Tuesday, July 26, 2011
Perhatian
Susupan malam
Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar hari ini ini malu besar apabila diboo oleh hadirin di majlis dialog di antara SPR dengan Pengerusi Bersih, Ambiga Sereevasan di kompleks Karangkraf di Shah Alam.
Saya dipelawa juga untuk hadir tetapi menolaknya kerana bukan ada alasan tetapi sudah dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Wan Ahmad. Beberapa kenyataanya sebelum ini yang membela melulu SPR dan juga kerajaan menyebabkan saya dapat rasakan apa yang akan dipertahankan. Wan Ahmad seorang yang berdolak dalih cakapnya.
Saya juga sudah merasakan Ambiga akan mengasak Wan Ahmad dan hadirin yang sudah tidak puas hati dengan sikap dan tindak tanduk SPR sebelum ini pasti akan memerangkap Wan Ahmad. Mereka pasti akan mengejek atau mempersendakan Wan Ahmad. Dialog itu peluang tebaik untuk 'timbuk' Wan Ahmad.
Bagaimana pun terima kasih atas keberanian Wan Ahmad yang sedia jadi pelepah nyiur untuk tahan muka berdepan dengan khayalak. Nampak Wan Ahmad marah benar sehinggakan hendak mengolahkan semula para hadiri yang mengejek dan mengboo beliau. Bagus juga sekurang-kurangnya Wan Ahmad dapat mengetahui apa yang berlaku di bawah dan dimaklumkan kepada bosnya Abdul Aziz Yusuf. Patut Aziz datang sama.
Kesediaan SPR untuk berdilog dengan Bersih hari ini juga menyebabkan saya jadi bengong dan pelik. Sebelum ini polis dan Najib dan Udin anak Yassin mengatakan Bersih sebagai pertubuhan haram. Tetapi hari ini sedia pula si Wan Ahmad untuk berdialog dengan pertubuhan haram.
Saya rasa pemikiran SPR, polis dan juga Najib sudah 'masam' benar, sudah tidak dapat hendak bezakan apa-apa lagi, sudah jadi macam todi. Apakah ini menandakan negara kita sudah celaru. Satu masa kata Bersih haram satu masa boleh dibuat kira pula. Yang mana satu betul. Cara kerajaan hendak hancurkan Bersih macamlah nak lepas anak kera yang berbelit di kaki.
Kerana saya menyokong keberanian Ambiga saya ucapan tahniah kepada Ambiga. Biarlah kamu hindu dan India tetapi ternyata keberanian kamu lebih baik dari Melayu bersongkok mereng dan beragama Islam yang bermazhab ahli sunnawa jemaah yang bergaduh sesama sendiri. [wm.kl.9:29 pm 26/07/11]
Susupan Pagi
Dr Chandra Muzaffar terus berkata-kata dari atas kerusi rodanya seolah-olah kerusi roda yang membawanya ke sana ke mari dengan dibantu orang tidak menghadkan pandangan dan pengamatannya. Meskipun dalam keadaan sukar bergerak bebas seperti kebanyakan orang itu Chandra membuktikan bahawa keupayaan sebenar seseorang itu ialah akal tetapi bukan fizikal.
Fizikal hanya mempamirkan kekuatan tenaga zahir seseorang itu. Tetapi akal pula menunjukkan sejauh mana geniusnya (nilai) seseorang itu. Namun pun begitu beliau harus juga menyedari dan insaf bahawa kelemahan fizikal itu boleh mencacatkan kehidupan seseorang manusia itu. Betapa ia genius hebat dan sebagainya tetapi kecacatan membunuh kesempurnaan dia sebagai manusia.Manusia akan jadi sempurna kalau dia boleh berkata-kata mengeluarkan idea yang baik dan boleh pula berjalan dan berlari sekuat hati di atas pandang. Boleh turun ke segenap jerung bumi ini dan melihat sendiri apa yang berlaku dan bergolak tanpa mengharap bantuan daripada orang atau hanya sekadar menonton tv dan membaca surat khabar.
Melibat sendiri dalam peristiwa seperti himpunan Bersih atau berdemonstrasi jalanan lebih real daripada membaca laporan dari surat khabar ataupun mendengar penjelasan polis yang terpaksa membohongi fakta sebenar kerana sebab-sebab tertentu misalnya untuk menjaga imej pasukan atau pun diarah bercakap mengikut skrip.
Betapa meluas laporan dan cerita yang disampaikan kepada kita tetapi ia tidak sama dengan apa yang kita rasa dan alami sendiri. Ceritalah mengenai kemanisan dan kelazatan madu tetapi ianya tidak sahih selagi tidak diletak di hujung lidah kita.
Saya ingin mengomen sedikit tentang pandangan Chandra kepada Anwar Ibrahim. Sebelum itu saya ingin menyatakan kemusykilan saya berhubung sikap dan pendirian Chandra. Saya hairan sebenarnya kerana seorang intelektual akal seperti beliau boleh salah membuat pilihan. Mulanya dia adalah timbalan presiden Keadilan, satu-satunya orang cacat intelek menyokong Anwar Ibrahim. Sokongan beliau pada awal itu memberi keyakinan kepada yang lain. Dalam erti kata lain Chandra menjadi aset kepada Keadilan dan menjadi kebanggaan para pendokong reformasi.
Apakah ketika itu Chandra salah dalam membuat perhitungan? Kalau salah, maka tepat apa yang saya katakan tadi, bahawa ketidaksempurnaan fizikalnya menyebabkan ia salah dan cacat dalam membuat perhitungan. Sewajarnya seorang intelektual yang menjadi pengerusi sebuah badan keadilan bertaraf dunia menilai sebaik mungkin sebelum terjerumus dalam badan siasah. Sangatlah memalukan dan membahayakan kalau seorang intelek membuat salah, kerana kesilapan itu menyusahkan banyak orang. Orang bodoh selalunya mengikut orang cerdik demikian lumrah alam.
Saya sendiri sudah meragui awal-awal lagi dengan penglibatan serius Chandra dalam politik ketika itu. Saya hanya membilang hari saja untuk melihat apa yang akan berlaku selepas itu. Saya kira keintelektualan yang ada kepada beliau tidak akan dapat menerima asakan politik yang penuh dengan game dan hipokrit. Fizikal beliau yang lemah itu boleh menerima politik, tetapi bukan akalnya. Adakalanya politik memerlukan kekuatan fizikal sekali terutamanya kalau berdepan dengan aksi-aksi politik biul seperti dilakukan Perkasa(m).
Ternyata tidak lama beliau menjujung Anwar dengan politik menerusi jawatan nombor dua dalam parti itu kemudian beliau memusing semula kerusi rodanya kembali kepada asal. Kini beliau sudah mengunci kereta rodanya atas pentas kerajaan apa lagi sesudah kerajaan bersimpati menghulurkan berbagai bantuan untuk tujuan meningkatkan daya intelektual.
Hari ini beliau membuat analisa bahaw Anwar kini telah menjadi libaliti kepada pembangkang. DAP dan Pas jadi serba salah dengan Anwar, katanya. Tentu beliau ada teori akademiknya sendiri dengan pandangan itu. Mungkin Chandra melihat kemelut diri yang ada kepada Anwar; dituduh meliwat, dilibat dengan video lucah dan sebagainya.
Kalau itulah andaian dibuat Chandra untuk menuduh Anwar sebagai libaliti sekali lagi beliau tersasar. Beliau tidak mengerti dan memahami politik sebenarnya. Sepak terang politik yang kontras dengan nilai tulen kemanusiaannya tidak difahami. Dalam politik tidak ada kebenaran, kejernihan jauh sekali keikhlasan. Chandra sendiri bila terbabit dengan politik menghadapi kemusnahah keikhlasan dan menipu diri sendiri. Langsung itu telah mengurangkan kegahaannya selama ini.
Apa liabiliti yang dimaksudkan. Liabiliti bererti sesuatu yang boleh menyebabkan sesuatu keadaan itu terjejas kerananya. Ertinya Anwar itu boleh menjejaskan politik DAP dan Pas. Apakah hakikat itu berlaku kini? Apakah pengaruh Pas dan DAP sudah berkurangan?
Sekali lagi Chadra tersilap membuat perhitungan dan sudah pasti maklumat untuk beliau mencerakinkan pandangan itu datang dari sumber salah dan terhad. Beliau jelas mengambilnya dari pembacaan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian atau menonton TV3 dan RTM sahaja yang selamanya akan memberi laporan yang 'renyuk' kepada pembangkang. Kalau Chandra membaca atau mencipta persepsi dari sumber media yang renyuk maka pemahaman dan akal Chandra juga akan turut menjadi 'renyuk petuk'. Kalau ini berlaku tidak salah kerana keadaan dirinya menyebabkan beliau terhad untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya.
Kemampuan Anwar menjadi penyatu kepada dua kumpulan berbeza ideologi dan pendekatan (uslub) sebelum ini (Pas dan DAP), adalah asas kekuatan dan nilai Anwar hari ini. Nilai dan kemampuan Anwar inilah yang meletakkan namanya indah dalam minda DAP dan Pas. Ini sudah menjadi kenyataan dan Chandra sendiri suka tidak suka kena mengakuinya.
Umum menerimanya, kalau bukan kerana Anwar, Pas dan DAP tidak akan dapat bersatu. Dalam usaha ini Anwar berjaya memainkan peranan menyakinkan kedua parti itu betapa pentingnya bersama kalau mahu mengusirkan UBN dari menjadi kerajaan. Situasi dan kondisi ini masih berlaku. Anwar berjaya menakhtai usaha ini dalam membawa Pakatan Rakyat ke depan dan menjadi ratu rebutan Pas dan DAP demi kuasa.
Jadi di manakah liabiliti yang disebutkan oleh Chandra tadi? Sekali lagi saya nak ulang supaya Chandra dan sesiapa juga jelas mengenai keadaan ini. Dalam politik yang diamalkan hari ini ialah kemenangan, keuntungan. Apa saja yang boleh dijadikan modal besar untuk kejayaan politik perlu diambil. Politik Malaysia menjadi seperti daging babi di waktu darurat, ianya dihalalkan. Seandainya tahi boleh dijadikan modal orang politik tetap mengambilnya meskipun busuk.
Demikian dengan keberadaan Anwar kepada Pas dan DAP itu. Anwar umpama daging babi tadi atau macam tahi. Ia haram dari segi teori orang-orang seperti Chandra tetapi ia satu keperluan kepada Pas dan PKR dan seuatu yang perlu digunakan kerana ia menguntungkan kedua parti berkenaan. Jadi liabiliti sebenarnya dengan wujud dan hidupnya Anwar bukan kepada Pas dan DAP tetapi parti asal Anwar Ibrahim Umno dan juga kepada Chandra sendiri.
Untuk tidak memedihkan perasaan dan akal Chandra maka beliau perlu meninggalkan konsep dan pemikiran inteletualnya - permikiran berdasarkan ilmu dan rumusan yang sedia ada tidak relevan dalam dunia siasah. Tetapi cubalah berfikir di luar kotak dan mengikut aliran politik yang rencam dan tidak pernah ada kejujuran, keikhlasan dan kebenaran itu. Sekiranya Chandra berjaya membuang kerusi roda konservetifnya saya kira beliau akan dapat mengenali wajah dan erti apa itu politik dalam erti kata dan rupa sebenarnya! [wm.kl.8:15 am 26/07/11]
Monday, July 25, 2011
Susupan Maghrib
SELEPAS Zohor hari minggu (Ahad) kelmarin saya bawa seorang teman untuk menemui seorang ustaz yang berasal dari Pattani, Siam. Ustaz ini ada kebolehan pelik dia dianugerahkan kebolehan mengesan makhluk halus seperti jin dan sebagainya yang menyinggahi diri seseorang.
Ustaz ini yang berketurunan kerabat di raja Pattani juga mampu mengeluarkan jin yang bermukim di dalam tubuh seseorang.Perubatan atau kaedah dilakukan simple saja, sambil memutar-mutarkan cincin yang diikat dengan tali berwarna hitam dia akan menangkap jin-jin yang keluar dari tubuh orang yang dirasuk jin seekor demi sekor. Saya tenguk dia tangkap jin macam tangkap lalat atau nyamuk yang berterbangan di sekitar dirinya saja. Piut....piat...gelek gelek gelek... dia menggentel-gentel jin yang ditangkapnya.
Cincin itu dijadikan umpan atau mata kail untuk meruntun jin keluar. Apabila jin keluar akan ditangkap dan kemudian digentel-gentelnya. Entah mampus atau tidak walahu'alam sebab cara dia gentel kata orang ambil syarat saja.
Sebelum melakukan aktiviti meruntun jin ustaz terlebih dahulu akan membuat ujian ke atas seseorang itu sama ada ia disinggahi jin atau sebagainya. Dia akan memutarkan cincin yang diikat dengan tali di atas telapak tangan kanan yang dibuka. Dari situ dia akan dapat tahu sama ada seseorang itu ada jin atau tidak. Mulutnya saya tidak nampak dia baca sesuatu, mungkin dibaca dalam perut.
Kebetulan hari Ahad itu ada dua tiga orang yang hendak berubat dengan ustaz ini. Salah seorang pesakit ialah seorang budak lelaki berumur 10 tahun. Dia tidak dapat bercakap dan menurut maknya kadang-kadang menggelepar dan melaung. Kalau di sekolah bila dia agresif dua tiga orang cikgu belum tentu dapat mengawalnya.
Banyak jin yang keluar dari tubuh budak ini. Dalam hitungan saya lebih kurang 30 hingga 40 ekor. Ini berdasarkan kepada tangkapan yang dibuat oleh ustaz berkenaan. Mungkin ada juga tangkapan yang dibuat itu tidak mengena dan jin terlepas dan kembali masuk semula. Maka dia runtun balik untuk membawa keluar jin dari tubuh budak itu.
Menurut bacaan dan firasat ustaz itu budak berkenaan tidak boleh bercakap kerana selama ini jin ganggu kerongkongnya. Jin duduk bertapa dalam perut budak berkenaan dan tersekang di tengkok. Kerana itu ia sudah untuk mengeluarkan suara. Agak anih selepas hampir setengah jam upacara membuang dan menangkap jin itu dilakukan budak berkenaan agak tenang dan boleh tersenyum, di mana menurut maknya sukar untuk dia kelihatan tersenyum.
Saya mengenali ustaz ini secara kebetulan saja. Satu malam dua tahun lepas saya bersama seorang teman yang mengunjungi ke rumah ustaz berkenaan. Saya diajak. Tujuannya bukan untuk berubat tetapi untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dengan sekolah agama yang dibinanya di Takbai, Siam. Saya tidak pun menguji atau melalui imbasan kerohanian untuk mengetahui apakah dalam diri saya juga ada jin atau tidak.
Saya diminta agar menulis sejarah sekolah berkenaan dan juga keadaannya yang terbengkalai masa itu dengan harapan ada orang-orang kaya mahu menderma bagi membantu menyiapkan sekolah berkenaan.
Beberapa minggu selepas itu saya turun ke Takbai melihat keadaan sekolah agama ustaz ini. Suasananya memang daif sekali dan ia memerlukan bantuan. Muridnya ketika itu lebih 1,000 orang yang datang dari berbagai kampung di sekitar Takbai dan ada dari Pattani, Yala dan juga Songkla.
Menurutnya hasil dari tulisan saya mengenai sekolah berkenaan ada pembaca yang bermurah hati dan mulia menderma untuk sekolah berkenaan beberapa belas ribu ringgit. Alhamdulilah sekolah itu kini hampir siap hasil dari derma orang ramai termasuk derma seorang vvip dari negara ini. Siapa... tunggu baca catatan ini hingga habis.
Pada malam saya temui ustaz itu kebetulan seorang doktor pakar jantung yang mashyur di negara ini ikut sama ada. Doktor ini memang popular. Dia sampai beberapa minit sesudah saya dan teman sampai di rumah persinggahan ustaz berkenaan. Di rumah itulah dia menjalankan upacara perbomohan dan juga membuang hantu dan jin.
Pakar bedah jantung itu bukan main lagi menerangkan akan kehebatan ataupun keistimewaan ustaz berkenaan. Dia sangat kagum dengan kebolehan dan keistimewaan ustaz ini. Dia sendiri banyak menghantar mana-mana patient menemui ustaz berkenaan untuk berubat. Mana-mana patient yang gagal diubati ataupun tidak dapat dikesani penyakitnya dihantar kepada ustaz ini.
Saya terkejut mendengar pengakuan doktor pakar berkenaan kerana selalunya doktor moden sukar untuk mempercayai alam-alam ghaib dan kehebatan seseorang berintraksi dengan mahkluk halus. Bersambung. [wm.kl.7:30 pm 25/07/11]
Susupan Tengahari
Akan Beraksi di Stadium Kelana Jaya
SEMPENA Himpunan Anak Kelantan di rantauan pada 30 Julai ini para peminat bola sepak dari seluruh negara khasnya dari Kelantan yang berada di sekitar Lembah Kelang akan berpelung untuk menemui semula bintang-bintang bola sepak Kelantan dari tahun 60-an hingga tahun 80-an.
Mereka akan didatangkan khas dari Kelantan untuk mengadakan persembahan pada himpunan berkenaan serta beramah emsra dengan warga Kelantan yang berada di luar Kelantan.Menurut pengarah himpunan itu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah seramai lebih 20 orang bintang-bintang bola sepak asal Kelantan telah berjaya dihimpunkan dan akan dibawa untuk menemui para peminat mereka di Stadium Majlis Bandaran Petaling Jaya, (MBPJ) di Kelana Jaya pada hari tersebut.
Menurut Wan Abdul Rahim yang juga ahli Parlimen Kota Bharu dan merupakan kaki bola bintang-bintang bola sepak itu kini sedang mengadakan latihan insentif untuk persembahan khas berkenaan.
Menurutnya di antara bintang-bintang bola sepak Kelantan yang tersohor dan pernah menyarungkan jersi kebangsaan yang akan terlibat ialah; Dali Omar, Mahadi Yusuf, Wan Zawawi Wan Yusuf, Hamzah Husein, Kamaruddin Abdullah.
Kamaruddin Mohd Noor, Nik Fauzi Nik Hassan, Wan Hassan Wan Daud, Nik Salleh, Abdul Hamid Ghani, Yassin Mohd Noor, Ramli Abdullah, Afandi Yusuf dan lain-lain.
Kata Wan Abdul Rahim kebanyakan mereka masih dalam keadaan sihat dan dapat memperagakan kehandalan mereka masing-masing.
"Kita bawa mereka bukan untuk bersama anak-anak Kelantan mengembalikan nostalgia mereka dalam arina bola sepak," kata Wan Rahim. Selain itu jelasnya lagi usaha itu juga sebagai penghargaan kerajaan Kelantan kepada jasa-jasa mereka selama ini yang menaikan nama dan imej Kelantan dalam arina bola sepak.
Selain itu katanya, tujuan lain bagi memperkenalkan mereka kepada generasi baru dan juga untuk membuktikan bahawa Kelantan tidak pernah 'kasik' dalam melahirkan bintang-bintang handalan dan jagohan negara.
"Kita (Kelantan) mempunyai jagohan dalam bidang bola sepak bukan sajak mutakhir ini tetapi sejak beberapa dekad dulu lagi. Misalinya Dali Omar bukan saja dikenali di Malaysia tetapi diperingkat antarabangsa," tambahnya.
Peluang ini sepatutnya tidak akan dilepaskan oleh seluruh peminat bola sepak negara ini dan temuilah mereka pada majlis Himpunan Anak Kelantan pada hari tersebut kerana selepas ini mungkin sukar untuk menemui mereka dalam sebuah persembahan sebegitu nanti.
"Saya bersetu mereka yang mengenali mereka dan pernah meminati mereka yang berada di sekitar Lembah Kelang akan keluar beramai-ramai untuk bersua muka dengan bekas bintang-bintang bola sepak kita yang kini sudah menjadi lagenda.
Usah itu juga nanti adalah diharap akan dapat mengembangkan lagi suka bola sepak di Kelantan dan penerusan komitmen mereka dalam bola sepak akan tambah memberi erti kepada pembinaan kompleks stadium baru di Kelantan yang berharga RM159 juta seperti mana diumumkan oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz baru-baru ini. [ttdi.kl 1:03 t/hari 25/07/11]
Sunday, July 24, 2011
Sesudah Subuh
BUNYI khabar satu himpunan untuk rakyat Kelantan yang berada di rantauan akan diadakan pada 30 Julai ini sehari sebelum puasa. Majlis itu akan dinaungi sendiri oleh kerajaan Kelantan. Tujuannya ialah untuk merapat dan memesrakan rakyat Kelantan di luar dengan kerajaan dan juga para pemimpinnnya. Maksud di sebalik perhimpunan itu ialah memastikan rakyat Kelantan terus menyokong kerajaan yang ada hari ini.
Mulanya perhimpunan itu akan diadakan di Puchong. Tetapi entah macam mana akhirnya berpindah ke stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor. Kalau didengarkan kepada cakap dan gemanya perhimpunan itu besar dan bakal mencatat sejarah. Berbagai acara menarik disediakan untuk mengisi perhimpunan itu selain daripada mendengar pidato dan amanah para pemimpin berhubung perubahan yang berlaku di Kelantan.
Usaha sebegitu patut dipuji dan didokong oleh semua rakyat Kelantan berada di luar Kelantan. Dengan adanya perhimpunan itu semua rakyat Kelantan dapat bertemu mata di antara satu sama lain. Ia boleh menjadi gelanggang untuk rakyat Kelantan menunjukkan kekuatan dan kekentalan ukhwah sesama mereka yang terjalin lama sebelum ini secara tradisi.
Rakyat Kelantan terkenal dengan semangat kecintaan sesama sendiri yang kuat. Semangat berpuak-puakan atau semangat kedaerahan yang dibenci oleh orang luar. Satu masa dulu sikap atau bduaya orang Kelantan ini cukup 'dianti' oleh orang luar. Tetapi apa boleh buat itulah keunikan orang Kelantan. Lama kelamaan orang luar faham dengan sifat dan fiil orang Kelantan.
Ada sebab kenapa orang Kelantan jadi begitu, mudah mesra dan berajak-ajakkan ke rumah di antara mereka bila berjumpa. Saya akan ulaskan hal ini di masa lain secara mendalam sikit.
Berbalik kepada program himpunan 30 Julai nanti, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan majlis ini. Ianya tampak lembab dan tidak berapa bermaya saja. Mungkin juga saya tidak nampak dan banyak mengetahui akan persediaan hal ini. Mungkin? Tetapi apa yang saya risik-risikkan semacam kurang bermangat saja. Teman-teman Kelantan bila ditanya ramai mengatakan tidak tahu dan bertanya bila?
Apakah majlis itu dikhaskan kepada orang Kelantan tertentu saja? Atau pun di kalangan mereka yang menjadi penyokong Pas tegar. Yang paling jelas publisiti mengenai tidak begitu meluas. Saya tidak tahu macam mana orang Kelantan lain boleh tahu kalau saya sendiri tidak tahu mengenai himpunan itu. Maksudnya kalau bukan kerana saya berjumpa dengan beberapa pemimpin Kelantan di gerai makan malam sebelum perarakan Bersih tempoh hari mungkin saya juga tidak tahu.
Ini kerana tidak ada apa-apa iklan yang dipsang mengenai majlis itu. Tidak ada mana-mana banner yang ternampak dipampangkan di jalan-jalan raya atau tempat strategik. Tiada sekelar atau pun risalah yang diletakkan di surau-surau atau masjid di Kuala Lumpur atau Selangor. Dalam akhbar atau tv jauh sama sekali. Di dalam blog atau portal berita yang pro kerajaan Kelantan juga tidak nampak banner ataupun tulisan-tulisan yang mengajak kepada majlis itu.
Apakah ianya dipasang di Kelantan, ataupun dilokasi-lokasi yang hanya ramai orang Kelantan saja? Tanpa iklan yang menyeluruh saya kira program itu gagal. Siapakah pengarah program ini tidak diketahui. Agensi mana bertanggungjawab tidak diketahui? Dan sejauh mana pula peranan Jabatan Penerangan Kelantan dan agensi-agensi lain berfungsi dalam hal ini?
Melihat kepada kelembaban ini saya terfikir mungkin kerana ia tidak mendapat kerjasama semua pihak. Perangai berpihak atau berpuak mungkin masih berlaku. Biasa dalam politik (Pas) kalau satu pihak mengadakan majlis pihak lain tidak akan beri kerjasama kalaupun tidak memulaukannya. Apakah ini berlaku dalam program himpunan rakyat Kelantan ini.
Sepatutnya semua kena memberi sokongan dan bekerja ke arah menjayakannya. Bukan itu saja pihak-pihak lain yang ada kena mengena dengan Kelantan juga patut dipanggil sama. Salah satu ialah parti PKR juga patut dimasukan sama dalam program ini. Pihak penganjur perlu mengudang sama PKR menjayakan program ini. Lantik atau pun panggil parti itu agar turut sama membantu. Jangan kerana PKR sebuah parti kecil dan tidak popular ia diabaikan. Walaupun PKR kecil tetapi ia ada penyokong tersendiri di luar Kelantan. Tetapi nampaknya keperluan ini tidak disedari, anggota PKR tidak dilibatkan sama.
Masa masih ada kira-kira beberapa hari lagi. Iklan atau publitisi perlu diperluaskan lagi. Pihak yang menjadi penanggungjawab boleh menggunakan apa jua instrument untuk menghebahkan majlis ini. Buatlah poster atau pun banner kirimkan kepada saya dan blog-blog pro kerajaan Kelantan untuk dimuatkan ke dalam blog atau Fb masing-masing. Biar ianya nampak mariah seperti mana mariahnya kempen Bersih dulu. InsyaAllah saya tidak akan mengenakan apa-apa bayaran.
Kalau hendak buat sekadar hendak buat saja tetapi ia tidak memberi impak besar rasanya tidak ada guna. Buat cemar tangan saja. Memalukan. Sekiranya majlis itu kurang mendapat sambutan ia akan menjatuhkan imej kerajaan Kelantan, orang akan membuat kesimpulan bahawa sokongan terhadap kerajaan sudah merosot. Umno akan mengambil kesempatan untuk menguar-uarkan yang orang Kelantan diluar sudah tidak berapa sokong Pas. Sekali lagi diulang, kalau hendak buat biarlah betul-betul dan penuh komitemen bukannya melepas batuk ditangga. [wm.kl.8:45 am 24/07/11]
Saturday, July 23, 2011
Susupan Malam
SELEPAS kembali dari berjumpa dengan Pope Benedict, Najib Razak sekonyang-konyang memberi tahu dunia Malaysia yang kerajaan setuju Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan sistem biometerik dalam mengesah pengundi yang sah pada pilihan raya akan datang. Katanya peruntukan untuk tujuan itu akan disediakan. Berapa?
Sekali pandangan persetu
juan kerajaan itu seolah-olah ia memberi reaksi ke atas tuntutan Bersih untuk membaikipulihkan sistem pilihan raya negara ini akan berjalan secara bersik, adil dan telus. Persetujuan itu menggembarkan perdana menteri prihatin atas desakan umum. Tetapi sebenarnya sistem biometerik itu bukan termasuk dalam lapan tuntutan Bersih.Apa yang Bersih tuntutan ialah antara lain akses media yang adil, penggunaan dakwat kekal kepada pengundi, membersihkan pendaftaran yang bertindah dan bertindang dan sebagainya. Adapun pengenalan biometerik yang dipersetujui Najib itu tidak pun termasuk dalam tuntutan itu. Kenapa Najib bermurah hati membenarkan atau memperkenalan sesutau yang tidak dituntut? Tentu ada motifnya. Selalunya beruk tidak akan hingguk 'selongennya' kalau tidak ada mengada.
Jadi rakyat jangan terkeliru dengan kemurahan hati Najib itu. Walaupun dia baru berjumpa dengan orang paling suci dalam agama Kristian, Pope Benedict tetapi persetujuan memberikan SPR menggunakan sistem biometerik itu tidak menggambarkan kesucian dan kekudusan hati Najib. Ia ada undang di sebalik batu di sebalik kesediaan untuk memenuhi tuntutan. Kebenaran atau pengenalan sistem itu adalah untuk keuntungan UBN dalam pilihan raya. Harus difaham UBN tidak akan melalu sesuatu yang melabakan pembangkang, hatta apa yang dilakukan itu afalah tuntutan dan kehendak undang-undang. Sebaliknya demi menghalangkan pembangkan UBN sedia merogol dan meliwat apa saja undang-undang.
UBN terpaksa melakukan itu kerana keadaan waktu ini sangat terdesak.
Saya kira Najib tidak ikhlas untuk membersihkan pilihan raya negara ini. Najib dan sukusakatnya termasuk Mahathir Mohamad tahu kalau pilihan raya ini dijalankan dengan bersih, telus dan adil UBN sudah lama bungkus dan hanyut. Tidak payahlah Najib bersumpah laknat untuk mengatakan pilihan raya ini bersih, adil dan telus. Mungkin dia boleh menipu mereka yang kahil maklumat ataupun sudah kabur mata kerana taksub kepada pemimpin kerajaan.
Kenapa Najib mudah bersetuju memberi kebenaran kepada SPR menggunakan sistem berkenaan? Kita akan denga ulasan daripada pemimpin-pemimpin politik pembangkang selepas ini. Esok mungkin ramai yang memberi pandangan terhadap isu ini. Tetapi apa yang saya nampak kerana sistem itu akan mengguntungkan UBN sebab itulah ia diperkenalkan. Menerusi sistem ini UBN akan mendapat pengundi 'hantu'. Pengundi hantu ini terlebih dahulu didaftarkan atau melalui sistem berkenaan.
Tidak syak lagi sistem biometerik yang bakal menelan ratusan juta ringgit itu adalah tali hayat terakhir UBN sebelum tersembam.
Beberapa minggu lalu timbalan perdana menteri, Udin anak Yassin mengumumkan kerajaan akan melakukan pemutihan terhadap Pendatang Tanpa Izin (Pati) di negara ini. Salah satu syarat yang perlu dilakukan ialah Pati dikenakan pemeriksaan biometerik atau dalam erti kata lain identiti mereka disimpan dalam data khas. Data itu juga menghuraikan akan status dan juga latar belakang mereka.
Bila mereka melalui sistem ini bermakna identiti mereka akan disimpan dalam data khas. Apa kena mengena sistem biometerik ini dengan pilihan raya? Bagaimana mereka akan digunakan untuk membantu UBN dalam pilihan raya? Sebelum mengundi - dan proses itu kini sedang berjalan mereka akan diberikan kad pengenalan sementara yang membolehkan mereka menjadi pengundi. Selepas mereka melalui sistem biometerik ini mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik.
Proses ini sedang berlaku sekarang ini. Tanya kepada 300 agensi yang diberi tanggungjawab (berbayar) melakukan pemutihan ini, ada yang jujur menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Misalnya satu keluarga Pati dari Indonesia yang menjadi rakan kepada seorang rakan saya dengan bangga menceritakan yang beliau sudah mendapat kad pengenalan biru negara ini. Apakah erti semua ini.
Jadi apabila mereka diberikan kad pengenalan mereka akan mempunyai suara untuk mengundi. Bila sistem biometerik digunakan pada hari mengundi tidak memberi apa-apa masalah kepada mereka kerana data peribadi mereka sudah pun dimasukan dalam sistem bimeteri berkenaan. Sebaliknya apa yang akan menjadi masalah ialah kepada pengundi asal yang lahir dan membesar di negara ini yang beberapa kali pernah mengundi. Tidak mustahil apabila sistem biometerik digunakan nanti mereka tidak dapat mengundi kerana ditunjukkan oleh sistem itu sebagai tidak sah. Sistem tali hayat UBN ini boleh menggelapkan mana-mana pengundi yang dikenal sebagai pengundi tegar oposisi.
Penggunaan sistem biomterik ini adalah tektik dan strategi terbaru UBN untuk menang dan memastikan kuasanya yang sudah meniru itu kekal. Sebenarnya pengumuman Najib hari ini adalah tidak ubah seperti lagak orang yang senganja mendedahkan apa yang sudah berada dalam terang. Protes terhadap pendaftaran Pati ini sudah pun kecoh dan kecur sebelum ini. Beberapa pendedahan telah pun dibuat berhubung kerja jahat UBN ini. Tetapi ia dinafikan hidup-hidup oleh SPR dan juga UBN.
Saya rasa sekiranya SPR bersetuju dan akur dengan tawaran Najib itu ia akan mendatangkan bala besar kepada pembangkang. Usah bersih untuk mewujudkan pengundian bersih dan adil bukan saja tidak tercapai tetapi akan jadi lebih kotor dan hampak dari yang ada sekarang ini.
Nah, baik Bersih, parti-parti pembangkang perlu memastikan sistem biometerik - yang akan menjadi 'berukmeterik' ini tidak dilaksanakan. Kalau ia dilaksana saya bolehlah menganggap usaha itu sebagai rampasan kuasa oleh UBN ke atas negara ini melalui sistem atau tidakan haram yang dihalalkan. Biometeri adalah berukmeterik. [wm.kl.9:00 pm 23/07/11]
Menanti Solat Duhha
MAKIN dijelaskan nampaknya makin celaru dan makin orang menjadi 'rohok' untuk mempercayai setiap apa yang diuberi tahu. Itulah apa yang berlaku kepada Polis Diraja Malayisa (PDRM) hari ini dalam kes Bersih. Nampaknya polis sudah kehabisan modal dan kata-kata untuk menyakinkan rakyat yang mereka bertindak mersa dan melayan himpunan Bersih dengan aman.
Kebodohan juga semakin hari semakin luas 'terbahar'.Video yang merakam aksi himpunan berkenaan bagi menunjukkan perangai polis baik juga gagal memberi kepuasan kepada orang ramai. Penyiaran video sekerat-sekerat dan tidak sepenuhnya menyebabkan orang sangsi dengan tindakan polis.
Beigtu juga teknik atau cara mencari kambing hitam untuk menunjukkan polis baik juga tidak berhasil. Dari sudut mana sekali pun orang ramai tetap menganggao polis yang bersalah. Kalau ada orang mengangguk mengatakan polis baik itu hanya di depan saja, tetapi di belakang orang akan menyumpah polis.
Baik polis mengaku saja mana-mana kekasaran yang dibuatnya pada peserta Bersih tempoh hari. Pengakuan atau mengalu kesilapan lebih menyerlahkan integriti pasukan itu. Tidak dinafikan ada juga polis yang berhati malaikat dan berperangai baik dalam melayani peserta himpunan. Tetapi polis yang baik ini ditenggelami oleh tindakan polis yang kasar dan jahat.
Saya tidak fikir semua gambar dalam protal berita dan blog adalah palsu rekaan atau tokok tambah. Setengah gambar itu dirakam oleh orang ramai yang berada di hadapan lokasi atau kejadian polis menyerang dan menembak. Mereka tidak mempunyai motif apa-apa melainkan merakam reakiti yang mereka saksi. Polis juga kena akui bahawa dalam pasukan itu ada serigala yang lapar, yang meleleh air liur melihat anak-anak muda yang bersorak.
Bukankah anggota FRU atau unit tindakan khas (UTK) diajar supaya menjadi berang dan bengkeng untuk menghadapi orang ramai. Mereka dilantih macam anjing pemburu untuk mengesan dada. Pantang mereka terlepas mereka akan mengamuk. Yang patut dikutuk siang malam inilah ketua mereka yang menerima pendekataan begitu. Anjing tidak salah tetapi tuan anjing.
Selain menunjukkan sikap beberapa perserta himpunan yang provok polis, patut polis tunjuk juga bagaimana para peserta yang membantu anggotanya yang terkena gas pemedih mata. Di depan mata saya saya nampak ada polis yang terjatuh longkang kerana melarikan diri bila di baling klister gas pemedih mata.
Saya sendiri melihat bagaimana anak-anak muda membantu memberi air kepada polis yang terkena gas pemedih yang dibaling oleh para peserta apabila mereka menyambut atau mnangkap kelosong gas yang melucur ke arah mereka.
Bersikap adil dalam semua keadaan kerana keadilan itulah yang akan mengukur kejujur dan kebenaran kita.
Kenapa polis terus buat provokasi dan membela diri secara melulu. Misalnya tuduhan Mat Sabu bohong berlaku adalah melampau. Kata polis naib presiden Pas itu berlaku untuk menangih simpati. Walaupun kalau benar Mat Sabu berbuat begitu tetapi tidak bijak polis yang menuduh demikian kerana sudah pasti penyokong Bersih akan marah. Di sinilah dangkalnya politik polis.
Orang yang tidak tergamak menipu atau pun berfikir betul tidak akan menerima dakwaan polis Mat Sabu berlakon. Takkan Mat Sabu berlaku sampai lututnya kena bedah. Kata polis Mat Sabu tercedera kerana motorsikap yang dinaikinya melanggar pembahagi jalan. Polis tidak cerita kenapa penunggang itu mlanggar pembahagi jalan. Takkan driver yang bawa Mat Sabu itu babuk sengaja langgar pembahagi jalan.
Bijak Mat Sabu tidak membalas tembak dengan polis atas dakwaan itu. Mah Sabu arahkan peguamnya supaya menyaman polis atas kejadian itu. Biarlah mahkamah membuat keputusan apakah Naib Presiden Pas itu berlakon atau sebaliknya.
Kenyataan-kenyataan dan kesimpulan bodoh terus dikeluarkan oleh polis. Terbaru menurut Pengarah Ketenteraman Awam, (nama lupa sebab tak popular), tiga tulang rusuk Baharuddin Ahmad patah bukan disebabkan angkara polis. Tetapi ia patah kerana pertolongan CPR - tekan dada di lakukan oleh ke atasnya untuk menyelamatkan arwah. Logikah kalau bantuan untuk menyelamatkan (CPR) dilakukan sampai patah tulang rusuk?
Msasakan begitu bengong sekali mereka yang memabntu menekan dada Baharuddin memberi CPR kepadanya tekan sampai patah tulang rusuk? Logikah? Apakah tidak ada kejadian lain di sebalik itu yang tidak terjumpa oleh oleh polis. Misalnya berlaku pergelutan dan menyebabkan dadanya di tendang atau dipukul dengan kuat?
Polis boleh melepaskan diri untuk tidak disabitkan dengan kematiannya. Tetapi alasan yang diberikan biarlah logik dan munasabah. Belum pernah terdengar dalam sepanjang hayat saya orang yang diberi bantuan CPR patah tiga tulang rusuknya. Kenapa tidak direka cerita tulang rusuk Baharuddin patah keran aia terjatuh atas pili bomba semasa melarikan diri dari tembakan gas pemedih mata oleh polis?
Alasan yang diberikan polis ini tak ubah alasan yang pernah diberikan Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim apabila mata bekas TPM itu lebam kerrana ditumbuk Rahim Nor. Mahathir kata, mata Anwar lebam kerana Anwar sengaja menghantukkan mukanya ke lutut untuk mendapat simpati.
Selepas didedahkan oleh suruhanjaya di raja baru diketahui kenapa mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh Rahim Nor, bekas ketua polis negara. Kalau bekas KPN boleh tumbuk mata tahanan yang digari dan ditutup muka, apalah nak hairankan dengan tindakan anak cucu cicitnya ke atas himpunan Bersih itu. Biarlah kalau bapak jahat anak akan khianat!
Sekali lagi dinyatakan polis alasan direka-reka tidak akan menyelesaikan masalah. Buatlah penjelasan sepanjang mana kalau ia tidak ikhlas ia akan dipertikaikan. Makin dijelas makin marah dan benci orang kepada polis. Kalau benar polis ingin menyelesaikan perkara ini membuang persepsi buruk ke atasnya mengakulah dengan jujur dan ikhlas, bahawa ada tempat-tempat mereka tersilap atau terlebih. Rakyat boleh mengampuninya kerana bumi manalah yang tidak ditimpa hujan.
Benang yang basah tidak akan boleh ditegakkan, tanduk kerbau dewasa yang bengkoknya hampir menjadi bulatan tidak senang untuk diperbetulkan. Apa yang polis lakukan dalam kes Bersih ini tak ubah seperti tikus yang hendak membaiki labu, makin lama bukan makin baik tetapi makin luas lubang kebusukannya. [wm.kl.8:00 am 23/07/11]
Friday, July 22, 2011
Laporan Lewat
HARI ini Jumaat, 22 Julai 2011 tanpa gegak gempita dan nafiri menghebuhkan mengenai kewujudannya, sebuah Ngo yang diberi nama Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) telah dilancarkan dengan rasmi oleh presidennya sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah.
Upacara yang berlangsung di Aditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur itu berjalan dalam suasana penuh bersemangat dan penuh keinsafan untuk membela bangsa dan membangunkan negara.Pemilihan tempat perlancaran Amanah itu tentulah untuk mengembalikan nostalgia masa lampau, sejarah dan juga kenangan yang pernah mengemilangkan bangsa negara ini. Amanah itu sendiri antara membawa tujuan dan maksud untuk merealisasikan segala amanah, ikrar atau pesaka perjuangan yang ditinggalkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia.
Kewujudan Amanah dalam keadaan negara serabut dengan kemelut politik hari ini, di mana orang Melayu dilihat sudah kabur identitinya kerana tergilakan kuasa politik dianggap tepat dan kena pada masanya. Tujuan dan fungsinya untuk membendung kemudharatan dalam negara baik dalam soal rasuah, perpecahan kaum, sosial dan sebagainya dirasakan kena pada ketika dan dan musimnya. Usaha itu dilihat murni dan wajar disokong sepenuhnya.
Amanah seperti mana dicatat pada buku cenderamata (muqadimahnya) bukan pertubuhan politik tetapi sebuah Ngo yang menggabungkan suara rakyat dari pelbagai lapisan tanpa mengira bangsa untuk membela negara. Amanah juga bukan sebuah badan pendesak dan protes tetapi lebih kepada badan pemantau kepada kerajaan hari ini atau kerajaan masa depan. Dalam bahasa timur tengah adalah islah.
Adapun kewujudannya ialah kerana rakyat sudah tidak tahan lagi dengan kerenah dan segala macam kebejatan yang berlaku di dalam negara hari ini yang ditimbulkan oleh parti yang memerintah. Misalnya masalah rasuah yang berleluasa, pencabulan undang-undang, pilihan raya yang kotor telah menjadi ilham kepada perwujudan Amanah ini. Dari segala fenomena inilah membangkitkan jiwa yang mewujudkan Ngo ini.
Ngo ini yang diharap akan menjadi pemangking kepada negara dan bangsa Malaysia bakal menjadi popular dan mendapat sambutan ramai. Sekiranya nawaitu dan juga matlamat seperti digariskan dapat dilaksanakan, tidak ada sebab untuk orang Melayu dan bangsa Malaysia seluruhnya tidak bergabung dengan Ngo ini untuk mewujudkan jaringan suara yang terbesar bagi membela negera mengislahkan apa-apa yang silap dan tergelecah kini.
Hakikat Amanah mendapat sambutan dan bakal menjadi Ngo yang berwibawa terbayang apabila rata-rata mereka yang hadir memberi sokongan terdiri daripada teknokrat, bekas para pegawai kerajaan yang cukup berpengalaman sebagai organ pentadbir dan memimpin negara ini.
Mereka terdiri daripada bekas Ketua Setiausaha Kementerian, diplomat, sasterawan dan juga ahli politik yang mempunyai wibawa dan track record yang bersih selama penceburan diri mereka dalam politik. Pegawai kerajaan yang masih belum pencen juga kelihatan turut hadir memberi sokongan moral.
Ahli-ahli politik yang menyertai Amanah ini juga adalah individu yang sudah jelek atau pun tidak sanggup untuk terus berkompromi dan bersubahat dengan parti yang memerintah hari ini. Kalau kebetulan mereka dari Umno, bukan bermakna mereka tidak suka kepada Umno tetapi mereka hilang kepercayaan kepada pemimpin dan melihat pemimpin yang ada hari ini bukan saja lemah tetapi tidak ada karisma.
Mereka yang menggerakkan Amanah ini adalah gabungan dari semua kumpulan dan lapisan rakyat tanpa mengira ideologi dan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi. Tegas seperti mana diharapkan Tengku Razaleigh ialah mereka yang mempuyai fikiran baik.
Meneliti kepada matlamat dan suasana yang mewujudkan Ngo ini ia tidak perlu dibimbangi oleh mana-mana parti politik termasuk yang sedang berkuasa atau yang sedang untuk mendapat kuasa. Matlamat Amanah adalah sama untuk mewujudkan good governance - kerajaan yang bersih dan berwibawa, menentang rasuah dan ketidakadilan.
Itulah hasrat dan itulah matlamat. Manakala apa yang mendorong ianya diwujudkan kerana rasa bimbang terhadap nasib dan masa depan negara dengan apa yang berlaku kini. Sebenarnya segala macam risiko dan bahanan yang dihadapi negara dewasa ini sudah teramat parah.
Dalam pada itu saya melihat Amanah akan bertindak sebagai pemantau kepada mana-mana pihak yang berkuasa (kerajaan) hari ini dari pada melakukan kesilapan atau pun penyalagunaan kuasa yang membebankan rakyat. Dengan keanggotaan atau partisifasi ahli yang berpengalaman ia boleh menjadi pemandu atau tunjuk ajar. Sekiranya parti politik ikhlas untuk berjuang demi rakyat maka parti politik harus menerima baik kewujudan Amanah ini di samping sedia melakukan mahasabah diri dengan mengambil kira teguran dan krtitikan Ngo ini dari masa ke sama.
Secara ringkas apa yang dapat diungkapkan di sini antara tujuan atau pun suasana yang melahirkan Amanah ini seperti berikut;
1. Untuk melahirkan suara baru perpaduan di kalangan rakyat negara ini.
2. Menyalakan semula semangat amanah Merdeka berpandukan amanah bapak Merdeka, Tunku Abdul Rahman.
3. Menyeru supaya isi dan semangat Perlembagaan Malaysia di hormati dan dipertahankan.
Manakala misi Amanah ialah; untuk menegaskan semula, untuk menanam dan menyemarakkan rasa kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang mendalam di kalangan rakyat seperti yang pernah berlaku di kalangan rakyat semasa bersama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan kebangsaan kita.
Majlis perlancaran tadi dihadiri sekitar 500 orang ini menyebabkan aditorium Tuanku Abdul Rahman penuh sesak. Kehadiran diluar jangkaan. Antara tokoh politik yang turut hadir ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ketua parti Kita, Zaid Ibrahim, Usu Sukan, Tamrim Ghafar, Mazlan Harun dan lain-lain.
Ahli Parlimen Pasir Mas Inchek Ibrahim Ali yang katanya sudah diundang untuk hadir sama tetapi terpaksa dibatalkan saat-saat akhir atas protes beberapa individu.
Majlis Pusat Amanah seperti berikut:
Presiden : Tengku Razaleigh Hamzah.
Timbalan: Daniel Tajem, Ong Tee Keat (bekas Presiden MCA), Abdul Kadir Sheikh Fadzil (bekas menteri), Subramaniam (bekas timbalan Presiden MIC), Wilfred Bumburing (Sarawak), Bujang Ulis bekas menteri).
Naib Presiden: Wan Saiful Wan Jan, Dr Pater Rubis, Ong Hock Siew, Mohd Azmi Razak, Ragunnath Kesevan, Simon Sipaun, Mohd Lukhman Ghani. [wm.kl.7:50 pm 22/07/11]
Thursday, July 21, 2011
Simpulan Senja
Naib Ceselor UiTM Sahol Hamid Abu Bakar dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) lebih kurang saja, dua kali lima. Barang kali begitulah jadinya kalau perlantikan Sahol Hamid sebagai Naib Censelor dibuat atas pengaruh politik dan bukan kerana kecemerlangan beliau dalam akademik dan tidak berdasarkan pengalaman pengurusan sebuah IPTA.
Begitu jugalah jadinya pasukan keselamatan sepenting polis, kalau ia lebih menjaga soal politik dan bukannya keselamatan umum, pasukan itu dilihat sebagai abdi bukannya sebuah pasukan yang disanjung. Pasukan itu akan dipertiakiakn dan terus dipertikaikan sehingga kewibawaanya tidak akan disebut lagi.
Apa yang keluar dari mulut Sahol Hamid menggambarkan akan kedangkalan dan kenaifannya sebagai seorang Naib Ceselor. Inilah kualiti Naib Censelor yang dipilih Kementerian Pengajian Tinggi yang mengguna pakai meret politik.
Begitulah jadinya kalau soal setia kepada Umno dan kuat membodek diabil kira, bukannya kepada kecemerlangan seseorang dan kredibilitinya dalam dunia pendidikan. Hasilnya universiti yang diserahkan itu akan jatuh merudum dan akan diketawakan oleh dunia. Kenapa tidak sebab censelornya cerdik sedikit daripada pak pandir.
Kelemahan dan sejauh mana wibawa Sahol boleh dilihat kepada isu Anugerah Ibrahim Ali yang dinama dan diminta sendiri oleh Ibrahim Ali. Beliau nampaknya berdolak dalih dengan isu ini. Mulanya beliau kata anugerah itu belum diputuskan oleh senat. Tetapi bila terdedahnya surat pekeliling yang ditanda tangani katanya ia sebagai untuk mendapat reaksi berhubung anugerah itu oleh para pesnyarah.
Kenapa kementot sangat hujah Sahol untuk melepaskan dirinya? Adakah logik beliau mengeluarkan pekeliling hanya untuk mendapat reaksi daripada para pesnsyarah. Pensyarah rasanya tidak perlu memberi apa-apa pandangan lagi kerana UiTM sudah ada senat atau lembaga pengelolanya sendiri untuk menilai apakah anugerah itu bermutu, ada wibawa atau tidak. Pihak senat boleh menentukan apakan logik atau tidak anugerah berkenaan ditawarkan.
Bukankah senat dan lembaga sendiri terdiri daripada 60 orang professor? Tidak cukup lagikah otak mereka untuk membuat penilaian terhadap anugerah berkenaan. Atau pun Sahol sudah menerima apa-apa sogokan daripada Inchek Ibrahim berkenaan dengan anugerah itu? Tidak mustahil?
Apa yang berlaku ini menjelaskan akan sejauh mana wibawa Sahol sebagai Naib Censelor kepada sebuah IPTA. Beliau seolah bekerja dengan kaki dan bukan dengan kepala. Dalam perkara begitu penting pun beliau boleh membuat keputusan semudah itu, apa lagi hal-hal yang kecil dan remeh lagilah. Menyalahkan Institiut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) yang konon tersalah pandang sebab mengumumkan sesuatu yang belum pasti adalah alasan kebudak-budakan. Alasan itu untuk menyelamatkan diri sendiri saja laksana orang Sakai melindungi kemaluan dengan kulit kayu.
Begitu juga kalau Impak bertanggungjawab kenapa laman websitenya sudah dihapuskan dari alam maya? Ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku itu tidak menurut peraturan dan satu penyelewengan sedang cuba dilakukan. Dengan wujudnya perkara ini kita bimbang masih banyak keputusan-keputusan universiti berkenaan sebelum ini dibuat tanpa kajian mendalam atau tidak mengikut piwaian yang ditetapkan.
Salah satu ialah mengenai anugerah doktor kehormat kepada seorang altit wanita sebelum ini. Katanya penganugerahan itu tidak memenuhui kritria yang ditetapkan. Atlit itu tidakpun mendapat apa-apa pingat dalam kejahohan yang disertainya. Tetapi kerana, saya ulangi kerana dia baik dengan isteri orang kenamaan, atlit busuk itu diberikan anugerah doktor kehormatan. Binawai... Untuk IPTA itu sendiri di manakah maruahnya bila ini berlaku.
Apabila mengenangkan tindakan kemetot Sahol Hamid itu teringatlah kepada tindakan polis Malaysia berhubung kenyaatan akhbar yang dibuat terhadap Dr Hatta Ramli dan Husam Musa. Dalam satu laporan akhbar polis mengatakan pihaknya akan mengeluarkan waran kepada Hatta dan Husam kerana menghadiri himpunan Bersih.
Sebabnya ialah kerana kedua pemimpin Pas itu tidak hadir ke balai polis Dang Wangi untuk memberi keterangan. Apa yang ganjilnya dan mungkin tidak pernah berlaku di Korea dan Jepun kedua-dua pemimpin Pas itu tidak pun dimaklumkan yang mereka perlu memberi keterangan.
Menurut Hatta dan Husam mereka tidak diberi tahu sama ada melalui surat, telefon atau khidmat pesanan ringkasan (SMS). Hatta nampaknya semacam menyesali atas apa yang berlaku. Katanya polis perlu menguasai kemudahan terkini untuk urusan kerjanya seperti menggunakan SMS atau Facebook untuk menghubungi seseorang yang dikehendaki. Cadangan Hatta itu menunjukkan polis masih lagi berada di tahap lama dalam urusan kerjayanya.
Saya rasa polis sengaja berbuat begitu seperti mana kata Husam untuk mensensasikan hal itu. Apabila polis mengeluarkan kenyataan akan keluar waran untuk tangkap mereka berdua maka ternampak di mata umum bahawa mereka bersalah dan cuba melarikan diri. Natijah dari tindakan polis yang tidak profesional itu bagi menjatuhkan imej pemimpin Pas itu.
Perkara-perkara seperti ini seharusnya diberi perhatian dan diteliti oleh pihak berkuasa, seperti Menteri Pengajian Tinggi dan juga Menteri Dalam Negeri (KDN) agar wibawa mereka berhubung perkara ini tidak terjejas. Kesan daripada kelemahan atau kesengajaan itu akhirnya boleh memberi implikasi kepada menteri yang bersangkutan.
Kalau mengenai perangai Sahol Hamid itu kesanya kepada Khalid Nordin manakala mengenai kelemahan polis itu pula kesannya kepada Hishamuddin Hussein. Selaku menteri mereka berdua perlu memberi perhatian perkara ini dan jangan mudah pula menyokong tindakan dangkal agensi atau jabatan dibawah bidang kuasa mereka. [wm.kl.6:20 pm 21/07/11]
