manusia mengharapnya sudah letih dan hampir berputus asa. Sebenarnya agak lucu dan pelik juga saya bila mana tiba-tiba tiga botak berkenaan muncul dan mengakui perbuatan mereka.

Pengakuan itu pula secara terang, kecuali Shuib Lazim yang masih menikus dan menyembuyikan diri sampai kini. Apakah beliau merasa malu kerana kalau dilihat kepada 'jasa' lalu beliaulah lebih berakhlak berbanding dengan dua yang lain.

Shuib tidak perlu malu. Beliau masih boleh tampil mencerita apa yang sebenarnya. Kita semua adalah pencari kebenaran. Kenapa Shuib Lazim tidak muncul-mucul? Atau pun beliau terperanjat bikinan itu tiba-tiba boleh mengejutkan kerana silap teknik dalam mendedahkannya.

Biarlah, di sini apa yang hendak saya katakan, bahawa video lucah berkenaan tidak ada kena mengena dengan pilihan raya Sarawak. Kalau ianya diupah dan disponsor oleh Taib Mahmud untuk tayangan perdana di sana, ia adalah satu perbuatan yang sia-sia saja kerana rakyat Sarawak tidak 'peduli' kepada video berkenaan.

Semasa lebih 72 jam di Sarawak saya sempat menijau pandangan sesetengah daripada rakyat Sarawak. Mereka yang ditemui rata-rata tidak mempercayai. Syaksiah, kehebatan dan ilmu mereka mengenai Anwar secara automatik menolak aktviti jahat berkenaan.

Malahan mengejutkan saya isu video lucah sedikitpun tidak dibicarakan oleh rakyat Sarawak. Seorang pemimpin Iban bila ditanya pendapat beliau mengenai pembikinan video lucah untuk memalukan Anwar itu dengan selamba berkata; baguslah bukankah itu menunjukkan kejantanan Anwar. Kita mahu pemimpin yang jantan seperti itu.

Menurutnya bagi orang Iban kalau isu video lucah hendka dijadikan modal politik ia tidak memberi apa-apa kesan. Katanya mungkin kaum itu tidak bermoral dalam kontks Islam tetapi soal-soal itu tidak menjadi masalah kepada kaum mereka.

Pemimpin Iban itu berpendapat isu video lucah itu akan memakan diri BN sendiri kerana semua orang tidak mempercayainya. Apa yang orang nampak yang jahat bukan mereka yang ada dalam video berkenaan tetapi orang yang membikin dan mendedahkan kepada umum.

Kesimpulannya isu video lucah tidak memberi apa-apa kesan. Bukan saja kepada masyarakat Iban tetapi orang Melayu juga. paling menganihkan bukan Melayu PKR, Pas atau DAP, tetapi Melayu PBB juga secara diam bersimpati terhadap Anwar. [wm.kl 11:50 pm 26/03/11]

Saturday, March 26, 2011

Dari Kucing

Pemimpin Tertinggi PKR Dan Pas Sudah Berada Di Sarawak

BEBERAPA pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Rakyat telah pun berada di Sarawak dalam rangka membuat persiapan dan penyusunan menghadapi pilihan raya umum Sarawak 16 April nanti. Antara mereka yang berada di Sarawak ketika ini ialah Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta beberapa wakil rakyat.

Sallehuddin kini berada di Bintulu, sedang membuat penyusunan bersama barisan kepimpinan Pas kawasan berkenaan. Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pula akan turun ke Sarawak esok atau lusa bagi mengemaskan beberapa sudut yang masih belum mantap.

Setakat ini menurut Nasharudin, Pas telah memastikan akan bertanding di dua kerusi ialah di Beting Maro dan Subuyau. Kemungkinan Pas akan mendapat satu lagi kerusi iaitu di Senadin yang terletak dalam Parlimen Miri. Senadin merupakan kawasan campuran yang didominasikan Cina dan Melayu. "Kita sedang berunding dengan DAP dan PKR agar memberi laluan kepada Pas bertanding di kerusi ini," ujarnya.

Adalah dipercayai kedatangan Sallahuddin ke Bintulu untuk berunding mengenai kerusi berkenaan.

Secara umumnya pembahagian kerusi di antara parti komponen Pakatan Rakyat - PKR, Pas dan DAP masih belum selesai. Kerusi Pakatan Rakyat juga menjadi rumit bilamana Snap yang sebelum ini berhasrat untuk bersama Pakatan tetapi telah memilih jalan sendiri di saat-saat akhir. Langkah Snap itu menyebabkan akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru di mana ini tidak memberi suasana baik kepada Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Snap telah membuat pengumuman secara bersendirian akan bertanding di 24 kerusi. Pengumuman Snap itu dilihat parti berkenaan kemungkinan tidak akan bersama Pakatan Rakyat. Apa lagi ada usaha untuk membawa Snap kembali semula ke dalam BN. Usaha ini diusahakan oleh bekas Menteri Tenaga, Leo Moggie.

Dalam tilikan saya sekiranya benar Snap bertanding di lebih 40 buah kerusi jelas parti itu telah menjadi alat kepada BN. Bahawa kerjasama dengan BN itu sangat jelas. Apa yang berlaku Snap hanya akan meletakkan calonnya untuk mengacau pengundian untuk memberi alternatif kepada BN.

Dari cakap-cakap kedengaran di Kuching ini juga parti Kita turut sama akan bertanding. Parti itu akan menggunakan lambang Snap kerana ia tidak didaftar di Sarawak.

Sementara itu PKR sendiri juga masih belum memuktamadkan calon-calon mereka. Ia dipercayai dalam proses diperingkat terakhir dan semua calon akan diumumkan oleh Penasihat Umum, Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 29 Mac ini. Bagaimana pun beberapa pemimpin utama PKR Sarawak sudah pun dikenali pasti kerusi masing-masing.

Sehingga ini seperti mana dilaporkan Utusan Borneo PKR baru mengenal pasti 19 calon. Parti itu akan bertanding di 35 kerusi.

Manakala kedatangan Nurul Izzah petang ini pula adalah untuk meninjau persiapan awal jentera pilihan raya. Beliau juga dikatakan akan turun ke beberapa kawasan untuk melihat persiapan dan mood pilihan raya dari dekat.

Saya terserempak dengan Nurul Izzah ketika beliau check in di sebuah hotel yang ditemani oleh Penasihat PKR Sarawak, Hafsah Harun. Turut sama kelihatan ialah bakal calon PKR di kerusi Demak Laut, Ali Hossein Abang. [kuching. 3:20 pm 26/03/11]

Friday, March 25, 2011

Catatan Dari Kucing

Meow Kecil si Kucing Kuching

PETANG semalam sampai di Kuching. Cuba hendak menulis sesuatu dan menghantar laporan awal mengenai pilihan raya Sarawak, tetapi tidak sempat. Malam semalam sibuk, jam 4:00 pagi baru balik ke bilik perihatan. Pagi-pagi tadi pula meninjau ke beberapa kawasan di sekitar Kuching dan juga beberapa lokasi di luar bandaraya Kuching.

Tengah hari bersolat Jumaat di masjid negeri. Dengar khutbah dari polis sempena dengan hari jadi Polis ke 204 hari ini. Bukan main lagi polis meminta kerja sama daripada rakyat agar membantu keselamatan negara.

Kata khutbah khas itu keselamatan negara bukan saja terletak ditangan polis tetapi ditangan semua orang. Benar begitu, tetapi ada kalanya polis bersikap berat sebelah dan tidak profesional. Mungkin kalau polis dapat menunjukkan sikap profesional dan adil dalam tindakannya ia bukan saja dibantu sepanjang masa tetapi dihormati semua pihak.

Sembahyang Jumaat di masjid negeri menyeronokkan. Keindahan seni bina merujakan. Rasanya masjid negeri Kuching adalah yang terindah di negara ini. Ruang solat juga luas dan di serambi masjid diadakan kelas muqaddam. Tetapi sayang masih banyak ruang kosong di bahagian belakang sewaktu solat Jumaat.

Beberapa jemaah yang ditemui selepas solat dan ditanya mengenai pilihan raya mereka nampak tidak bersungguh, biasa sahaja. Sikap orang Sarawak terhadap pilihan raya tidak seghairah orang Semenanjung, khasnya Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Sementara malam tadi berjumpa dengan beberapa teman untuk mendapat maklumat awal mengenai perkembangan politik terutamanya mengenai kedudukan pembangkang. Mereka yang dijumpai termasuk penganalisis politik Sarawak tidak asing lagi sdr Dr Jenari Amir.

Tak sangka dapat berjumpa Jenari. Lama tidak bersua dengannya kecuali menemuinya menerusi tulisan dan melihat wajahanya dalam tv bila mana beliau diminta pandangan mengenai politik Sarawak. Dalam ulasan terbarunya kata Jenari, pembangkang menghadapi masalah sedikit kerana masih belum mantap. Parti SNAP yang mulanya bersama Pakatan Rakyat kini mahu membawa dirinya sendiri.

Bagaimana pun akui Jenari pilihan raya kali ini bakal sengit kalau Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan masalah berhubung dengan dibangkit oleh Snap itu. Hal itu bukan saja dilihat oleh Jenari tetapi pemerhati pilitik veteran Sarawak juga yang ditemui.

Ulasan akan bersambung dalam catatan seterusnya. [kucing 7:21 pm 25/03/11]

Senyum Kucing

Kuching Diminati Ramai

SARAWAK khasnya di Kuchng sudah mulai sibuk. Pelancong ke bandaraya ini bertambah secara mendadak. Boleh dikatakan semua penerbangan ke Kuching dari Kuala Lumpur penuh. Keadaan ini akan terus bertambah dari hari ke hari dan kemuncak menjelang hari penamaan calon pada 6 April depan.

Boleh dikatakan semua hotel di Kuching sudah ditempah. Hotel di hadapan sungai Sarawak (Waterfront) tidak payah berangan-angan untuk inap di situ, semuanya sudah penuh. Dari hotel bajet sampai ke hotel lima bintang semuanya habis ditempah.

Katanya sejak seminggu lepas lagi semua hotel bertaraf bintang sudah dibooking dan semuanya habis selepas beberapa hari DUN Sarawak dibubarkan.

Hotel tempat saya menginap ini walaupun agak tersisih dari pusat bandar juga habis ditempah. Nasib baik kawan di sini membuat tempahan awal.

Para pemimpin parti politik dari Kuala Lumpur juga sudah mulai tiba. Petugas-petuas pilihan raya, pasukan perisik, polis, askar, SPR, petugas media massa sudah memenuhi bandaraya Kuching. Tidak terlupa juga para broker yang mencari makan di musim pilihan raya, sudah banyak yang melilau di waterfront.

Bertuah bumi Kuccing kerana diminati ramai. Pilihan raya Sarawak ke-10 ini akan menjadi perhatian umum. Bukan saja pemerhati politik Sarawak tetapi dari Semenanjung juga. Kalau sebelum ini orang Sarawak akan memberi perhatian kepada Kuala Lumpur kini orang Kuala Lumpur memberi perhatian kepada Kuching.

Seperti kebanyakan orang bercakap pilihan raya Sarawak akan jadi indikasi kepada pilihan UBN untuk menentukan tarikh pilihan raya ke-13 nanti. Kalau pilihan raya kali ini berpihak kepada BN ini memungkinkan pilihan raya umum akan dipercepatkan, kemungkinan akan diadakan tahun ini juga.

Sebaliknya kalau keputusan pilihan raya malam 17 April memberi pukulan hebat kepada BN apa lagi sehingga ternafinya majoriti dua pertiga di Dun Sarawak menyebabkan UBN seperti dikejar Bujang Senang, mereka akan 'melarikan' pilihan raya umum ke-13 sejauh mungkin yang mampu.

InsyaAllah ulasan mendalam mengenai pilihan raya dan perkembangan Sarawak ini akan saya ulas setelah pulang ke Semenanjung nanti. Salam MSO. [kuching 1.20 am 26/03/11]

Thursday, March 24, 2011

Sesudah Menyubuhi Tuhan

Suruhanjaya Sumpah Laknat

RAHIM Tamby Chik mencadangkan agar suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan mengkaji video lucah yang beliau tayangkan kepada wartawan kelmarin. Katanya suruhanjaya itu perlu untuk menentukan kesahihan kandungan video berkenaan dan juga mengesahkan apakah watak yang ada dalam video berkenaan orang yang disangka dan dituduhnya.

Saya nak tanya beberapa soalan berkaitan persoalan dan cadangan Rahim Tamby Chik ini. Apakah perlunya suruhanjaya itu ditubuh dan apakah perlunya siasatan ke atas video berkenaan. Biasanya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara yang ada kepentingan umum. Dalam kes video lucah itu apakah ianya merupakan kepentingan umum dan melibatkan keselamatan negara?

Video itu bersifat peribadi yang tidak ada kena mengena dengan orang ramai. Ia tidak perlu dihebuhkan pun. Kalaulah cadangan Rahim itu hendak diambil kira, maka banyak lagi suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan. Bukan soal pengecut di sini, tetapi keperluan dan kemunasabahannya.

Saya nak sebut beberapa suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan kalau mengikut versi ataupun pendapat bekas Ketua Menteri Melaka itu. Sebelum kes video itu disiasat, penyiasatan ke atas perkara berikut terlebih dahulu perlu dilakukan;

1. Mengenai skandal seks seoraang bekas Ketua Menteri dengan pelajar sekolah berumur 16 tahun sehingga melahirkan seorang anak.
2. Mengenai hubungan seksual dan afair seorang bekas ketua menteri dengan seorang gadis Pertugis.
3. Hubungan seks bekas ketua menteri dengan seorang perempuan yang berkerja di sebuah syarikat perumahan. Perempuan itu juga telah memohon sebuah projek tambak laut di sebuah negeri tersebut.
4. Mengenai hubungan seorang menteri dengan seorang perempuan Pertugis.
5. Mengenai hubungan seorang bekas artis sehingga mengandung dan terpaksa mengugurkan kandungannya di Johor. Sebelum itu artis berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat enam di sebuah hotel di Jalan Raja Laut.
6. Mengenai seorang menteri yang melayani gay.
7. Mengenai seorang bekas MB yang membawa puteri Umno ke tengah laut dengan boat.
8. Dua orang bekas setiausaha kepada bekas menteri dan menteri yang dikatakan telah membunting seorang artis dan seorang pramugari.
9. Mengenai ketua Umno sebuah bahagian di Kelantan yang meniduri 13 orang perempuan kampung.
10. Seorang kenamaan yang telah mengahwini seorang perempuan walaupun ketika itu perempuan itu masih belum habis edah perceraian.
11. Kena siasat juga kesahihan mengenai perkahwinan seorang menteri dengan isterinya kini yang meragui dari segi syarak.
12. Siasat juga bekas menteri yang dikatakan berhubung sesama jenis (lesbian).
13. Siasat juga setiausaha politik kepada menteri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.
14. Siasat juga menteri yang terlibat melakukan perpindahan wang secara haram.
15. Siasat juga Ketua Menteri yang terlibat dengan pengurup wang.
16. Siasat juga bekas menteri yang menjadi kaya raya dengan memperdagangkan pendatang asing.
17. Siasat juga menteri yang ditangkap basah dengan seorang artis di Port Dickson.

Ah, banyak lagi. Sebenarnya perkara disebut itu lebih utama dari video lucah itu kerana ia membabitkan negara dan rakyat.

Justeru saya tidak fikir pihak kerajaan bersedia melayani cadangan Rahim Tamby Chik itu. Kalau alasan suruhanjaya itu perlu disiasat kerana ianya melibatkan pemimpin yang bercakap mengenai Islam, nah... semua kes-kes melibatkan apa disebut itu juga melibatkan pemimpin Islam, yang bercakap mengenai Islam, yang pakai baju Melayu pada setiap hari raya.

Adalah tidak adil dan zalim kalau video itu perlu disiasat demikian rupa atas kehendak individu berkenaan. Yang jelas melihat dari cara modus operandinya ia dilakukan atas sifat dendam, geram dan kemaharahan yang tidak dapat dihilangkan.

Baikkah orang ini semua dan kita semua mengucap sedalam-dalamnya mentauhidkan diri kepada Allah, menginsafi apakah yang kita lakukan ini menguntungkan kita, negara dan bangsa atau sebaliknya. Dan kepada rakyat di luar sana sesekali angkatlah tangan menadahkan doa kepada Allah dengan meminta kita semua dimasukkan iman diberikan taufik dan hidayah. Kerana apa yang berlaku di negara kita sekarang adalah satu bala' dan petaka.

Apakah bala' dan petaka yang menimpa kita hari ini angkara sumpah laknat? Kita terlupa laknat Allah itu akan hadir secara umum walaupun ia hanya dilakukan oleh seorang manusia saja. Selagi orang yang bersumpah laknat berada di negara ini dan kita juga berada di negara ini maka bala atas sumpah laknat itu akan melaknat kita semua! [wm.kl.8:30 am 24/03/11]

Wednesday, March 23, 2011

Susupan Petang

Post Mortem Video Lucah 18 SX

MISTERIUS video lucah yang dibabitkan dengan Anwar Ibrahim dan siapa producernya sudah hampir terbongkar. Hari ini ada dua kenyataan akhabr mendedahkan berhubung video berkenaan. Pertama oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dan kedua oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay. Mulanya Shazryl Eskay inilah dikenali dengan nama Datuk T.

Sidang akhbar oleh Johari seperti mana kenyataan penuhnya yang dipostkan di bawah. Saya tidak mahu menghurai panjang mengenai pendedahan Johari itu. Cuma apa yang boleh dismpulkan beliau tidak mempercayai watak dalam video berkenaan adalah bosnya, Anwar.

Memahami apa yang diceritakan Johari, video itu telah digunakan untuk memerangkapnya agar meninggalkan PKR. Video itu dijadikan bukti kononya Anwar terlibat dengan skandal sex dan melakukan sex dengan pelacur. Tujuan video itu disondolkan kepadanya agar beliau benci dan meninggalkan Anwar dan menyertai Umno.

Kata Johari juga kalau dia sedia untuk mengkhianati Anwar serta membawa rakan-rakan (MP) lain segalanya ditanggung beres termasuk soal keselamatan dan juga kewangan. Dalam erti kata lain video berkenaan digunakan untuk membeli Johari. Manakala kegiatan membeli Johari dan MP PKR lain dalam strategi mengukuhkan kedudukan kerajaan UBN.

Apabila Johari dan rakan-rakan lain tidak bersedia menjual dirinya, di sinilah menyebabkan video berkenaan didedahkan kepada umum. Ia boleh dianggap sebagai dendam dan kemarahan. Anwar khasnya dan PKR amanya harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johari yang setia kepada Anwar dan PKR. Penolakan Johari atas tawaran itu satu pengorbanan yang besar. Kalau Johari tidak mempunyai keimanan yang tinggi dan hilang moral sebagai manusia Islam sudah tentu beliau akan tergelap mata dan menerima tawaran berkenaan.

Dengan mengambil kira apa yang didedahkan Johari itu boleh dianggap di sini bagi individu yang telah mengkhianati dan kencing Anwar adalah kerana tergelap mata dengan tawaran kebendaan itu. Mereka sanggup dan rela dicaci sepanjang hidupnya kerana sedikit wang bagi menyumbat poket seluar yang tembus. Tanpa mereka sedar selepas ini untuk mereka menjadi pencaci tahi pun belum tahun boleh.

Berbalik kepada isu tadi, pendedahan oleh Shazryl Eskay enjelaskan bahawa beliaulah penanggungjawabnya. Paling mengejutkan ia turt sama terlibat dan memikul tanggungjawab dalam pendedahan video itu ialah bekas KM Melaka, Rahim Tamby Chik. Kata Rahim Datuk T bukan seorang tetapi ia didhomankan kepada tiga orang Datuk. T adalah trio.

Seorang lagi Datuk ialah orang bernama Shuib Lazim (foto). Rahim tidak menjelaskan bahawa beliau termasuk dalam trio itu, namun penjelasan itu menunjukkan dialah seorang lagi Datuk itu.
Kenapa Shuib Lazim tidak hadir dalam sidang akhbar berkenaan? Shubib Lazim adalah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Pada satu majlis hari raya beliau pernah hadir ke rumah Anwar dan saya melihatnya sendiri.

Shazrly mengakui bahawa salah satu watak dalam video berkenaan seperti dijelaskan Johari adalah dirinya? Sekiranya video itu merakam adigen maksiat jelas bahawa beliau juga terbungkus sama dalam video berkenaan. Kalau watak dalam video itu Anwar, ini bermakna dia juga boleh dibabitkan sebagai terlibat dalam video berkenaan.

Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim turut sama bersuhabat dalam melaksanakan kerja yang keji itu.

Kenapa ia didedahkan? Inilah misteri yang belum terurai dan bukan payah untuk difahaminya. Anwar adalah musuh kepada perdana menteri dan juga isterinya, Rosmah Mansor. Rahim Tamby Chik pula pernah merasa teraniayaan oleh Anwar menyebabkan beliau terpecat dari jawatan ketua Pemuda Umno. Rahim mengira takdir itu adalah kerana Anwar. Ada orang bercerita beliau dikatakan bersumpah akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

Kesimpulan mudah disini, kalau beliau terlibat dengan pendedahan video untuk memburukkan Anwar itu, jawabnya kerana dendam. Apa dilakukan itu untuk membalas dendam lamanya. Tetapi apa hal pula dengan Sharzly, dia seorang ahli perniagaan. Khabarnya dia sedang menghadapi masalah dan dijanjikan dengan mega projek. Mungkin kerana untuk mendapatkan projek maka beliau harus menawan ahli Parlimen PKR menyertai Umno dan dalam masa sama damegkan Anwar Ibrahim. Selepas itu baru dia mendapat upahnya.

Macam mana dengan Shuib Lazim? Apakah peranan dan tuntutan beliau dalam hal ini. Kenapa beliau terlibat dengan Trio T itu? Dan yang menjadi persoalan kenapa beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu. Kalau T itu adalah trio setelah Shuib maka ia tidak menjadi tiro lagi tetapi jadi dwi T.

Apakah beliau juga bersubahat kerana ingin mendapat imbuhan kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan? Kita akan cuba selidik mengapa dan atas sebab apa penglibatannya. Mudah-mudahan Shuib akan muncul dalam tempoh sehari dua ini menjelaskan sejauh mana penglibatannya dalam pembikinan wayang 18 SX itu.

Seperkara lagi yang hendak saya sebutkan di sini, mungkin juga versi video inilah yang pernah ditayangkan kepada beberapa orang pemimpin Pas dan juga kawan dan sahabat awal Anwar. Katanya para sahabat awal Anwar mulai goyah dan mempersoalkan syaksiah Anwar setelah mendengar cerita atau melihat tayangan promo video berkenaan.

Adalah baik bagi pemimpin Pas maupun sahabat awal Anwar yang mendengar kisah video ini atau pernah menyaksikan promonya membuat mahasabah balik. Jelas dari dua versi penjelasan sidang akhbar tadi video berkenaan adalah sebuah filam wayang yang diwujudkan dengan demikian rupa dengan bantuan makenisme dan peralatan IT yang moden.

Bagi saya pula, saya tidak mahu melihat kebejatan manusia yang menjadi pelakon dalam video berkenaan, tetapi yang saya kesal dan benci ialah mereka yang mendedahkannya. Kerja sebegitu yang mereka lakukan tidak ubah seperti menjolok buah rambutan dengan galah yang berlengeh dengan tahi. Memang buah itu manis tetapi ianya diapati dengan hasil yang buruk dan busuk. [wm.kl.6:17 pm 23/03/11]

Pendedahan

Dalang Wayang Lucah Di Pawagam Carcosa Seri Negara
Terdedah!

SELEPAS mendengar keputusan bicara dalam bicara bersabit kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelah pagi tadi saya beredar ke kantin untuk minum pagi. Sedang berbual seseorang datang mencuit bahu, bertanya tak pergi ke pejabat PKR di PJ ke? Untuk apa tanya saya? Ada pendedahan penting.

Orang itu berlalu tanpa memberi tahu butir lanjut mengenai sidang akhbar itu. Saya juga tidak mengambil berat mengenai apa yang dikatakan itu. Dari mahkamah saya singgah di pejabat selesai beberapa perkara, kemudian ke kedai makan. Seusai makan satu email masuk ke dalam mail saya.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai email berkenaan buat masa masa ini. Di bawah ini saya turunkan sepenuhnya. Sama-sama kita nilai sendiri email yang merupakan kenyataan akhbar Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ini berhubung isu pendedahan video lucah. Hadir sama dalam sidang akhbar berkenaan ialah Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail. Wassalam - MSO.


Salam Saudara MSO,

ni sumber yg saya dapat. mungkin saudara dah terima atau dah tengok dulu drp saya. sekadar berkongsi. TK

KENYATAAN AKHBAR


Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Tuesday, March 22, 2011

Singgung Petang

Polis Tidak Akan Menyiasat Laporan Anwar

[kemaskini] Polis DiRaja Malaysia menubuhkan unit khas untuk menyiasat video lucah yang membabitkan tokoh politik. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Polis Negara lewat petang ini. Wah nampaknya cekap polis kali ini. Adakah penyegeraraan ini mengasihkan apa yang saya bayangkan bahawa pendedahan video berkenaan ada agenda tertentu? Kita tunggu lagi.

Iya saya yakin berpandukan sejarah masa lampau polis tidak akan segera menyiasat laporan Anwar berhubung pendedahan vido lucah yang dikatakan membabitkan dirinya. Mungkin alasan seperti mana digunakan spekaer dewan rakyat, perkara itu bukan perkara perlu disegerakan.

Hari ini dengan ditemani kira-kira 100 orang penyokong termasuk pemimpin PKR dan Pas Anwar telah membuat laproan polis di Balai Polis Dang Wangi. Anwar menyifatkan pendedahan itu untuk melenyapkan kerier politiknya.

Kenapa saya berkata demikian kerana tidak mungkin untuk polis menyiasat sesutau perbuatan atau kegiatan yang dilakukan sendiri. Anwar membayangkan pendedahan itu tidak mungkin berlaku kalau bukan melibatkan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Seperti mana saya katakan sebelum ini, andaian itu tepat dan benar sekali. Kalau kerja busuk dan jijik itu tidak mendapat restui pihak berkuasa tidak mungkin ianya dilakukan di Carcosa Sri Negara?

Walhasil balik asal laporan Anwar itu akan tinggal laporan sahaja kecuali pihak konspirator sudah mengatur pelan agar mereka disiasat polis untuk membolehkan mereka mendedah apa yang masih menjadi misteri itu. Makanya kita tunggu dan lihat. [ttdi.5:06 pm 23/03/11]

Menjerat Rasa

Tidak Cukupkah Kamu Menguji Kami Ya Tuhanku?

LUMRAH dan menjadi sunatullah seorang pemimpin itu perlu menghadapi cabaran dan halangan. Cabaran yang ditantangnya bukan calang-calang. Semua itu adalah ujian. Ia berlaku bukan pemimpin kebenaran zaman ini, tetapi sejak zaman para Nabi-Nabi dan Rasul lagi. Malahan cabaran dan ujian batin dan fizikal ke atas mereka lebih azab dari pemimpin yang alami hari ini. Kesengsaraan mereka tidak sampai setengah kuku yang kita hadapi kini.

Dalam konteks iman seseorang ada sebuah firman yang berbunyi, "jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji." Pernyataan Allah ini menjelaskan bahawa untuk manusia sampai ke makam iman tertinggi (zahid) dia akan diuji terlebih dahulu. Ibaratnya macam mana boleh dikatakan parang atau pisau itu tajam kalau ia tidak diuji berlaga dengan waja lain.

Nah begitu juga pemimpin. Ujian ini pula tidak ada tempoh atau tahap tertentu. Tidak ada jangka masa alimiahnya. Ia berjalan sepanjang masa selagi manusia itu berjuang. Selagi ia tidak mundur dari medan perang ujian dan cabaran itu tetap akan datang menerpa kepadanya. Ia bukan secerlak tetapi timpa menimpa. Sebab itu dari ukuran Tuhan lagi banyak manusia itu diuji maka makin tinggi tahap keimannya kalau ia lulus dengan ujian itu. Sebalik kalau ia gagal dan mengaku kalah ia akan menjadi fasik.

Cabaran dan ujian ini berbagai-bagai. Ia bukan satu bentuk dan satu jalur saja. Pujian dan sanjungan juga ujian. Malahan ujian berbentuk begini lagi hebat dan mencabar. Ia memakan diri bak api memakan sekan. Yang dipuji tidak merasai dia bergelimpangan dengan dosa dan kemunafikan bila mana nafsu riaknya meyelimuti dirinya angkara pujian dan sanjungan itu.

Cabaran mendada ialah cabaran yang akan melukai jasad dan rohnya. Inilah cabaran paling hebat. Bukan pula bermakna kalau seseorang pejuang itu dapat melalui cabaran ini dia akan berakhir dengan merangkul piala kemenangan. Kalau dalam politik dia akan menjadi pembesar dan puncaknya perdana menteri. Tidak, tidak begitu.

Kemenangan dalam perjuangan ialah apabila kita dapat kekal dan istiqamah dengan prinsip perjuangan kita. Kita tahan dan betah menghadapi ujian dan menegakkan kebenaran dan prinsip perjuangan kita. Biarlah kita kalah, luka, dipenjara tetapi selagi prinsip perjuangan kita yang hak dan benar itu dapat dipertahankan itulah kemenangan. Lantaran itu para mujahidin mendoakan mereka syahid. Dan syahid adalah makanan mujahidin.

Klimeks kepada kemenangan ini ialah kita mati dalam istiqamah di dalam perjuangan. Mungkin hakikat ini sukar diterima terutama mereka yang tidak beriman kepada Allah. Mereka yang mengira bahawa hidup ini hanya setakat dunia ini saja tidak akan mengecapi nikmat dihujung kemenangan abadi. Mereka yang beranggapan begitu mungkin mereka benar. Tetapi bagi yang mempercayai adanya Yaumi Mahsyar sedikit pun tidak merasa bimbang dengan kekalahan didunia ini akibat fitnah.

Di sini saya hendak kaitkan sedikit dengan apa yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Manusia ini sedang menghadapi ujian bertali arus daripada Allah dilakukan oleh musuh-musuhnya. Anwar bukan nabi. Tetapi apa yang dihadapinya adalah sesuatu yang azab dan sengsara yang mengheret dirinya melalui sunahtulah yang ditempuh para tab'i.

Kekadang tersedak sendu di dada terlerai air mata ini apabila memerhatikan akan kegigihan Anwar menghadapi segala macam ujian berkenaan. Paling menyedukan bila mana sesekali terpandang ke wajahnya yang tetap tenang menyimpan seribu kesedihan dan kelukaan yang tidak terucap lagi. Sebuah penderitaan maha dalam terpahat kejap di sanubarinya. Terasa ketawa-ketawanya, senyuman-senyumannya dibuat-buat kerana menyembunyikan kepedihan sembilu yang menikan tangkai jantungnya. Semua itu adalah mimik yang disengajakan untuk menghibur pengikut kerana tugas seorang pemimpin adalah memberi hiburan kepada pengikut.

Siapa tahu kalau dalam kamar rumahnya, di atas sejadah dia menangis semahunya? Siapa tahu? Orang tidak mengecapi kesedihan itu kerana ia tidak terpandang dan Anwar berusaha sedaya mungkin melindungi nestapanya. Pemimpin yang bertanggungjawab ialah yang tidak menghadiahkan kedukaan buat pengikutnya. Gembira bersama, kedukaan biarlah ditelan bersendirian. Itulah lajah pemimpin perjuangan.

Apalah yang Tuhan ingin hadiahkan kepadanya atau sememangnya satu kifarah ke atas dosanya. Kalau ia merupakan kifarah apakah sebanyak itu dan masih belum cukup menghukumnya. Sesungguhnya Tuhan tidak zalim dan Anwar adalah makhluk-Nya. Allahuazim hu Jabbar yang mengetahui segala apa yang berlaku ke atas hamba-Nya.

Namun dari luar pengetahuan lautan ilmu Allah apa yang dapat disuluh ke atas Anwar setiap yang berlaku ke atasnya adalah juga percubaan dan ujian untuk ummah Melayu negara ini. Ummah Islam negara. Nasib yang menimpa Anwar adalah lakaran nasib ummah Melayu di negara ini sudah tersurat di luh mahfuz.

Kekejian, fitnah ataupun kejahatan yang dilontarkan kepadanya lebih satu dekad dulu termasuk yang terbaru, hatta juga atas kehendak Allah adalah tafsrian kepada sikap ummah Melayu sebenarnya. Ummah Melayu seperti mana digambarkan dalam filem-filem hitam putih yang penuh dengan hasad dengki, fitnah khianat yang menghirup darah dan memakan daging saudara sendiri.

Iya sudah, kalau tidak mahukan Anwar untuk menjadi pemimpin, jatuhkan dia dengan cara terhormat. Kalau tidak mahu Anwar menjadi kepala jatuhkan dia dengan cara beradab. Kalau tidak mahukan Anwar menjadi pembela nusa dan bangsa, nyahkan dia dengan cara berberdepanan. Tektik dan strategi politik mungkar bukan permainan Melayu Islam sebenarnya. Tektik dan strategi itu adalah permainan syaitan, iblis yang dilaknat oleh Allah. Sebenarnya tanpa kita ketahui ada sebahagian kita lebih jahat dan zalim dari syaitan, kita sengaja memilih jalan sesat itu.

Akhirukalam... percayalah kesedihan dan tangisan akan menjelang dihujung waktu. Saat kita kehilangan sesuatu itulah kita akan menyesali betapa sesuatu itu sangat berharga. Tetapi untuk apa kita menangis dan berlagu lagi sesudah semuanya sudah hilang lenyap. Tidak adalah pepatahan berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesala kemudian tidak beguna... kalau ianya tidak akan menimpa diri kita semua, Melayu. Sesungguhnya kita ummah yang hina kerana dihinakan oleh politik yang kita amalkan. [wm.kl. 7:20 am 22/03/11]

Monday, March 21, 2011

Terkini Video Lucah

"Bukan Saya" - Anwar

PETANG ini Anwar Ibarahim telah membuat sidang akhbar khas menafikan watak yang terdapat dalam video lucah yang ditayangkan kepada beberapa wartawan di Carcossa Sri Negara hari ini secara percuma bukanlah dirinya. Beliau memberi beberapa bukti bagi menafikan watak itu adalah dirinya seperti mana yang cuba dikaitkan dengan pendedahan video berkenaan.

Menurut Anwar watak dalam video itu perut buncit. Beliau sambil ketawa lantas membuka menyelak jaket dan menunjuk perut untuk disaksi oleh wartawan.

Satu lagi bukti yang diberikan Anwar tarikh rakaman video itu dibuat pada 21 Februari sedangkan pada waktu itu beliau berada bersama isteri anak-anak dan cucunya. Waktu itu juga beliau sedang melayari twitter. Beliau ada menyimpan (save) twitter berkenaan sebagai bukti.

Anwar menyifatkan video berkenaan bermotif politik untuk memburuk-burukkannya dan memalukan keluarganya. Beliau tidak menolak video itu dikeluarkan untuk pilihan raya Sarawak. Sepanjang sidang akhbar itu Anwar kelihatan riang dan cerita dan tidak sedikit pun menunjukkan beliau gerun dengan pendedahan video berkenaan.

Dalam pada itu ada berbagai pendapat dan tafsiran mengenai pendedahan video berkenaan yang menjadi berita panas sepanjang hari ini. Setengah mengatakan video berkenaan sudah lama dirancangkan dan ia pernah hendak disebarkan semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh. Bagaimana pun atas sebab-sebab tertentu dan pandangan dari pihak tertentu rancangan itu dibatalkan.

Sementara itu ada pihak mendakwa video itu 'diterbitkan' oleh para samseng dari Sarawak. Manakala Datuk T yang dimaksudkan yang menjadi produser (pengeluar) adalah berbangsa Melayu. Menurut seorang wartawan kanan dari sebuah portal orang ini (Datuk T) sering muncul dalam beberapa fanction Umno sebelum ini.

Anwar akan membuat laproran polis selepas beliau melihat video berkenaan sepenuhnya. Menurut Datuk T dia akan mengirimkan video berkenaan kepada Anwar dan Wan Azizah sekiranya Anwar tidak berundur dari politik. Soalnya kalau pendedahan itu bukan bermotif politik kenapa ianya dikenakan syarat itu. Jelas pendedahan itu untuk mengugut Anwar bersama isteri dan keluarganya. [ttdi.7:15 pm 21/03/11]