Friday, September 14, 2012

Himpunan Hijau: Melegakan Hati Pas

PERISTIWA

Buat sementara waktu para ahli dan penyokong Pas bolehlah tidur lena dan tidak perlu lagi bimbang dengan kedudukan kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang. Kejayaan Himpunan Hijau mengumpulkan lebih 40,000 malam tadi di padang Majlis Bandaran Machang menjadi pelena tidur ahli dan penyokong Pas.

Himpun Hijau - menuju ke Putrajaya peringkat Kelantan berjaya mencapai sasaran dan sekaligus melenyapkan kebimbangan saya sebelum ini.

Antara pimpinan Pas Kelantan yang hadir.
Jelas sambutan hangat terhadap himpunan itu rakyat Kelantan terutamanya dari kalangan penyokong Pas memberi kepercayaan kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz dan bersedia untuk berdepan apa saja ancaman dari Umno. Kehadiran yang ramai itu juga mencerminkan aspirasi mereka untuk menawan Putrajaya bukan sesuatu yang omong kosong.

Ribuan sedang mendengar ucapan Tok Guru.
Banjiran manusia yang sebahagiannya berpakaian berwana hijau juga yang datang dari pebagai pelusuk dan lapisan masyarakat menjelaskan bahawa 'tubaan' wang dan pelbagai bantuan yang diberikan Umno tidak membuahkan hasil seperti diharapkan. Segala peruntukan yang merupakan umpan itu ditelan tetapi tidak bisa menambah kaki tangan mereka untuk memberi sokongan kepada Pas.

Penyerhan borang menyertai Pas oleh sembilan orang termasuk lima bekas pegawai tinggi kerajaan dan empat pemain bola sepak kebangsaan memberi petanda bahawa golongan kerajaan dan mereka yang selama ini tidak pedulikan politik sudah mulai menyakini terhadap keupayaan Pas untuk memipin negara ini.
Mengiringi Tok Guru masuk menuju pentas.

Beberapa program disediakan sempena himpunan itu yang bermula Rabu dan berakhir hari ini, Jumaat. Walaupun masih ada beberapa program sempena himpunan itu tetapi solat hajat, munajat dan ceramah perdana malam tadi adalah kemuncak. Hari ini berlangsung berberapa program lain termasuk expo perdagangan dan jualan.

Saya yakin 90% yang hadir malam tadi terdiri dari ahli dan penyokong Pas tanpa melibatkan penyokong rakan-rakan pakatan Pas dalam Pakatan Rakyat. Majlis itu adalah spesifik untuk ahli dan penyokong Pas.

Kejayaan malam tadi juga menyebabkan Umno yang sebelum ini merasa 'sedap hati' mungkin terpaksa mencari helah lain untuk membangkitkan semangat rakyat Kelantan agar berpaling kepada meereka.

Di bawah ini diambil pakai beberapa keping gambar di sekitar sambutan itu disebelah petang yang dirakam oleh sdr Zam Zamani Mohd Zain menerusi Fbnya yang turut diselitkan ke dalam Fb saya. Terima kasih kepada Zam Zamani atas pengiriman gambar-gambar ini. [wm.kl.9:21 am 14/09/12]

Thursday, September 13, 2012

Bekas Pemain Bola dan Pegawai Kerajaan Sertai Pas

 SEBELUM TIDUR

Sebahagian dari yang istyharkan diri sertai Pas.
Malam ini Parti Islam se Malaysia (Pas) menerima sembilan orang lagi anggota baru terdiri daripada lima bekas pegawai tinggi kerajaan dan empat beka pemain bola sepak negeri Kelantan dan kebangsaan.

Mereka mengistyharkan diri menyertai Pas dan menyerahkan borang keahlian kepada Tok Guru Nik Aziz di majlis ceramah perdana Himpunan Hijau di Machang malam ini.

Lima bekas pegawai kerajaan ialah Fauzi Harun, Nordin Daud, Abdul Halim Hasan, Wan Zain Wan Hamid dan Prof Salleh Haru. Manakala empat bekas pemain bola, Salleh Ibrahim, Mohadi Yusuf, Nik Fauzi dan Ramli Salleh.

Ulasan lanjut mengenai Himpunan Hijau di Kelantan esok. [wm.kl.11:49 pm 13/09/12]

Penjelasan Penggunaan Kereta Oleh Pegawai Kerajaan

RESPONS

Catatan mengenai seorang pengarah jabatan awam (Persekutuan) di Kelantan yang kehilangan kereta Perdana V6 dua hari lepas mendapat reaksi beberapa orang penjengok. Ramai yang ingin mengetahui siapakah gerangan Pengarah berkenaan yang tinggal di Machang itu.
Kereta posting berkenaan.

Hari ini saya menerima sms dari seorang menjelaskan berhubung penggunaan kereta kerajaan oleh kakitangannya. Menurut individu berkenaan tidak menjadi kesalahan bagi seorang pengarah berstatus Jusa ke atas menggunakan kereta kerajaan yang dikhaskan kepadanya bersama seorang driver dan elaun minyak.

Menurutnya kereta itu boleh dibawa ke mana-mana bahkan kereta itu bakal menjadi miliknya apabila berhenti kelak kerajaan akan menawarkan kepada pegawai berkenaan dengan harga murah.

Menurut invidiu itu juga ada bezanya di antara kereta kerajaan (jabatan) dengan kereta yang dikhasnya kepada pegawai kerajaan bergred Jusa ke atas.

Berikut sms yang dihantarkan kepada saya; "Salam.. merujuk kepada blog sdr berkaitan kereta kerajaan disalah guna. Sdr perlu bezakan antara kereta jabatan dengan kereta khas jawatan. Ulasan sdr dalam blog merujuk kepada kereta jabatan. Bagi pengarah Jabatan yang bergred Jusa ke atas, memang diperuntukan kereta Perdana V6 dengan elaun minyak dan pemandu khas.

"Kereta ini menjadi milik pengarah tersebut boleh dibawa pulang ke rumah. Apabila pengarah pencen kerajaan akan menawarkan kepada pengarah dengan tawaran yang rendah (tanpa cukai) sama seperti menteri dan Exco. Saya mohon sdr ...betulkan faktakan ini dalam blog sdr. Tq".

Persoalannya kenapa individu berkenaan bersedia menjelaskan perkara ini dan meminta saya meralatkannya. Kekeliruan itu di sini tidak penting. Yang pentingnya apakah kereta berkenaan benar hilang, dan siapakah pegawai berkenaan?

Saya akan cuba mendapatkan pengesahan berhubung kejadian ini dan mengenali pasti siapakah Pengarah yang kehilangan kereta Perdana V6 itu yang khabarnya pernah dibawa ke majlis-majlis anjuran Umno. Bagaimana pun terima kasih kepada individu yang mengirimkan sms meminta saya perbetulkan mengenai kekeliruan pemakaian kereta oleh pegawai kerajaan. [wm.kl.6:32 pm 13/09/12]

Lima Dari Lapan YDP Pas Kelantan Bermasalah Perlu Undur

FOKUS

Sekurang-kurangnya lapan orang Yang Di-Pertua (YDP) Pas kawasan di Kelantan perlu mengundurkan diri dengan sukarela dari dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka ikhlas dan sayangkan parti mereka perlu berbuat demikian tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.  Tindakan ini adalah bagi memastiklan parti tidak tewas.

Ismail Noh, sakit.
Lebih afdal lagi mereka perlu memberi laluan kepada muka baru yang dipilih oleh cawangan dan bukannya atas pilihan mereka (kroni).

Sebaik-baiknya pengganti mereka juga perlulah dibuat berdasarkan permintaan pengundi setempat dengan mengambil citarasa umum.

Lapan YDP berkenaan, kecuali YDP Tanah Merah dan Pasir Mas (Ismail Noh) ialah, Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh), Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), Wan Ismail Wan Jusoh (Ketereh), Omar Mohamad (Bachok), Apandi Mohamad (Jeli), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu).

Lima dari mereka merupakan wakil rakyat sementara yang lain bekas wakil rakyat. Nik Mazian Adun Gaal, Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Omar Mohamad (Perupok), Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu).

Nama-nama mereka ini masih lagi diangkat untuk dipertimbangkan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun ada baiknya kalau Pesuruhjaya Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan nama mereka bagi mengelak timbul implikasi buruk kepada Pas dalam pilihan raya akan datang. Lebih gentleman lagi mereka sendiri menarik diri dengan cara terhormat.

Pemilihan mereka juga dibimbang akan memberi kesan kepada Pas kerana khidmat dan tanggungjawab mereka kepada parti dan rakyat terabai kecuali Omar Mohamad (Perupok) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu) yang masih terus aktif dan rajin menemui rakyat.

Wan Abdul Rahim pernah menyatakan kesediaan untuk berundur kerana masalah usia.  Apabila disuakan kawasan Dun Bunut Payong kerana wakilnya Takiyuddin Hassan akan berrukar ke Parlimen, Wan Rahim melahirkan rasa keberatan untuk meneruskan tanggungjawab atas alasan sudah lama.

Abd Fatah Haron
Manakala Abdul Fatah sudah lima kali menjadi wakil rakyat dua penggal di parlimen tiga penggal Adun. Omar Mohamad pula sudah lima penggal dan pernah memegang jawatan Exco. Begitu juga dengan Wan Ismail sudah memenangi Dun Melor dua penggal. Abdul Rahim sudah tiga penggal sebagai wakil rakyat.

Mengenai prestasi Fatah mungkin Pas sendiri dapat menilai sejauh mana kemampuan YDP Rantau Panjang ini sehingga tidak pernah diangkat untuk menjadi Exco atau pun speaker yang dikira sebagai kenaikan pangkat.

Apandi Mohamad walaupun hanya menang sepenggal tetapi dengan kekalahan dua kali berturut-turut ditangan Mustapa Mohamed sudah memandai. Pas perlu mencari muka baru untuk menyalinkan tempat Apandi. Sekiranya tidak ada muka yang layak mungkin Pas boleh mengambil calon dari luar kawasan.

Prestasi Nik Mazian di Gaal juga tidak begitu memberangsangkan. Sebelum ini beliau pernah dilantik menjadi Exco tetapi digugurkan kerana gagal memberi kesan menyuburkan jawatan itu. YDP Pasir Mas Ismail Noh dan YDP Tanah Merah bagaimana pun sudah tidak dicalonkan lagi untuk pilihan raya kali ini, di sini tidak berbangkit kalau mereka perlu digugurkan. Ismail sedang sakit dilanda stroke.

Bagaimana pun Hanifa Ahmad yang kini Adun Pengkalan Pasir yang memangku jawatan itu juga perlu digugurkan dan diganti dengan muka baru.  

PERHATIAN: Saya akan menyenaraikan nama wakil-wakil rakyat yang perlu digugurkan Pas dari terus bertanding dalam pilihan raya akan datang menurut versi saya. [wm.kl.10:58 am 13/09/12]

Wednesday, September 12, 2012

Ulamak Dari Arab Tidak Dipertontonkan Video Klik Rosmah - Najib?

Media PB melaporkan Najib Razak menerima kunjungan dua orang berjanggut lebat dari Arab Saudi ke pejabatnya. Kunjungan itu sebagai membalas kunjungan (pertemuan) Najib dengan dua orang Arab itu semasa beliau menghadiri persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Makkah baru-baru ini.

Berita kunjungan dua ulamak ke atas Najib.
Kunjungan Najib kepada dua orang Arab itu baru-baru ini menimbulkan isu apabila ia turut sama dihadiri oleh bekas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa yang bertindak menjadi jurualih bahasa. Orang Pas marah dan kurang senang dengan gaya Nasharudin itu.

Bagaimana pun dalam kunjungan balas itu tidak ada pula Nasharudin tercegak dalam gambar. Yang ada ialah menteri agama Jamil Khir.

Mungkin sudah ada yang menasihat Nasharudin agar tidak menampilkan diri ataupun tidak sedia menjadi jurualih bahasa.

Apa komen dua ulamak janggut lebat itu.
Yang menarik membaca laporan dua orang Arab ini yang katanya ulama salafi, apakah mereka dita'arufkan pada kunjungan Najib itu. Apakah mereka selain dihidangkan dengan makanan tradisi Malaysia atau pun kambing Janapari dari Kelantan, kedua mereka juga dihidangkan dengan klik video majlis hari raya di rumah Najib baru-baru ini yang kini menjadi kecur di internet?

Video yang memaparkan Najib sedangn menari 'poco-poco' bersama beberapa menteri kabinet termasuk Rais Yatim dan juga memaparkan Rosmah Mansor sedang berduet dengan seorang jejaka berambut panjang membawa lagu "Aku Anak Kampung" sedikit sebanyak menyebabkan rakyat mempersoalkan gaya hidup Najib. Video itu mendedahkan stail kehidupan dan sosial Najib sebenarnya... kalau di rumah beliau dan isteri serta tetamunya boleh menarik apa lagi di luar rumah.

Barang kali elok kalau wartawan media PB cuba memperbetulkan persepsi umum terhadap video berkenaan dengan meminta fatwa dari dua orang Arab berjanggut lebat itu. Tayangkan video itu kepada mereka dan minta komen.

Saya cukup yakin mereka akan mengeluarkan fatwa menghalalkan perbuatan Najib dan isteirnya itu atas alasan ia sesuai dengan ideologi parti anutan Najib.  Nescaya kalau dua orang Arab itu memfatwakan halal orang-orang Umno bawahan yang berterima kasih atas pemberian wang rakyat 1 Malaysia RM500 tidak akan merasakan apa-apa terhadap video berkenaan malahan mereka akan puji; wah bagus isteri perdana menteri pandai menyanyi dan Najib pula sporting.

Soal aurat... ia tidak menjadi masalah kerana Jamil Khir menteri agama yang ada di samping 000tidak membuat apa-apa teguran itu, bermakna halallah.

 Sorilah catatan utuk release tension. [wm.kl.7:48 pm 12/012/12]

Pengarah Salah Gunakan Kereta Kerajaan?

BERITA KECIL

Kereta seorang penjawat awam di Kelantan (kerajaan Persekutuan) didapati telah hilang dirumhanya tiga hari lalu. Pengawai berkenaan tinggal di Machang. Yang menjadi pertanyaan apakah boleh kereta jenis Pedana itu dibawa pulang? Sehubungan itu satu laporan polis dikatakan telah dibuat.

Sekiranya kehilangan itu semasa di rumah ketua pengarah itu jelas perbuatan itu menyalahi undang-undang. Setahu kita mana-mana pegawai kerajaan yang dibekalkan kereta tidak boleh menyalahgunakan kenderaan itu untuk tujuan selain dari urusan pejabat. Mana-mana kenderraan awam tidak boleh seweneng-wenegnnya digunakan untuk tujuan selain ditetapkan.

Sebelum ini khabarnya kereta pegawai itu juga pernah dilihat di majlis ceramah Umno dan majlis-majlis tidak rasmi anjuran kerajaan. Maklumat lanjut akan menyusul. [wm.kl.11:58 am 12/09/12]

Tuesday, September 11, 2012

Himpunan Hijau Di Machang 13 Sept Penting

PANDANGAN 

Pas Kelantan berdemo di Machang pada 13 September ini dalam satu acara mega Himpunan Hijau menuju ke Putrajaya. Himpunan ini bermula esok (Rabu) dan kemuncaknya pada 13 September, demikian menurut Ketua Penerangan Pas Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Himpun ini akan menjadi katalis pertama menjelang pilihan raya umum akan datang untuk melihat kekuatan sebenar Pas Kelantan. Himpunan itu nanti tidak disertai pemimpin besar PKR Anwar Ibrahim ataupun mana-mana tokoh dari DAP.

Acara itu akan dipenuhi dengan solat, munajat dan ceramah perdana pada sebelah malam yang akan menampilkan Murysidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat presiden Abdul Hadi Awang dan juga timbalannya Muhammad Sabu serta Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sewajarnya seluruh ahli dan penyokong Pas tidak kira lelaki dan wanita menyemarakkan himpunan itu mencapai sasaran dikehendaki. Paling tidak himpunan itu perlu mencecah angka 40,000 hingga 50,000. Sekiranya setiap kawasan dapat menghantar 3,000 peserta pemuda, muslimat dan dewasa, tidak mustahil angkanya akan mencecah 40,000 dan Machang akan kebajiran dengan warna hijau.

Kebanjiran orang ramai pada ceramah anjuran Pas atau PKR di Kelantan sebelum ini terutamanya yang menampilkan bakal PM Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kekuatan Pas sebenarnya kerana angka belasan ribuan itu bercampur dengan penyokong PKR dan juga orang atas pagar serta orang-orang Umno yang ingin mendengar bekas tokoh mereka (Anwar) berpidato.

Dengan majlis agak spesifik untuk Pas itu himpunan berkenaan akan dapat menunjukkan kekuatan sokongan terhadap Pas pada masa kini. Sekiranya himpunan itu gagal meraih kehadiran mencecah ke angka itu ia dikira gagal atau Pas Kelantan jangan merasakan sedap duduk untuk berdepan dengan Umno.

Kehadiran dibawah 20,000 akan memberi petanda tidak baik kepada Pas. Jumlah itu menggambarkan keghairan ahli dan penyokong Pas tidak begitu komited. Penting juga nanti jumlah kehadiran himpunan itu perlu mencapai sasaran untuk mengelakkan ia dijadikan bahan kempen oleh Umno.

Kita yakin angka itu akan mencapai sasaran kerana sebelum ini Pas sudah melancarkan gerakan mendaftar ahli baru dengan sasaran melebihi 30,000. Apakah usaha atau projek itu berjaya atau hanya tertinggal di atas kertaas saja. Himpunan itu nanti sedikit sebanyak akan menjawab persoalan itu.

Kegagalan mencatat rekod baru dengan himpunan itu menjadikan Umno akan sedap hati dan mula mengira sokongan terhadap Pas sudah berkurangan dan ini akan menambahkan semangat untuk mereka mempergiatkan usaha menawan Kelantan. Himpunan Hijau adalah himpunan untuk menuju ke Putrajaya yang memberi simbolik Pas akan mengekalkan kerajaan di Kelantan.

Himpuan itu juga peri penting bagi mengubati beberapa siri himpunan yang dibuat Pas sebelum ini baik semasa himpuan anak-anak perantau di Kuala Lumpur atau pun himpunan majlis hari raya yang kelihatan kurang memberangsangkan. Semua pemimpin perlu melibatkan diri dengan himpunan berkenaan dan jangan ada yang ketinggalan.

Molek juga kalau Tok Guru Nik Aziz mengambil kira kehadiran para wakil rakyat atau mereka yang bakal dicalonkan pada pilihan raya akan datang di himpunan ini. Mana-mana yang menuangkan dari menghadirinya tanpa uzur syarie jangan diambil menjadi calon. [wm.kl.10:44 pm 11/09/12]

Tiada Tindakan Ke Atas Nasharudin Mengecewakan Media PB

SESUDAH SUBUH                                                                                                      

Tindakan bijak Majlis Syura Ulamak dan juga Jawatankuasa Pas Pusat tidak membincang dan mengenakan apa-apa tindakan ke atas Nasharudin Mat Isa berjaya mengecewakan beberapa pihak yang mengharap Pas akan berpecah belah menyebabkan pihak berkenaan mengeluarkan ulasan dan pandangan sinis memukul Pas dengan tindakan itu.

Nasharudin membuat kenyataan bersama semasa di Sarawak.
Media penjilat buntut membuat tuduhan kononnya golonagn Anwar Ibrahim kecewa dengan keputusan Pas itu. Ulas akhbar berkenaan, golongan Anwar sebelum ini beriya untuk melihat Nasharudin dipecat oleh Pas sehingga memfitnah Anwar mengecek Nik Aziz agar bertindak ke atas Nasharudin.

Beberapa individu, termasuk seorang tokoh 'jubah carik' telah digunakan akhbar berkenaan dan individu itu juga sanggup membuat fitnah kononnya pemergian Anwar ke Kota Bharu berjumpa Nik Aziz bagi mempengaruhi Nik Aziz agar bertindak ke atas ahli Parlimen Bachok berkenaan.

Nik Aziz selaku Mursyidul Am hadir ke mesyuarat berkenaan kemudian menyerahkan kepada timbalannya Dr Haron Din untuk mempengerusikan mesyuarat yang diadakan malam kelamarin. Tindakan Nik Aziz itu adalah sebagai mengambil jalan selamat dalam kes berkenaan. Semua harus faham sebelum ini Nik Aziz pernah 'menghalau' Nasharudin keluar Pas kerana tindak tanduk bekas timbalan presiden Pas itu menjadi sampah kepada Pas apabila mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Umno untuk menjalinkan kerjasama politik.

Keputusan Majlis Syura Ulamak itu juga mengecewakan seorang bekas ahli Pas yang dilihat intim dan mahu melihat Nasharudin menjadi sahabatnya dalam menyerang dan memburukkan Pas. Individu itu menuduh kenyataan Abdul Hadi Awang yang menjelaskan isu Nasharudin tidak disentuh dalam mesyuarat sebagai satu retorik semata-mata. Beliau mempersoalkan masakan selama mesyuarat tidak sedikit pun bincang hal Nasharudin. Pertanyaannya, kenapa anda perlu mempersoalkan tindakan Pas itu sedangkan anda bukan sesiapa lagi dengan Pas melainkan beas.

Bekas lebih kurang macam mangkuk tandas sahaja?

Bekas ahli Pas itu beriya-iya supaya isu Nasharudin disentuh, dan lebih diingini lagi Nasharudin dikenakan tindakan pecat sepertinya kerana kalau Nasharudin dipecat mudahlah untuk beliau menjalankan perniagaan bersama Nasharudin menyerang Pas. Jelas sekali niat busuk individu berkenaan yang kononya padat dengan ilmu agama, intelektual dan seorang yang khatam Qur'an sewaktu 12 tahun. Individu itu mungkin sudah termakan ajakan Mahathir Mohamad agar berkawan dengan syaitan dikenali.

Sudah tentu dengan adanya rakan dia akan dapat membuat penjelajahan di seluruh negara mengkritik Pas dalam masa sama memburukkan Anwar Ibrahim. Dan apa diharap disebalik penerangan itu ialah wang upahan dari agensi tertentu di alam Umno. Individu berkenaan kini kekeringan wang setelah tidak lagi menjawat jawatan tinggi dalam politik. Apakah dia terdesak untuk menguruskan rumah tangganya yang mempunyai dua dapur?

Setiap majlis penerangan dan serangan Pas diadakan individu berkenaan bersama sebuah Ngonya akan menerima upahan dikatakan di antara RM50,000 hingga RM100,000. Sejumlah wang telah disalurkan kepada Ngo berkenaan untuk tujuan upahan dan bayar kepada kerja-kerja memburukkan Pas. Sebuah kementerian telah menyumbang sebanyak RM300,000 kepada Ngo berkenaan bagi tujuan pembukaan opis dan pembelian peralatan fitnah.

Kesimpulannya tindakan bijak Majlis Syura Ulamak yang tentunya atas nasihat Jawatankuasa Kerja Pas itu mematikan langkah individu berkenaan yang sudah lama bersekongkol dengan media penjilat buntut. Media itu juga kekeringan modal untuk menghentam Pas dan terpaksa membelek isu lama dan mengambil semula sekalian orang yang dicemuhnya selama ini untuk dijadikan sumber.

Dalam pada itu saya cukup yakin selepas ini Nasharudin akan sekali lagi digunakan untuk membuat kenyataan-kenyataan menyinggung Pas bagi membolehkan dendam mereka tercapai untuk melihat Pas berpecah belah sesama sendiri. Justeru kalau Nasharudin masih mengenang Pas beliau harus berhati-hati dan tidak mengeluarkan pendapatan yang boleh menimbulkan kontroversi. Manakala ahli Pas terutamanya pemimpin atasan tidak perlu membuka mulut lagi untuk mengulas apa-apa yang bakal terjadi.  [wm.kl.7:31 am 11/09/12]

Monday, September 10, 2012

Catatan Di Meja VVIP Rumah Terbuka Pas

CORETAN PASCA AIDIFITRI

Menghadiri majlis rumah terbuka hari raya memang membahagia dan menyeronokkan. Dalam majlis seperti itu semua orang berfikiran terbuka, bergurau senda dan tidak mudah mengambil hati. Semasa di majlis rumah terbuka Pas Pusat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam saya sempat berjumpa sebahagian pemimpin atasan Pas. Sempat bertanya khabar dan bercanda serta bermaaf-maafan. Sudah tentu dalam suasana riang ria begitu, gurauan juga mengenai butir-butir yang menyeronok dan menghiburkan.

Dr Rosli Yaacob dan Ahmad Awang
Antara isu perbualan ialah mengenai pilihan raya umum. Nampaknya tidak ramai yang mempersoalkan bila tarikhnya kerana ia bukan sesuatu yang suspen lagi. Sebaliknya soal calon dan kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan yang dibicarakan dan menjadi daya tarikan perbualan.

Wah.. semua gelak dan nampak cerita bila disebut atau 'digelar' bakal calon dikerusi itu dan kerusi ini. Semua nampaknya berminat, 'sumringah' persis selepas baru selesai ber*****  dengan bini baru! Oph maaf.

Di meja di bawah bangsal vvip semalam saya duduk bersama pemimpin tertinggi Pas dan dua rakan yang datang bersama Sobree Shafei dan Dr Wan Suhaimi Wan Daud PKR Pasir Mas. Pemimpin Pas saling silih berganti duduk dan melayani kami. Seronok. Semuanya ramah tamah dan melebarkan senyuman hingga ke pipi.

Dr Mohd Hatta Ramli yang sememangnya ramah sejak saya mulai kenali beliau, tidak habis-habis gelak dan mengusik-usik saya. Dia juga sempat mengambil satay dan tuang air soya bean untuk saya. Bagi saya adalah sesuatu yang kejam untuk mengkritik apa lagi membenci seorang manusia baik seperti Dr Hatta.

Dr Hatta adalah anak luar Kelantan yang satu-satu dikatakan akan kekal bertanding kerusi parlimen Kuala Krai. Di Kuala Krai tidak ada siapa marah dan terkilan dengannya. Bekas MP Kuala Krai Nasir Daud yang juga buat beberapa waktu berada di sebelah saya merupakan pembantu utama Dr Hatta di Kuala Krai. Bab Nasir ini susah juga nak cari orang yang ikhlas sepertinya. Walaupun kerusi parlimen itu haknya tetapi beliau rela serahkan kepada Hatta bila parti membuat arahan begitu. Pengorbanan dan keikhlasan seperti inilah yang dikehendaki dan patut menjadi amalan pemimpin.

Begitu juga dengan pimpinan Pas Kuala Krai yang lain semua senang dengan penampilan dan teruja dengan kegigihan Hatta sebagai seorang wakil rakyat. Hatta yang hampir setiap minggu berulang alik ke Kuala Krai walaupun isterinya dalam keadaan tidak berapa sihat. 

Inilah menyebabkan Dr Hatta rasa lega dan Pas Kelantan sendiri tidak ada sebab untuk menghantar balik beliau ke Gombak, kawasan asalnya. Lagi pun kewujudannya di parlimen memberi kesan dan impak kepada Pas dan rakyat menerusi isu-isu yang dibangkitkan. Hatta bukan seorang wakil rakyat yang hanya datang menanda attandance kemudian belah atau pergi cari ikan singgang di Jalan Raja Alang seperti mana berlaku ke atas seorang wakil parlimen di Kelantan datang hanya untuk memastikan elaunnya masuk.

Di bawah bangsal vvip itu, cakap punya cakap timbul soal siapa nak melawan Mustapa Mohamed di Jeli dan Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang. Kedua kerusi ini nampaknya Pas 'memerit' sedikit tidak siapa yang hendak berlawan dengan dua tokoh Umno ini. Bekas MP Jeli Apandi Mohamed katanya tidak begitu yakin dapat menang dan kalau boleh mahu keluar kawasan tinggalkan Jeli. Apandi banyak cakap dari berbuat pantaslah kalau dia merasa gerun.

Hatta (kanak) tidak ada sebab untuk didimarahi.
Begitu juga dengan Gua Musang tidak ada sesiapa 'rak' atau mampu menghalang Tengku Razaleigh. Terbetik di dalam hati saya, kalau tidak ada siapa nak lawan, biarkan Tengku Hamzah menang tanpa bertanding sahaja? Kalau Tengku Razaleigh menang pun dan kebetulan UBN memerintah lagi beliau tetap menjadi Qur'an buruk saja dalam parti itu. Tengku Razaleigh tidak akan dipedulikan Najib selagi Mahadir masih boleh mampu berkokok.

Dalam masa sama Pas boleh menjalin hubungan dengan Tengku Razaleigh setidak-tidaknya menggunakan kapasitinya sebagai bekas menteri kewangan dan pengerusi Petronas untuk memperjuangkan royalti. Dan kalau Pas ingin meletakkan calon bagi tidak menampakkan ada kompromi Pas boleh hantar orang barunya Sobree Shafii untuk melayan menganggu Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang. Bilalah Pas hendak makan duit Sobree ketika inilah...

Perbualan dalam hujan meleret jauh kepada jawatan-jawatan MB selepas pilihan raya akan datang. Dalam berbincang isu itu tiba-tiba Mahfuz Omar menjenguk dan duduk sebelah saya. Dengan baju oren menyala Mahfuz jadi antara orang yang 'dominan' di majlis berkenaan. Inilah kelebihan Mahfuz yang bijak mencuri keadaan menerusi fesyen-fesyen yang kontra dengan suasana menjadikan dia difokus.

Entah siapa yang menimbulkan mengenai kesihatan Azizan Razak di Kedah. Lanjutan itu kebetulan Mahfuz berada dekat saya, saya mencadangkan kepada 'majlis' dengan berkata; "apa susah kalau Ustaz Azizah sakit, kan Mahfuz ada. Mahfuz pun layak menjadi MB... ke macam mana?"

Kata-kata saya menyebabkan Mahfuz terperagah dengan berkata; enta jangau kacau Sayuti..." katanya sambil ketawa kemudian menjauhkan diri kami pergi melayan tetamu lain. Benar, bicara itu ... apa salah kalau Pas Kedah menimbangkan untuk Mahfuz mengemudikan Kedah. Lagipun khabarnya sudah ada orang sedang berjangot (bersolek) untuk menjadi MB Kedah. Sudah ada orang-orang yang mula menyikap rambut seperti MB dan berdehem seperti Allahyarham Tun Razak. Dalam maksud lain sudah ada perebutan kecil. Jadi eloklah kalau Mahfuz menjadi calon MB alternatif.

Lagipun Mahfuz saya kira sesuai dengan watak dan cara beliau bergaul. Orang Kedah memang kuat bergurau dan berjenaka. Mahfuz mempunyai banyak jenaka-jenaka penghibur hati di mana karektor ini disenangi oleh rakyat Kedah. Soal untuk memikir membangun ekonomi, strategi parti dan sebagainya orang lain boleh uruskan kalau dalam hal ini Mahfuz ada kelemahan dan tidak pakar mengenainya. Bagaimana?

Kelihatan juga Dr Rosli Yaacob terkayan-kayan sekejap timbul dan sekejap lenyap. Bila dia menghulur tangan untuk bersalam, saya terus melepaskan peluru getah kepadanya; "ar... ini Dr Rosli Yaacob, bakal MB Negeri Sembilan". Dr Rosli malu-malu dan berlalu sambil senyum meleret. Selepas itu saya mengulas kepada tetamu di depan saya. Beliau memang layak dan mempunyai pengalaman dalam mengurus dan mentadbirkan wang. Dr Rosli bekas penolong timbalan Gabnur Bank Negara. Kedudukannya setaraf dengan Awang Adek Husein. Malah saksiyahnya lebih baik dengan Awang Adek kerana Dr Rosli tidak menghisap cigar sebesar lengan budak.

Tidak mustahil kalau dia dicalonkan menjadi MB Negeri Sembilan sekiranya Pas memenangi banyak kerusi dari PKR. 

Perbualan, gurauan dan gelak tawa berterusan dalam hujan rintik-rintik yang sekejap lebat sekejap gerimis. Orang ramai juga tanpa mempedulikan hujan terus mengunjungi majlis itu. Tiba-tiba tup.. muncul pula Ustaz Ahmad Awang di hadapan. Dia nampak sedikit gelisah mungkin sudah menyedari apa dibicarakan. Semasa beliau melangkah untuk mengambil makanan saya bangun dan membisik di telinganya; "Ustaz kena bertanding kali ini." Dia memalingkan muka dan melepaskan senyuman manis. Hendaklah tu.... so gohead lah ustaz...

Dalam pilihan raya lalu beliau tidak bertanding kerana ada sedikit masalah yang tidak lepas. Kalau Ahmad Awang bertanding dan menang sudah tentu beliaulah MB Perak. Rasaanya kalau Ustaz Ahmad Awang jadi MB, kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih kekal sampai ke hari ini. Betapa tidak Ahmad Awang seorang ulamak yang tahu mengenai hukum haram, sirah Rasulullah dan juga banyak doa. Dia juga tahu mengenai adat istiadat dan resam Melayu. Bila Perak dilanda musibah beliau akan mengatasinya dengan berdoa dan bukannya menunjuk bisa dengan pihak istana.

Selepas itu Ustaz Ahmad berlalu tanpa sempat saya merakam gambarnya mungkin dia serabut dengan gurau senda saya itu apa bila di meja hujung sebelah sana tercokol bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin.

Kerana agak lama di situ dan untuk merakam gambar saya bergerak ke sebuah meja vvip lain apabila melihat Sallahuddin Ayub sedang makan dan melayan tetamu bersebelahan dengan saya. Begitu terlihat saya Salahuddin menguit tangan dan bertanya, sudah makan ke belum. Beliau cuba hendak bangun mengambil makanan, saya menahan. Ini seorang lagi pemimpin yang penuh sopan santun dan menghormati sesiapa sahaja. Sikap merendah diri Sallahuddin menyerlahkan ketawadukannya dan kehambaannya sebagai wakil rakyat. Saya rasa kalaulah beliau mengenakan pakaian ala Arab, pakai kopiah berserban dan berjubah sepanjang masa dia akan lebih anggun dari Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perbualan dengan Sallahuddin dan Kamarudin Jaafar yang ada sama berkisar soal jawatan MB. Kali ini jawatan MB Johor. Jadi keputusan Sallahuddin untuk pulang ke Johor dikira tepat pada masanya. Ternyata Sallahuddin ada kekuatan dan auranya tersendiri. Tidak sampai setahun beliau bergelumang di Johor menyatukan tenaga dan idea dengan para pemimpin Pas Johor, sudah berlaku ledakan kebangkitan rakyat di negeri kubu Umno itu. Pengalamannya sebagai pemimpin nasional yang reti dan bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat pelbagai kaum mempercepatkan lagi kebangkitan rakyat berbilang kaum di Johor untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Khabarnya kepulangan Salahuddin menyebabkan ada pemimpin Umno Johor kegelisahan kerana baru merasakan lawan yang sebenarnya.

Seperti sudah sah Sallahuddin akan bertanding di kerusi Dun dan parlimen di Johor. Menurut catatan sahabat saya wartawan veteran Pak Shukur Haron, Sallahuddin disebut akan bertanding di Dun Gelang dan parlimen Pulai. Sekiranya Pakatan Rakyat menang dan Salahuddin juga ditakdir menang di Gelang, beliaulah bakal dilantik menjadi MB Johor.

Dalam catatan pasca Aidilfitri ini mungkin tidak lengkap kalau tidak sama diperkiranya siapa pula yang akan dinobat sebagai MB Pahang, MB Kelantan dan Terengganu. Di Pahang Pas tidak ada pilihan dua melainkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Inilah sosok yang selayaknya menjadi MB Pahang. Kedudukannya hari ini juga mendahului tokoh-tokoh Pas di Pahang yang lain. Tuan Ibrahim adalah Pesuruhjaya Pas Pahang dan juga Ketua Penerangan Pas Pusat. Beliau juga dibilang mempunyai hubungan mesra dengan pihak istana Pahang.

Tuan Ibrahim (kanan) sudah ada framework untuknya.
Ada semacam frame work untuk tokoh yang bertubuh kecil molek ini. Saya tidak mahu membuat andaian lebih awal sama-sama tunggu perjalanan waktu yang akan meratah sejarah zaman. Tetapi kalau itu berlaku ia sangat tepat sekali. Tuan Ibrahim seorang yang lemah lemah lembut, berpengetahuan agama yang tinggi dan sedia mendengar kata dan rajin bekerja.

Sebenarnya di meja vvip itu tidak ramai yang mahu bertanya siapa akan dilantik menjadi MB Terengganu. Mungkin mereka tidak banyak mengenali tokoh Pas Terengganu selain daripada arif mengenai Abdul Hadi Awang, Mustapa Ali ataupun Bakar Chik. Kerana mereka menyedari watak-watak ini sudah ketinggalan bas untuk menjadi MB, maka mereka tidak mahu tahu dan mengulas mengenainya.

Di Terengganu ada seorang watak yang popular dan boleh menggerak massa. Dia dimaksudkan Syed Azman Syed Mohammad. Dia juga ada di meja vvip bersama Sallahuddin dan Kamaruddin Jaafar. Anak muda ini seorang agak pendiman dan tidak suka melawan. Di Terengganu beliau agak terpencil dari naungan politik lama Terengganu. Sayang juga kalau orang seperti Syed Azman tidak diberikan ruang dan peluang sepatutnya.Rasanya untuk pilihan raya ini elok kalau Pas Terengganu turut menyenaraikan Syed Azman bersama Abdul Wahid Endut sebagai bakal MB.

Demikian juga dengan kedudukan Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan tidak banyak berubah dan tidak dibualkan di meja vvip itu. Tokguruku itu tetap akan jadi MB. Katanya ada pelan perubahan selepas pilihan raya beliau tidak akan angkat sumpah sebagai MB. Tetapi saya tidak berapa yakin 'janji' itu akan terjadi. Sukar untuk mencari pengganti Tok Guru. Pas Kelantan tidak mendapat orang sepertinya. Begitu pun timbalan sekarang Ahmad Yaacob rak untuk memikul tanggungjawab itu kalau terpaksa. Secara peribadi saya berpandangan selepas pilihan raya nanti Ahmad Yaacob yang mengangkat sumpah sebagai MB.

Mengenai Kelantan ada tokoh yang dimimpikan untuk jadi MB tetapi sayangnya tidak pandai membawa diri. Kata orang dia sudah rentung sebelum terbakar, sudah lemah sebelum terjun ke laut. Kerusi MB umpama titian siratalmustaqakim, mana-mana orang ada dosa dan kesalahan tidak akan lepas menitinya untuk sampai ke kerusi MB dan akan jatuh tergolek sebelum tembak "lari" di bunyikan. Hari ini tokoh yang dikira layak itu tidak menampakkan batang hidungnya, mungkin sedang berdoa di mana-mana celah batu. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dunia dan akhirat kepada semua. [wm.kl.12:10 pm 10/09/12]

Sunday, September 9, 2012

Tiada Tindakan Ke Atas Nasharudin, Beliau Masih Ahli Majlis Syura

TERKINI

Majlis Syura Ulamak Pas yang telah bersidang kira-kira jam 9:20 minit malam tadi telah pun selesai mesyuarat. Mesyuarat yang ditunggu-tunggu kerana ia dikatakan membincangkan kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak memberi sebarang kejutan.

Nasharudin hadir di majlis berkenaan dan tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Nasharudin masih seorang anggota majlis yura. Keputusan ini sesuatu yang bijak dan ia tentulah mengecewakan pihak-pihak yang mahu melihat Pas berkecamukkan sesama sendiri menerusi isu Nasharudin ini.

Pihak musuh Pas yang kian naif dan miskin isu menanti untuk menjaja isu Nasharudin kononnya dipecat oleh Pas. Atas keputusan bijak dan matang malam ini diucapkan berbanyak terima kasih. Tentu semua ahli Pas baik yang sayang kepada Nasharudin atau yang terkilan akan dapat tidur dengan nyenyak dan bermimpi indah UBN akan tumbang.

Kepada Nasharudin semoga selepas ini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan atau memperagakan diri agar tidak menjadi isu. [wm.kl.11:26 pm 09/09/12]