Monday, June 6, 2011

Susupan Pagi

Komen Yang Dangkal Dari Muhyiddin

[kemaskini] Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membelasah Pas apabila Pas tidak membincang isu video lucah dalam muktamarnya. Menurut akal Muhyiddin Pas sepatutnya membincang untuk mempastikan siapa watak dalam video lucah berkenaan. Mulanya saya tidak percaya kalau sedangkal itu pemikiran seorang timbalan perdana menteri. Tidak ada kualiti langsung.

Kalau Muhyiddin seorang pemimpin berkualiti dan rasional politik dia tidak akan menyerang Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah. Tetapi mungkin kerana beliau terlalai atau pun menjadi tidak rasional bila Dewan Ulama Pas menolak isu video lucah, menyebabkan beliau berfikiran begitu. Gelap otak.

Kalau Muhyiddin cerah otak beliau tidak tergamak untuk memberi pandangan seperti itu. Dua perkara yang beliau kena fikir sebelum bercakap mengenai perkara itu, bukan bercakap dulu sebelum fikir. Pertama muktamar Pas adalah persidangan atau forum Pas membincang perihal partinya. Adapun isu video lucah bukan termasuk dalam agenda utamanya.

Tidak ada keperluan dan kepentingan untuk Pas membincang hingga lebur mengenai isu berkenaan. Inilah bezanya Pas dengan Umno. Kenapa tidak ada keperluan kerana isu itu adalah isu politik yang direstui oleh Umno. Mahkamah atau pihak berkuasa polis belum menentukan siapa lelaki berkenaan.

Pas tidak akan percaya kalau setakat Ibrahim Ali atau Zulkefli Nordin atau Datuk T yang mengesahkan itu Anwar kerana kredibiliti dan intergriti mereka juga tidak boleh dipercayai. Ibrahim Ali boleh menafikan dan menmgatakan itu 300 peratus bukan Anwar kalau takdir Anwar jadi perdana menteri kelak. Dan begitu juga dengan yang lain kerana mereka adalah species yang sama. Apakah Muhyiddin mahu Pas mahu menjadikan mereka itu sebagai nabi?

Jadi apakah Pas mempercayai akan persaksian oleh manusia fasik? Lainlah kalau mahkamah atau polis atau badan yang berautoriti mengesahkan watak itu adalah Anwar mungkin Pas boleh membincang dan mengambil pendirian dalam hal video lucah berkenaan. Kalau tanpa pengesahan tetapi Pas ikut membincangnya maka standard Pas samalah dengan Muhyiddin saja.

Maka apabila Muhyiddin mengkritik Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah maka samalah kepala dan gaya politik Muhyiddin dengan Ibrahim Ali, Zulkefli Nordin dan juga Rahim Tamby Chik dan gengnya. Keana Muhyiddin harus meletakkan maruah dirinya serendah itu, berpolot dengan sampah sarap. Apakah kerana Muhyiddin sudah merasakan Umno dalam keadaan desprate maka beliau terpaksa merendahkan maruah dirinya.

Seorang pemimpin bakal menjadi perdana menteri seharusnya mempunyai pemikiran dan pandangan politik yang tinggi dan jauh ke depan. Misalnya Muhyiddin boleh mengulas isu-isu lain yang tidak disentuh oleh Pas, seperti usaha untuk mengukuhkan sokongan Melayu (nasionalis) dalam parti berkenaan.

Apabila beliau bercakap dan mengajak Pas membincangan isu video lucah orang akan boleh menilai bahawa politik Muhyiddin juga politik lucah. Di sinilah ketinggian budi Pas sebagai parti yang berteraskan prinsip dan dasar Islam. Mereka tidak akan sama terheret dengan isu-isu maksiat dan fitnah kerana ia dilarang oleh Tuhan.

Hendaknya Muhyiddin akan meralat singgungannya itu dan berilah komen lain yang mencerminkan bahawa beliau mempunyai daya intelektual politik. Dalam hal ini nampaknya Najib lebih unggul dari Muhyiddin. Bagaimana pun sama-sama kita tunggu ulasan Najib mengenai kemenangan Mohamad Sabu. [ttdi.kl.11:00 am 06/06/11]

Sunday, June 5, 2011

Ulasan Peristiwa

Kesilapan Yang Tidak Perlu Diulangi Dalam Muktamar

MURSYIDUL AM Pas Nik Abdul Aziz kata kemenangan Mat Sabu menerusi saluran yang sah? Ertinya kemenangan itu dikhtiraf dan menunjukkan Pas mengamalkan demokrasi terbuka dan tulen.

Bukan itu saja kemenangan itu atas kredibiliti yang ada kepada Mat Sabu. Ia bukan seperti kemenangan penjawat besar di dalam Umno yang diragui akan kesahihannya. Inilah kehebatan Pas.

Walaupun Nik Aziz tidak seronok dengan kemenangan Mat Sabu, kerana tidak memenuhi hasratnya, tetapi bila itulah keputusan terpaksa juga disambut. Redha dengan kehendak perwakilan. Inilah tanggungjawab dan amanah bersama. Nik Aziz mnghormati keputusan itu kerana itu dia memberi dokongan dengan menghuraikan beberapa kelebihan yang ada kepada Mat Sabu terutamanya mengenai kesetiaan Mat Sabu dengan Pas.

Sesiapa pun dalam Pas kena menerimanya. Haron Din yang perit untuk menerimanya tetapi beliau beranggapan gandingan baru itu adalah percubaan yang baik. Dengan percubaan itu mudah-mudahan ia akan memberi kebaikan kepada Pas, dan Pas akan berada dalam martabat yang lebih tertinggi dari sebelum ini, itu harapan timbalan Mursyidul Am Pas.

Tetapi memerhati kepada muktamar kali ini ada beberapa kesilapan kecil yang boleh menunjukkan Pas masih belum profesional dalam melaksanakan sidangnya. Ia terkesan sewaktu muktamar Pemuda lagi, apabila ketuanya terlupa untuk mengadreskan kehadiran perasmian muktamar, Nasharudin Mat Isa. Selepas itu ia diikuti dengan tayangan multimedia yang berunsur kempen kepada seseorang calon sangat menonjol dan tidak patut berlaku apabila seorang calon lain ada bersama.

Rupa-rupanya kesilapan di lakukan anak-anak muda Pas yang masih belum matang atau terlebih cerdik ini turut sama berlaku dalam muktamar Pas semalam. Apakah ini satu pembaharuan atau pun kerana begitu ghairah untuk melihat wajah kepimpinan baru Pas?

Katanya semalam sebaik saja pengumuman keputusan dibuat, pengerusi tetap terus memanggil pemenang baru naik mengambil tempat di pentas utama? Apakah peraturan muktamar sudah berubah? Atau pun kerana pengerusi begitu terliur untuk melihat Mat Sabu duduk di sebelah presiden parti maka kelaziman yang tertib itu terabadi?

Kalau ikut amalan biasa, pemenang jawatan lama termasuk yang kalah perlu berada di pentas sehinggalah muktamar berakhir. Apabila kerusi mereka sudah dirampas, menyebabkan mereka ketiadaan kerusi dan perlu keluar dari dewan muktamar.

Sebenarnya tanggungjawab mereka masih ada. Mereka, khasnya Nasharudin dan Tuan Ibrahim serta ahlijawatankuasa yang kalah perlu menjawab beberapa perkara berbangkit di sepanjang sessi pentadbiran mereka.

Apabila pemenang baru sudah naik ke pentas dan mengambil kerusi, macam mana mereka hendak menjawab persoalan yang bakal timbul. Manakala pemenang baru tidak boleh hendak menjawab apa-apa perkara berbangkit disebabkan mereka tidak mengetahui dan bertanggungjawab mengenainya.

Logiknya apabila mereka yang kalah sudah beredar mereka tidak lagi mempunyai kerusi di di bawah bersama perwakilan. Jadi jalan paling afdal ialah meninggalkan muktamar. Adalah tidak munasabah untuk mereka mencari mana-mana kerusi di celah perwakilan atau pun di ruang pemerhati atau ruang media massa?

Apa yang patutnya berlaku pengumuman keputusan itu dibuat pada hari ketiga (akhir) muktamar. Jadi selepas semua penjawat lama menjawab persoalan timbul baru keputusan diumumkan. Ketika ini para pemenang mengambil tempat dan ucapan penangguhan diadakan.

Mungkin juga kerana terlalu ghairah dengan kepimpinan baru yang dilihat dapat melanjokan semangat Pas dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan Malaysia maka pengerusi terlupa dengan peraturan-peraturan yang harmoni itu. Atau mungkin kerana ralik sangat berseloka berpantun maka perkara lebih penting dan bermoral dilupakan. Kalau ya nak merampas Purtajaya pun kenalah hormat juga pemimpin lama yang kalah itu.

Harapnya dilain kali panetia muktamar memerhati perkara ini. Janganlah perkara yang boleh memalu, menyakit dan menyinggungkan hati mana-mana pihak dilakukan lagi. Kita marah kalau dikatakan tidak profesional, tetapi apa yang berlaku jelas di khalayak umum itu menunjukkan kita tidak ada kelas..

Mungkin kesilapan teknikal yang kecil tetapi boleh menggambarkan kelemahan Pas inilah satu kecacatan kepada muktamar ini selain daripada soal-soal teknikal lain yang memang boleh dipersoalkan. Hendaknya keghairahan menyambut barisan kepimpinan Masahusma ini tidak akan membawa padah, apa lagi mengecewakan sesama kita yang lain, sebalik ianya akan mensejahtrakan Pas. [wm.kl.1:05 pm 05/06/11]

Saturday, June 4, 2011

Ulasan Ke Dua

Barisan Kepimpinan Masahusma
Perlu Wujudkan Pemangkin Melayu


Macam-macam terjemahan dan konklusi dibuat ke atas barisan kepimpinan baru Pas untuk sessi 2011 - 2013. Kesimpulan itu dibuat atas persepsi masing-masing. Ada gembira dengan keputusan yang dibuat oleh 1,040 perwakilan itu dan menganggap ianya tepat dan satu barisan mantap untuk menghadapi pilihan raya ke-13.

Selain itu ada juga menganggap barisan itu adalah jemaah yang dipilih khas untuk menghadapi pilihan raya kerana mereka aktivis parti dan bukan tokoh yang tegak di atas kerusi sambil berkhutbah menyuruh itu dan menyuruh ini. Mereka yang dipilih baik timbalan, naib dan ahlijawankuasa kerja adalah merupakan pekerja parti yang ulit. Ada kebenarannya juga tentang ini.

Dalam keseronokan itu ada juga yang bimbang dengan barisan kepimpinn baru ini kerana mereka bukan dari al ulama warsatul ambia?

Di catatan ini saya ingin menyambungkan sedikit lagi ulasan mengenai pemilihan terbaru dalam Pas yang diumumkan hari ini itu. Dengan melihatkan kepada muka-muka yang ada jelas menunjukkan kepimpinan dua tahun akan datang berbeza dengan kepimpinan sebelum ini. Tradisi kompilasi 60: 40 kepimpinan dalam Pas sudah pun terombak.

Kalau sebelum ini jawatan presiden dan timbalan presiden serta satu kerusi naib pesiden dikhaskan kepada al ulama warsatul ambia, tetapi kali ini pemonopolian itu sudah berubah. Dua jawatan itu sudah pun dirampas! Dalam kata lain pintu kunci untuk kedua jawatan itu sudah pun dibuka dan bukan milik ulama warsatul ambia secara mutlak lagi.

Ini satu kejayaan kepada pihak yang suka memisahkan Pas kepada dua golongan. Kerana selepas ini tidak mustahil kerusi pesiden yang dikhaskan kepada tokoh yang berserban, berkopian putih dan berjanggut panjang akan bertukar kepada tokoh yang bersongkak atau berkopiah batik pula.

Tidak mustahil kerana kata orang bila lulus jarum maka luluslah kelindangnya. Jangan terkejut dua tahun lagi kedudukan Abdul Hadi Awanhg pula akan ditentang. Ini boleh saja berlaku kalau dalam pilihan raya ke 13 kelak Pas yang kini didokong tokoh bukan dari umbi al ulama warsatul ambia menang besar. Kemenangan Pas dalam pilihan raya ke-13 nanti akan dilihat kejayaan dan keampuahan kepimpinan Pas model terkini dan dijadikan alasan untuk menrevolusikan kepimpinan Pas di semua peringkat.

Apakah kalau realiti itu berlaku ia perlu dibimbangi? Ahli Pas kena menyemak balik dan meninjau jauh mengenai hal ini. Kalau semua pihak tidak terpengaruh dengan kerja pengkelompokan di dalam Pas atau 'pencaingan' Pas kepada berpuakan, ia tidak perlu rungsing. Tetapi kalau ia ada kebimbangan dan keraguan mengenai maka ia kena dianalisa secara terperinci.

Atau, kalau pandangan saya diterima bahawa kepimpinan ulama itu ialah pemimpin yang bukan dibayangkan dengan bentuk pakaian dan perwatakan tetapi ia ditunjangi oleh fikrah, amal dan akal yang bersendikan Islam, maka ia tidak harus bimbang. Ia penting wasilah asal Pas itu masih wujud. Soalnya apakah pemimpin hari ini berfikrah demikian dan berjaya mengekalkan Islam sebagai ideologi kepada perjuangan Pas? Masing-masing ahli dan penyokong Pas kena jawab sendiri.

Bagaimana pun berdasarkan pengakuan mereka dan sejauh mana saya kenali akan semangat perjuangan mereka saya jamin mereka tetap dengan prinsip Islam dan fikrah Islam. Mereka akan mengekalkannya kerana kesemua mereka dan termasuk mereka yang ikhlas menyertai Pas ialah mereka yang inginkan Islam. Alasannya kalau mereka tidak bersedia mereka tidak menyertai Pas. Lainlah kalau mereka menyertai Pas itu kerana ada agenda tersembunyi. Apakah kumpulan yang menyelit dalam Pas kerana ingin mengembangkan idea perjuangan mereka.

Manakala keraguan sesetengah pihak terhadap barisan kepimpinan kini, khasnya Mohamad Sabu ia tidak perlu menunjah ke dalam kepala. Penilaian boleh dibuat sepanjang masa barisan kepimpinan ini berkerja dalam tempoh dua tahun. Setiap ahli boleh memantaunya. Sekiranya mereka mengubah pendekatan Pas tidak menjadi masalah. Tetapi kalau mereka sudah mencabut mana-mana prinsip dan dasar Pas ia boleh disemak semula. Mereka perlu disembelih.

Tentang ada suara kebimbangan berlaku penghakisan imej ulama warsatul ambia juga tidak perlu dilayan sangat. Ada kalanya ilusi itu dimainkan oleh musuh Pas. Kerana sistem pentadbiran atau pembentukan Pas ia berbeza dengan parti lain maka Islam itu akan utuh dalam Pas. Ada dua sub institusi di dalam Pas yang bertindak menjadi pemantau atau pun penimbang semak iaitu, Dewan Ulama dan Dewan Syura Ulama. Dua sub institusi ini cukup berkelibar dan berkuasa dalam menentukan halal atau haram hala tuju Pas. Jadi kepada mereka yang bimbang usahlah merasa takut.

Secara peribadi saya tidak merasakan kebimbangan itu kerana kewujudan kedua dewan itu dimaktub dalam perlembagaan. Ia tidak boleh diubah dan ditukar sewenang-wenangnya. Cuma diharap dewan itu akan berfungsi sewajarnya dan peranannya juga perlulah secara konfrehensif.

Sebaliknya apa yang menjadi kewalangan saya ialah apabila tiadanya ulama dalam kepimpinan hari ini yang saya lihat mereka adalah pemangkin Melayu, menyebabkan kemungkinan kalau Pas tidak berusaha cara lain kemungkinan undi Melayu akan meninggalkan Pas. Bagi mereka yang masih tebal dengan semangat kebangsaan (nasionalis) dan assobiah snagat melihat akan perkara ini.

Bentuk atau watak pemimpin yang liberal ataupun tidak menyerlahkan idealisme menyebabkan Melayu nasionalis akan meminggirkan Pas. Tidak boleh tidak selama ini yang menjadi tarikan Melayu kepada Pas ialah dua elemen; agama dan bangsa. Kecualilah anak-anak muda yang berhora hore tidak akan pedulikan kepada dua elemen itu, sebaliknya mereka akan menyokong asalkan ada pemimpin yang dapat menyeronok dan menghiburkan mereka.

Makanya untuk memastikan ada pemangkin Melayu dalam Pas, kepimpinan hari ini terutamanya Presiden hendaklah bijak dan pandai bagaimana hendak mengekalkan pemangkin berkenaan. Saya sangat berharap semoga Pas tidak terabai akan kepentingan Melayu ini kerana kalau tanpa sokongan Melayu melepasi 38 persatu sukar Pas untuk menawan Putrajaya.

Walahu'alam. [wm.kl.4:00 pm 04/06/11]

Ulasan Pertama

'Masahusmah' Team Pilihan Raya Pas

KEMENANGAN untuk Mohamad Sabu berbau sejak awal-awal lagi. Ada dua faktor ataupun gambaran yang bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu. Dalam catatan saya di kolom Arus Bawah dalam Siasah saya telah menyatakan sesuatu yang akan mungkin berlaku kejutan dan ia bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu apabila kedua tokoh al ulama Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mahu kompromi.

Tanpa kompromi salah seorang darinya menyebabkan ia bakal memberi bahana kepada golongan al ulama warsatul ambia. Bila pepercahan undi di antara keduanya berlaku maka Mat Sabu akan menang dengan mudah. Tampak andaian itu tidak meleset. Mohamad Sabu mendapat 420, Tuan Ibrahim 399 dan Nasharudin 224. Jelas kalau undi Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur 623 ini bermakna Mat Sabu akan kekurangan undi sebanyak 200 undi.

Gambaran kedua bagaimana kedua calon al ulama warsatul ambia itu akan hanyut ialah apabila Utusan Malaysia berkempen bermati-matian mahukan kepada ulama. Setengah pihak merasa seronok bila Utusan mengangkat martabat ulama dan membelanya. Secara zahir tindakan Utusan itu semacam ianya mahukan kepada tokoh ulama yang berada di kerusi nombor dua. Paling jelasnya Nasharudin.

Tetapi itu adalah strategi dan tektik Utusan saja. Di sini berlaku tindakan reverse psykologi. Apa sebenarnya yang dikehendaki Utusan ialah supaya tokoh ulama tidak berada di situ. Utusan khasnya dan tuan mereka lebih senang kepada Mohamad Sabu atas beberapa sebab dan faktor.

Apabila Utusan...menyokong ulama menyebabkan perwakilan akan marah kepada tokoh ulama yang mendapat sokongan Utusan dan Umno. Di sinilah perwakilan membuat tindak balas dengan mengambil Mat Sabu. Jadi berjayalah Utusan memerangkap perwakilan supaya mengikuti jarum yang dikehendakinya.

Kenapa Umno sukakan kepada Mat Sabu? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana Umno mengira mereka ada modal besar bila Mat Sabu duduk di nombor dua. Mereka akan menggunakan isu peribadi Mat Sabu unuk bahan kempen pilihan raya. Isu moral yang mereka gunakan untuk melemahkan PKR dengan isu Anwar akan 'dipolitekan' kepada Pas dengan menggunakan isu peribadi lapok Mat Sabu.

Mungkin perwakilan sedar atau tidak. Kalau perwakilan sedar hal ini tetapi mereka tetap mahukan kepada Mat Sabu sudah tentu mereka mengira isu peribadi lapok itu tidak memberi bekas. Jadi walaupun Umno akan tayangkan isu peribadi Mat Sabu khususnya mengenai kelancangannya berucap ia tidak menjadi bekas.

Dari sudut lain kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Sallahudin, Husam dan Mahfuz menjelaskan perwakilan bijak dalam menilai kepada tokoh yang berkualiti dari segi kerja untuk parti. Perwakilan mahu kepada aktvis bukannya tokoh yang berimej saja untuk dijadikan penggerak pilihan raya. Perwakilan sudah lama memberi peluang kepada tokoh berimej ustaz yang hanya berdoa di tikar sembahyang saja tapi kurang berkesan bila berada di lapangan. Jadi kali ini mereka akan membuat eksperimen sejauh mana pula keupayaan tokoh atau aktivis ini.

Tidak dapat dinafikan baik Mat, Sallahudin, Husam dan Mahfuz merupakan tokoh yang kuat berkerja. Mereka ini dilihat senantisa berada di hadapan dan mampu menggerakkan parti. Mereka adalah aktivis yang tahu menyelami kehendak naluri anak muda dan berjaya pula memainkan isu-isu dan tuntutan yang dingini oleh anak-anak muda. Barangkali kumpulan baru ini bolehlah dinamakan Masahusmah - dekat-dekat dengan nama Osama Ben Ladin pakar perang psikoligi di abad ini.

Ulasan kedua akan menyusul selepas ini, analisa mengenai ke manakah nasib al ulama warsatul ambia dalam Pas? [wm.kl.11:00 t/hari 04/05/11]

Friday, June 3, 2011

Sebelum Jumaat

Salam Dan Jabatan Tangan Kempen Terakhir

TERNYATAAN perebutan jawatan dalam Pas jauh berbeza dengan perebutan jawatan dalam Umno. Pas masih berjaya menjaga tatasusila dan adat sopan serta ukhwah sesama sendiri. Falsafah bertanding bukan gilakan jawatan tetapi menawarkan perkhidmatan masih menjadi pegangan dan azimat. Demokrasi dalam Pas masih segar dan belum ternoda dengan demokrasi ala Umno. Inilah kekuatan Pas sebenarnya.

Bukan seperti Umno. Dalam Pas tidak ada pembahagian sampul surat di dalam bilik air atau pemberian surat hasrat untuk mendapatkan apa-apa projek. Dalam Pas tidak ada chai - senarai calon yang diedarkan, tidak ada buku yang diterbitkan untuk menyokong calon tertentu dan membelasah calon lain yang disponsor sesiapa. Kalau ada pun dalam Pas komen-komen nakal dalam Fb dan blog atau kiriman SMS sekadar memeriahkan pemilihan saja atau melayani mata yang tidak mengantuk.

Secara umumnya proses pemilihan masih berjalan dengan semangat anak beranak, saling pengertian dan penuh mahabah. Itulah Pas.

Ini semua dapat dibayangkan pada suasana yang ditunjukkan atau dapat dilihat pada pagi tadi menjelang perasmian muktamar. Ada calon yang masuk bergandingan dengan lawan masing-masing dan bersalaman dengan para tetamu dan juga perwakilan dengan penuh mesra. Masing-masing bergelak tawa dengan muka berseri-seri.

Tidak cukup bersalaman sesetengahnya berpelukan dan berlaga pipi macam tok Arab. Inilah budaya dalam Pas yang wujud sejak lama dulu. Sentuhan pipi atau genggaman erat tangan atau tepukan bahu adalah sentuhan ukhwah yang akan meninggalkan kenangan dan keakraban persahabatn dalam satu jemaah. Sentuhan kecil yang mesra itulah menjadikan penambat kasih di antara mereka.

Situasi inilah menjadikan Pas berbeza dengan Umno dan parti-parti politik lain. Walaupun suasana kempen tidak dapat dielakkan tetapi ia sekadar dilakukan sebagai formaliti saja, bukan sesuatu yang serius atau wajib. Kalau pun terasa hangat di dadah akhbar arus perdana yang mempunyai agendanya tersendiri atau sesudah kehabisan modal untuk melaporkan kes video lucah. Sejak akhir-akhir ini yang nampak lebih memberi liputan dan gimik kepada muktamar Pas ialah akhbar yang dulunya menggelapkan berita mengenai muktamar Pas.

Pas juga masih adil saya lihat. Walaupun ada akhbar tertentu tidak memberi laporan yang adil dan saksama dan berniat jahat namun mereka masih tetap diberi layanan dan pas untuk membuat liputan. Tadi saya terlihat ada dua tiga orang wartawan yang menulis agak pesimis terhadap Pas tetapi masih diberi peluang untuk membuat liputan dan ulasan muktamar.

Ini berbezanya Pas dengan Umno parti yang kononnya lebih moden dan hebat dari Pas tetapi menutup pintu perhimpunannya kepada akhbar tertentu apa lagi yang mirip kepada pembangkang.

Tegasnya calon yang bertanding merebuta jawatan tidak berkempen dari luar batas-batas yang sepatutnya. Kandati pas tidak mengadakan etika namun aktiviti kempennya ia masih terpelihara. Ada calon langsung tidak memberi apa-apa reaksi kepada perwakilan mungkin kerana sudah yakin menang atau sudah tahu akan kalah.

Broker calon juga cukup berhati-hati menjaga taukeh masing-masing. Cakap lemah lembut macam pondan, dan bertanya dengan penuh makna begitu juga ketika menjawab persoalan diajukan. Apa khabar, sihat? Jawaban yang akan keluar nanti akan menterjemahkan isi dalaman. Kalau jawaban sihat, tegas maknanya ada harapan perwakilan itu akan mengundi calon yang didokong oleh penyokong berkenaan. Tetapi kalau jawaban 'laweh' boleh.... bermakna perwakilan itu tidak dapat hendak dipastikan.

Pagi tadi saya memerhati segala gelagat para pemimpin yang bertanding dari jawatan timbalan presiden, naib presiden hingga Ahlijawatan kuasa. Hampir semua mereka dapat saya saksikan atau ada yang sempat bersalaman dengan saya memuji ulasan dan ada juga yang mahu kepastian lanjut mengenai siapa yang kalah dan siapa yang menang. Yang jelasnya tidak ada yang berani membelasah saya di depan walaupun dalam komentar mereka agak keras mengkritik cara saya membuat kritikan.

Antara mereka yang pertama ternampak ialah Nasharudin Mat Isa yang masuk bersendirian dan diiringi berapa orang penyokongnya. Dia bersalaman dengan perwakilan atau tetamu yang berbaris di jalanan dari pintu gerbang (jalan besar) hingga menuju ke dalam dewan. Selepas itu diikuti pula oleh Mahfuz Omar.

Sekejap kemudian Mohamad Sabu belenggang masuk, bersalam kiri dan kanan sambil menepuk bahu orang ditemunya dengan berkata bagus... bagus. Kemudian tiba pula tuan Ibrahim Tuan Man. Sewaktu bersalaman dengan saya terkeluar kata-kata; "ini semua kerana kawan-kawanlah." Apa yang dimaksudkan bahawa beliau bertanding bukan atas kehendaknya tetapi kerana kawan-kawan yang suruh.

Kehadiran para pemimpin semakin ramai, sehingga saya tidak cukup tangan untuk merakam gambar masing-masing. Antara yang terlihat dan melemparkan senyum tetapi tidak sempat diambil gambar termasuklah Mustapa Ali, Dr Haron Din, Nizar Jamluddin, Idris Ahmad dan lain-lain. Sallahuddin Ayub pula langsung tidak kelihatan, mungkin telah terlekat dicelah-celah orang ramai.

Kemudian muncul pula Husam Musa dengan sut Melayu berwarna hijau muda -- jangan bini muda sudahlah... Nampak sekali segak dan menyerlahkan ketokohan seorang pemimpin. Dia diiringi oleh 'orang' Rantau Panjang, semasa saya menghalakan camera BB ke arah Husam orang Rantau Panjang itu melarikan muka, kemudian hilang lenyap entah ke mana, tak sempat dia mengiringi Husam sampai ke dewan muktamar. Kenapa?

Saya sempat juga bersalam dengan Husam sambil menggoncang-goncangkan tangan. Dalam goncangan itu tangan saya terasa lebih kemas dari tangannya. "Kenapa kuat goncang,?" tanyanya. Goncangan itu bukan apa kerana kesiankan dia dibelasah teruk oleh Kickdefella disaat-saat dia hendak masuk gelanggang. Rupa makhluk ini yang terputus tali masih belum ditembak! Saya rasa perwakilan Pas semua sudah faham untuk apa dan kenapa Kicdefella tiba-tiba seakan tersedar dari tidur untuk memburukkan Husam.

Selepas Husam berlalu, tiba pula Mohd Amar Nik Abdullah. Seperti selalu bila bertembung dengan saya, dia akan berkata; MSO... Tinta Merah, tetapi kenapa pakai baju biru hari ini..? Itulah bahasa salam Mohd Amar dengan saya. Jawab saya baju merah diambil oleh orang lain. Sayang wajah terbaru Mohd Amar tidak pula sempat dirakam. Sebenarnya ingin sekali saya merakam wajah Mohd Amar yang duduk berganding dengan Husam.

Akhirnya tibalah orang penting dalam Pas, Abdul Hadi Awang yang kemudian diikuti oleh Tokguruku Nik Aziz. Kali ini Abdul Hadi tidak terus masuk dengan kereta tetapi turun dimuka jalan. Beliau iringi oleh Setiausaha Politiknya Dr Samsuri... saya nampak baju Samsuri kebasahan dengan peluh kerana dihimpit orang ramai yang ingin bersalam dan mencium tangan presiden Pas itu. Saya tidak berani untuk masuk dekat takut kena batang chop orang Terengganu! Setiap kali menghulurkan salam saya nampak Hadi tersenyum puas bangga dan sukacita.

Selang lima minit kemudian Tok Guruku Nik Aziz tiba bersama isterinya. Kereta Mercedez yang membawanya bergerak perlahan masuk hingga ke pintu masuk dalam Dewan Mohd Fadzir Noor. Saya nampak tok guru besama lendek dengan isterinya Tuan Sabariah di belakang. Mukanya serius saja sementara di mulutnya saya nampak terselit penculik gigi.

Ah... mukanya serius saja. Orang ramai mengerumini untuk menatap wajahnya sambil mengambil gambar dari luar. Dalam kesesakan itu saya bergerak cuba mengekori Mercedeznya beberap tapak tetapi berundur kerana keadaan begitu sesak. Tak mengapa kalau pun tidak dapat berjabat salam dengannya, asap yang keluar dari aksus Mercedeznya yang terkuat ke hidung sudah cukup memberi kepuasan. Asap itu terasa wangi dan sampai saat ini masih belum hilang. [wm.kl.1:12 pm 03/06/11]

Thursday, June 2, 2011

Firasat Terakhir

Nasharudin Masih Belum Kalah?
"Mat Sabu Mengharapkan Berlaku Perpecahan Besar Undi Nasha dan Tuan Ibrahim Man, Tuan Ibrahim Mengharapkan Undi Husam dan Undi Nasha. Nasha Pula Mengharapkan Undinya Kekal".

KEMENANGAN Nik Abduh untuk jawatan timbalan Dewan Pemuda Pas sedikit sebanyak memberi gambaran apa yang berlaku dalam muktamar penuh esok, pemilihan pemimpin.

Walaupun kemenangan itu atau barisan kepimpinan Pemuda bukan menunjukkan mereka menyokong mana-mana calon namun selera di dalam pemilihan dewan itu boleh dijadikan gambaran kepada apa yang akan berlaku esok. Dalam hal ini nampaknya selera orang tua tidak jauh bezanya dengan selera anak muda.

Bahawa ada selera untuk 'mengulamakan' Pas nampak jelas. Berdasarkan itu bahawa tokoh yang bermirip kepada ulama atau agamawan berpeluang untuk menang. Dengan mengambil kira keadaan ini, bermakna Mohamad Sabu kini sudah ketinggalan di belakang.

Kata seorang penyokong Mat Sabu yang 'ralik' membaca blog saya, kedudukan Mat Sabu kini sudah tenat. Ibarat kata kalau digunakan jet tiga tan pun Mat Sabu sudah tidak boleh naik. "Sheikh pada ana Mat ni sudah teruk, kalau buh (bubuh) jet tiga tan pun dah tak naik dah?" begitulah katanya.

Saya tanya dia kenapa mudah berputus asa, Mat masih ada peluang. Beliau terus menjawab; "susah sheikh Husam pun sudah mainkan dia," katanya. Saya terkejut tidak faham kenapa Husam sudah mainkan Mat Sabu. Dalam keadaan sama-sama karam tidak ketahuan siapa sebenarnya yang merukah belakang siapa.

"Dulu kawasan dia calonkan Mat kemudian dia pula nampak seperti sokongan Tuan Ibrahim Tuan Man, dah berat dah Mat... buh jet tiga tan pun dah tak naik," katanya sambil ketawa bergereket, ket ket kettt. Penyokong ini bukan marahkan Husam tetapi merasa lucu dengan nasib dialami Mat Sabu.

Terkeduh juga saya dengan kata-kata penyokong Mat ini. Dia... saya kenali sejak awal mahukan Mat bertanding jawatan tinbalan ketua. Dia optimis Mat Sabu akan menang kalau berdepan satu lawan satu dengan Nasharudin kerana penyokong Husam akan menyokong Mat. Itulah sebenarnya formula mudah yang dihisabnya, mengatakan Mat akan menang.

Namun apabila Tuan Ibrahim masuk senario berubah. Mat Sabu ditinggalkan menangis sendirian. Ini politik. Kan saya sudah kata perjanjian dalam politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk dimungkiri.

Apa yang dialami Mat Sabu ia memberi kesan sampingan kepada calon lain. Kalau penyokong Mat ingin membalas dendam mereka akan mengajar Husam pula yang bertanding jawatan Naib Presiden. Kini kedudukan atau harapan untuk menang bukan saja tidak ada kepada Mat tetapi Husam juga akan merasai demikian.

Bukan saja penyokong Mat Sabu itu yang melihat harapan Mat Sabu sudah menipis tetapi orang lain. Portal berita yang sebelum ini jelas berkempen untuk Mat Sabu nampaknya sudah mengalih arah dan kiblat memberi kepada Tuan Ibrahim. Gambar Tuan Ibrahim sudah mula dibesarkan. Ini ada petanda-petanda jelas bahawa Mat Sabu dalam suasana tenat sedang di bawa ke ICU.

Berbeza dengan Nasharudin walaupun diasak kuat oleh para penyokong atau orang yang mengharapkan Tuan Ibrahim boleh menjadi alternatif kepada Mat Sabu untuk bertempur dengannya, tetapi beliau steady sahaja. Nasharudin masih boleh tersenyum dan menerima apa yang dilakukan ke atasnya dengan tenang. Dia tidak nampak tertekan apa-apa. Bagi Nasharudin seolah-olah mengira kekalahan sudah dalam tangan, kemenangan merupakan bonus. Jadi dia tidak begitu give-up. Dengan usaha dilakukan wajar dan tidak terkejut kalau beliau tewas.

Tapi dalam masa sama asakan dan berbagai cara memperlecehkan beliau yang agak melampau kini menjadi modal kepada beliau, bila mana sudah timbul simpati kepadanya. Walaupun mulanya beliau dirasakan perlu berundur, tetapi kerana silap langkah dan teknik, perasaan itu sudah bertukar menjadi simpati. Simpati ini berlaku bila mana timbul gerakan untuk menyingkirkan dengan cara tidak terhormat.

Misalnya pujukan atau tekanan mental dikenakan kepadanya agar berundur dan memberi laluan kepada Tuan Ibrahim. Pemerhati dan perwakilan mengira kenapa harus dilakukan begitu kepada. Kenapa perlu ditolak beliau (Nasharudin) pada saat akhir selepas beliau membuat keputusan untuk betanding. Jarang orang membuka semula kain kafan setelah ikatan dikemaskan di kepala dan di kaki.

Tindakan itu bertentangan semangat demokrasi. Semacam ada niat untuk memberi kemenangan percuma kepada Tuan Ibrahim. Kita persoal kalau betul hendakkan Tuan Ibrahim kenapa tidak disyurakan? Tindakan atau usaha untuk mengangkat Tuan Ibrahim ini pada saya kurang bijak kerana ia memberi impak kepada dua calon selain Nasharudin ialah Mat Sabu.

Mat Sabu beriya untuk menentang Nasharudin selepas diberikan kibaran bendera hijau yang kemudian disentap diganti dengan bendera merah semula. Apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Mat Sabu ini boleh menyebabkan Mat Sabu juga bertukar arah dan fikiran mengarah orangnya agar memberi kemenangan kepada calon lain yang dimaksudkan.

Pada perkiraan saya Nasharudin masih mampu mempertahankan kedudukannya. Jika diambil kira jumlah undi yang diperolehinya dalam muktamar dua tahun lepas, beliau masih mampu bertahan, Dalam muktamar dua tahun lalu beliau mendapat 480 undi mengalahkan Husam Musa yang mendapat 281 undi dan Mohamad Sabu 261.

Katakan undi dasar beliau itu merosot sampai 15 persen ini bermakna beliau masih ada undi asas sebanyak 408 undi. Katakan Tuan Ibrahim akan meraih kesemua undi yang diperolehi Husam 261 dan dicampur dengan undi Nasharudin yang merosot 15 persen (72), ini beerti Tuan Ibrahim baru menngumpul sebanyak 353 undi. Katakan undi Mat Sabu pula merosot sebanyak 10 peratus (26) undi dan undi itu pergi ke Tuan Ibrahim ini bermakna Tuan Ibrahim baru memperolehi 379 undi.

Undi sebanyak itu masih belum berjaya menumbangkan Nasharudin kerana beliau masih berkelebihan sebanyak 29 undi.

Soalnya apakah kedudukan ini berlaku dan Nasharudin dapat mengekalkan undinya? Ada pendapat mengatakan undi yang diperolehi Nasharudin itu adalah undi golongan agama, di mana undi ini (480) akan terbelah dua apabila Tuan Ibrahim masuk 'menggantikan' Husam. Sekiranya berlaku pecah undi, semisalnya lebih 30 peratus undi asas Nasharudin lari kepada Tuan Ibrahim menyebabkan kedudukan itu akan berubah di mana Tuan Ibrahim akan menang sekitar 50 undi.

Perkembangan saat-saat akhir atau kalau ada sesuatu kejutan saja boleh mengubah senario itu. Kalau suasana hari ini masih berterusan, Nasharudin dijangka akan dapat mengekalkan kedudukannya untuk penggal ke empat. Sementara kedudukan Mat Sabu pula akan terselamat sekiranya Tuhan menghendakkanya jadi begitu. Kemenangan Mat adalah satu kejutan dan pembaharuan. [wm.kl.8:21 pm 02/03/11]

Muktamar Dewan Pemuda

Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda Pas Yang Baru

KEPUTUSAN pemilihan dalam Dewan Pemuda Pas telah pun diumumkan secara rasmi. Putera politik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh, 42 memenagi jawatan timbalan ketua Pemuda Pas mengalahkan tiga calon lain termasuk penyandang.

Nik Abduh memperolehi 260 undi mengalahkan bekas timbalan ketua, Azman Safawi mendapat 94 undi, Suhaizan Kait 107 undi dan Firdaus Jaafar mendapat 193 undi.

Kemenangan Nik Abduh memberi gambaran bahawa golongan agama dan ustaz terus memimpin Pemuda dan percubaan untuk profesional bersongkok menguasai dewan itu gagal.

Sekaligus kemenangan Nik Abduh itu juga menebus kekalahanya dua tahun lepas yang merebut jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Sementara itu untuk jawatan naib ketua pemuda pula dimenangi oleh Raja Iskandar yang mendapat 421 undi mengalahkan Nasir Zakaria yang mendapat 228.

Nasir dan Firdaus merupakan ahli parlimen dari Kedah.

Sementara 12 mereka yang terpilih untuk mengisi kerusi jawatan kuasa pula ialah, Ridhuan Mohd Nor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ahmad Baihaki Atiqqullah, Mohd Adzan Musa, Kamaruzaman Mohamad, Ahmad Fadzil Shaari, Khalil Abd Hadi, Mohd Nazri Chik, Mohd Yusni Mat Piah.

Mohd Sani Hafzan, Mohd Nor Hamzah dan Syed Abdul Kadir Syed Hussein al Joofre. [wm.kl.7:00 pm 02/06/11]

Ucapan Nasharudin Semasa Merasmi Muktamar Pemuda.

MEMANTAPKAN DAN MENGEMUDI
JAMA’AH KE ARAH KEJAYAAN

Firmanu’Llahu Ta’ala fi Kitabihi’l-Karim:


وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُم وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٥٥)

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman, di antara kamu dan mengerjakan amal-amal salih bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa; dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka, agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Ku; dan barangsiapa yang engkar sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.”
​​​​​​​​​ (Surah an-Nur: 55)

Alhamdulillahi Rabbi’l-‘Alamin, dengan Izin dan Limpah Kurnia-Nya, dapat kita sekali lagi berhimpun dalam Muktamar PAS ke- kali ini. Sebagaimana dalam setiap muktamar tahunan, kita mendengar ucapan para pemimpin yang amat kita kasihi. Kita juga saling memberi ucapan, melontar idea, mengemuka dan membahas usul, mengetengahkan persoalan dan dalam setiap dua tahun, kita sama-sama memilih barisan kepemimpinan baru untuk menerajui bahtera jemaah. Dan dalam setiap tempoh waktu berakhirnya muktamar, kita akan membina resolusi baru, membina azam dan tekad untuk sidang tahun perjuangan yang mendatang yang akan ditentukan oleh barisan kepemimpinan yang terpilih dalam sidang muktamar selaku suara dan kuasa sah yang tertinggi mengikut perlembagaan parti kita.

Dalam kesempatan kita bermuktamar kali ini, izinkan saya mengungkap semula dan melakar kembali secara ringkas lanskap Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sama-sama kita warisi daripada pimpinan asalnya, bertujuan supaya kita, terutamanya generasi muda pelapis seperti Dewan Pemuda yang menghimpunkan warisan ‘ulama’ dan intelek muda, sentiasa tidak lupa malah benar-benar jelas dalam meniti halatuju kita sekarang dan merangka jejak-jejak langkah kita ke arah masa-masa yang mendatang.

PAS - Dakwah dan Pentas Politik : Berpisah Tiada

Ayyuhai Ikhwah yang dikasihi sekalian,

Telah termaktub dan amatlah jelas bahawa dasar perjuangan PAS adalah Islam sebagaimana yang tertera dalam perlembagaannya dan tujuan penubuhannya adalah semata-mata untuk:
“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan Allah SWT.”

Dan hanyasanya di atas dasar Islam itulah PAS tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan nas al-Qur’an dan Hadith walaupun dari segi politik, PAS menjadi sekutu PKR dan DAP di bawah entiti politik kepartaian bernama Pakatan Rakyat. Inilah manhaj dan main essence yang telah digariskan oleh Rasullu’Llah SAW yang kemudiannya diikuti oleh para sahabat RA, direntasi dengan gigih oleh para mujahid dakwah dalam era negara-bangsa moden masa kini. Islam yang bermula di padang pasir gersang Timur Tengah cepat berkembang-biak sehinggalah ke seluruh pelosok benua. Di rantau kita di Asia Tenggara, beban dan tanggungjawab dakwah itu dipikul atas bahu PAS sejak penubuhannya pada 24 November 1951 (ketika itu sebagai Persatuan Islam Se-Malaya) atau PAS sehingga kini yang turut mengambil pentas politik kepartaian sebagai salah satu medan dan uslub dakwahnya.

​Sejarah telah mencatatkan menjelang bulan Januari 1955, PAS semakin diminati oleh bukan sahaja golongan ‘ulama’ yang mengasaskannya, bahkan juga golongan intelektual lebih-lebih lagi apabila UMNO mula tidak diminati kerana sikapnya yang amat pro-British dan memberikan laluan mudah kepada MCA dan MIC. Ini semakin meyakinkan PAS untuk bertanding dalam pilihanraya pertama bersendirian di atas tiket PAS dan sanggup menentang mana-mana parti politik yang lain hatta UMNO itu sendiri yang turut dianggotai oleh umat Melayu-Islam! PAS amat memahami erti wehdah dan “perpaduan umat Melayu-Islam” .

Penglibatan kita dalam pentas politik nasional juga terangkum dalam kaedah Siyasah Syar’iyyah yang amat jelas. Kaedah at-Tahalluf as-Siyasi pula mengizinkan kita bergabung dengan parti-parti lain seperti Semangat 46 dan kini dengan PKR dan DAP di bawah bendera Pakatan Rakyat (PR). Sesungguhnya PRU ke-12 telah menghasilkan kemenangan terbesar kepada barisan pembangkang dalam sejarah tanah air ekoran tsunami politik yang berjaya menggerakkan kesedaran rakyat menolak politik rakus penuh licik, politik busuk penuh tipu helah.

Sepanjang lebih kurang satu darsawarsa yang lalu, semenjak berjaya menempah 27 kerusi di Parlimen pada pilihanraya tahun 1999, kita berjaya menawan semula Terengganu meskipun terpaksa berundur pada tahun 2004 namun mengekalkan Kelantan sehingga ke hari ini. Menerusi tsunami politik pertama tahun 2008, dengan Izin Allah.

Dalam tempoh yang sama juga, kita mendapat kepercayaan dan sokongan daripada kaum bukan Melayu-Islam sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong PAS yang kemudiannya dipertingkatkan menjadi sebuah Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Dan kini suara PAS sudah semakin jelas berkumandang di Sarawak!

Masyaral syabab sekalian, sesungguhnya kita kini sedia menanti untuk memuktamadkan percaturan politik murahan UMNO/BN dalam PRU ke-13 yang bakal mendatang dengan memanfaatkan momentum politik semasa ini. Untuk merealisasikan hasrat ini, kita mesti bersedia mengubah minda rakyat jelata untuk benar-benar memahami mission kita dan apakah bentuk lanskap politik yang akan kita bina jika kita berjaya menguasai Parlimen. Pengalaman di empat buah negeri yang sedang kita kuasai mesti kita manfaatkan sepenuhnya sebagai bukti ketelusan kita, menjadi blue print bentuk kerajaan yang akan kita bina kelak. Hanya dengan bekerja dengan cara yang betul, mengatur langkah cermat dan menyeluruh, pandai membaca taktik musuh dan seumpamanya akan membuahkan hasil yang kita ingini. Dan jika kita pelajari kejayaan rakyat di Tunisia, Mesir dan kini di Libya, kita akan dapat memanfaatkan kebijaksanaan mereka.

Ingatlah rakyat jelata yang membuang undi semasa pilihanraya itulah yang bakal menentukan kemaraan kita mendaki Putrajaya melalui sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pegang berdasarkan Perlembagaan Negara. Kita mesti mencari kaedah terbijak untuk melakukan transformasi kepada rakyat yang bakal mengtransformkan kerajaan UMNO-BN sedia ada kepada PAS-PR.

Ayuh…..bersedialah wahai syabab dan rijalu’d-dakwah PAS. Sahutlah seruan jihad yang berkumandang yang ditiupkan oleh Islam. Persiap-siagakan diri kita melakukan jihad dengan ‘ilmu dan ‘amal, pendedahan dan pengalaman, taktik dan strategi, blog dan tulisan, ceramah dan kempen dengan memanfaatkan IT dan kelengkapan tercanggih masa kini yang memang mampu dikendalikan oleh adik-adik saya di hadapan di dalam dewan Muktamar Pemuda ini, dan juga adik-adik di luar sana, di seberang laut yang menonton secara live menerusi internet dan WebTV, di bandar-bandaraya dan juga nun jauh di kampung-kampung. Perhatikahlah ingatan Allah SWT di dalam al-Qur’anu’l-Karim:-

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ (٦٠)

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggemparkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan kepada Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya.”
​​
​​​​​​​​ (Surah al-Anfal: 60)

Asas Perbezaan Perjuangan PAS dan UMNO

Sejarah telah mencatatkan bahawa PAS muncul daripada kalangan ‘ulama’ bebas, ‘ulama dari Hizbul Muslimin dan sebahagian lagi ‘ulama’ dari dalam UMNO (yang juga mendapat didikan daripada Maahad al-Ihya’ Asy-Syarif Gunong Semanggol, Perak) atas sebab perbezaan ideologi politik dan pertentangannya dengan UMNO sebenarnya disebabkan faktor perbezaan dalam memahami Islam itu sendiri! Hal ini demikian kerana UMNO mempunyai tafsiran yang amat longgar mengenai Islam berbanding dengan PAS, dari Undang–Undang Tubuhnya sehingga ke perjalanan parti itu. Sebenarnya UMNO yang terlalu pragmatik telah mentafsirkan Islam mengikut acuan politik ala Niccolo Machiavelli – Islam ditafsirkan mengikut kepentingan mereka! Hal ini amat berbeza dengan PAS. Jika kita teliti ceramah para pimpinan PAS sejak tahun 1951 sehingga kini, PAS amat konsisten dan senantiasa berhujjah berdasarkan sumber-sumber Islam yang sahih, kukuh lagi meyakinkan. Hujjah-hujjah syar’iyy yang amat kukuh daripada barisan kepemimpinan ‘ulama’ PAS berteraskan al-Qur’an, Hadith, ijma’ dan qiyas dibantu dengan gemblengan tenaga golongan intelek-profesional sering menimbulkan kefahaman dan keyakinan rakyat biasa untuk lebih mudah menerima PAS daripada UMNO terutamanya bagi mereka yang amat komited dengan Islam dan mereka yang mendapat pendidikan Islam sama ada di dalam ataupun di luar negara.

Sebenarnya sikap PAS amatlah jelas – PAS berjuang atas nama Islam. PAS tidak ta’asub dengan partinya atau namanya PAS. Sikap terbuka ini amat jelas terbukti apabila kita sering mendengar ceramah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Fadzil Noor dan juga Tuan Guru Dato’ Seri Presiden Haji Abdul Hadi Awang yang dengan lantang menyatakan pendirian bahawa “PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menyokong cita-cita dan dasar perjuangan PAS, iaitu Islam demi menegakkan kebenaran dan keadilan.”

​Dalam hal penubuhan Negara Islam,media arus perdana kerajaan sering menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat kini menghadapi masalah dan keretakan akibat “perkahwinan sementara” PAS-PKR dan DAP yang keras menolak idea Negara Islam tajaan PAS. Sebenarnya mereka takut dan amat gentar dengan tsunami politik yang bakal menjelma dalam PRU ke-13. Memadai kita pinjam kembali kata-kata penuh hikmat Allahyarham Dato’ Fadzil Noor, mantan Presiden PAS apabila beliau menjawab isu yang sama:

“Kita yang berada dalam rumah, kita tahulah apa yang sedang berlaku. Mereka tidak tahu dengan tepat sebab mereka hanya berada di tepi rumah. Bunyi kelentang-kelentung itu bukannya bermakna kita bergaduh sesama ahli keluarga, tetapi ia adalah bunyi kita menyusun semula perabot dan benda-benda yang ada dalam rumah!”

Sifat istiqamah kita dengan Islam adalah aset utama kita untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang.Tidak salah rasanya saya ambil ungkapan kata kata Thomas Jeferson dalam hal ini bila bila pernah mengungkapkan bahawa ' in matters of style,swim with the current;in matters of principle,stand like a rock'.

​Kita menanti dengan penuh teliti PRU ke-13. Sesungguhnya, telah kita renangi badai dan onak yang melanda, malahan sudah ada anggota kita yang gugur syahid sewaktu menegakkan Kalimah Tawhid. Dan kita sedar gelombang tsunami politik kedua ini memerlukan gemblengan tenaga yang lebih kuat untuk merangkul semula takhta pemerintahan daripada pemerintah sedia ada yang sejak tahun 1955, gagal melaksanakan tanggungjawab dan akauntabilitinya kepada rakyat jelata.


Persediaan Asas dan Mantap Pemuda
Untuk Hadapi Cabaran Masa Depan


​Sesungguhnya, untuk merealisasikan matlamat yang kita sebutkan sebelum ini, barisan kepemimpinan Pemuda mestilah memiliki kesediaan dan keupayaan dalam banyak aspek untuk:-
(i) ​terus bersama dan menyokong pimpinan dengan penuh tekad; dan
(ii)​bersiap-sedia mengambilalih barisan kepemimpinan sedia ada.

Kelangsungan sesebuah organisasi politik seperti PAS amat bergantung kepada jentera kepemimpinan yang ampuh dan anggota yang lengkap terlatih. Dengan mengambil kisah-kisah sahih daripada al-Qur’an dan sirah nabawiyy yang ditunjukkan oleh baginda RasuluLlah SAW, dapatlah kita simpulkan bahawa sesebuah Jama’ah Islam yang berjaya itu mesti memiliki sifat-sifat berikut:
​(i)​memiliki ‘ilmu yang benar;
​(ii)​matlamat perjuangan yang jelas;
​(iii)​tanzim yang tersusun kemas;​
​(iv)​manhaj perjuangan yang jelas;​
​(v)​barisan kepemimpinan yang berkeupayaan;
​(vi)​pengikut yang faham, taat dan istiqamah;
​(vii)​dianggotai oleh ahli dipelbagai peringkat.

​Dalam pertembungannya dengan musuh-musuh Islam, Jama’ah Islam harus meneliti batas keupayaannya. Harus diingat: kekalahan dalam sesuatu pertembungan boleh ditafsirkan sama ada (i) perencanaan musuh terlalu baik ataupun (ii) penyusunan organsasi kita yang lemah. Dan kelemahan kita dapat berlaku melalui tiga cara : (i) sama ada kelemahan dalaman yang sangat rumit atau (iii) ancaman luar yang terlalu hebat atau (iii) barangkali juga kedua-duanya sekali.

Pimpinan harus meneliti bersungguh-sungguh segala permasalahan penyusunan tanzim Jama’ah. Pimpinan mesti mempunyai keupayaan mengesannya dari peringkat awal lagi dan sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan. Berdasarkan pengalaman beberapa Jama’ah Islam, adalah didapati masalah dalaman amat rumit untuk diselesaikan begitu sahaja. Kepemimpinan yang bercelaru akan menyebabkan organisasi lemah dan pengikut tidak dapat dikawal. Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota Al-Ikhwan ketika itu apabila beliau berkata:

“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh-musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:
​
(a)​Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan
​​kamu;​​

(b)​Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak​
​​akan berguna lagi.

​Sesungguhnya jalan da’wah yang sedang kita lalui ini memang berliku dan tidak pernah dihampar dengan bunga-bungaan yang harum, tetapi jalan yang susah dan panjang. Kegagalan PAS memerintah negara sepenuhnya sehingga kini melalui sistem pilihanraya negara bukanlah hujah bahawa kita berada di atas paksi yang silap. Kegagalan PAS memenangi sebarang kerusi di Sarawak baru-baru ini tidak bermakna PAS hilang tujuan atau kepemimpinan yang salah haluan. Demi sesungguhnya, Allah SWT masih sayangkan kita lalu menguji kita; iman dan taqwa kita masih perlu kita tingkatkan. Bukankah Allah SWT telah menegaskan sifat-sifat sebenar ujian dan cabaran dakwah itu sendiri :
​
الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)


“Alif…Lam…Mim…. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman” padahal mereka tidak duji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka Allah pasti ​mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.”
​​​​​ ​​ (Al-Ankabut: 1–3)

​Dalam konteks PRU ke-13 yang semakin hampir, kepemimpinan Pemuda mestilah bersiap-siaga menyediakan calon-calon yang mantap dan berwibawa, calon-calon berkaliber dan mempunyai pengalaman memimpin jemaah supaya mudah diterima seluruh rakyat jelata. Jika kita telah menerima pentas politik sebagai sebahagian daripada medan dakwah kita secara serius, maka kita juga kena serius menyediakan bakal-bakal calon pilihanraya berpotensi tinggi hatta dihormati musuh politik kita sekalipun.

​Dalam pada itu, amatlah penting bagi kita yang berada di atas jalan da’wah ini, memelihara keaslian da’wah, memelihara martabat Islam yang dibawa dan memelihara kesucian nama Jama’ah Islam yang kita anggotai ini, iaitu Parti Islam Se Malaysia supaya parti kita dan Islam yang kita bawa ini tidak menjadi bahan ketawa dan fitnah orang lain. Dalam satu pertemuan khas di suatu muktamar yang menghimpunkan belia-belia Islam suatu ketika dulu, Allahyarham Ustaz Mustafa Masyhur telah menggariskan beberapa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh para du’at dan mujahid da’wah itu sendiri, di antara lainnya termasuklah:

​(i)​Menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman
​​tentang Islam dan Jama’ah;

​(ii)​Tidak mengutamakan aspek tarbiyyah;

​(iii)​Mendedahkan Jama’ah kepada orang luar;

​(iv)​Mengenepikan Syura dan nasihat yang berguna;

(v)​Mengutamakan kulit bukan isinya - banyak
​​bertengkar tetapi sedikit kerja;
​
(vi)​Berjalan mengikut kaki tanpa panduan yang sahih;

(g) Cenderung kepada masalah furu’ dan mengetepikan dasar.

​Dengan memahami bahawa jalan da’wah itu amat berliku dan dipenuhi ranjau berduri, maka al-Imam Hasan al-Banna telah menggariskan rukun-rukun da’wahnya ( الأركان الدعوة ) peringkat-peringkatnya ( مرا حل الدعوة ) di mana Rukun Faham ( الفهم ) sahaja mempunyai dua puluh (20) buah huraian daripada sepuluh (10) Rukun Bay’ah ( الأركان البيعة ) sebagai asas-asas dan dasar fiqh ad-Da’wah yang wajib (dari segi hukum ‘amal jama’iyy) diikuti oleh setiap mujahid da’wah. Sesungguhnya, antara yang Haq dan batil, ada pertentangannya yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera, tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus-menerus dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang akan ditentukan-Nya.

Akhlak dan adab anggota Jama’ah adalah antara nadi terpenting dalam perjalanan sesebuah Jama’ah Islam. Di dalam rangka ‘amal jama’iyy, setiap langkah ahli PAS, tidak kira apa jawatan yang dipegangnya sama ada di cawangan, Kawasan, Negeri ataupun Pusat, akan mewakili dan melambangkan imej dan hasrat parti atau Jama’ah. Kesilapan ahli akan menempelakkan masalah dan musibah kepada Jama’ah. Ahli mesti memelihara keperibadian diri dan jangan membuka diri kepada sebarang fitnah yang boleh merosakkan diri dan membawa padah kepada Jama’ah. Pimpinan pula sebagai anchor jentera pengurusan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap organisasi Jama’ah. Kita berasa amat bernasib baik dan dengan Takdir dan Izin Allah SWT jua, Jama’ah Islam bernama PAS ini dikendalikan dan ditadbir di bawah kepemimpinan ‘ulama’ dan kita berdoa agar Jama’ah kita terus dirahmati Allah SWT.

Rumusan

PAS sebagai sebuah parti politik Islam akan terus memainkan peranan utamanya meletakkan al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangannya dengan berteraskan kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah. Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT. Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Jundullah yang dinantikan.

Sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai ‘amal-‘amal Islam kerana bagi kita yang mendukung Islam, “tujuan tidak menghalalkan cara” politik ala-Machiavelli adalah haram dan tidak dapat diterima langsung. Kita mesti berani, bijak dalam berjuang kerana kebenaran dan kita menolak apa-apa yang batil dan mungkar walaupun daripada anggota dan Jama’ah kita sendiri. Inilah tarbiyyah sebenar dan inilah tazkiyyah dalaman yang mesti kita lakukan demi membersihkan kita daripada sebarang kemungkaran. Dan kita mesti berani melakukan transformasi diri kita, tak kira di peringkat mana kita berada dan juga transformasi Jama’ah yang kita sayangi ini semata-mata kerana Islam, li’llahi Ta’ala. Tajdid yang hendak kita bina mesti bermula dari tazkiyyah, muraqabah dan jihad kita. Hanya dengan cara itulah kita layak menerima kemenangan yang dijanjikan Allah SWT. Sesungguhnya Al-Falah tidak datang bergolek mudah tanpa lulus ujian Allah. Hanya dengan sedemikian Rahmat Allah SWT akan bersama-sama kita dan nun jauh di sana……Janji Allah SWT menanti kita……………

۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١١١)


“Sesungguhnya Allah SWT telah membeli daripada kalangan orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka. Mereka berperang pada Jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) Janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
​​​​​​ ​​ (Surah at-Tawbah: 111)

Akhir kata, izinkan saya ungkapkan sekali lagi, senario benar yang terpahat dalam dokumen sirah perjalanan dakwah dan politik PAS itu sendiri, di mana telah terakam peristiwa semasa menghadapi Pilihanraya Umum pada tahun 1964, Dr. Burhanuddin al-Helmy selaku Yang DiPertua PAS ketika itu, telah berceramah di dalam sebuah kebun getah selama lebih satu jam dengan dihadiri oleh sekitar 20-30 orang sahaja di Kampung Relau, Kedah. Dr. Burhanuddin menolak cadangan pihak penganjur untuk mengalihkan ceramah ke tempat lain yang lebih bersesuaian dengan tarafnya sebagai YDP PAS memandangkan majlis ceramah anjuran Kg Relau pada malam itu kurang sambutan kerana hanya dihadiri kurang 30 orang sahaja disebabkan ianya jauh terperosok. Allahyarham Dr. Burhanuddin telah menjawab lembut tetapi dengan nada yang cukup tegas:

“…biar pokok-pokok getah menjadi saksi bahawa kita telah datang untuk menyampaikan dakwah dan memberi peringatan!”

Jawaban yang disertai ruh jihad mujahid da’wah PAS yang berkumandang pada tahun 1964 itulah yang akan terus menjadi obor jihad kita lantas memantapkan dan mengemudi kita ke arah Al-Falah yang kita cari…..

​Maka dengan rasa penuh ta’zim dan lafaz :

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم ِ

saya rasmikan Sidang Muktamar Pemuda yang ke- ini.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Wali’Llahi’l-Hamd

Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden
1 Jun 2011

Ulasan Muktamar Pemuda

Ada Pemuda Pas Bersongkok?

[kemaskini] GONG muktamar Pas sudah pun mula dipalu malam tadi dengan berlangsungnya perasmian muktamar Dewan Pemuda bertempat di dewan MBSA Shah Alam, Selangor. Pertama kali sejak masuknya era milenium ini saya menghadiri muktamar sayap kanan Pas itu. Apa yang memanggil saya untuk hadir bagi melihat sejauh mana kekuatan dan kesediaan pemuda yang dianggap sebagai nadi utama parti yang diharapkan untuk mencetak kejayaan buat parti.

Kejayaan dua himpunan pemuda yang diadakan di Kedah dan Kelantan juga menjadi salah satu punca menyebabkan hati saya terbuka untuk hadir. Apakah semangat himpunan 30k pemuda di Kedah dan 10k pemuda di Kelantan menyerlahkan kehebatan dan keintiman para anssorolah.

Perasmian malam tadi dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Sebelum Nasharudin berucap, Ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan al Tantawi telah menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Memimpin Kebangkitan Anak Muda". Ucapan Nasrudin begitu panjang lebar sekali dan penuh dengan fakta dan statistik, ala-ala ucapan pembentangan bajet ketua pembangkang di parlimen. Saya rasa inilah ucapan dari seorang ketua pemuda yang agak mendalam, dan jika semua teks ucapan dibaca ia akan memakan masa hampir 2 jam.

Keseluruhan ucapan itu baik kerana berfakta dan menyentuh naluri anak muda, tetapi Nasrudin harus juga mengambi kira mengenai masa yang digunakan menyampaikan ucapan terlalu panjang ini boleh menyebabkan ia kurang berkesan dan menyelesakan para hadiri. Kerana orang yang mendengarnya akan kerimasan. Beliau tidak perlu menghurai satu persatu mengenai topik atau sub topik, tetapi cukup menyebut secara kasar, point-point sahaja. Seharusnya point-point itu dibahas dan dibincangkan oleh perwakilan.

Apabila Nasrudin turut menghurai satu topik yang dikemukan secara mendalam ucapan itu bukan lagi untuk mendapat reaksi, tokok tambah isi dan sebagainya, tetapi seolah-olah 'memaksa' perwakilan semua menerimanya dengan apa yang ada. Keadaan ini boleh menyebabkan sidang tidak jadi menarik lagi.

Selain daripada mengungkapkan peranan pemuda dan hubung kait dengan iklim politik semasa, (global) sudah pasti orang juga mahu mendengar apakah 'keberanian-keberanian' atau idea ganjil agresif yang bakal disuarakannya. Apakah tuntutan-tuntutan ke arah untuk membaiki parti. Nampaknya Nasrudin banyak melihat ke luar tanpa memerhati kepada kelemahan dalaman untuk diperkemas dan disemarakan lagi.

Apakah isu ini akan dibincang hari ini semasa persidangan? Ini termasuklah keterlupaannya untuk mengadres kehadiran Timbalan Presiden, Nasharudin sebagai perasmian. Kesilapan ini bukan kecil di mana kalau ia berlaku di zaman feudal kemungkinan beliau akan dipancung!

Misalnya selain dari menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi di kalangan anak muda, ataupun menuntut ruang juang yang luas untuknya, sepatutnya Pemuda juga menjadi juara kepada soal perpaduan dan berikhtiar mengutuhkan kekuatan agama dan bangsa Melayu. Pemuda seharusnya menyuarakan bisikan batin orang Pas dan dalam masa sama membimbing anak-anak muda kembali kepada hakikat diri dan peranan atau pun pemupukan semangat bangsa. Tetapi itu tidak terserlah di dalam ucapan beliau malam tadi.

Apakah Nasrudin sedang menghadapi dilema di dalam dewan berkenaan? Ada kemungkinan juga kerana bila diperhatikan kepada gagasan dan idea yang dilontarkan dalam tulisan-tulisannya atau kenyataan politik dibuatnya ia nampak kurang disetujui oleh pemuda? Pemuda semacam kurang dokong Nasrudin menyebabkan idea atau pandangan beliau sepi dan berlalu begitu saja. Atau pun tidak ada kebijaksanaan di kalangan pemuda khasnya ketua pemuda negeri dalam soal ini? Terdengar juga khabar beliau mulanya sudah mahu berundur dari memimpin Pemuda. Kalau desas desus ini benar bermakna Nasrudin ada masalah dalam pemuda.

Pemuda adalah penggerak zaman, gerakan itu bagaimana pun mesti selari dengan aspirasi bangsa dan tuntutan agama serta budaya setempat. Rasanya dari segi agama Pemuda Pas sudah melakukannya dan jauhhhhh... lebih baik dari Pemuda Umno dan PKR, kerana sebahagian besar mereka terdedah dan didedahkan kepada tarbiyah. Kelebihan dan kehebatan ini seharusnya dipergunakan sebaik mungkin.

Malanng dalam merangsangkan aspirasi bangsa agak ketinggalan malahan ia juga terikut dengan lenggang lenggok politik orang tua. Mungkin Pemuda Pas juga turut sama terserkup dengan kefahaman universal seperti mana yang dilontarkan oleh Mursyidul Am Pas. Dalam konteks ini menyatakan perbezaan pendapat pemuda Pas juga sesekali harus menjadi 'budak nakal' yang cerdik.

Misalnya isu pengupayaan Melayu yang pernah dibincang oleh Pas tidak disentuh oleh Nasrudin. Apakah beliau merasa gerun untuk membangkitkannya takut dikatakan sebagai assobiah atau pun terlupa? Rasanya pemudalah sesuai membangkit isu-isu seperti ini apabila Pas dewasa merasa tidak relevan kerana menghormati rakan lain? Ingat selain dari elemen agama, elemen nation juga menjadi modal utama dalam meraih kemenangan dalam pilihan raya. Kitab Muqadimah dalam bab bangsa dan kaum karangan Ibnu Khaldum perlu dibaca dan ditelaah. Bukankah selain syahid matlamat perjuangan Pas ialah untuk menang pilihan raya?

Kalau Pemuda menyuarakan ini ia tidak menjadi masalah, kerana orang muda selalunya bebas untuk menyuara, menyata dan menuntut apa saja yang dirasakan wajar olehnya. Orang muda persis seorang kanak-kanak kecil yang apa juga tindakan, kata-kata atau keletahnya akan dilihat cantik dan relevan.

Apapun pujian boleh diberikan kepada himpunan malam tadi. Saya lihat semangat dan disiplin anak-anak muda Pas semakin mantap dan kemas. Dengan pakaian serba putih ia menyerlahkan keikhlasan setiap pemuda yang hadir. Gambaran yang terserlah malam tadi menyakinkan bahawa Pemuda Pas memiliki kekuatan dan iltizam yang tinggi. Dari wajah dan pancaran iman di muka menjelaskan hal ini, sangat jelas. Harap ianya dikekalkan, jangan pula pemuda berubah wajah dan fiil setelah mendapat kuasa atau sesudah mula bergelar YB. Saya sebut ini kerana ada pemuda yang sudah tahu berlagak dan pandai duplicate diri mengikut keadaan selepas menang pilihan raya.

Menghimbau majlis malam tadi apa yang masih tergaru-garu di kepala saya ialah, apabila terperasaan dan ternampak di atas pentas utama ada dua atau tiga pemimpin pemuda yang lain sedikit dengan yang lain apabila mereka melapikkan rambut dengan songkok tidak kopiah seperti yang lain. Disebabkan ini saya rasa ia semacam tercemar sedikit pentas Pas itu apabila ada titik hitam di tengah-tengah lembaran putih bersih.

Apakah keunikan dan kelainan ini menggambarkan hati mereka juga ke arah lain, atau mereka sebenarnya lebih advance dari yang lain, merasa lebih profesional? Atau pun apakah pelapik kepala itu pesaka datuk nenek mereka yang tidak boleh ditinggalkan? Itu hanya sekelumit rasa dan desah saya saja!

Dan keterlupaan menyebut nama Nasharudin, menggelapkan dua wajah calon timbalan prsiden dalam persembahan multi media masih boleh dimaafkan walaupun ada beberapa kesengajaan yang dibuat di dalam persembahan itu menggambarkan kecerdikan yang bukan bijak dari kalangan tertentu khasnya Pengarah Muktamar berkenaan. [wm.kl.9:00 am 02/06/11]

Wednesday, June 1, 2011

Sesudah Subuh

Khairy Yang Jadi Orang-Orangan.

Pujian perlu diberikan kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana mempunyai pandangan yang sihat dan mendekati kehendak Islam apabila beliau tidak setuju dengan penyebaran video lucah. Inilah sikap yang diperlukan dari seorang anak muda seperti Khairy. walaupun Khairy masih berdarah Umno tetapi nampaknya dia lebih matang dan faham mengenai hukum hakam agama.

Perangai fasik dan munafik yang menjadi pakaian sesetengah pemimpin Umno tampaknya tidak berjangkit kepada anak muda ini.

Sepatutnya pandangan dan sikap Khairy itu kalaupun tidak perlu diikuti tetapi harus dimalui oleh pemimpin Umno lain. Khairy bukan saja tegas dalam soal ini serta menyerlahkan ilmu dan fahaman agamanya tetapi dia juga berani menyuarakannya apa yang dia arif dan yakini mengenainya.

Selain Khairy masih bertimbun pemimpin Umno lain yang tidak seronok dengan penyebaran video lucah membabitkan Anwar Ibrahim itu. Tetapi mereka tidak berani untuk menyuarakannya takut dianggap sebagai pembela Anwar. Perasaan inilah yang memomokkan diri pemimpin Umno bila hendak menyuarakan kebenaran yang bersangkutan dengan orang diluar Umno.

Kenapa saya mengata demikian kerana ada seorang menteri turut menadah tangan mengaminkan doa seorang tokoh ulama dunia yang memohon Allah s.we.t. selamatkan Anwar. Perbuatan ini apa hendak dinamakan kalau bukan munafik?

Sikap dan perangai seperti ini (Khairy) sepatutnya ditohok jauh dari diri masing-masing kerana ia tidak membawa kebaikan. Umno tidak akan untung dan tidak memberi guna kalau memiliki pemimpin yang bacul untuk bersuara menegakkan kebenaran.

Bagaimana pun sayang intan yang ada di bawah lumpur Umno ini tidak dikenali oleh Umno. Umno tidak menghargai Khairy sebagai anak muda yang 'berpacar damai' dan bersikap terbuka dan telus. Malahan kehadiran Khairy ini langsung tidak dipedulikan semuanya gara-gara seorang Wak Long dalam Umno tidak menyukai Khairy. Itu saja.

Manakala presiden Umno pula dalam soal ini begitu naif sekali untuk membuka mulut dan mengguna pakai pandangan dan akalnya sendiri. Justeru itu permata sebutir ini terus berkarat di dalam Umno dan bakal memudaratkan parti itu kerana ia dibiarkan terendam begitu saja tanpa rawatan dan penjagaan. Khairy hanya boleh mendengungkan suara dari jauh sahaja, sedangkan dari dalam suaranya langsung tidak diedahkan.

Selama mana Khairy boleh duduk tercokol menjadi seperti orang-orangan di tengah sawah yang digunakan untuk menghalau unggas? Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Sebagai anak muda yang 'berpacar damai' beliau tentu ada sempadan masa yang ditandainya dan sempadan itu akan tiba juga.

Apa yang saya ingin saksikan di hujung waktu nanti apakah Khairy akan menimbangkan apa yang pernah saya suarakan kepadanya dua tahun lepas di hadapan Dr Haron Din? Manakala saya tetap yakin bahawa Khairy akhirnya akan menemui dirinya yang sebenar yang kini masih digelapi kecintaan yang tidak berbalas kepada Umno. [wm.kl.7:15 am 01/06/11]