Wednesday, January 16, 2013

Mungkin Khairy Akan Tanding Atas Tikit PKR?

MEMAHAMI STRATEGI                                                                                                     

Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri pernah berkata beliau mungkin tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-13. Saya pernah membuat spekulasi antara ahli parlimen Umno yang mungkin tidak akan dicalonkan semula ialah Khairy Jamaluddin.

Khairy: Terselamat.
Ada 'chemestry' tersendiri kenapa kalau Khairy tidak dicalonkan. Kedudukan Khairy didalam Umno tidak begitu selesa dan bernasib baik seperti orang lain. Dia tidak disenangi oleh pemimpin Umno sendiri. Ada orang yang bermusuh dengannya dan tidak pernah berhenti menyerang dan mengkritiknya.

Adalah dipercayai kenapa Najib Razak tidak memberi apa-apa jawatan kepada menantu bekas PM ke 5 ini adalah kerana mengikut telunjuk apa yang diajarkan bekas PM sebelum ini. Mahathir Mohamad semasa menjadi PM dia tidak memberi apa-apa jawatan kepada Zahid Hamidi walaupun Zahid ketika itu adalah ketua pemuda. Zahid dilantik menjadi menteri apabila Abdullah Badawi menjadi perdana menteri.

Rakyat Kelantan Lebih Kaya Dari Melayu Johor

SUSUPAN PETANG                                                                                                         

Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya.

Syed Ali: Johor miskin.
Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.

Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.

Pujian Najib Kepada HKR Tidak Ikhlas

ULASAN HKR                                                                                                                 

Najib Razak tampaknya cuba hendak menunjukkan baik dengan pembangkang dan dalam masa sama untuk melembutkan hati rakyat apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu kerana himpunan itu berlangsung dalam keadaan aman dan tidak menimbulkan sebarang kekalutan dan kekacauan seperti sebelum ini.

Yang duduk di kaki lima itu adalah SB.
Kata Najib, dia ucap terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya berhimpun secara baik, walaupun tegasnya dia tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat. Ucapan terima kasih Najib itu disambut dengan rasa senang hati oleh setiap peserta himpunan dan juga orang ramai yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Sejak lebih 10 tahun lalu 'ini kalilah' perdana menteri mengucap terima kasih kepada pembangkang. Cara itu terima kasih itu menunjukkan Najib setidak-tidak ada sedikit telor masak merah. Begitu pun beliau tetap 'bermukah kata' dengan mengatakan kejayaan himpunan itu adalah kerana kejayaan polis kawal keselamnatan.

Pujian terhadap polis itu menjadi pesimis kepada mereka yang menyertai himpunan. Apa yang boleh lakukan pada hari itu, dari bentuk mana kawalan dilakukan polis? Sekali lagi Najib mendapat gambaran serong mengenai peranan polis. Apakah sebuah halikeptor yang berlegar-legar di langit stadium hari itu adalah pasukan polis yang membuat kawalan agar hujan tidak turun?

Tuesday, January 15, 2013

Kisah Singa Membelasah Impala Dalam Forum Siswa

SENTUH SIKIT                                                                                                                   

Tindakan moderator satu forum menghalang peserta daripada menerus memberikan hujah dan pandangan sehingga ditariknya mikrofon adalah satu tindakan sangat mendukacitakan dan tidak melambangkan ianya sebagai forum akademik di kalangan mahasiswa. Kejadian itu berlaku dalam forum bertajuk "Wanita dan Politik" yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas.

Moderator yang kini sedang dicemuh oleh umum didalam facebook dan internet itu bernama Syarifah Zohra Jabee Syed Miskin yang juga merupakan Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M).

Syarifah menarik mikrofon untuk halang Bawani bercakap.
Kejadian malang itu berlaku apabila Zohra yang bergaya sebagai modeling tidak menutup aurat tidak tahan dengan teguran dan kritikan KS Bawani terhadap PTPTN dan menyatakan kesalan atas sikap penganjur yang memburukkan himpunan Bersih sebagai disertai orang gila.

Gara-gara itu Zohra yang berada di pentas terpaksa membuat catwalk turun mendekati Bawani dan berdiri dengan tujuan mahukan siswa India itu menghentikan penghujahan dan pandangannya, malangnya Bawani tidak mudah mengalah.

Monday, January 14, 2013

Ketua Misi Bantuan Ke Gaza Ditahan Bersama Wang RM500,000 Di Airport?

TERKINI                                                                                                                               

Berita ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara. Seorang ketua NGO yang rapat dengan sebuah parti politik Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Cairo dua tiga hari lepas kerana membawa keluar wang sejumlah kira-kira RM500,000 dari negara itu.

Tidak dapat dipastikan wang itu dalam not negara mana, tetapi jumlahnya dikata kira-kira RM500,000.

Wang itu katanya adalah lebihan daripada wang yang dibawa hasil derma orang ramai untuk misi bantuan rakyat Palestin di Gaza.

Menurut sumber yang dapat dengan pejabat kedutaan Malaysia di Cairo, penahanan ketua NGO itu diketuai oleh pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan dipercayai membantu meyelesaikan panahanan berkenaan.

Ketua NGO berkenaan kerap membawa misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah negara dan terbaru di Filipina.

Penahanan ketua NGO bersama wang RM500,000 itu menimbulkan persoalan kenapa wang itu harus dibawa balik kenapa tidak dihabiskan saja untuk membantu rakyat Palestin yang sekarang ini dizalimi oleh Israel.

Maklumat penahanan ketua NGO ini katanya telah pun ada ersebar di beberapa Facebook rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah termasuk di Dubai. Berita penahanan ini bagaimana pun masih belum tersebar di kalangan pelajar Malaysia di Mesir, Jordan khasnya.

Mungkin sumber lain dan pelajar di Mesir boleh merisik pihak kedutaan bagi mengesahkan kejadian ini. Berita lanjut sedang ditunggu. [wm.kl.1:15 pm 14/01/13]

Kalimah Allah PAS Sepakat

SUSUPAN PAGI                                                                                                              

Isu kalimah Allah yang sengaja digembar gemburkan sehingga menunjukkan jahilnya sesetengah umat Islam di negara ini termasuk orang berilmu (ulama), sudah boleh dianggap selesai dan tidak perlu menimbulkan pertikaian lagi tentangnya khasnya di dalam PAS. 

Malam tadi Majlis Syura Ulama telah membuat ketetapan jelas berhubung isu berkenaan yang sebelum ini menampakkan kecelaruan dan perselisihan di kalangan sesama PAS sendiri. Dengan penjelasan atau pun keputusan ini hendaknya jangan lagi ada sesiapa atau individu di dalam PAS yang merasa lebih pandai atau berhak untuk bercakap mengenainya.

Kenyataan akhbar Majlis Syura.
Keputusan dibuat majlis syura perlu dipatuhi oleh semua pihak melainkan Umno atau pun para ustaz perut labuh yang sememangnya mencari makan dengan menjadi propagadis Umno dalam bidang agama.

Satu kenyataan akhbar mengandungi tiga perkara berhubung keputusan itu telah dikeluarkan malam tadi yang ditandatangani bersama oleh Mursyidul Am, Nik Abdul Nik Mat dan timbalannya Dr Haron Din.

Intipati keputusan berkenana, adalah, kalimah Allah bersifat universal ia boleh disebut oleh sesiapa saja tetapi kalimah itu tidak boleh diterjemahkan dalam apa-apa bahasa asing dan kekal mutlak dalam bahasa Arab.

Sekiranya ada usaha untuk menterjemahkan ke dalam bahasa asing ia hendaklah dicegah.

Selain berhubung kalimah Allah majlis syura ulama juga membincnag isu amanat Haji Hadi dan mendesak kerajaan agar memberi masa kepada Abdul Hadi membuat penjelasan berhubung isu tersebut.

Sokongan India Merosot, Melayu Meningkat

ANALISA SUBUH                                                                                                     

Dakwaan presiden MIC, G Palanivel bahawa sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Rakyat merosot memang tidak boleh dinafikan. Ukuran terbaru sokongan masyarakat India ialah kepada Himpunan Kebangkiran Rakyat (HKR) Sabtu lalu. Ternyata sekali bilangan masyarakat India begitu kurang.

Perhatikan berapa orang India dalam kelompok ini.
Saya membuat hitungan rambang mengenai perkara ini dengan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memerhati orang ramai yang berjalan di sebatang jalan menuju ke stadium merdeka pada tengah hari itu. Dalam perhatian saya setiap kelompok yang dipurata sebanyak 10 orang, ianya terdiri dari lima Melayu empat Cina dan satu India - 5 Melayu 4 China 1 India.

Dengan permerhatian ini boleh dianggarkan komposisi mereka yang hadir pada himpunan itu terdiri dari 50% Melayu, 40% peratus Cina dan 10% India serta ethnik lain. Kalau diterjemahkan ke dalam angka 50,000 Melayu, 40,000 Cina dan 10,000 India.

Sunday, January 13, 2013

Majlis Syura Ulama Pastikan HKR Tidak Terusik

PERINGATAN                                                                                                                     

Malam ini majlis syura ulama Pas dikatakan akan bersidang. Persidangan ini adalah rutin bagi jawatankuasa berkenaan berbincang dan mengambil pandangan dalam beberapa hal khasnya mengenai perkembangan yang terkini. Ia akan dipengerusikan sendiri oleh Mursyidul Am, Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara isu yang dijangka akan disentuh oleh majlis itu berhubung dengan isu yang sengaja dibangkitkan untuk pecah belah PAS iaitu Amanat Haji Hadi dan isu Kalimah Allah yang diungkitkan oleh Lim Gua Eng.

Media massa PB sedang menanti penuh minat kedua-dua isu ini. Justeru majlis syuara hendak harus berhati-hati dan bijak melayan media massa PB berhubung isu ini. Selepas himpunan kebangkitan rakyat (HKR) semalam media massa kini tidak ada isu lagi untuk menjadi lidah syaitan kepada UBN bagi memburuk-buruk dan memperorak-peranda Pakatan Rakyat.

Jadi mereka menanti isu baru. Apa yang dikehendaki ialah sikap atau keputusan oleh majlis syura terhadap dua isu itu. Mereka mahukan akan ada pendirian tidak sekata di antara ahli majlis syura. Dan paling diharap akan ada kenyataan berbeza di antara satu sama lain.

HKR: UBN Perlu Lawan Dengan Himpunan Raksasa

ANALISA                                                                                                                               

Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalammembawa pengertian berlainan kepada Pakatan Rakyat dan UBN. Bagi Pakatan ia memberi makna besar dan pakatan itu wajar merasa merasa gembira kerana ia berjaya menutup beberapa isu yang disondorkan ke atas mereka ke belakangan ini.

Anwar keliling stadium sambil lambai tangan kepada hadirin.
Pastinya himpunan berkapastiti setengah juta itu menjadi benteng mengukuhkan halangan dari diserangan UBN ke atas mereka. Secara tidak langsung gah himpunan itu yang bergema ke seluruh negara malahan di santero dunia menyebabkan isu-isu yang digunakan UBN untuk menyerang PR rakyat tenggelam begitu saja.

Berlainan dengan pihak UBN, himpunan itu membuat UBN khasnya Umno "kenalin" sampai berlaga gigi atas dengan gigih bawah terpaksa mencari tektik dan juga peluru baru untuk diserang kepada Pakatan Rakyat. Segala tuba dan racun yang dihembur ke dalam minda rakyat hari hari ini, menjadi tawar dan 'dawas' dengan himpunan semalam. Himpunan semalam juga boleh disifatkan hujan sehari yang melanda kemarau setahun.

Mulai sore semalam membawa kepada hari ini, esok dan rapat ke pilihan raya orang ramai akan bercakap mengenai kejayaan himpunan berkenaan. Orang akan melihat akan keseriusan dan nekad rakyat bangkit untuk menumbangkan UBN. Ia akan menjadi momentum cukup power dan bersakti untuk rakyat membuat tindakan dalam pilihan raya kelak.

Saturday, January 12, 2013

HKR Yang Memeningkan Kepala Media PB

CATATAN DAN PERISTIWA                                                                                                  

Saat ini sudah tentu bilik berita beberapa agensi berita PB kalut dan para wartawannya sibuk sedang menyiapkan berita atau laporan mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang baru berakhir sekejap tadi untuk disiarkan malam atau pagi esok.

Doa Nik Aziz turut diaminkan bukan Islam.
Sudah tentu ada wartawan yang tergaru-garu kepala untuk membuat intro berita masing-masing mencari sudut atau angle mana yang hendak diambil agar ia menarik dan menyeronokkan hati taukeh mereka dan dalam masa sama menyakiti hati penyokong Pakatan Rakyat.

Yang penting juga berita itu nanti memberi damage kepada Pakatan Rakyat dan biarlah kalau boleh rakyat membenci Pakatan Rakyat. Kalau perlu direka, mereka perlu merekanya sebaik mungkin kandati najisnya 'berbolot sampai ke atas belakang. Itu tidak menjadi masalah, dalam dunia media massa di negara ini soal kebenaran, sumber yang sahih dan kod etika itu tidak penting itu adalah perkara nombor dua